Cromwell, New Zealand
Seminggu selepas melakukan prmbunuhan kejam,King kembali pada rutin kehidupan sehari-hari. Menumpukan sepenuhnya perhatian mengerjakan tanaman anggur. Awal musim panas sememangnya sesuai mencambahkan benih baru. Sebelum musim salji, hasil tanaman sudah boleh dituai.
Dalam redup rimbunan akar-akar anggur berdaun hijau kekuningan yang menjalar di setiap palang,King mendongak ke langit bumi. Biasan matahari menyakiti anak mata. Musim panas yang kering berangin sejuk selalunya membuatkan kulit menjadi berkerontang, berpetak-petak seperti corak ular batik. Musim di New Zealand tidak sejajar dengan negara-negara di sebelah utara yang ketika ini bermusim sejuk. Fenomena ini merupakan keterbalikan musim. Sebab itulah di negara Kiwi ini, perayaan Krimas disambut tanpa salji seperti di Amerika Syarikat mahupun di negara-negara Eropah.
Cromwell, sentiasa aman damai. Masyarakatnya hidup bermuafakat. Dalam keadaan sedemikian, King tidak pernah mencampuri urusan mereka. Kadangkala kedengaran usikan-usikan nakal yang mengatakan King adalah 'orang pelik' dari perlembahan lingkaran gunung-ganang yang terkenal dengan kehebatan Tasik Wanaka dan Tasik Wakatipu di Queenstown. Tidak ubah seperti makhluk Horbit yang hidup terperuk dalam persekitaran sesama mereka tanpa mahu bergaul dengan kaum-kaum yang lain.
Namun... seperti adanya, King menyambut gurauan itu dengan senyuman yang nampak sangat dipaksa-paksa. Jarang bercakap dengan masyarakat setempat. Meskipun demikian, dia tetap tidak disisihkan. Dia tidak pernah tidak dijemput menghadiri apa jua majlis keramaian mahupun sambutan keluarga. Dan dia tetap akan memenuhi setiap undangan berserta hadiah dan oleh-oleh sebagai menghargai keperihatinan penduduk setempat ke atas dirinya.
Berseorangan di kebun anggur memang menjadi kegemarannya. Fikirannya tidak menyimpan kenangan lama. Seolah sengaja dipadamkan. Itu projek Dickens yang telah dianggap seperti ayah sendiri. Mereka jarang bertemu. Bila berjumpa, Dickens akan membangkitkan kisah silam yang dia sendiri tidak mengingatinya.
Kata Dickens, King adalah orang malaysia. Terpaksa dibawa keluar dari tanah air sendiri untuk menyelamatkan nyawa daripada ancaman musuh-musuh ayahnya yang dikenali sebagai Tuan Sadon. Dickens selalu benar menceritakan cerita sedih itu walaupun kesayuan tidak pernah terasa bergayut di dada. King seperti seorang manusia yang menjalani kehidupan sehari-hari tanpa emosi.
Cerita Dickens hanya diterjemahkan dalam fikirannya sendiri menurut persepsi yang sudah pasti berbeza. Yang
Terbayang hanyalah bunyi tembakan, semburan darah dan mayat-mayat keluarganya bergelimpangan. Masa inilah pintu kemarahanya terbuka. Terbuka untuk apa?
Yang diketahui.... apabila fenomena itu berlaku, dia pasti akan membunuh. Cuma sekarang ini, dia lebih banyak menghabiskan masa menjalani hidup sebagai pekebun anggur. Kecuali dickens datang menemuinya di situ atau mengirim e-mel sasaran berikutnya.
Imbas Kembal: Kuala Lumpur
16 Tahun Lalu...
KING berusia 13 tahun. Malam ini, sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol menyerbu rumah mereka. Sebelum itu, kedengaran ayahnya Tuan Sadon memarahi sekumpulan lelaki itu. Ketika ini, King berkurung di dalam biliknya, mengulang kaji pelajaran serta menyiapkan kerja rumah. Tumpuan pembelajarannya terganggu apabila kedengaran suara pertengkaran di tingkat bawah. Belum sempat dia berganjak menjenguk, dentuman bunyi senjata api bergema.
Ibunya menjerit. Abang dan kakaknya kelam-kabut bergerak ke ruang tamu. Bunyi tembakan kedengaran lagi. Bertalu-talu. Jeritan keluarga di ruang tamu terus terdiam. King ketakutan. Mengunci pintu bilik. Menyorok ke bawah katil. Nafasnya kencang menghambat dada. Sekujur tubuh menggigil. Seram sejuk apabila membayangkan seluruh keluarganya telah dibunuh.
"Ada seorang lagi tak ada!."
King memicing anak telinga. Air mata berjejeran. Hampir-hampir terkencing dalam seluar kerana mengalami ketakutan yang teramat dahsyat.
"Cari kat atas! Jangan biarkan seorang pun keluarga Sadon hidup! Cari dan bunuh!"
King memang mengenali suara lelaki itu. Pembunuh-pembunuh itu adalag rakan perniagaan ayahnya. Cuma dia tidak memahami mengapa keluarganya dibunuh sebegitu kejam. Atas dasar apa? Mengapa dan kenapa? King tidak tahu apa-apa.
"Boy... come here, boy." Satu suara bisikan muncul dia jendela yang bingkainya sudahpun dikuak. Dickens tertoleh-toleh ke arag pintu. King mematikan diri. Teragak-agak.
"Boy.... Uncle Dick ni." Suara Dickens berbisik. Lelaki bangsa Amerika itu juga adalah rakan niaga ayahnya. Fasih berbahasa Malaysia. Tinggal di negara ini sudah menghampiri 10 tahun. Sering berulang alik ke luar negara menguruskan perniagaan. Tapi dia tidak bersekongkol dengan mereka yang sudag kerasukan serta naik gila melakukan pembunuhan kejam di rumah ini.
"Boy..." panggil Dickens lagi.
King menjenguk dari bawah katil. Kelihatan Dickens sedang menghulurkan tangan, sambil merentangkan jari telunjuk di tengah mulut - menyuruhnya bergerak secara senyap-senyap. Dickens kemudian membawanya pergi jauh dari tempat kejadian.
Uncle Dick telah menyelamatkan nyawa KING!
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
"KING.... ARE YOU ALRIGHT?"
Lamunan King terhenti. Imbauan itu terasa menyakitman meskipun penghayatan keperitan itu tidak dirasa sejujurnya. Dia bingkas menoleh. Gadis Maori yang menyerupai wajah melayu itu menerpa pandangan. Aroha sentiasa berwajah manis. Sentiasa riang dengan senyuman. Sejujurnya, King terhibur dengan keramahan gadis berkulit sawo matang itu. Namun sebagaimana sikapnya, sukar sekali dia mempamerkan perasaannya. Dia sudah terbiasa dengan muka serius.
"Aren't you going back to Auckland?" King tidak menjawab soalan awal tapi menghulurkan satu pertanyaan pula untuk Aroha.
Aroha Irihapeti duduk saling bertentangan dengan King. Tersenyum dan menggeleng kecil. "You never change, King. You never answer my question," kata Aroha dengan nada suara yang manja. Dia merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Auckland. Cuti musim panas ini, dia pulang ke pangkuan keluarga.
"Something i miss Malaysia very much," keluh king.
"If that is so, why don't you go back then, the flight is just 10 hours. Just take sleeping pills through the flight. When you wakeup, you will be in Malaysia, right?" Aroha tersenyum. Suka mengusik King yang jarang ketawa. Dan gurauanya kali ini pun tidak mengundang tawa lelaki itu.
King tidak menjawab. Mukanya tampak berkerut.
"Let's go to Queenstown this evening... emm?" Ajak Aroha, bersuara lembut memujuk. King tetap tidak menjawab.
"Let me treat you to dinner."
Pelawaan Aroha entah yang ke berapa kali, dia sendiri pun tidak mengingatinya. Jemputan tidak pernah dipenuhi.
"Okay," balas King.
Aroha terkejut. Matanya terbuntang luas. Tidak menyangka King akan bersetuju kali ini. Sungguh di luar jangkaan. Lelaki ini sememangnya sukar diduga! Aroha tertawa. Hatinya berbunga riang. Dia memang menyukai King. Lelaki itu rajin berusaha, sesuai dijadikan suami atas keperihatinan yang bertanggungjawab. Ciri-ciri kebaikan itu terdapat pada King dalam renungan Aroha. King dianggap lelaki yang cukup sempurna.
Syarikat Juara, Kuala Lumpur
BERITA kematian Saiful cukup menggemparkan. Semua kakitangan syarikat terpinga-pinga serta kebingungan. Sejam selepas berita duka itu disampaikan Raihana kepada ayahnya, Halim mendadak mengadakan mesyuarat tergempar, memanggil semua kakitangan syarikat di semua peringkat jawatan, tanpa terkecuali seorang pun.
Bilik mesyuarat penuh sesak. Mereka yang tidak biasa menghadiri mesyuarat memilih untuk berdiri sahaja. Sambil itu, kakitangan syarikat hingar-bingar. Bergosip dengan andaian masing-masing mengenai punca kematian Saiful. Apabila Halim dan Raihana masuk, bilik mesyuarat menjadi sunyi sepi secara tiba-tiba.
Halim memulakan mukadimah dengan berbasa-basi. Mengkhabarkan mengenai kematian Saiful yang sudah pun diketahui. Sempat memuji pelaksanaan tugas Saiful semasa hidup. Bercerita yang baik-baik sahaja tentang keperibadian Saiful. Masa inilah Raihana dapat mengesan kegelisahan Kharis salah seorang pegawai strategik pelaburan syarikat. Sikap lelaki itu tidak keruan, seperti mengetahui punca di sebalik kejadian. Namun, Kharis tidak bersuara walau sepatah kata pun. Lelaki itu memilih untuk berdiam diri sahaja.
Halim mengumumkan sejumlah pampasan untuk keluarga Saiful. Tiada sebarang reaksi yang disuarakan oleh kakitangan syarikat. Rata-rata mereka hanya sekadar mengangguk, menyetujui saranan Halim selaku Pengurus Besar Syarikay Juara. Malah, Halim yang terkenal dengan sikap baik hati itu turut mengumumkan perbelanjaan penyempurnaan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat Juara.
"Ada sesiapa yang tahu mengapa kejadian malang ini menimpa Encik Saiful?"
Soalan yang diluahkan Halim langsung tidak berjawab.
"Tak apalah.... kita bersurai sekarang," putus Halim.
Perbincangan mesyuarat tergempar itu tidak memberikan sebarang buah fikiran. Semua cadangan Halim dipersetujui tanpa sebarang bantahan. Tiada seorang pun yang bersuara menyatakan apa-apa.
"Encik Kharis..... tunggu kejap," pinta Raihana pada ketika kakitangan syarikat bersurai, mula keluar dari bilik mesyuarat. Kharis yang hendak bangun tidak jadi berbuat demikian. Raut mukanya nampak semakin cemas.
"Encik Kharis tahu sesuatu tentang pembunuhan Encik Saiful?" tanya Raihana.
Halim sedikit terperanjat. Manakala Kharis berasa degupan jantungnya semakin kencang berdetak. Umpama detikan jarum jam yang bergema pada ketika malam semakin sunyi.
"Kharis." Halim bersuara setelah mendapatu Kharis membisu agak lama.
"Errrr... Tuan Halim.... Encik Saiful pernah menerima ugutan bunuh." Teragak-agak Kharis memberitahu. Nafasnya kedengaran mendesah. Terluah berat melewati rengkungan. Mukanya tampak pucat.
"Encik Saiful beritahu Encik Kharis?" Raihana mencelah. Kharis mengangguk.
"Kenapa tak lapor pada polis?" Suara Halim separuh meninggi berserta keluhan berat.
"Saya.... saya takut, Tuan Halim.... Cik Raihana," kata Kharis.
"Kenapa Encik Saiful diugut?" Raihana belum puas hati dengan jawapan itu.
"Itu..... saya tak tahu. Saya tak nak masuk campur, Tuan Halim... Cik Raihana. Saya takut... anak saya ada dua.
"Isteri seorang?"
Kharis hampir tergelak kelat apabila Halim mengajukan soalan itu. Lambat-lambat Kharis mengangguk.
"Call kakak kamu, Raihana," kata Halim lagi.
Share this novel