BEIJING, CHINA
PENGHUJUNG Disember yang bersalji. King keluar dari hotel penginapannya tidak jauh dari Dataran Tienman, terletak di seberang jalan Kota Larangan Maharaja terakhir yang terkenal hebat, diselubungi warna merah, seluas sembilan padang bola sepak, yang mengujur seluas mata memandang. Dia mengenakan jaket kulit hitam buatan Pakistan, memakai beanies, membungkus kedua-dua tanganya dengan glove nipis sahaja. Mengharungi jalan setapak tanpa menghiraukan simbahan sajli yang renyai-renyai. Menapak dalam keriuhan orang ramai yang berjalan tergesa-gesa. Berjalan tanpa menoleh. Sepasang mata kejam disembunyikan di sebalik kaca mata hitam berjenama.
Di hadapan sebuah hotel mewan, dia mematikan langkah. Tercatuk di luar meninjau, tanpa mempedulikan suhu sejuk yang mencecah 5°C. Sinat matahari langsung tidak memberi kesan. Secebis kehangatan tidak lut dek tubuh. Umpama hiasan langit bumi semata-mata. Tatkala bernafas, tampak kepulan-kepulan asap keluar dari rongga mulut dan hidung. Seperti menluahkan kepanasan dalaman. Seolah sengaja membuka pintu kemarahannya.
Bersikap selamba, King memasuki ruang lobi. Terus mendapatkan lif. Menekan punat 13. Namun, sasarannya berada di tingkat 15. Sampai sahaja, dia menaiki anak-anak tangga. Menerusi celah cermin kecil yang terletak di tengah-tengah pintu, dia mengintai. Terdapat tiga orang pengawal peribadi berjaga di luar pintu sebuah bilik mewah, yang hanya memang hanya mampu disewa oleh orang kaya sahaja.
King mengeluarkan sepucuk pistol yang lengkap dengan silencer. Dia membuka pintu. Ketiga-tiga pengawal peribadi itu terkejut. Belum sempat meraka bertindak, tiga butir peluru muntah daripada hujung laras. Tiada sebutir peluru pun dibazirkan. Satu peluru satu sasaran. Dan sasaran mesti tepat. Sasaran mesti mati!
Di sebelah dalam, kedengaran suara seorang lelaki ketawa terbahak-bahak. Dua wanita menrengek manja. Selanjur, King membuka pintu. Mereka yang berada di situ terkejut. Dua wanita tadi menjerit ketakutan. Dia enggan bertolak ansur. King menembak kedua-dua wanita itu. Bergelimpangan di atas karpet, berlumuran darah dalam keadaan separuh bogel. Dahi masing-masing bocor dihentak peluru. Sasarannya... lelaki separuh abad terketar-ketar.
"Please.....don't kill me."
"Mr. Yap? Mr. Yap from Malaysia?" King sengaja bertanya meskipun telah mengetahui siapa sasarannya itu.
"Yes....yes...." Kepala Mr. Yap terangguk-angguk.
"Tuan Sadon sekeluarga kirim salam."
"Awak.... orang Malaysia?" Muka Mr. Yap bererut. Terkejut besar!
King menekan picu. Sebutir peluru menembusi dahi. Sekali gus, Mr. Yap tumbang ke belakang. Gelas di tangan terlepas daripada pegangan. Berjatuhan membasahi karpet. Dan King memastikan sasarannya tidak bernyawa lagi. Sekeping wang not satu $1USD ditampal di dahi mangsa. Kemudian, dia menyusur keluar dari situ tanpa sebarang jejak tetapi meninggalkan 'tanda mata' sebagai satu stail cara pembunuhannya.
Sempadan Selangor-perak
Beberapa hari berlalu....
SEORANG pegawai strategik pelaburan Syarikat Juara- Saiful telah diculik. Kini, dia ditempatkan di sebuah pondok usang di sebuah ladang getah. Jauh terperosok dari denai ladang yang tidak berasflat, yang mengunjur ke jalan bandaran. Dia diikat kedua-dua kaki dan tangan pada sebuah kerusi kayu. Mata dan mulutnya ditutup. Ditinggalkan dalam ketakutan selama beberapa jam.
Menerusi cuping telinga, Saiful dapat mendengar pintu pondok ditolak dan ditutup semula. Derap kasut bergetaran di lantai. Dia meronta dalam kepayahan. Ketakutannya yang sedari tadi menjalar semakin memercikkan keringat. Kedengaran orang yang menculiknya berjalan melegari dirinya tanpa menyentuh apa-apa. Selang lima minit. Pengikat mulutnya dibuka.
"Kau..kau siapa? Kau nak apa?" Selaju itu juga, saiful bersuara. Terketar-ketar di halkum. Dalam keadaan matanya ditutup, sukar dia melihat muka penculik itu.
"Namaku.....King." Penculik itu memperkenalkan diri.
"Kau nak apa?" Saiful bersuara keras meskipun nadanya bergetaran.
"Kau fikir... aku nak apa?"
"Wang." Saiful menduga-duga.
"Tapi aku bukan orang miskin."
"Habis ....kau nak apa?"
Penculik itu tidak menjawab. Sengaja membiarkan Saiful dalam teka-teki. Kedengaran lelaki bernama King itu membuka sesuatu. Dan Saiful semakin kecut perut apabila tubuhnya disimbah petrol. Habis setengah gelen. Kedengaran lagi gelen itu dibuang sehingga menzahirkan bunyi dentuman di atas lantai. Badan Saiful terangkat kerana terkejut dengan bunyi itu.
"Tolonglah... jangan bunuh aku." Saiful merayu nyawa.
Penculik itu tetap berdiam diri. Langsung tidak mempamerkan reaksi.
"Aku sanggup lakukan apa saja kemahuan kau!" Saiful berteriak kecil. Menyanggupi apa jua arahan demi menyelamatkan satu-satunya nyawa dalam jasad.
"Aku mahu, Syarikat Juara milik Tuan Halim."
"Ya...boleh...boleh," sahut Saiful
"Macam mana caranya?"
"Cipta projek-projek besar dan ajak Syarikat Juara melabur sama. Galakkan Syarikat Juara berhutang. Bila kreditnya banyak, dia akan jual aset dan juga kepentingan. Pada masa itu, kau pun tahu apa yang kau boleh buat." Saiful memberitahu
"Kau sanggup jadi tali barut?"
"Sanggup...sanggup," jawab saiful.
"Kau bohong!"
Penculik itu menyalakan api mancis dan terus menlontarkan ke arah mangsanya. Api menyembur marak. Saiful menjerit kesakitan. Api sudah memakan seluruh tubuhnya. Penculik itu kemudian melepaskan beberapa das tembakan. Saiful menemui ajalnya disitu. Api dipadamkan. Dibiarkan membakar mayat Saiful sehingga rentung.
SEKUMPULAN pasukann polis dari Jabatan Jenayah berkerja ke tempat kejadian setelah menerima panggilan telefon sejam yang lalu. Seorang lelaki yang mengakui menculik Saiful telah menghubungi Zetty yang berpangkat inspektor. Penculik itu memberikan butiran maklumat yang tepat dan lengkap. Tidak pula diketahui muslihat di sebalik panggilan tersebut. Zetty terus memaklumkan perkara itu kepada ketuanya. Mereka segera dikerahkan ke sana. Lengkap bersenjata bersama Unit Forensik.
Sampai di tempat kejadian, pihak polis bertindak mengepung sebuah pondok usang. Amaran menyerah diri dilaungkan. Apabila tidak bersahut untuk beberapa ketika, Zetty bersama anggota lain menyerbu masuk. Bau hangit menusuk hidung. Mayat Saiful ditemui dalam keadaan rentung. Anehnya, pondok usang itu tidak terbakar.
Tidak jaug dari mayat berkenaan, terdapat satu dompet berjenama berwarna hitam. Sekilas, Zetty melihat isi dalam dompet itu. Wang berjumlah ratusan ringgit tidak diusik. Mykad masih tersimpan kemas. Yang paling memeranjatkan adalah kad pekerja Syarikat Juara turut diselitkan. Nama pemegangnya dibaca dalam hati. Wajah zetty berubah mendadak. Dia kemudian meminta apa pun bukti termasuk dompet mangsa dikumpulkan dalam helaian-helaian plastik putih. Bahan itu diserahkan kepada pegawai forensik.
Zetty mengeluarkan telefon bimbit. Menekan-nekan nombor adiknya, Raihana.
"Helo kak..." Suara manja Raihana kedengaran menerusi corong telefon bimbit.
"Rai... ada tak nama pegawai syarikat bernama Saiful?" Lekas Zetty bertanya.
"Ada... tapi dah dua hari tak datang kerja, kak zetty. Ayah dah bising fasal dia," balas raihana tanpa mengesyaki apa-apa.
"Dia tak akan datang kerja lagi," kata Zetty.
"Kenapa?" Soal Raihana kehairanan.
"Saiful ditemui mati." Zetty memberitahu.
Raihana terdiam dihujung talian
"Puan." Seorang anggota polis menegur Zetty.
"I call you later, sis." Zetty mematikan talian
"Saya jumpa ni kat sana." Bahan bukti bertukar tangan.
Zetty meneliti sekeping wang kertas not $1USD.
KUALA LUMPUR
HALIM tersandar di sofa dalam bilik pejabatnya apabila terbaca satu berita yang terasa merentap jantungnya. Dalam usia melebihi separuh abad ini, perasaannya mudah terkejut dalam beberapa perkara terutama yang melibatkan saham-saham syarikat. Walaupun saham Syarikat Juara kukuh di pasaran hadapan Bursa Malaysia, sebarang kemungkinan buruk tidak mustahil berlaku. Sebab itu, suku daripada keuntungan syarikat di simpan dalam bank berasingan. Ia sebagai langkah berjaga-jaga. Disimpan dalam bentuk tunai dalam simpanan peti besi sebuah bank terkemuka yang memberi jaminan seratus peratus.
Sejurus membaca berita itu sampai ke noktah, Halim segera menghubungi Datuk Bakri - CEO Syarikat Padusatu. Sebuah syarikat besar setanding gagahnya dengan syarikat-syarikat terkemuka Malaysia seperti Renong dan Telekom Malaysia. Talian peribadi Datuk Bakri bersambut.
"Datuk... bad news dari Beijing," beritahu Halim.
"Saya dah baca berita tu. Kita dah lama tak berurusan dengan Mr. Yap lagi, Halim. Don't worry." Suara Datuk Bakri kedengaran tenang sahaja, walaupun serak.
"Tapi... siapa yang tergamak bunuh Mr. Yap, Datuk?"
"Mungkin Mr. Yap terjebak dengan bisnes mafia, kot."
Kedengaran seperti berseloroh tetapi Datuk Bakri tidak ketawa langsung. Bermakna dia memang serius.
"Kita tak ada musuh, Datuk."
"Halim... jangan risau. Mr. Yap kena tanggung risiko kalau dia betul dia berurusan dengan orang jahat," pujuk Datuk Bakri. Halim mengeluh berat.
"Malam ni.... senang tak?" Tiba-tiba Datuk Bakri menyoal.
"Kenapa Datuk?" Halim tetap saspens dalam apa jua situasi ketika inim
"Aku tanya... senang tak malam ni?"
"Ya." Sepatah Halim menjawb.
"Datang ke Hotel Hilton dekat KL Sentral. Kita dinner. Berdua sahaja."
"Baik, Datuk. Tepat jam 8.00 saya datang." Halim bersetuju.
Perbualan mereka dimati. Halim dan Datuk Bakri telah lama mengenali sesama mereka. Sama-sama menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Namun, rezeki dan nasib Datuk Bakri lebih baik berbanding Halim. Syarikat Padusatu yang diterajui Datuk Bakri kini merupakan 'gaint' di Malaysia. Perniagaan dan pelaburan Syarikat Padusatu berkembang pesat menembusi Eropah,Timur Tengah, beberapa buah negara Afrika,Jepun dan Korea Selatan.
Halim yang termenung sejenak terkejut apabila Raihana masuk secara tiba-tiba.
"Ayah... Saiful dah mati dibunuh."
Terbeliak mata halim mendengar berita buruk itu.
Share this novel