Rate

Bab 2

Romance Series 7233

" Hawa ? " Puan Mariam mengetuk pintu bilik anaknya itu . Sedari tadi , anak dara nya itu masih belum turun sedangkan dia telah maklumkan rumahnya hari ini akan dikunjungi tetamu dari Kuala Lumpur .

" Ye mak , kejap , hawa tengah pakai tudung ni , kejap lagi hawa turun ye " Laung hawa dari dalam .

" Oh okay , cepat sikit , maklong tunggu kamu " Pesan Puan Mariam pada Hawa . Dia tidak mahu tetamu nya tunggu terlalu lama walaupun mereka bersaudara .Dalam masa yang sama ,dia menuruni tangga sambil ligat memikirkan bagaimana dia mahu memberitahu anaknya tentang lamaran ini . Anaknya sudahla degil , bimbang dimaki nanti maklongnya itu , tidak ke susah dibuatnya nanti .

" Maaflah Roslina , hawa tengah bersiap tu kejap lagi dia turunlah , biasalah anak dara kan , haha " Ujar Puan Mariam sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa berwarna merah.

"Tak apa lah , ni aku nak tanya , anak kau tu tahu ke aku datang ni nak melamar dia untuk afiq? " Puan Roslina tidak teragak - agak meluahkan apa yang dirasanya , malah dia tidak hirau kalaupun temannya mengatakan bakal menantunya itu masih muda , malahan baru sahaja selesai STPM . Apa yang dia fikirkan sekarang ini , dia hanya perlu menjauhkan anaknya yang satu itu daripada Sara Afina , anak kenalannya di yoga .

" Belum lina , tak sempat bagitahu , kau dah datang " Puan Mariam menjawabnya dengan nada kesal . Dia bimbang anaknya tak dapat terima apa yang bakal dia cakap sebentar lagi .

"Assalamualaikum , maklong " Hawa berjalan dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan maklongnya dari Kuala Lumpur itu . " Maklong sihat ?" Hawa mengukirkan senyuman pada maklongnya setelah dia duduk di sebelah Puan Mariam.

"Sihat , hawa pulak? sihat tak ? " Hawa mengangguk tanda dia juga sihat .

" Maklong datang sini , ada hajat sebenarnya , dah alang kau kat sini , maklong nak lamar kau untuk abang afiq . Maklong tahu keputusan maklong mendadak, tapi cuma kau saja yang boleh bantu maklong , hawa " Sambil memegang tangan hawa , Roslina mengharapkan Hawa memahami maksudnya .

" Hah? Maklong , saya baru 20 tahun , tak sempat merasa lagi hidup bujang , tiba tiba maklong datang cakap macam ni , dan kenapa pulak saya yang kena kahwin dengan abang afiq ? " Hawa terkejut dengan apa yang dia dengar sebentar tadi . Tetapi hatinya tetap berdebar kerana dari dulu , dia sudah cintakan afiq , sepupunya yang berkulit putih , dan tinggi seperti model itu .
" Hm , kau fikirlah Hawa , maklong dan mak kau nak yang terbaik , " Puan Roslina hanya mampu memandang mariam yang sedari tadi terdiam kerana terlalu risau anaknya memberontak . Dia mengaharapkan hawa menerima afiq , kerana dia tidak mahu anaknya terpesong lebih jauh .

" Hawa fikirkan dulu ye maklong , bagi lah hawa masa 2 minggu , selepas tu , hawa bagi jawapan " Hawa hanya mampu berkata begitu kerana dia perlu fikir tentang masa depannya lagi , tentang puan mariam , dan dia perlu berfikir , adakah dia betul betul dah bersedia untuk menjadi seorang isteri .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience