KING,dia...seorang lelaki terluka,sikap dan sifatnya terbentuk hasil daripada masa lampau yang dia sendiri tidak menginginkannya.Malah,seluruh keperibadiannya tidak pernah terungkai secara nyata.Umpama bayang-bayang yang sentiasa bersembunyi tanpa mengira malam mahupun siang.Lahir pada 29 februari dan menyambut hari lahir empat tahun sekali.Memiliki sesusuk tubuh yang kekar.Berdada bidang.Berkulit cerah.Rambut nipis sehingga menampakkan kulit kepala.Tinggi 175 sentimeter.Pendiam dan suka bersendiri.
Mereka yang mengenalinya menggelar dia sebagai Mr. No Smile atau Mr. Nice Guy- seorang pekebun anggur di Cromwell,New Zealand,tidak jauh dari bandar Queenstown- di selatan Pulau Kiwi.Namun,tiada seorang mengetahui bahawa dia sebenarnya seorang pembunuh kejam - bukan pembunuh upahan,tidak juga pembunuh bersiri.Walau apa pun tafsirannya,dia tetap seorang pembunuh yang cekap serta mahir menggunakan pelbagai senjata.Apabila pintu kemarahannya terbuka,dia akan bertukar menjadi pemburu yang tidak pernah terlepas menjejaki mangsanya.
Dia meninggalkan Malaysia 16 tahun lalu. Membesar dalam jagaan Dickens - seorang warganegara Amerika Syarikat yang pernah menjadi rakan bisnes ayahnya dahulu. Dibawa lari ke luar negara setelah menembusi pintu sempadan Malaysia-Thailand melalui Bukit Kayu Hitam di Kedah. Dari Bangkok, Dickens yang dipanggil uncle Dick itu membawanya ke Scotland. Dilatih dalam sekumpulan kecil gerila Ireland Utara yang bertapak di bumi William Walace itu. Tetapi dilarang bertempur. Dickens sememangnya merancang menjadi dia seorang profesional.
Ketika usianya mencecah 25 tahun, Dickens menamakannya sebagai King, menyerupai nama orang Russia. Bersikap nekad seumpama pejuang Russia tatkala bertempur. Keputusannya selalu darstik. Bunuh sasaran dan jangan hiraukan tebusan. Yang penting, misi berjaya!
Dickens telah menempatkannya di Cromwell, sejak usianya menjangkau 30 tahun. Dalam kebuasan bertindak, terdapat sikap terpuji bersifat membisu dalam dirinya, iaitu dia bukan peminum arak, tidak menggilai wanita dan tidak hidup berfoya-foya. Namun demikian, hidupnya sentiasa tersisih daripada cinta. Baginya...sepi itu indah!!
Share this novel