63 [ RAHSIA YANG DIKETAHUI ]

Romance Series 15182

Sambil memandang ke arah langit biru yang cerah terbentang luas di atas dari tingkap ruang tamu rumah .. tiba-tiba fikiran Hairul jadi teringat akan pertemuannya beberapa hari yang lepas.

************

~ FLASHBACK BEBERAPA HARI LALU ~

Pintu bilik rehat dibuka dari luar lalu perlahan-lahan Hairul menuju masuk ke dalam menemui seseorang.

Terkejut Hairul melihat wajah pucat Bella yang sedang termenung di atas katilnya.

"Hairul ~~"

Panggil Bella tatkala melihat Hairul tiba-tiba berdiri di hadapan katilnya.

"Apa dah jadi dengan You ??"

"Betul ker apa yang I dengar daripada doktor tadi yang You dah keguguran ??"

Tanya Hairul yang masih lagi terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Doktor yang merawat Bella tadi.

Airmata Bella terus laju berguguran jatuh ke pipi dengan pertanyaan Hairul. Hatinya masih lagi  sakit dengan apa yang telah berlaku kepadanya.

"Kenapa You tak bagitahu pada I Bella ??"

"Macam mana semua nie boleh berlaku ??"

Tanya Hairul tak terkata.

Hairul hilang kata-kata dengan kenyataan yang baru Dia ketahui.

"Maafkan I Hairul .."

"I tak tahu nak buat macam mana lagi bila I tahu yang I dah mengandung lepas apa yang dah berlaku pada kita malam tu .."

Jawab Bella sedih tak terkata.

Hairul memeluk erat tubuh Bella yang sedang menangis kesedihan di atas katilnya memikirkan rasa sedihnya setelah kehilangan kandungannya.

Rasa serba salah yang teramat dalam diri Hairul rasakan terhadap Bella setelah mereka berdua telah kehilangan anak mereka bersama.

"Jadi macam mana sekarang nie ??"

"Apa yang You nak lakukan sekarang Bella ??"

Tanya Hairul serba salah dengan apa sudah berlaku pada Bella.

Bella melepaskan pelukkan Hairul lalu menyeka airmata dipipinya.

"I akan balas dendam atas kehilangan anak kita nie .."

"Walaupun I dah kehilangan kandungan I .. tapi I tetap akan capai tujuan sebenar I sebelum nie.."

"Itu jer caranya supaya I dapat balas dendam atas apa yang dah berlaku pada I .."

"I akan rampas semula apa yang patut I dapat daripada Anastasya & Aunie .. I akan pastikan mereka berdua merana sebab dah buat I macam nie .."

Jelas Bella menyimpan dendam.

Bella bertekad untuk merampas orang yang paling di dambakan oleh kedua wanita itu supaya mereka pun dapat merasakan bagaimana kesengsaraan dirinya sekarang.


~ END FLASHBACK ~

***************

Peristiwa pertemuan Hairul dengan Bella tempoh hari masih lagi bermain-main di fikirannya.

Hairul masih lagi rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku kepada Bella. Dia akui kesalahan yang telah Dia lakukan pada malam itu sehingga mereka berdua terlanjur.

Namun Hairul sama sekali tidak pernah menyangka bahawa Bella akan mengandungkan anaknya tanpa pernah memberitahu kepadanya.

Perlahan-lahan Hairul memalingkan kepalanya ke dalam rumah melihat Syifa yang sedang duduk menyusukan bayi lelakinya di dalam bilik tidur mereka.

Makin rasa bersalah Hairul rasakan apabila melihat kedua mereka .. bagaimana Dia harus berdepan dengan perkara ini ?? Perlukah Dia berterus terang kepada Syifa tentang Bella.

Atau perlukah Dia hanya mendiamkan diri merahsiakan tentang kenyataan ini demi kebahagian anak isterinya.

.........................................................................

Sampai sahaja di hadapan rumah .. Aunie segera keluar dari dalam teksi yang telah menghantarnya pulang dari restoran tempat Dia makan tengahari bersama Rayqal & Bella tadi.

"Aikk .. Kau dari mana semalaman Aunie??"

Tanya Zaza saat Aunie membuka pintu utama rumah lalu masuk ke dalam dengan berjalan lemah seperti orang yang hilang arah.

Hairan Zaza melihat keadaan Aunie yang bengkang seluruh matanya serta bibirnya juga agak kelihatan berwarna merah kembang.

"Kau dah kenapa macam nie beb ??"

"Dah macam orang mati anak jer Aku tengok .."

"Kau dari mana haa ?? Kau tidur kat mana semalam ??"

Tanya Zaza sekali lagi risau melihat keadaan Aunie yang matanya hanya memandang ke hadapan seperti sedang dipukau.

Tidak lama kemudian tanpa menjawab pertanyaan Zaza .. sekali lagi Aunie menangis teresak-esak sekuat hatinya melepaskan apa yang Dia tahan selama seharian tadi.

"Aku bukan mati anak jer Zaa .. tapi Aku dah mati hatii !!"

"Aku rasa sakit Zaa .. Aku rasa sakit kat sini .." (menunjuk ke arah hatinya)

"Kenapa Aku bodoh sangat percaya setiap kata & apa yang Dia buat pada Aku .. sedangkan dari awal lagi Aku patut sedar siapa Aku pada Dia .."

"Tapi kenapa Aku masih percayakan Dia .. Kenapaa !!!!"

Tangis Aunie semau nya melepaskan rasa yang Dia pendam sejak dari tadi.

Rayqal sempat mengejarnya tadi sehingga Aunie masuk ke dalam teksi .. kemudian sepanjang perjalanannya di dalam teksi juga Aunie tidak henti-henti menangis sampai di hadapan rumah.

Terkejut Zaza dengan apa yang baru dikatakan Aunie sambil menangis hiba .. walaupun Dia kurang faham akan apa yang berlaku sebenarnya kepada sahabatnya itu .. namun Dia dapat merasai bahawa sahabatnya itu pasti sedang melalui waktu sukar lagi.

"Apa dah berlaku sebenarnya nie ??"

"Siapa yang buat Kau menangis teruk macam nie huh ??"

"Cuba cakap dengan Aku .."

"Adrian lagi ker ?? Kau jangan cakap Kau pergi jumpa Dia sampai tak balik rumah sejak semalam Aunie .."

Ujar Zaza marah.

Benda nie yang paling tidak disukai oleh Zaza. Dia tahu tiada orang lain lagi yang akan buat Aunie menangis teruk seperti itu selain daripada Rayqal seorang.

"Sepatutnya ingatan Aku tentang Dia tak perlu pulih Zaa .. Aku betul-betul nak buang Dia dari ingatan Aku .. tapi kenapa ingatan tu kembali lagii .."

"Kenapa Aku rasa sakit sangat bila tengok Dia bermesra dengan perempuan lain .. Aku rasa bodoh sangat Zaa .."

"Sepatutnya Aku tak perlu buat keputusan untuk cari tahu tentang Dia dengan Bella .. Aku patutnya biarkan jer apa nak jadi pada mereka berdua tanpa perlu libatkan diri .."

"Aku nie memang bodoh Zaa !!"

Tangis Aunie menyesali tindakkannya sebelum ini.

Baru Aunie sedar akan tindakkannya yang mahu mencari tahu tentang apa hubungan Bella dengan Hairul kini telah membuatnya rasa seribu kali hampa.

Kesian Zaza melihat sahabatnya itu menangis kesakitan kerana sekali lagi disakiti oleh lelaki yang sama.

"Sudah lah Aunie .. sekurang-kurangnya Kau dah sedar akan tindakkan Kau nie sebelum terlambat .."

"Sekarang nie Kau perlu move on & betul-betul ikhlas melepaskan Adrian supaya Kau tak akan rasa sakit lagi seperti ini .."

Pujuk Zaza lalu memeluk erat tubuh Aunie untuk menenangkannya.

Betul apa yang dikatakan Zaza kepada Aunie itu & Dia merasa bahawa Dia perlu berbuat seperti apa yang dikatakan Zaza kepadanya.

Kali ini Aunie betul-betul sudah tidak mahu terlibat dengan apa-apa lagi perkara berhubungan dengan Rayqal & bertekad untuk menjauhkan dirinya daripada mereka semua.

Aunie juga sudah tidak mahu mengambil peduli tentang apa hubung kait Bella dengan Hairul seperti apa yang Dia nampak tempoh hari semasa di hospital.

"Baik Zaa ... Aku akan ikut cakap Kau .."

"Kali nie Aku akan betul-betul buang Dia dari dalam hati & perasaan Aku .."

Jawab Aunie dengan tekad.

Tersenyum senang Zaza dengan tekad baru Aunie untuk memulakan hidup barunya .. sejujurnya Zaza juga kurang suka dengan sikap Rayqal yang selalu sahaja suka menggangu Aunie selama ini.

Zaza paling tidak suka apabila Rayqal sering sahaja melukakan hati Aunie & menuduhnya yang bukan-bukan tanpa usul periksa.

Namun Zaza kini senang apabila Aunie akhirnya sudah menyedari hal itu & tekad untuk betul-betul melupakan lelaki tak guna itu.

"Aku happy dengan keputusan Kau Aunie .. Aku percaya Kau boleh lakukan .."

"Kau kena ingat yang Kau masih ada seseorang yang betul-betul sayangkan Kau .."

Ujar Zaza senang cuba memberi semangat kepada Aunie.

Aunie tersenyum lalu mereka berdua saling berpelukkan kembali untuk menenangkan diri mereka masing-masing.

.........................................................................

Sebuah sampul surat bersaiz A4 diberikan kepada Anastasya oleh seorang lelaki upahannya.

"Arghhhhh !!! Tak guna !!!"

Marah Anastasya lalu melemparkan semua kepingan gambar yang dikeluarkan dari dalam sampul surat yang diberi tadi.

Naik turun nafasnya marah dengan gambar yang baru ditangkap oleh orang suruhannya sebelum ini.

Kepingan gambar itu menunjukkan gambar yang diambil oleh orang suruhannya dimana Bella sedang berada di sebuah butik pengantin bersama Rayqal sedang mencuba baju pengantin mereka berdua.

Kemudian ada juga gambar Bella sedang bergelak ketawa memegang mesra tangan Rayqal di dalam butik & sebuah restoran sambil makan bersuap-suapan mesra.

Mengelengak darah Anastasya melihat geram gambar-gambar mesra Bella bersama Rayqal & kini Dia juga baru mengetahui daripada orang suruhannya bahawa mereka berdua bakal menikah beberapa hari sahaja lagi.

"Tak guna punya perempuan !!"

"Rupanya Dia tak endahkan langsung peringatan Aku tempoh hari .. sekarang Dia ada hati nak khawin dengan lelaki Aku .."

"Sepatutnya Aku habis sahaja Dia dengan anak Dia sama-sama masa tu !! Aku tak sangka Dia akan berani sampai buat macam nie pada Aku !!"

"Kau sabar Bella .. Kau salah tempat kalau nak main api .."

Marah Anastasya bengang melihat gambar-gambar mesra Bella bersama orang yang Dia cintai.

Kali ini Anastasya tidak boleh lagi duduk diam. Walaupun selepas berita gembira tentang putusnya hubungan Rayqal dengan Aunie yang telah mengembirakannya .. Anastasya tidak menyangka bahawa hubungan mereka yang putus itu rupa-rupanya adalah sebab punca daripada Bella.

Anastasya juga tidak menduga bahawa Bella boleh memenangi permainan ini lebih-lebih lagi wanita itu telah berjaya menewaskan saingan hebatnya iaitu Aunie dengan begitu mudah.

Dengan rasa hati yang marah & bengang .. Anastasya segera bertolak mencari dimana keberadaan Rayqal sekarang untuk mengungkapkan semua kebusukkan rancangan Bella.

Bagai nak gila Anastasya mencari dimana keberadaan Rayqal namun Dia gagal menemui dimana lelaki itu sedang berada.

Semua tempat termasuk rumah kediaman, rumah keluarganya serta pejabat Rayqal sudah didatangi oleh Anastasya tapi tetap juga Dia gagal menemuinya.

"Arghhhhhhh !!!!!"

Teriak Anastasya stress di dalam keretanya buntu mahu mencari kemana lagi Rayqal.

.........................................................................

Dengan menggunakan tongkat kecil ditangannya .. perlahan-lahan Rayqal melangkah jalan menuju masuk ke dalam Villa persendirian yang telah Dia bina sendiri di dalam pendalaman kawasan hutan tempat Dia pernah membawa lari Aunie dahulu.

Selepas apa yang berlaku kelmarin antara Dia dan Aunie di butik & restoran .. Rayqal mengambil keputusan untuk datang ke Villa itu sendiri untuk menenangkan fikirannya.

Apa yang berlaku kelmarin masih lagi bermain di fikirannya .. Rayqal masih lagi bingung memikirkan apa sebab utama Aunie melakukan semua hal itu.

Rayqal juga jadi menyesal memikirkan tindakkannya yang sengaja mencuba untuk memanas-manaskan perasaan Aunie agar Dia berasa cemburu dengan kemesraan yang Dia tunjukkan bersama Bella.

Serba salah juga Rayqal kerana telah sengaja menggunakan Bella demi kepentingannya sendiri semata-mata untuk membuat Aunie rasa cemburu sehingga pada akhirnya gadis itu menyakiti dirinya sendiri sampai sanggup memakan makanan pedas sehingga menangis.

Sejujurnya Rayqal masih lagi buntu dengan keputusan yang Dia lakukan ini sehingga memilih untuk menikahi Bella secepatnya tanpa ada sedikit pun rasa cinta di hatinya pada wanita itu.

Jika bukan disebabkan rasa bersalah & tanggungjawabnya terhadap keguguran Bella yang Dia ingatkan adalah anak daripada perbuatannya .. sudah pasti Rayqal tidak akan melakukan ini.

Rayqal melihat sekeliling Villa tersebut lalu teringat akan kenangan Dia menghabiskan masa beberapa hari bersama Aunie di dalam Villa itu dahulu.

Terukir senyuman gembira Rayqal apabila teringatkan kenangan manis mereka berdua bersama di Villa itu.

Hati Rayqal tiba-tiba jadi terkilan melihat Villa itu kerana motif utama Dia membina Villa tersebut disitu adalah kerana Dia mahu hadiahkannya buat Aunie & hidup bersama dengannya selamanya.

Namun tidak disangka jodohnya adalah dengan orang lain & dalam masa beberapa hari lagi Dia bakal menjadi suami kepada wanita lain.

"Maafkan I Naura sebab tak dapat nak tunaikan janji I pada You .."

"I ingatkan akan dapat hidup dengan You & kita akan menjadi tua bersama meluang waktu di dalam Villa nie sehingga ajal memisahkan kita berdua .."

"Tapi sebaik-baik perancang adalah Tuhan kita kerana Dia yang dah tuliskan dengan siapa kita akan habiskan masa kita bersama .."

"Walau apapun yang terjadi .. sampai bila pun I tahu hati I tetap milik You dan Villa nie adalah bukti cinta I pada You Naura .."

Luah Rayqal sebak meluahkan segala isi hatinya yang kini terasa sangat sakit rasanya.

Untuk beberapa ketika Rayqal mengambil masa menenangkan fikirannya dengan tinggal sementara di Villa tersebut sehingga waktu pernikahannya dengan Bella kelak.

.........................................................................

Di pejabat ~~

Dari dalam bilik pejabat, Encik Nizam menyelak tirai plastik dari dalam ruangannya memerhati Aunie yang sedang sibuk fokus melihat komputer di meja kerjanya.

Tidak lama kemudian Aunie bangun dari kerja tempat meja kerjanya lalu membawa sebuah fail masuk ke dalam ruangan bilik pejabat Encik Nizam.

Kelam kabut Encik Nizam bergegas duduk semula di kerusi kerjanya lalu berpura-pura sedang sibuk membelek fail di atas mejanya ketika Aunie memasuki ruang bilik pejabatnya.

"Encik Nizam ~~"

Panggil Aunie sambil tersenyum saat membuka pintu bilik pejabatnya.

"Yeahh .. come in !!"

Balas Encik Nizam berpura-pura sedang sibuk.

Aunie melangkah masuk ke dalam lalu meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja kerja Encik Nizam.

"Saya dah siapkan proposel untuk diberikan kepada syarikat untuk bagi sponser pada hotel kita .."

"Jadi nanti bila Encik Nizam dah sign .. Saya akan terus submit pada mereka .."

Jelas Aunie memberikan fail tersebut kepada Encik Nizam lalu segera mahu beransur keluar selepas fail tersebut diterimanya.

"Hurmmmm ~~ Aunie !!"

Panggil Encik Nizam.

Terhenti langkah Aunie dengan panggilan Encik Nizam dari belakangnya.

"Yer Encik Nizam .."

"Ada apa-apa lagi ker ??"

Soal Aunie memaling badannya ke arah Encik Nizam menunggu arahan.

Tidak tahu bagaimana untuk Encik Nizam mahu memulainya .. namun Dia tetap ingin tahu tentang hal tersebut.

"Hurmmmm ... You dah okey ker ??"

Tanya Encik Nizam tiba-tiba.

Terkebil-kebil Aunie tidak faham akan maksud pertanyaan Encik Nizam.

"Huh !! Saya okey jer .."

"Ada apa-apa yang Saya boleh bantu Encik Nizam ker ??"

Tanya Aunie sekali lagi lalu berjalan semula ke arah meja kerja Encik Nizam.

Serba tak kena Encik Nizam mahu bertanya namun Dia masih ingin tahu juga.

"Hurmmm ... maksud I ~ You dah cari tahu ker tentang masalah cinta You haritu tu ??"

"Macam mana ??"

Tanya Encik Nizam terus terang & ingin tahu.

Terkedu Aunie dengan pertanyaan Encik Nizam itu tiba-tiba begitu .. namun Aunie jadi tergelak kecil kerana rasa kelakar dengan reaksi serba tak kena Encik Nizam yang kelihatan seperti ingin tahu ceritanya.

"HEHEHEHE ~~ Encik Nizam nie kelakar laa .."

"Encik Nizam panggil Saya semula nie sebab itu jer ker ??"

Ujar Aunie tergelak kerana geli hati dengan reaksi wajah ingin tahu Encik Nizam.

"Hehehe ~ takde lahh .."

"I pun nak jugak tahu jalan ceritanya macam mana .. You ada dapat apa-apa tak dari hasil pencarian You tu ??"

Balas Encik Nizam tersengeh-sengeh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Takde apa pun Encik Nizam .."

"Saya cuma nak hentikan pencarian sampai di sini sahaja sebab Saya dah tahu jawapan dari hasil pencarian nie .."

Jawab Aunie sambil cuba tersenyum & menguatkan dirinya.

Terkedu Encik Nizam dengan jawapan Aunie. Dia cuba memahami maksud gadis itu.

"Apa maksud You ??"

"Apa hasilnya ?? Kenapa You nak hentikan ??"

Tanya Encik Nizam tertanya-tanya ingin tahu.

"Sebab Saya tak nak jadi penghalang !!"

"Rasanya baru Saya tahu apa sebab kawan Encik Nizam tu nak melepaskan orang yang Dia cintai .."

"Jadi Saya pun akan buat benda sama macam kawan Encik Nizam jugak demi kebahagian orang tu .."

Jawab Aunie sambil tersenyum.

Aunie berasa inilah pilihan yang terbaik yang boleh Dia lakukan demi kebahagian Rayqal & Bella.

Terkedu Encik Nizam dengan jawapan Aunie .. Dia tidak menyangka bahawa gadis itu akan secepat itu membuat keputusan sedemikian.

"Kalau tak ada apa-apa lagi .. Saya mintak diri untuk balik dulu yer Encik Nizam .."

"Jumpa besok ~"

Ujar Aunie dengan senyuman.

Encik Nizam memandang Aunie keluar dari bilik pejabatnya tanpa kata kerana Dia sendiri juga tidak mampu berbuat apa lagi.

.........................................................................

Keluar sahaja daripada bangunan pejabat .. dari jauh Aunie sudah melihat Ridhuan yang sedang berdiri memeluk tubuh bersandar pada pintu keretanya menunggu Dia pulang.

Aunie membalas senyuman Ridhuan sambil berjalan menuju ke arah Ridhuan yang sedang berdiri menunggunya.

"Awak dah lama sampai ker ??"

Tanya Aunie sambil tersenyum.

"Tak lah .. Saya baru jer sampai .."

"Jom !!"

Ujar Ridhuan lalu membukakan pintu kereta untuk Aunie masuk.

Di dalam kereta .. wajah Ridhuan tidak henti-henti Aunie asyik perhatikan sehingga Ridhuan berasa janggal dibuatnya.

"Kenapa Awak pandang-pandang Saya macam tu ??"

"Ada sesuatu ker kat muka Saya ??"

"Atau muka Saya nie nampak terlalu handsome pada Awak sampai mata Awak tak berkedip asyik tengok Saya dari tadi .."

Tanya Ridhuan janggal lalu memegang wajahnya risau jika ada sesuatu yang tak kena.

Tergelak Aunie melihat reaksi Ridhuan yang berbangga diri. Tidak tahu mengapa, tapi hatinya berasa sangat serba salah bila melihat Ridhuan.

Rasanya sudah terlalu banyak benda yang Aunie telah lakukan di belakang Ridhuan terutama sekali membohonginya demi kepentingannya sendiri.

Makin menebal rasa serba salah Aunie apabila melihat kesetiaan Ridhuan yang selalu sahaja berada di sampingnya sehingga sekarang.

"Kenapa nie ??"

"Awak okey tak ??"

Tanya Ridhuan risau sambil masih memandu keretanya.

"Huh !! Saya okey jer laa Wan .."

"Saya cuma rindu nak tengok muka Awak nie .."

"Saya nak mintak maaf pada Awak sebab tak dapat nak ikut pergi tempat yang Awak nak bawak minggu lepas .."

"Kita pergi hujung minggu nie jom .."

Ajak Aunie sambil tersenyum.

Terkedu Ridhuan dengan ajakkan Aunie tiba-tiba. Terus Ridhuan hentikan keretanya di bahu jalan.

"Betul ker Awak kata nie ??"

"Awak nak keluar dengan Saya hujung minggu nie ??"

Tanya Ridhuan teruja.

"Iyaa Mr Ridhuan Haikal .. ada nampak muka Saya macam main-main ker ~~"

"Awak bawak lah Saya ke mana pun Awak nak bawak Saya hujung minggu nie okey.."

"Saya tak kisah .."

Jawab Aunie lalu memegang wajah Ridhuan dengan kedua belah tangannya sambil tersenyum senang melihat wajah teruja Ridhuan.

Itulah benda yang betul-betul Aunie mahukan agar Dia tidak perlu merasakan kesakitan lagi.

"Tapi .. hujung minggu nie bukan ker Qal nak bernikah ??"

"Awak tak tahu ker pasal tu ??"

Ujar Ridhuan tiba-tiba teringat lalu serba salah melihat wajah Aunie.

Senyuman Aunie terus berubah dengan pertanyaan Ridhuan kerana sebab itulah Dia mahu pergi sejauh mungkin pada hujung minggu ini.

"Owh iyer ker ??"

"Tapi Awak masih nak bawak Saya pergi ke tempat yang Awak nak bawak tu kan hujung minggu nie ??"

Ujar Aunie serba salah.

Aunie betul-betul berharap agar Ridhuan membawanya pergi sejauh mungkin pada hari kejadian supaya Dia dapat melupakan apa yang bakal terjadi pada hari itu.

Dari lirik mata Aunie jelas menunjukkan kepada Ridhuan supaya Dia betul-betul harus membawanya pergi pada hari itu.

"Iyaa ... Saya akan bawak Awak pergi ke tempat tu hujung minggu nie .."

Jawab Ridhuan sambil tersenyum.

"Betul nie ?? Promise ??"

Ujar Aunie meminta kepastian lalu mengeluarkan jari kelingking nya meminta agar Ridhuan membuat pinky promise.

"Yeah ~~ I promise !!"

"Kita pergi sama-sama hujung minggu nie okey "

Balas Ridhuan membuat Pinky Promise dengan Aunie.

Tersenyum senang Aunie sehingga berkaca matanya menahan sebak atas janji yang Ridhuan mahu lakukan untuknya.

Hatinya bercampur gaul dengan perasaan serba salah & gembira. Namun Dia senang kerana Ridhuan masih lagi memahaminya walaupun itu mungkin boleh membuatkan Ridhuan terasa.

"Thank you Wan .."

Ucap Aunie lega sambil menahan sebak di dadanya.

.........................................................................

Sejak dari kelmarin lagi Anastasya jadi tidak tentu arah mencari dimana keberadaan Rayqal kerana Dia tidak berpuas hati dengan berita pernikahannya pada hujung minggu ini nanti.

Berulang kali Anastasya mencuba untuk menghubungi telefon Rayqal namun tidak dapat dihubungi sama sekali. Makin naik gila Dia dibuatnya.

****************

"Aunie !!"

"Boleh kita bercakap sebentar ??"

Pinta Bella menyapa Aunie saat melihatnya baru keluar dari bangunan tempat kerjanya.

Terkejut Aunie dengan kemunculan Bella yang tiba-tiba datang menemuinya di tempat kerja.

Atas permintaan Bella yang tiba-tiba datang menemuinya .. mereka berdua pergi & sama-sama duduk di dalam sebuah cafe.

"Ada apa Bella datang nak jumpa dengan Aunie nie ??"

Tanya Aunie memulakan selepas mereka berdua sudah duduk di dalam cafe tersebut.

"Bella datang sebenarnya nak mintak maaf atas apa yang berlaku kelmarin pada Aunie semasa dekat restoran tu .."

"Aunie tak apa-apa ker ??"

Jawab Bella membuat muka kesal.

Aunie :

"Owh pasal tu .. Bella tak perlu risau laa .."

"Aunie okey jer .."

Bella :

"Betul Aunie okey ??"

"Huftttt ~~ lega Bella .."

"Bella risau kalau dah buat Aunie tak selesa sebab tiba-tiba Rayqal pulak ada time tu .."

Jelas Bella sambil tersengeh-sengeh.

Geram jer rasa hati Aunie melihat reaksi Bella yang sebenar Aunie sendiri tidak tahu apa motif utama wanita itu datang menemuinya.

"Kalau takde apa-apa lagi .. Aunie mintak diri dulu laa yer .."

Ujar Aunie lalu mengambil beg tangannya untuk bangun dari duduknya.

Malas Dia mahu duduk lama-lama menghadap wajah Bella yang hanya membuatkan hatinya berasa sakit.

"Aunie kejap !!"

"Jangan pergi dulu !!"

"Bella ada benda nak cakap dengan Aunie .."

Ujar Bella menahan tangan Aunie dari bangun beransur pergi.

Aunie terpaksa duduk kembali kerana permintaan Bella itu.

"Aunie tahu kan yang tak lama lagi Bella akan bernikah dengan Rayqal .."

"Bella sebenarnya rasa serba salah dengan semua nie .. sebab tu sebelum kami berdua bernikah .. Bella nak mintak maaf dengan Aunie .."

Jelas Bella kesal sambil menundukkan kepalanya ke bawah.

"Huh !! Bella datang jumpa Aunie sebab nak cakap nie jer ??"

"Bukan ker Aunie dah bagitahu kat Bella haritu yang Aunie tak kisah pun .."

"Lagipun Aunie dengan Adrian dah takde apa-apa hubungan & Aunie langsung tak nak ambik tahu pasal Dia lagi .."

"Bella nak khawin dengan Dia .. Bella khawin laa & Aunie doa kan agar korang berdua berbahagia selamanya .."

Jawab Aunie melepaskan rasa geramnya yang Dia pendam.

Aunie tidak suka apabila hal ini diungkit lagi kembali kerana Dia sudah tidak mahu lagi mengambil peduli.

"Maafkan Bella Aunie sebab terpaksa buat semua nie .."

Kata Bella sekali lagi seakan-akan kesal dengan semua ini.

Makin naik geram Aunie dengan Bella yang dari tadi asyik mengatakan benda yang sama sahaja.

Aunie :

"What !! Buat apa Bella nak mintak maaf lagi dengan Aunie .."

"Bella tak bersalah pun .. Lagipun Adrian memang kena bertanggungjawab dengan apa yang Dia dah buat pada Bella .."

"Aunie tak nak jadi penghalang dalam hubungan korang berdua .."

Bella :

"Terima kasih Aunie sebab sekali lagi memahami Bella ..

"Tapi hujung minggu nie Aunie jadikan nak jadi pengapit untuk Bella ??"

Aunie :

"Huh !! Hurmmmm ~~ maafkan Aunie .."

"Lebih baik Bella cari orang lain yang lebih sesuai untuk jadi pengapit Bella hujung minggu nie .."

Bella :

"What !! Tapi kenapa ??"

"Bukankah Aunie dah janji nak jadi pengapit untuk Bella ??"

"Please Aunie .. Bella dah takde kawan lain lagi selain Aunie .."

Rayu Bella memohon agar Aunie mahu menjadi pengapitnya juga pada majlis perkhawinannya pada hujung minggu ini.

"Sorry Bella .. tapi hujung minggu nie Aunie kena pergi Outstation tiba-tiba & Aunie kena pergi jugak tanpa sebarang alasan .."

Jawab Aunie berbohong untuk menolak permintaan Bella itu.

Aunie sudah tidak mahu mencampuri urusan mereka & mahu pergi sejauhnya pada hari itu supaya Dia tidak perlu tahu akan majlis tersebut.

Merayu-rayu Bella cuba untuk menyakinkan Aunie agar Dia boleh menjadi pengapitnya juga pada hari pernikahannya nanti namun tetap ditolak keras oleh Aunie.

Kemudian tiba-tiba ~~~

"Owhh ~~ jadi kat sini rupanya Kau berada haa !!"

Ujar Anastasya yang tiba-tiba muncul di tempat mereka berdua sedang minum bersama.

Terkejut besar Bella sampai terbeliak besar bijik matanya melihat Anastasya yang tiba-tiba muncul entah dari arah mana datangnya.

"Tasya ??"

"Cik Tasya ??"

Kedua Aunie & Bella masing-masing tergamam membatu melihat kemunculan Anastasya yang kelihatan seperti orang nak naik gila.

Naik turun nafas Anastasya menatap tajam ke arah Bella seperti mahu membahamnya hidup-hidup pada bila-bila masa sahaja.

PANGGGGGGGGG !!!!!

Bunyi kuat tamparan Anastasya tepat ke pipi Bella.

Terkejut besar Aunie & para pelanggan yang melihat aksi Anastasya yang sudah menampar kuat pipi Bella secara mendadak begitu sampai terteleng kepala wanita itu dibuatnya.

"Kau memang dasar perempuan tak guna kan !!"

Ujar Anastasya melepaskan amarahnya sambil memandang tajam tepat ke wajah Bella yang sudah Dia tampar.

Aunie terus menghalang badan Anastasya dari terus menggila cuba menyakiti Bella lagi kerana Dia sampai jatuh terduduk di atas lantai cafe gara-gara ditampar kuat.

"Arghhh !! Sana Kau !!"

Mengamuk Anastasya menolak tubuh Aunie seperti orang yang dirasuk kerana mencuba menghalang Dia untuk melepas amarahnya pada Bella.

"Bagus lah juga Kau berada di sini sekali !!"

"Memang inilah masa yang sesuai untuk Kau pun tahu tentang semua nie !!"

Ujar Anastasya geram memandang ke arah Aunie yang ditolaknya jatuh terduduk di atas lantai juga.

Habis kecoh seluruh cafe melihat kekecohan yang dibuat oleh Anastasya .. semua pekerja cafe & pelanggan masing-masing hanya tercengang membatu melihat mereka bertiga.

"Tasya please hentikan semua nie .."

"Malu lah semua orang tengah tengok kita .."

Ujar Aunie menghalang Anastasya kerana berasa segan melihat semua mata memandang ke arah mereka bertiga.

"Biar semua orang tengok !! Aku tak malu dengan semua nie !!"

"Orang yang patut malu adalah perempuan tak guna nie !!!!"

Marah Anastasya sambil menuding jarinya tepat ke muka Bella yang masih memegang pipinya di tempat bekas tamparan Anastasya lagi.

Kali ini Anastasya betul-betul naik hantu setelah menemui Bella kerna wanita itu betul-betul telah mencabar kesabarannya.

"Tasya stop it !!"

"Kita bincang kat tempat lain okey .. malu lah semua orang tengah tengok kita .."

Halang Aunie sekali lagi lalu bangun dari lantai & mendekati Anastasya untuk menenangkannya.

Sementara Bella pula hanya diam membisu kerana masih terkejut dengan Anastasya yang tiba-tiba saja datang menampar wajahnya.

"No Aunie !! Kali nie I dah tak boleh duduk diam dengan apa perempuan tak guna nie dah buat !!"

"You know apa yang Dia dah lakukan ??"

"Perempuan nie dah perangkap Abang Qal dengan cara Konon nya Dia mengandungkan anak Abang Qal & sekarang lepas perempuan nie dah keguguran .. Dia buat Abang Qal untuk menikahi Dia pulak !!"

Ujar Anastasya bengang menjelaskan perbuatan Bella kepada Aunie.

Aunie menundukkan kepalanya lemah kebawah mendengar penjelasan Anastasya kerana Dia sendiri sudah tahu mengenai kehamilan Bella itu.

"Yeah !! I know about it .."

"Bella dah bagitahu pasal tu & I sendiri yang minta Adrian bertanggungjawab atas apa yang Dia dah buat pada Bella .."

Jawab Aunie tertunduk lemah.

Terkejut besar Anastasya mengetahui bahawa Aunie rupanya sudah mengetahui tentang kehamilan Bella sehingga Aunie sendiri yang meminta Rayqal untuk menikahi Bella.

"WHAT !! You sendiri yang suruh Abang Qal nikahi perempuan nie & buat Abang Qal bertanggungjawab atas perbuatan yang Abang Qal tak pernah buat ker ??"

"You're so stupid Aunie !!"

"Kalau You pikir orang yang buat perempuan nie mengandung adalah Abang Qal .. You memang bodoh sebab dah diperbodohkan lagi dengan kata-kata perempuan nie !!"

"As you know .. anak yang dikandungkan perempuan nie Bukan anak Abang Qal pun .. tapi anak kepada lelaki lain iaitu Hairul !!"

"Perempuan nie dah perangkap Abang Qal kemudian dengan sengaja mempergunakan alasan kandungan Dia supaya Dia boleh memiliki Abang Qal !!"

Jelas Anastasya bengang kepada Aunie.

"WHAT !!"

"Apa You cakap nie Tasya .."

"Bella ~~ betul ker apa yang Tasya cakapkan nie ??"

Terkejut Aunie dengan penjelasan Anastasya.

Aunie tidak pernah menyangka bahawa Bella telah memanupulasikan nya dengan semua kebohongan demi memiliki seorang lelaki.

Bella hanya menggeleng-gelengkan kepalanya cuba menyatakan bahawa apa yang Anastasya katakan itu semuanya adalah palsu.

"Tak Aunie .. semua tu tipu .."

"Aunie jangan percaya dengan semua kata-kata Cik Tasya tu ..itu semua tipu ~"

"Aunie kenal sendirikan Cik Tasya tu macam mana .."

Jelas Bella cuba menyakinkan Aunie untuk mengingat kembali Anastasya adalah orang yang seperti apa.

Bella menangis teresak-esak seakan-akan Dia adalah korban daripada tipu daya Anastasya .. Dia merayu kepada Aunie agar mempercayainya lebih daripada Anastasya.

Tergelak kecil Anastasya kerna tidak terkata melihat lakonan hebat Bella merayu dihadapan Aunie agar menyebelahinya.

Anastasya sendiri tidak menyangka bertapa hebatnya lakonan Bella sehingga dapat mempengaruhi orang lain.

"Wahhh ~~ I betul-betul tak sangka bertapa hebatnya lakonan perempuan nie dekat depan semua orang .."

"So now you're playing victim kat depan semua orang lah nie & orang-orang akan menyangka bahawa I adalah puncanya ..."

"Well done Bella ~~ I rasa You memang patut di berikan award Pemenang Sandiwara Terbaik sebab dah berjaya membohongi orang lain dengan tangisan palsu Kau tu !! .."

Perli Anastasya geram yang sebenarnya tidak menyangka perangai sebenar Bella akan pergi jauh seperti ini.

Tergelak bagai nak gila Anastasya kerna tak terkata dengan sandiwara Bella yang masih lagi menangis teresak-esak di depan orang ramai.

Masing-masing orang ramai yang menyaksikan mereka disitu dari tadi saling berbisik antara satu sama lain melihat aksi & kata-kata mereka bertiga.

"Kejap Tasya !! Tadi You kata pasal Hairul .."

"How you know him ??"

Tanya Aunie tidak mengerti kerana tiba-tiba Anastasya menyebut nama Hairul tadi.

Persoalannya tentang hal itu muncul kembali setelah Anastasya menyebut nama Hairul.

Bagaimana Anastasya tahu nama Hairul & apa hubungannya pula dengan Bella ??

"Hahaha ~~ You tanyalah perempuan nie apa yang Dia dah buat dengan Hairul selama nie .."

Jawab Anastasya sambil tergelak.

Aunie memandang ke arah Bella menanti jawapan kepada soalannya mengenai Hairul.

Namun Bella hanya menangis teresak-esak menggelengkan kepalanya tanpa kata kepada Aunie .. Dia berasa takut untuk mengungkapkan kebenaran yang telah dirungkaikan Anastasya sendiri tadi.

"Hahaha ~~ sepertinya perempuan nie tak akan berani nak mengaku .."

"Kalau macam tu biar I sendiri yang bagitahu You apa yang sebenarnya dah berlaku .."

"Seperti yang I dah bagitahu You tadi Aunie .. ayah kepada kandungan perempuan nie tadi Bukan Abang Qal .. tapi Hairul !!"

"Mereka berdua telah bersekongkol untuk sama-sama menghapuskan You .."

"Well I sendiri pun tak pasti apa motif lelaki bernama Hairul tu nak buat pada You sampai nak bersepakat dengan perempaun nie .. tapi apa yang pasti I tahu motif utama perempuan nie buat semua nie sebab nak mendapat Abang Qal supaya jadi milik Dia .."

"Jadi mereka telah bekerjasama untuk memisahkan korang berdua sehingga akhirnya mereka sendiri yang terlanjur atas kesepakatan mereka .."

Jelas Anastasya menjelaskan dengan terang cerita sebenar yang berlaku.

Tergamam membisu Aunie dengan semua penjelasan Anastasya. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang baru Dia ketahui.

"No !! Tak mungkin !!"

Aunie betul-betul tidak dapat mempercayai semua yang baru diberitahu Anastasya.

Bagaimana mungkin Bella & Hairul boleh saling mengenali antara satu sama lain .. apa hubungan sebenar mereka berdua sebelum ini sehingga mereka saling bekerjasama selama ini.

Perkara itu betul-betul membuatkan Aunie termati kata. Perasaannya sekarang sudah bercampur gaul dengan macam-macam hal yang mengganggu fikiran dan emosinya.

Tanpa berkata apa .. Aunie terus mengambil beg tangannya lalu segera pergi dari situ kerana tidak mampu menahan rasa marah & sakit hatinya pada mereka berdua.

"Aunie .. please dengar dulu apa Bella nak cakap !!"

Rayu Bella cuba menahan Aunie dari pergi dari situ.

Aunie langsung tidak berpaling pada Bella & Dia terus melepaskan tangannya yang cuba ditahan oleh Bella lalu segera keluar dari cafe tersebut.

Bella juga terus mengejar Aunie dari belakang merayu agar Aunie mendengarkan dulu alasannya.

Orang ramai di dalam cafe tersebut semuanya memberi laluan kepada Aunie untuk keluar dari situ & saling berbisik melihat mereka bertiga.

"Aunie !! Please dengar penjelasan Bella dulu .."

Pinta Bella mengejar Aunie keluar dari cafe.

"Sudah Bella !! Takde apa lagi yang di jelaskan !!"

"Semuanya dah diterangkan oleh Tasya tadi !!"

Balas Aunie bengang lalu meleraikan pergelangan tangannya dari di tarik oleh Bella dari belakang lagi.

Kini mereka berdua sudah keluar dari dalam cafe tadi & menyambungnya kembali di luar kawasan cafe.

"Aunie .. please ~"

"Bella mintak maaf .. but please bantu Bella ..."

Rayu Bella menangis di hadapan Aunie meminta bantuan.

"Mana Kau nak pergi haa perempuan !!"

Sergah Anastasya menahan tangan Bella dari melarikan diri.

Tersentak Bella disergah kuat oleh Anastasya yang juga mengejarnya ikut keluar dari dalam cafe tadi semasa Dia sedang mengejar Aunie dari belakang.

"Kau ingat Kau boleh terlepas dari Aku kali nie !!"

Ancam Anastasya marah sambil memegang pergelangan tangan Bella.

Kali ini Anastasya tidak akan melepaskan Bella yang sudah membuatnya betul-betul naik gila dengan apa yang wanita itu sudah lakukan.

"Aunie .. please tolong Bella .."

"Bella mintak maaf pada Aunie .. tapi tolong jangan tinggalkan Bella .."

Pinta Bella merayu agar Aunie dapat membantunya daripada Anastasya.

Bella tahu apa yang mungkin bakal dilakukan oleh Anastasya lagi jika Dia dibawa oleh wanita itu dari situ. Dia takut jika kali ini Anastasya akan membunuhnya pula seperti mana Dia sudah pernah membunuh bayi dalam kandungannya.

Anastasya terus-terusan menarik tangan Bella supaya mengikutinya kerana Dia betul-betul marah dengan wanita itu ..

"Lepaskan I Bella !!"

"Aunie tak sangka yang Bella sanggup buat Aunie macam nie .."

Balas Aunie geram lalu melepaskan lengannya dari di tarik Bella.

Menangis merayu-rayu Bella memohon agar Aunie membantu & tidak meninggalkannya.

"Aunie ~ please maafkan Bella .."

"Bella merayu tolong jangan tinggalkan Bella .."

Rayu Bella lagi sambil menarik-narik lengan Aunie berkali-kali.

Naik rimas Aunie dengan kelakuan Bella yang dari tadi menangis meminta maaf kepadanya.

"Sebelum tu Aunie nak tanya .. macam mana Bella boleh kenal dengan Hairul ??"

Soal Aunie masih tertanya-tanya.

Aunie & Anastasya sama-sama berpaling melihat ke arah Bella yang masih lagi menangis teresak-esak menanti jawapan daripadanya.

Bella :

"Sebenarnya Bella kenal Hairul semasa Dia bekerja jadi pengawal keselamatan kat hotel kita .."

Aunie :

"What !! Pengawal keselamatan !!"

Bella :

"Iyer ~ Hairul pernah jadi pengawal keselamatan di hotel kita dulu .."

"Dia bagitahu Bella tujuan utama Dia jadi pengawal keselamatan di hotel kita tu sebab Dia nak perhatikan Aunie supaya boleh ugut Aunie untuk berikan Dia duit pampasan setelah Aunie dah buat perniagaan Dia bankrap .."

Aunie :

"WHAT !! Tapi macam mana pula Bella boleh kenal & tahu pasal nie ??"

Bella :

"Bella mulai kenal dengan Hairul pun bila Bella ternampak suatu hari Hairul meletakkan sebuah kotak di atas meja kerja Aunie semasa kita nak keluar lunch masa tu .."

"Bila kita dah balik dari lunch .. Bella nampak Aunie buka kotak tu & terkejut dengan isi kotak tu yang berisi sebuah anak patung yang berlumuran darah & dicucuk jarum .."

"Sejak dari tu Bella dengan Hairul saling kenal .."

Jelas Bella bersalah menceritakan awal perkenalan Dia dengan Hairul.

Makin terkejut besar Aunie dengan cerita Bella kerana baru sekarang Dia mengetahui jawapan dari kotak misteri yang Dia dapati semasa masih bekerja di NauRoyel Hotel.

"Jadi rupanya selama nie Hairul dah lama perhatikan Aunie laa ~~"

Balas Aunie termati kata.

Tiba-tiba perasaannya jadi kosong . Semua yang berlaku kepadanya selama ini semuanya sudah terungkai satu per satu. Aunie tidak pernah terfikir bahawa semua ini sudah dirancang.

Mendengar dari penjelasan Bella itu betul-betul membuatkan Aunie rasa digunakan & diperbodohkan oleh orang-orang sekelilingnya.

Anastasya pula hanya mampu tergelak kecil mengetahui semua yang dijelaskan Bella kepada Aunie kerana Dia juga sendiri tidak terkata dengan segala perancangan Bella selama ini.

"So now You dah tahu siapa yang perlu You percayai kan sekarang .."

Ujar Anastasya cuba membuat Aunie melihat dengan jelas mana yang buruk & baik.

Airmata Aunie mengalir jatuh ke pipi kerana Dia berasa betul-betul terluka. Hati & perasaannya betul-betul terasa sangat sakit bagai ditikam bertalu-talu.

Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang kerana semua kebenaran tiba-tiba datang menghempap sekaligus.

Pantas dengan itu Aunie terus melepaskan tangannya dari Bella dengan geram kerna wanita itu masih lagi menahan tangannya supaya tidak pergi .. lalu Dia segera bergegas pergi & menahan sebuah teksi di tepi jalanraya.

Saat teksi itu berhenti .. Aunie terus segera masuk ke dalam lalu menutup pantas pintu teksi tersebut.

"Aunie !!! Auniee !!!"

"Tolong jangan pergi !!!"

Panggil Bella menangis sambil berlari mengikut teksi itu berjalan & memukul-mukul tepi tingkap teksi tersebut merayu agar Aunie tidak pergi meninggalkannya.

Aunie di dalam teksi tersebut langsung tidak memperdulikan rayuan Bella yang berlari memukul-mukul tepi tingkap teksi itu. Airmata Aunie makin laju mengalir dipipi menangis kerna rasa sakit hatinya yang rasa teramat dalam.

Setengah mati Bella berlari cuba menghentikan teksi yang dinaiki Aunie .. namun tidak berhasil sehingga akhirnya Dia sendiri berhenti mengejarnya.

Anastasya yang melihatnya dari tadi hanya mampu tergelak sinis melihat Bella ditinggalkan & tidak diperdulikan sama sekali sudah oleh Aunie setelah gadis itu telah mengetahui semua rahsia Bella.

Melihat keadaan Bella yang sudah kelihatan lelah mengejar teksi yang dinaiki Aunie dari tepi jalan .. Anastasya terus segera memberi isyarat panggilan telefon kepada orang suruhannya yang sudah siap sedia menunggu isyarat dari Bella di tepi jalan.

"Hufttttt ~~~ Huftttttt ~~ Hufttttt ~~~"

Turun naik nafas Bella lelah kepenatan cuba menghentikan teksi yang di naiki Aunie tadi namun Dia tidak berhasil.

Kemudian tidak lama selepas itu sebuah van berwarna hitam tiba-tiba muncul ditepi jalan tempat Bella sedang berdiri lelah .. lalu beberapa orang dari dalam van tersebut keluar & tiba-tiba menutup mulutnya rapat kemudian mengangkatnya masuk dengan segera ke dalam van tersebut.

.........................................................................

Masuk sahaja di dalam teksi .. Aunie langsung tidak memandang ke arah Bella yang sedang memanggil-manggil & mengejarnya dari luar tingkap teksi.

Airmata Aunie jatuh berguguran membasahi pipi & pikirannya sekarang memang betul-betul melayang entah kemana. Dia menyeka airmatanya lalu memaling semula melihat ke belakang tingkap teksi mahu melihat Bella yang sudah tidak mengejar teksi yang dinaikinya lagi.

Saat memaling melihat ke arah belakang tingkap teksi .. Aunie dapat melihat Bella yang sedang berhenti kerana kelelahan mengejar teksi yang dinaikinya , lalu tidak lama kemudian Aunie terkejut apabila melihat ada sebuah Van berwarna hitam yang tiba-tiba berhenti & membawa Bella masuk ke dalam van tersebut.

Van berwarna hitam itu dibawa laju & memotong teksi yang sedang di naiki Aunie. Tergamam besar Aunie dengan apa yang baru Dia lihat.

"Pakcik !! Tolong ikut van hitam kat depan tu sekarang !!"

"Jangan sampai terlepas !! "

Ujar Aunie meminta agar pemandu teksi tersebut segera mengekori van hitam tersebut daripada belakang.

Pemandu teksi tersebut hanya mengikuti perintah Aunie & Dia segera mengekori van hitam itu dengan laju dari belakang.

Perasaan Aunie menjadi cemas & risau dengan apa yang berlaku pada Bella di dalam van itu. Dia masih lagi terkejut besar apabila melihat Bella betul-betul diculik & di bawa masuk ke dalam van tersebut dengan paksaan.

Van hitam yang diekori itu membawa mereka ke sebuah kawasan jalan yang sunyi tanpa ada apa-apa di sekelilingnya melainkan hanya ada sebuah jalanraya sehala & diterangi dengan beberapa buah lampu jalan.

"Cik ~~ Betul ker Cik nak ikut van tu sampai kat sini ??"

"Sebenarnya boleh Saya tahu ada apa dengan Van tu sampai kita kena ekori Dia dari belakang sampai kita di tempat nie .."

Tanya pemandu teksi itu yang mulai risau dengan keadaan tempat yang mereka sedang lalui.

Bukannya pemandu teksi itu sahaja, malah Aunie juga sebenarnya mulai risau & takut dengan keadaan kawasan yang sedang mereka lalui itu kerana kelihatannya seperti tiada apa-apa disekelilingnya.

Namun hati Aunie lagi berasa risau dengan keadaan Bella yang diculik oleh lelaki-lelaki di dalam van tersebut.

"Maafkan Saya Pakcik .. tapi sebenarnya Saya nampak macam kawan Saya tadi kena culik dalam van tu .."

"Apa kita nak buat sekarang nie Pakcik ?"

"Pakcik nak tolong Saya selamatkan kawan Saya tu tak ??"

Jawab Aunie cemas menjelaskan situasi yang sebenarnya.

Terkejut besar pemandu teksi itu mendengar penjelasan Aunie tentang situasi mereka sekarang.

"APA !! KENA CULIK !!"

Terkejut pemandu teksi itu lalu terus mendadak menghentikan teksinya.

"Kenapa Pakcik berhenti ??"

"Pakcik cepatlah ikut van tu .. nanti kita kehilangan jejak dorang macam mana !!"

Terkejut Aunie risau sambil matanya tidak lari dari melihat terus ke arah van hitam itu yang masih lagi berjalan terus meninggalkan teksi mereka yang sedang berhenti di tengah jalan.

Pemandu teksi itu menolehkan kepalanya kebelakang tempat Aunie sedang duduk dengan reaksi wajah yang sangat terkejut.

"Apa Cik cakap tadi ??"

"Van yang sedang kita sedang ekori sekarang nie adalah van penculik yang sedang menculik kawan Cik ker ?"

Soal pemandu teksi itu sekali lagi.

Pemandu teksi tersebut masih lagi tidak mempercayai bahawa mereka berdua sekarang sedang mengejar van sekumpulan penjenayah yang sedang menculik seseorang.

"Iyaa Pakcik .. tolong lah Saya Pakcik .."

"Tolong ikut balik van tu jangan sampai terlepas .."

"Kawan Saya ada kat dalam van tu Pakcik .. Tolong lah jalan cepat Pakcik ..."

"Saya merayu sangat !!"

Rayu Aunie cemas tidak keruan.

Pemandu teksi itu jadi berbelah bagi dengan permintaan Aunie yang memintanya untuk terus mengekori van hitam tersebut dari belakang. Pemandu tersebut risau & takut jika ada berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada mereka berdua di tempat yang sunyi seperti itu.

"Tapi Cik ini bahaya !!"

"Macam mana kalau ada sesutu yang buruk berlaku kalau kita terus ikut van tu .."

Balas Pemandu teksi tersebut risau.

"Tapi macam mana dengan kawan Saya Pakcik ??"

"Nyawa Dia dalam bahaya sekarang nie .."

Jawab Aunie risau.

Pemandu teksi :

"Cik ~ apa kata Cik hubungi polis biar pihak polis yang selesaikan kes nie .."

"Pakcik bukan apa Nakk .. Pakcik cuma takut kalau penculik tu tahu kita sedang mengekori dorang dari belakang & berlaku sesuatu yang buruk pada kita berdua kat tempat macam nie .."

Aunie :

"Iyer Pakcik .. itu Saya tahu .."

"Tapi masalahnya macam mana dengan kawan Saya sekarang nie .. kalau kita terlepas van tu , kita tak boleh nak selamatkan Dia .."

Buntu Aunie cemas tidak tahu harus berbuat apa lagi sekarang kerana apa yang ada di dalam kotak fikirannya sekarang adalah bagaimana keselamatan Bella.

Tiba-tiba Dia berasa menyesal meninggalkan Bella yang meminta tolong darinya tadi. Sementara pemandu teksi itu pun berasa serba salah & berbelah bagi dengan situasi sekarang.

Tanpa berfikir panjang, Aunie dengan cemas terus membuka pintu teksi itu lalu segera keluar dari teksi tersebut untuk mengejar sendiri Van tadi namun pemandu teksi itu sempat menahannya dari terus pergi.

Pemandu teksi :

"Cik ~~ Tolong jangan pergi Cik .."

"Ini bahaya .."

Aunie :

"Pakcik ~~ Saya nak mintak tolong pada Pakcik "

" Pakcik tolong pergi dari sini sekarang & terus call polis sebab Saya tak boleh nak biarkan nyawa kawan Saya dalam bahaya macam tu jer sekarang .."

"Lagipun Saya tak nak libatkan Pakcik dalam hal nie .. jadi tolong pergi cepat dari sini panggil bantuan .."

Ujar Aunie memberi pesanan kepada pemandu teksi tersebut lalu Dia segera berlari sekuat hati mengejar tempat laluan van itu jalan tadi.

Pemandu teksi tersebut tidak mampu menahan Aunie lagi & Dia hanya berdiri kaku tidak mampu berbuat apa-apa melihat Aunie berlari sekuat tenaga dari hadapan teksinya.

Tidak lama kemudian pemandu teksi itu mematahkan kembali haluannya lalu segera pergi dari tempat tersebut kerana risau dengan keselamatannya sendiri & tidak mahu terlibat dalam hal itu.

.........................................................................

Di sebuah gudang ~~

Sekujur badan Bella diheret lalu didudukkan di atas sebuah kerusi kayu .. kedua tangannya diikat kuat di belakangnya & kedua kakinya juga diikat sekali pada kedua kaki kerusi kayu itu sementara kepalanya masih lagi ditutup dengan sehelai kain berwarna hitam.

Selepas selesai diikat kuat semuanya .. salah seorang lelaki yang berbadan agak sedikit tegap itu membuka helaian kain hitam di kepala Bella.

"Hmmmmmm !!!!!! "

"Hmmmmm !!!!!!"

Teriak Bella kuat namun mulutnya ditutup rapat dengan pelekat selotape berwarna biru.

Bella melihat sekelilingnya dari atas kiri dan kanan sambil cuba menjerit meminta tolong namun itu semua hanya sia-sia kerana mulutnya sudah ditutup rapat dengan pelekat. Bella menggigil ketakutan sambil menangis teresak-esak walau mulutnya ditutup.

Kedua tangan & kakinya juga berasa sangat sakit kerana diikat kuat sehingga Bella tidak mampu bergerak dari tempat duduknya.

Beberapa lelaki yang menutupi wajah mereka dengan topeng yang pelik hanya berdiri tegak memerhatikan Bella diikat kesakitan di kerusi itu meronta-ronta minta dilepaskan.

Bella tahu ini semua adalah angkara siapa yang membawanya sampai ke situ. Tak lain tak bukan ini semua adalah angkara Anastasya kerana hanya wanita gila itu sahaja yang akan membuatnya terseksa lagi seperti itu.

Sudah puas meronta-ronta cuba melepaskan diri dari ikatan kuatnya itu, akhirnya Bella berputus asa & berhenti kerana sudah kepenatan membuang tenaganya yang hanya sia-sia.

Tidak lama selepas itu, Bella mendengar seperti ada bunyi enjin kereta yang baru sahaja sampai di luar gudang usang itu. Namun Dia sudah tidak mampu mahu melihat siapa orang yang datang dengan bunyi enjin kereta itu diluar kerana Dia sudah mulai lemah kepenatan.

"Dah rasa penat ker ??"

Tanya sebuah suara wanita.

Bella yang sudah kelemahan ditutup mulutnya hanya mampu membuka matanya melihat siapa empunya suara yang datang menyapanya.

Anastasya memandang wajah lemah Bella yang lemah longlai ditutupi pelekat pada mulutnya dengan senyuman sinis. Baru puas rasa hati Anastasya melihat Bella diikat & diseksa begitu di depan matanya.

"Hmmmmmmm !!!! "

"Hmmmmmmm !!! "

Teriak Bella ingin berkata sesuatu dalam mulutnya yang masih tertutup.

"HA ~ HA ~ HA ~ HA ~~"

Tergelak puas Anastasya melihat reaksi wajah Bella yang menangis meronta-ronta meminta tolong kepadanya agar melepaskan ikatan & pelekat pada mulutnya.

Setelah puas melihat Bella membuang tenaganya cuba untuk menjerit .. akhirnya Anastasya mencabut kuat pelekat di mulut Bella sehingga merah bahagian mulutnya seperti terasa mahu terkopek dibuatnya.

"So now .. how You feel Bella ??"

"Dah puas ker buang tenaga Kau yang hanya sia-sia tu .."

Perli Anastasya sambil tersenyum sinis.

Bella menangis & menggigil ketakutan meminta agar Anastasya melepaskannya. Dia menyesal kerana sudah mempermainkan peringatan keras Anastasya dahulu sehingga Dia berani untuk mengambil sesuatu yang seharusnya menjadi milik Anastasya.

"Cik Tasya ~~ Tolong maafkan Bella kali nie .."

"Bella tahu yang Bella salah sebab tak pedulikan peringatan Cik Tasya dulu .."

"Tolong lepaskan Bella kali nie Cik Tasya ~~"

"Bella janji pada Cik Tasya yang kali nie Bella akan betul-betul ikut perintah Cik Tasya & akan tinggalkan Tuan Rayqal .."

"Bella janji tak akan khawin dengan Tuan Rayqal lagi & akan pastikan supaya Tuan Rayqal akan betul-betul jadi milik Cik Tasya ..."

"Please Cik Tasya ~~~ Tolong lepas kan Bella .. Bella merayu sangat ~~"

Rayu Bella menangis meminta tolong pada Anastasya.

Tergelak besar Anastasya melihat bertapa ketakutannya Bella merayu-rayu kepadanya .. namun rayuan Bella itu langsung tiada erti lagi buat Anastasya kerana Dia betul-betul sudah cukup bengang dengan tindakkan Bella terutama sekali apabila wanita itu sudah berani mencuba untuk mengahwini lelaki yang dicintainya tanpa pengetahuannya.

Anastasya juga bengang bila mengingat kembali bagaimana Bella tadi nya cukup berani meminta pertolongan Aunie iaitu wanita yang paling Dia benci untuk menyelamatkannya pula.

Semua yang dilakukan Bella betul-betul membuatkan Anastasya jadi hilang sabar dan nak jadi gila dibuatnya.

Dengan rasa yang sangat bengang & cukup marah .. Anastasya mendekati Bella lalu menarik kuat rambut panjangnya ke bawah sehingga kepala Bella mendongak tinggi ke atas gara-gara rambutnya ditarik dengan kuat.

"Kau dengar sini Bella .."

"Aku dah pernah bagi peringatan pada Kau sebelum nie kan .. tapi nampaknya Kau buat main jer dengan peringatan Aku tu .."

"Kau ingat apa yang Aku buat nie main-main ker !!"

Ujar Anastasya bengang sambil menarik kuat rambut Bella.

"Argghhh !!! Sakit !!"

"Cik Tasya tolong maafkan Bella ~~."

Rayu Bella menahan kesakitan & menangis.

Namun makin kuat lagi rambut panjang Bella ditarik ke bawah oleh Anastasya.

"Kau nampaknya memang jenis tak makan saman kan .."

"Tak cukup lagi ker anak dalam perut Kau tu dah mati sampai Kau pun sendiri nak menempah maut jugak !!"

Bentak Anastasya bengang.

Anastasya memandang tajam ke arah Bella seperti pemangsa yang mahu membaham mangsanya sahaja kerana Dia sudah tidak mampu menahan rasa amarahnya terhadap kelakuan Bella yang betul-betul berani mengkhianatinya.

"Cik Tasya tolong jangan !!"

"Nanti macam mana kalau Cik Tasya jadi pembunuh ~~"

"Cik Tasya tak takut ker ??"

Sempat lagi Bella bertanya untuk cuba menakut-nakutkan Anastasya yang kemungkinan boleh menjadikan Dia sebagai seorang pembunuh jika terus-terusan mencederakannya.

Namun itu semua malah membuat Anastasya tergelak besar dengan kenyataan Bella yang sengaja mahu menakut-nakutkan Dia.

"HA ~ HA ~ HA ~ HA ~~~"

"Kau ingat Aku takut ker ?? Lagipun tangan Aku sendiri dah pernah buat Kau keguguran .. Jadi rasanya takde masalah untuk Aku nak melanjutkan lagi permintaan Kau yang dah menempah maut dengan Aku .."

Jawab Anastasya tergelak besar.

Naik turun nafas Bella mulai berasa bengang juga dengan ugutan Anastasya. Kalau bukan sebab kedua tangannya diikat kuat di belakang .. sudah lama Dia tampar-tampar mulut lancang Anastasya itu.

Hatinya masih lagi terasa sangat sakit & bengang dengan apa yang telah dilakukan Anastasya kepadanya sebelum ini sehingga Dia terpaksa kehilangan anak dalam kandungannya.

"Cik Tasya memang dah giler !!!!"

Balas Bella dengan cukup berani.

Terkedu Anastasya dengan apa yang baru dikatakan oleh Bella kepadanya .. Dia tidak menyangka bahawa wanita tersebut benar-benar begitu berani menjawabnya dengan kata-kata seperti itu.

"Apa Kau cakap !!"

"Kau kata Aku giler !!"

"Heyy perempuan !! Kau yang dah buat Aku jadi giler macam nie !! Kalau bukan sebab Kau cuba nak mengahwini Abang Qal .. Aku tak akan jadi giler macam sekarang !!"

"Kau tahu kan macam mana Aku cintakan Abang Qal sejak kami dibangku sekolah lagi !!"

"Dah bermacam-macam cara yang Aku dah buat untuk jadikan Abang Qal milik Aku .. tapi tiba-tiba pulak Kau muncul & nak khawin dengan Dia dalam masa yang singkat !!"

"Kau ingat Aku akan berdiam jer ker haa !!!!"

Teriak Anastasya bengang dengan kenyataan Bella.

Tergelak kecil Bella dengan penjelasan Anastasya kepadanya.

"HAHAHA ~~"

"Jadi Cik Tasya ingat dengan cara tu Tuan Rayqal akan cintakan Cik Tasya ker ??"

"Cik Tasya janganlah nak mimpi sampai ke bintang sangat .. sebab dalam hati Tuan Rayqal tu cuma ada seorang sahaja iaitu Aunie .."

"Jadi walau apa cara sekalipun Cik Tasya cuba buat untuk nak dapatkan Tuan Rayqal .. tak kan pernah sekali pun Cik Tasya akan dapat memenangi hati Dia .."

Jelas Bella menceritakan tentang isi hati Rayqal kepada Anastasya.

Makin meningkat emosi & amarah Anastasya dengan penjelasan Bella yang betul-betul menyakiti hatinya.

"NO !!! Tak mungkin !!"

"Abang Qal dengan Aunie dah putus .. jadi mereka tak akan ada hubungan apa-apa lagi !!"

Balas Anastasya menyangkal semua itu lalu melepaskan rambut Bella dari tangannya yang ditariknya tadi.

Sekali lagi Bella sengaja memanupulasikan ceritanya untuk melihat bagaimana reaksi Anastasya yang kelihatan tidak boleh menerima kenyataan itu.

"Jadi Cik Tasya percaya ker dengan semua tu ??"

"HAHAHA ~~ Nampaknya Cik Tasya dah diperbodohkan sekali lagi dengan Aunie .."

"Sebenarnya diorang berdua tu tak putus pun & mereka masih saling mencintai antara satu sama lain .."

Ujar Bella sekali lagi cuma memanaskan hati Anastasya.

"No !! Tak mungkin !!"

"Kau tipu !!!!"

"Haritu Aku sendiri dengar yang Abang Qal cakap Dia dah putuskan hubungan Dia dengan Aunie .."

Jawab Anastasya sekali lagi sambil memegang kepalanya yang mulai berasa sakit dengan kedua tangannya.

Berkerut hairan dahi Bella melihat reaksi pelik Anastasya yang kelihatannya sedang menahan rasa sakit kepalanya kerana dari tadi lagi wanita itu asyik menyangkal tentang hubungan Rayqal & Aunie yang katanya sudah putus.

"Mana ubat I !!"

"Cepat !! Bagi ubat I sekarang !!!"

Pinta Anastasya kepada orang suruhannya sambil Dia masih memegang kepalanya yang berasa sakit mahu pecah.

Salah seorang dari pengikutnya memberikan sebotol ubat berwarna putih kepada Anastasya yang sedang menahan rasa sakit kepalanya.

Botol ubat itu diambil dengan tangan Anastasya yang bergetar lalu Dia makan beberapa biji ubat tersebut dengan segera.

Berkerut hairan Bella ingin tahu ubat apa yang diambil oleh Anastasya sehingga wanita itu betul-betul sangat memerlukannya untuk menenangkan rasa cemasnya tadi.

Bella berfikir pasti ada sesuatu yang tak kena dengan kelakuan pelik Anastasya itu.

"I nak korang kurung perempuan nie kat sini & pastikan Dia tak melarikan diri sampai I bagi arahan lain .. Paham !!!"

Arah Anastasya kepada semua lelaki orang suruhannya yang masih lagi berdiri tegak & bertopeng disekeliling Bella.

"Cik Tasya tunggu !!!"

"Tolong jangan buat Bella macam nie .."

"Maafkan Bella & tolong lepaskan Bella !!"

"Bella janji tak akan buat lagi .. tolong Cik Tasya !!"

Rayu Bella ketakutan mendengar arahan yang di berikan Anastasya kepada orang suruhannya.

Bella takut ditinggalkan sendirian di dalam gudang usang itu bersama 3 orang lelaki bertopeng pelik yang Dia tidak kenali.

"Kau dengar sini baik-baik perempuan !!"

"Kali nie Aku tak boleh nak percayakan kata-kata Kau lagi !!"

"Aku akan pastikan supaya tak ada seorang pun kat luar tu yang akan perasan dengan ketiadaan Kau .."

"Lagipun Aku rasa Abang Qal pasti akan jadi lebih lega bila Dia dapat tahu yang Kau sendiri dah melarikan diri tak nak khawin dengan Dia .."

"Jadi tak ada alasan lagi untuk Aku masuk line menggantikan tempat Kau .. & perlahan-lahan Kau akan terus menghilang tanpa jejak .. sebab kat dunia nie dah takde orang yang nak ambik tahu tentang Kau .."

"HAHAHAHA~~ "

Ujar Anastasya senang lalu ketawa besar kerana gembira telah dapat menghalang Bella dari melakukan rancangannya.

"Cik Tasyaa ... Tolong !!!"

"Jangan tinggalkan Bella .. Tolong lepaskan Bella ..."

Rayu Bella merayu memanggil-manggil Anastasya yang mahu meninggalkannya sendirian di gudang usang itu.

Anastasya langsung tidak memperdulikan panggilan  Bella yang merayu-rayu kepadanya .. Dia hanya  tersenyum sinis & terus berjalan keluar dari gudang tersebut tidak menghiraukan Bella lagi. Baru puas rasa hatinya kerana sudah memberi pengajaran kepada wanita itu yang sudah mencabar kesabarannya.

.........................................................................

Sudah hampir setengah jam Aunie terus berlari mengikuti alur jalan sehala di kawasan itu untuk mencari dimana perginya van hitam yang telah membawa Bella tadi.

Tidak lama selepas itu Dia melihat ada sebuah gudang yang kelihatan agak usang di tepi jalan sehala itu.

Perlahan-lahan Aunie berjalan menuju ke arah gudang itu & akhirnya Dia menemui van hitam yang Dia cari tadi ada di hadapan gudang tersebut.

Berdengup kencang jantung Aunie berdebar menghampiri van tersebut sambil berwaspada melihat sekelilingnya takut jika ada orang yang mengetahui keberadaannya disitu. Sampai sahaja di van hitam itu, Aunie melihat-lihat ke dalam tingkap van itu untuk memeriksa dimana keberadaan Bella .. namun wanita itu tiada dalamnya.

Perasaan Aunie jadi semakin risau dengan bagaimana keadaan Bella sekarang .. Aunie memberanikan dirinya perlahan-lahan mendekati gudang usang yang kelihatan terbiar sudah lama tidak berpenghuni itu untuk cuba mencari Bella.

Aunie melangkah perlahan-lahan & berwaspada melihat sekelilingnya, namun tiba-tiba pula Dia terpijak dengan sebatang ranting kayu lalu terdengar bunyi yang agak sedikit kuat. Dia terus berdiri kaku kerana terkejut dengan bunyi ranting kayu yang dipijaknya itu kerana bimbang jika bunyi itu akan menarik perhatian. Mujur sahaja tiada sesiapa yang mendengarnya.

Kemudian Aunie meneruskan langkahnya  perlahan-lahan lagi  mendekati sebuah tingkap yang pecah & rosak di tepi gudang itu lalu mengintai ke dalam. Terkejut Aunie dapat melihat memang ada Bella di dalam gudang itu. 

Tapi apa yang membuatkan Aunie makin terkejut adalah apabila Dia melihat salah seorang lelaki yang bertopeng di dalam gudang itu senang melempang kuat wajah Bella sehingga berdarah tepi bibirnya. Bella juga tidak mampu berbuat apa kerana kedua tangannya yang sudah di ikat ketat dibelakang.

Tersentak kuat Aunie kerana terkejut melihat lelaki bertopeng itu melempang kuat wajah Bella sehingga Dia sudah tidak bermaya. Aunie terkejut sampai terpijat lagi dengan serpihan kaca tingkap yang bertaburan di atas lantai
lalu mengeluarkan bunyi.

Aunie melihat lelaki-lelaki bertopeng di dalam gudang itu sepertinya terdengar dengan bunyi yang dibuatnya dari luar, jadi dengan pantas Aunie terus melarikan diri dari tepi tingkap itu & bersembunyi.

Dua orang lelaki bertopeng itu terus bergegas keluar dari gudang tersebut untuk mencari dari mana asal bunyi seperti serpihan kaca itu datang & mereka menyesyaki sepertinya ada orang lain yang berada di sekitar gudang tersebut jadi mereka mulai mencarinya.

Aunie masuk bersembunyi di balik dinding sempit di tepi gudang itu lalu Dia menutup sendiri mulutnya rapat-rapat supaya bunyi nafasnya yang kuat kerana ketakutan tidak kedengaran.

Namun apa yang makin mendebarkan adalah apabila Aunie dapat melihat sendiri bila  salah seorang dari  lelaki bertopeng itu sedang berdiri di tepi dinding tempat Dia sedang bersembunyi & sedang mencari-carinya.

Mujur sahaja lelaki itu tidak perasan akan diri Aunie yang sedang berdiri kaku tanpa suara & sampai menahan nafasnya sendiri sedang bersembunyi di celah dinding sempit itu.

Jantung Aunie terasa betul-betul mahu gugur pada masa itu juga, namun nasib baik lelaki itu tidak melihatnya lalu terus pergi mencari-cari di tempat lain.

Tidak lama selepas lelaki itu sudah pergi dari tempat persembunyiannya, Aunie memberanikan dirinya untuk keluar dari celah dinding itu & kembali lagi ke tempat cermin tingkap tadi untuk cuba mencari jalan bagaimana nak menyelamatkan Bella di dalam gudang tersebut.

Namun malangnya apabila Aunie sedang berjalan perlahan-lahan untuk cuba masuk ke dalam gudang tersebut melalui sebuah pintu masuk yang boleh Dia lihat terbuka dari tepi tingkap itu, tiba-tiba pula muncul seorang lelaki yang bertopeng pelik sedang melihat kelakuan Aunie dari belakangnya sendiri.

Tanpa tidak disedari sama sekali, lelaki bertopeng pelik itu terus menuangkan sesuatu cecair dari botol pada kain lipatan kecil yang dipengangnya kemudian lelaki itu terus berjalan perlahan-lahan mengikut gerak langkah Aunie dari belakang.

Aunie dapat merasai seperti ada seseorang yang sedang mengekorinya dari belakang .. jadi dengan hati yang berdebar kencang Dia terus menoleh kebelakang untuk kepastian.

Belum sempat Aunie mahu bertindak & bersuara .. lelaki bertopeng itu terus menerkam lalu menutup rapat mulut & hidung Aunie dengan kain kecil yang sudah Dia bubuh ubat bius keatasnya.

Aunie cuba untuk berteriak namun tiba-tiba sahaja Dia berasa dunianya jadi gelap gelita & terasa badannya terus menjadi lemah.

Badan Aunie sudah menjadi tidak bermaya & Dia jadi pengsan kesan daripada ubat bius yang digunakan oleh lelaki bertopeng itu.

Bersambung ~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience