Rate

Bab 3

Romance Series 7233

Hawa merebahkan dirinya ke atas katil . Dia mula mencernakan apa yang dikatakan oleh maklongnya dan ibunya sebentar tadi . " Kahwin dengan sepupu sendiri? " Omel hawa sendirian . Lama dia fikirkan , lantas tersenyum sendiri . Afiq Shakirin , lelaki pertama yang pernah membantunya ketika dia dimarahi oleh Puan Mariam 5 tahun yang lalu . Hanya kerana gara - gara tidak mahu pergi ke kelas mengaji , afiq membantunya lari ke sebuah taman bagi mengelakkan dirinya dimarahi oleh Puan Mariam .

" Eh , dah pkul 9 dah ni , aku solat isyak pun belum , haih " Laju hawa menghayunkan kakinya ke arah tandas untuk mengambil wuduk . Walaupun dilanda masalah bagaimanapun seseorang itu , sebagai seorang umat islam , solat itu adalah satu kewajipan . Berdosa jika ditinggalkan dengan sengaja .

" Afiq kahwin dengan si hawau tu ? Come on mama , takda perempuan lain ke selain dia , aduh ?" Rengus afiq setelah mamanya memberitahu supaya berkahwin dengan Hawa Arisha , sepupunya sendiri. Memanglah hawa tu seorang yang cantik dan lemah lembut , tapi kini hatinya dimiliki oleh seseorang , iaitu Sara Afina .

Padanya , Sara Afina terlalu istimewa berbanding wanita lain . Walaupun pakaiannya yang kadang-kadang membuat dirinya sendiri sakit mata melihat , tetapi wanita itu tetap ada tarikannya yang tersendiri . Malah , wanita itu telah berjanji akan berubah setelah mereka berkahwin kelak.

" Mama tetap nak kamu kahwin dengan si hawa tu , nak bantah ke apa ke , ingat , syurga kamu terletak bawah kaki mama ! " Tegas Puan Roslina terhadap afiq , satu satunya anak lelaki di dalam keluarganya. Dia tahu , Sara Afina hanya menggunakan anaknya kerana dia sering terserempak wanita gedik itu di pasaraya bersama lelaki lain . Itulah antara salah satu faktor dia menjauhkan anaknya dari wanita itu dan hawa adalah calon isteri yang terbaik buat anaknya.

" Mama , please ? " Rayu afiq . Dia sudah buntu , tersepit antara dua . Antara mamanya , dan Sara Afina . Dua- dua dia sayang , kalau ikutkan hati , dia tidak mahu lukakan hati mamanya , tapi nanti hati buah hatinya pula yang terluka . Tapi sekarang , dia hanya perlu masa yang sesuai untuk fikirkan keputusan . "Afiq akan fikirkan , nanti afiq telefon mama " Afiq berlalu dan terus mencapai kunci keretanya . Dia tekad , dia tidak akan pulang selagi mamanya tidak berhenti menyuruhnya unruk berkahwin dengan sepupunya sendiri .

" Afiq Shakirin ! " Laung Roslina . Dia akan tetap pastikan anaknya berkahwin dengan Hawa walau apapun yang terjadi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience