Rate

Bab 1

Romance Series 7233

" Assalamualaikum mak , hawa dah balik ni"

Laung hawa dari pintu utama rumah mereka . Hari ini adalah hari terakhir peperiksaan STPM di Sekolah Menengah Tunku Panglima Besar . Hawa meliarkan pandangannya ke arah setiap sudut di dalam rumahnya , tetapi kelibat ibunya tetap tidak kelihatan . Pantas , dia berjalan ke arah dapur . Kepalanya dijenggukan di bahagian gerbang pintu dapur dan ibunya yang sedang menyiapkan minuman leka tanpa sedar kehadirannya di situ .

"Mak , buat apa sampai hawa panggil pun tak menyahut ? " Sakat hawa

" Opocot oren aku masam " Terkejut puan Mariam sehingga senduk yang digunakan untuk membancuh air oren nya itu terlepas dari tangan .

"Jangan kejutkan mak macam tu. nak hilang nafas ni , haih anak dara seorang ni pun , bukan nak menyenangkan hati mak ni " bebel Puan Mariam terhadap Hawa .

"Hehehe , alah , gurau je mak . Sorry " Ucap hawa sambil mengemaskan pelukannya di bahagian belakang Puan Mariam . Kasih sayangnya terhadap Puan Mariam tidak dapat dibendung kerana sejak kematian bapanya , Encik Mansor menyebabkan dia menjadi manja dengan ibunya yang satu itu .

" Sudah , pergi mandi lepastu kita makan sama - sama ye " ujar Puan Mariam kepada Hawa .

" Baik mak " Hawa terus berjalan ke arah biliknya di tingkat dua dan membersihkan diri setelah hampir satu hari dia berada di sekolah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience