BAB 3 ( BERTUNANG )

Romance Completed 53166

Selepas solat Asar sesuai dengan apa yang direncanakan terlebih awal di antara aku dan Abang Panjang, kedatangan Abang Panjang petang itu disambut baik oleh Hajah Badariah. Penerimaan baik daripadanya itu buat aku jadi musykil. Namun aku fikir yang baik-baik ajelah tentang nenek aku itu. Elok jua kalau Nek Badar dah berkenan dengan Abang Panjang semoga Nek Badar merestui hubungan ini sehingga akhir hayatku. Itu doa aku buat masa ini.

Aku mula menyibukkan diri di dapur berikutan kaki aku sudah beransur pulih. Bengkaknya pun sudah semakin surut nampaknya. Aku mula bergerak aktif seperti biasa. Aku menyediakan kek cawan coklat untuk dibuat santapan minum petang kami nanti. Seawal jam tiga aku dah mula masuk dapur dengan ditemani oleh Bibik Melati.

Aku dengan Bibik Melati ni satu kepala berikutan umurnya masih muda seumur lingkungan baya mak su, mungkin itu membuatkan kami lebih akrab. Kek cawan coklat yang berintikan coklat cair dan disatukan dengan kacang almond yang dicincang halus merupakan salah satu pemanis mulut kesukaan Hajah Badariah lebih-lebih lagi ianya datang daripada air tangan aku sendiri. Bakat yang satu ini aku perolehi daripada arwah ibu aku sendiri menurut cerita Hajah Badariah sewaktu ketika dulu.

Dulu arwah Ibu aku suka sangat buat kek. Segala jenis kek dia pandai buat. Rasa dan bentuk kek yang dihasilkan olehnya setanding dengan kek-kek yang dijual di kedai. Mak su pun pernah cerita, arwah ibuku ini pernah nak buka sebuah kedai kek dan pastri di kediaman kami dahulu, saat kami semua masih menetap di Kuala Lumpur tetapi hajatnya tidak kesampaian disebabkan sebaik sahaja aku wujud di dalam kandungan arwah Ibu, aku buat Ibu aku menderita penyakit yang tidak diketahui asal-usulnya sehinggalah aku dilahirkan ke dunia ini sekaligus menjadi punca penyebab kematian ibu. Oleh sebab itu, sampai sekarang aku masih menyalahkan diri aku sendiri yang secara tidak langsung menyebabkan kematian Ibu secara mendadak itu.

"Farah... dah siap ka hidangan tu.. dah boleh bawa ke depan.. budak panjang tu dah sampai..."
Terhenti lamunan panjang aku apabila mendapat teguran daripada Hajah Badariah itu.

"Yelah.. Nek Badar... satgi cheq hantaq.. tunggu Mak Som buat ayaq kopi sat..."

Aku merapikan semula rambut dan pakaianku di cermin panjang yang terdapat di tepi dinding menghadap ke kamar mandi itu. Apabila sudah berpuas hati, aku menatang dulang yang berisi air kopi di dalam teko antik itu dan sedikit kuih-muih untuk minum petang kami di serambi rumah mewah itu. Aku menatang dulang itu dengan berhati-hati namun tangan Abang Panjang sudah mengapai dan membawanya ke sebuah meja kayu jati berkerusi bulat itu. Hajah Badariah pula baru munculkan diri semula selepas meminta diri sebentar ke kamar mandi.

"Hangpa duduk la dulu.. nak discus pasal pelajaran kan. Tok Wan nak pi tengok taman Tok Wan sat.. hang duduk la.. minum ayaq ni..jangan malu-malu na..."
Hajah Badariah sudah berlalu dari situ untuk melihat tanaman bunganya yang sedang berkembang elok di hujung sana. Aku hantar pemergian Hajah Badariah dengan sorotan mata berserta sebuah senyuman yang memekar membuatkan orang yang berada di sebelah ni dah jadi tak tentu arah. Tapi dia masih pandai mengawal keadaannya itu.

"Erm..mm.. jemput minum Abang.. awat Abang pandang Nur macam tu..?"
Aku pandang sekilas wajah tampan itu. Tak berani aku nak tatap renungan matanya itu. Menusuk tepat ke kalbu aku yang paling terdalam rasanya.

"Takde apa lah Nur.. kaki Nur dah baik ke..Abang nampak dah tak berbalut lagi tu..."

"Alhamdulillah, dah makin baik.. Abang duduk sat na.. Nur nak ambil buku-buku dekat dalam bilik..Abang minum ayaq ni dulu.. hah..cuba chocolate cupcake ni...Nur buat khas untuk Abang.."

"Erm... Abang tunggu Nur.. kita makan sama-sama ok..."

Aku tersenyum lagi. Sekembalinya aku di situ, kelibat Abang Panjang aku sudah tiada di situ. Melilau aku mencarinya. Oh.. dia dah pergi tolong Hajah Badariah siram pokok bunga rupanya. Hai... buat suspense jelah..ingatkan kena kidnap ke tadi... eh betullah kena kidnap..kena culik kat Hajah Badariah.. berani dia culik Abang Panjang aku!

Aku pergi mendapatkan mereka berdua di situ. Aku sudah bercekak pinggang di situ. Marahlah konon.. tapi memang aku tengah marah pun.. Tiba-tiba je hilang, kata nak ajar aku last-last pergi tolong Hajah Badariah. Nek Badar ni pun agak-agak lah, Abang Panjang aku tu datang sini bukannya nak jadi tukang kebun servis percuma, dia datang sini nak tolong aku buat kerja sekolah lah. Dahlah bertimbun ni. Menyesal pula aku beria-ia berlari semasa waktu hujan tempoh hari. Bertabahlah cik Farah oii... benda dah nak jadi bukannya boleh ditunda sewenang -wenangnya.

"Tu bakal bini hang dah panggil...pi la lekaih dah siap pun ni...terima kasih sudi bantu Tok Wan tadi.."

"Apa.. ??Tok Wan..Tok Wan dah tahu ka pasai ni..
Yang keluarga cheq memang dah tunangkan cheq dengan Nur sejak kami berusia enam tahun lagi..."

"Erm...dah.. cuma aku tak sangka hang dah segak jadi lagu ni.. Aku dah berkenan dengan hang... mata hang tu.. teringat aku kat..."
Aku sudah mencelah di situ, tak sabar rasanya nak tunggu drama swasta Hajah Badariah dengan Mr SN ni berakhir. Sudahnya kata-kata Hajah Badariah tergantung di situ.

"Nek Badar... cepatlah..kerja sekolah cheq banyak ni..satgi boleh sambung gi na...biaq cheq siapkan kerja sekolah cheq dulu.. jomlah Abang.."
Aku dah tarik lengan Abang Panjang aku, nasib berlapik. Abang Panjang pakai kemeja lengan panjang warna biru gelap yang dibiarkan tidak berbutang dengan dipadankan t-shirt berkolar bulat warna putih di dalam ternampak kemas di sosok tubuh tinggi lampainya itu pada petang ini.

"Sabaq la sat... tak hilang mana pun Abang hang ni.. nanti hang peluklah siang malam...aku tak kacau hangpa dah..."

"Awat Nek Badar kata lagu tu... ada apa-apa yang cheq tak tau ka ni..."
Aku bertanya kembali pada Hajah Badariah. Kata-katanya mengundang sesuatu yang perlu diberikan penjelasan. Dia pula aku tengok hanya tersenyum manis di situ.

"Dah tadi tak sabaq sangat... pi la lekaih sambung belajaq tu... satgi tak siap jangan nak salahkan aku pulak...aku perhambat hang nanti..."

Aku dan Abang Panjang duduk semula di meja kayu jati tersebut. Tak sangka aku, Abang Panjang ni budak pandai rupanya. Satu jam berikutnya selesai semua kerja-kerja sekolah yang tertangguh itu. Abang Panjang menyuruh aku memperbanyakkan buat ulang kaji, latihan dan buat nota-nota ringkas untuk semua subjek. Sepanjang dia mengajar aku tadi, aku rasa dia seorang pengajar yang baik. Aku jadi cepat faham berbanding penerangan yang diberikan oleh cikgu aku sendiri. Bolehlah lepas ni aku suruh Nek Badar aku tu upah Abang Panjang jadi guru tuisyen aku.

"Abang... boleh tak lepas ni Nur nak minta Abang jadi guru tuisyen Nur.. kita belajar sama-sama dekat library sekolah nanti.. kita pun duduk 'asmara' kan..."

"Hah...!! bukan duduk asmara lah 'Love'... duduk asrama..."

"Love...?? Abang panggil Nur... Love ke tadi... ye ke Nur sebut betullah tadi kan.. asrama.. hah.. asrama.."
Berkali-kali aku mengulang perkataan itu. Rasanya betullah apa yang aku sebut tadi.

Aku lihat Abang Panjang aku tu dah menggelengkan kepalanya di situ. Namun di balik pintu pagar itu aku lihat ada Shahril Nazim di sana. Kenapa dia berpatah balik..tak singgah dulu ke sini, tanya aku dalam hati.

"Kenapa Nur... Nur tak suka ke Abang panggil Nur dengan panggilan tu.. ada apa kat sana tu..mata Nur tu dah bulat jadinya tu.."

"....Erm... takde apa-apa..mungkin perasaan Nur je kot... suka tapi belum sesuai... tunggu Nur dah bersedia dulu ye... macam mana rasa cupcake tu sedap tak...??"

"Sedaplah Nur... dah masuk tiga biji Abang telan ni... silap hari bulan Nur dengan Tok Wan pun tak merasa tau... tak sedia..?? habis tu yang hantar gambaq love tu pasepa kat Abang... Abang balaslah dengan sticker bear yang buat flying kiss tu... kalau Nur nak yang original pun Abang boleh bagi satgi..."

"Amboi merenyam sungguh Abang na.. tak takut ka kena balun satgi dengan Hajah Badariah..."

"Abang gurau jelah Nur..ok Abang tunggu sampai Nur sedia bagi Abang panggil Nur dengan panggilan tu.. Abang balik dulu ye Nur dah nak senja dah ni.. nanti bising pula Abi dengan Umi.. Abang pergi dulu ye.. Tok Wan .. cheq minta diri dulu na.. terima kasihlah jamu cheq makanan sedap-sedap petang ni.."

"...Awat... dah nak balik dah ka... Erm.. yelah hati-hati bawa moto tu.. jangan bawak pi racing pulak satgi..kirim salam aku kat mak.. pak hang..."

"Baiklah Tok Wan... cheq balik dulu na... Nur Abang minta diri dulu.. nanti jumpa dekat sekolah..."

Aku sudah melambaikan tanganku sehingga motosikal yang ditunggang oleh si dia itu tidak lagi kelihatan di situ. Hajah Badariah yang masih berada di situ sudah pandang aku atas bawah. Tersengih je lah yang mampu aku buat di situ. Cepat-cepat aku kemaskan semula buku-buku aku tadi dan aku bawa ke kamar aku semula.

Aku mula mengingati kembali saat-saat berduaan dengan Mr SN aku itu tadi. Tersenyum-senyum aku di birai katil di dalam bilik ini. Kali pertama aku duduk serapat itu dengan seorang lelaki buat jantung aku bekerja keras. Tidak sama rasa perasaan itu sewaktu aku bersama dengan Abang Shahril. Nak dijadikan cerita, boleh pulak masa tu pen aku terlepas daripada pegangan tangan. Aku sudah menunduk untuk mengambil semula pen yang terjatuh di lantai granit warna hitam itu, tak sangka pula tangannya terlebih dahulu yang mencapai pen tersebut.

Saat itu jugalah jari-jemari kami bersentuhan. Terasa bagaikan terkena renjatan elektrik aku pada masa itu. Cepat-cepat aku lepaskan pautan jejemari aku terhadap jari-jemarinya. Muka aku rasanya dah membahang dengan rasa panas dingin ini. Sepasang anak mata coklat cairnya itu menatap tepat di sepasang anak mata aku. Mata itu, ia sepasang matanya sudah buat aku terjerumus dengan sebuah perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan. Adakah ini cinta...??? Nur Farah Haryani binti Omer Arduc kau dah terjatuh cinta dengan Mr SN... jangan cuba kau menafikannya lagi...!! Aku akur dengan isi hati aku itu. Ya! Aku sudah jatuh cinta dengannya.Aku rasa dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadapku. Mujur Mr SN ni bijak mengawal keadaan. Dia naturalkan kembali situasi tegang tadi dengan memetik jarinya akibat aku dah berubah jadi patung cendana di situ.

Tiada lagi aku nampak senyuman manis daripadanya selepas itu. Mungkin dia suruh aku fokus kembali dengan kerja-kerja sekolah yang masih belum terlunaskan lagi oleh ku. Aku geleng kepala aku semula bagi menamatkan lamunan itu. Aku bawa diriku ke kamar mandi dan segera membersihkan diri. Selepas menunaikan solat Maghrib aku ke meja makan setelah terdengar suara petir Hajah Badariah memanggil aku untuk makan malam kami.

"Awat... malam ni aku nampak hang tersengih-sengih... hang dah tangkap cintan ka dengan budak panjang tu..."

"Haah.. Nek Badar... Opss.. Isshh.. mulut ni.. takde lah Nek Badar... cheq suka gitu-gitu ja... kawan satu sekolah..."

"Tok sah hang nak menipu la aih... aku tahu hang suka kat dia kan.. aku ni makan garam dulu daripada hang tu.. macamlah aku tak pernah muda.. zaman aku taklah macam zaman hang la ni.."

"Awat...Nek Badar kena nikah paksa ka.. mesti Nek dulu nikah muda ngan Tok Zarul kan...arwah Tok Zarul tu segak juga oqangnya kan...kan.."

"...Erm.. tapi tak sesegak Tok.... Eh... dahlah aih.. hang la ni buat aku duk teringat zaman muda aku dulu.. dah pi lekaih masuk bilik, semayang Isyak tu aku dah dengaq oqang dah bang kat masjid sana tu.."

"Baiklah Nek Badar..."
Aku tertawa kecil di situ jadinya. Mesti Nek Badar aku ni boleh tahan juga orangnya masa zaman muda-mudanya dulu.

Aku membawa diriku ke dalam bilik tidur aku yang berada di tingkat dua. Setelah usai menunaikan solat, seperti biasa aku akan berbaring dahulu di atas katil. Rutin aku biasalah, aku akan periksa telefon bimbit dulu sebelum aku masuk tidur. Tiada sebarang notifikasi aku terima malam ini. Mana pula perginya Mr SN aku ni, sunyi sepi lepas balik dari rumah ni tadi. Takpelah dia sibuk kot. Aku terlena selepas itu apabila mengambil sejenis ubat ini.

Aku sudah kembali semula ke Aspuri Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian. Kelibat Hidayah yang tengah duduk di kerusi meja belajarnya itu aku peluk dari belakang. Terkejut Hidayah di situ aku buat.

"Wei... hang ni... nasib baik aku tak ada sakit jantung tau. Kalau tak kojol aku kat sini... Hang masuk penjara sebab bunuh aku... "

"Awat ni... hang datang bulan ka... sedap mulut hang sembuq aku lagu ni.. sorry lah aku gurau sikit tak boleh ke... aku yang patut merajuk dengan hang.. hang tak pernah jenguk aku pun kan..."

"Putera aku.. kuda dia cuti bersalin.. tu yang aku tak mai... Hang ni.. lagi mau tanya aku ni mana ada sapa-sapa nak hantaq...takkan hang nak suruh aku jalan kaki..satgi tercabut kaki aku hang nak ganti ka.."

"Alaa... janganlah marah... nanti aku suruh Abang Shahril pujuk hang...belikan kuda sekoq untuk hang.."

"...Erm..tu cheq suka.. dia ada tanya aku tak.. kata rindu ka... sayang ka..."

"Erm..mm.. semua tu takde.. cuma satu ja dia kata nak hang punya nombor phone..."

"Hang ni betui ka tak... mana ada aku pakai telefon.. telefon public adalah..."

Aku dah tepuk dahi. Aku betul-betul lupa.Hidayah memang tak pakai sebarang telefon bimbit.

"Tulah hang... duk teringat kat Abang Panjang hang tu ja, semua tak jadi apa... dah siap ka reja sekolah hang yang berlambaq tu.."

"Dah..aku nak rehat sat.. letih.. nanti kalau aku tertidoq hang tolong kejut aku na..."

Sepanjang hari aku menunggu kemunculan Mr SN aku itu, tapi sampai sekarang aku tak nampak batang hidung dia. Manalah dia menghilangkan diri, kata nak jumpa aku dekat sini. Sampai sekarang tak muncul-muncul. Sehinggalah hari mak su aku jemput untuk balik semula ke rumah Hajah Badariah dua minggu sebelum hari perkahwinannya berlangsung. Itu pun sekejap-sekejap, macam nak larikan diri daripada aku je.

Kalau bertembung pun, dia buat tak kenal je aku ni. Senyum tak pernah langsung aku dapat tengok lagi selepas dia balik dari rumah mewah Hajah Badariah tempoh hari.Dia tak nak orang tahu kot aku dengan dia ni ada hubungan istimewa. Aku hormat dengan keputusan dia tapi sekurang-kurangnya maklumlah dekat aku ni. Ini tak adil bagi aku.Dia buat aku jadi tak tentu arah setiap masa. Jangan bagi perasaan sayang ini bertukar menjadi benci sekelip mata
Mr SN... Better you watch out...!!! Don't make me angry like this..!

"Woi... duk berangan apa tu Farah..."

"Hah... Acu Fifi... ni tengah tunggu inai ni kering.. Acu Fifi punya dah kering ka...?"

"Awat... hang duk termenung ja.. tak suka ka nak jadi tunang oqang.. fikir masih muda lagi.. terkejut.."

"Suka...tapi tadi cheq ada dengaq Acu Fifi duk borak ngan Nek Badar pasal sorok rahsia.. rahsia apa tu...??"

"Hang dengaq ka... rahsia... eh hang salah dengaq kot.. takde apa-apalah cuma rahsia tu jelah hang ni sebenaqnya dah ditunangkan masa umur hang enam tahun lagi... Tok tunang hang tu kawan baik dengan arwah Tok hang, Pak aku lah... tu yang dekatkan balik silaturahim tu...depa semua dah janji nak satukan cucu-cucu depa... hang dengan budak renjong tulah.."

"Acu Fifi kenai ka dengan tunang cheq ni...?"

"Dulu masa kecik-kecik pernahlah Abi dengan Umi dia orang tu mai Kuala Lumpur tu... masa tu umuq dia sepuluh tahun kalau tak silap... dia suka main dengan hang... hang pun suka dengan dia.. masa tu pun dia ni dah renjong juga... sama tinggi dengan aku... hang tak ingat ka.. eh mana nak ingat... hang pernah jatuh terhantuk kepala..semua hang tak ingat masa tu.."

"Hah... awat Acu Fifi tak pernah bagitau cerita ni..
Memang cheq tak pernah ingat pun kisah-kisah dulu. Cheq nak tidoqlah Acu Fifi dah lewat ni...mengantuk pula lepas makan ubat ni.."

"Yelah... Acu pun nak tidoq juga... "

Ya Allah... kau peliharalah kesihatan anak buah aku ini. Kau tamatkan kesengsaraannya dari semua kedustaan ini... Aku mohon Ya Allah... berikanlah dia kegembiraan dan kebahagian yang berpanjangan...

Terima kasih Acu Fifi atas doanya tapi aku masih tertanya-tanya... rahsia besar apa yang selama ini tersimpan kemas dari pengetahuan aku. Aku yang masih berjaga memaksa otak berkerja keras namun ubat yang sudah memberikan kesan itu membuatkan aku terus terlena di dalam pembaringan aku sehingga ke waktu Subuh hampir melabuhkan tirainya.

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update new chapter... Terimalah seadanya.. jangan lupa tinggalkan comment ok...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience