BAB 1 ( BUDAK PANJANG )

Romance Completed 53166

Nur Farah Haryani binti Omer Arduc diberi nama. Itu nama aku. Menurut cerita yang disampaikan oleh nenek kesayangan aku, Hajah Badariah, aku ni sebenarnya seorang anak gadis berkacukan Turki. Arwah Abi seorang anak kelahiran Turki manakala arwah Ibu aku anak jati Kuala Lumpur. Setelah kembalinya kedua orang tuaku kepada Maha Pencipta, aku dibesarkan oleh nenek aku, Hajah Badariah di Kuala Lumpur. Setelah aku menginjak dewasa, barulah kami berpindah ke Pulau Pinang semasa aku berumur tiga belas tahun.

Aku minat bersukan. Semenjak dari sekolah rendah lagi bakat aku telah terserlah dalam acara olahraga. Lumba lari adalah sukan pilihanku. Oleh sebab itu, Hajah Badariah mengambil keputusan untuk mendaftarkan aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian ini. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah sukan yang terbaik di negeri Pulau Pinang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian melakar sebuah cerita tentang aku. Semuanya bermula di sini. Aku mula bersekolah di sini pada tahun 2010 selepas setahun sekolah ini secara rasmi dinobatkan sebagai sekolah sukan negeri. Aku di antara salah seorang pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah ini dengan menceburi diri di dalam acara kesukaan aku iaitu sukan lumba lari 100 meter. Selain itu, aku juga terlibat di dalam acara 200 meter dan 400 meter.

Kehidupan aku berjalan seiringan dengan para pelajar di sekolah seperti biasa. Rutin sebagai seorang pelajar aku galas dengan sebaik mungkin. Di sekolah ini aku mempelajari erti sebuah kehidupan. Walaupun aku sedikit manja, namun itu tidak menjadi alasan dan mematahkan semangat aku untuk mengejar cita-cita menjadi seorang pelumba lari pecut wanita terbaik negara suatu hari nanti. Cita-cita mesti kena tinggi beb.. Tak salah kalau berangan.. angan-angan itukan percuma...!

"Woi.. Farah..berapa lama hang nak sental baju tu.. dah naik meqhekah baju hang tu... tu dia dok mengelamun balak mana tak tau.."
Hidayah sudah membebel di sebelah aku. Amboi pekat sangat loghat Penang dia..sampai tak faham aku dibuatnya.

"Sabaq sat... aku tak berapa fahamlah kau bebel apa Aya... cakap KL lah..sikit-sikit tu bolehlah aku faham.."
Aku tayang muka comel aku pada Hidayah.

"Ops.. sorry cheq tak tau hang orang KL.. ingat anak Mami juga...tu hidung tercatuk... hang ni cantiklah.. anak kacuk ka..?"
Hidayah tanya aku balik sambil tangan kanannya dihulur kepada aku. Aku sambut huluran tangannya kembali dengan sebuah senyuman memekar di wajah. Dekat sinilah permulaan persahabatan kami. Macam mana aku tahu nama dia sebab di baldi masing-masing dah tertulis besar-besar nama kami. Begitulah kalau kehidupan kami budak-budak yang tinggal di asrama. Dari sebesar-besar benda sehinggalah sekecil-kecil benda mesti nak kena tulis nama. Takut tertukar barang sesama kami. Tapi ada je di antara kami yang tak buat semua benda tu, nak-nak lagi kakak-kakak senior kami. Pandai-pandai korang la nak jaga harta benda korang sendiri.


Sejak dari itu, aku dan Hidayah berkawan baik. Hidayah satu-satunya 'bff' yang aku ada sehinggalah sekarang ini kami pula dah jadi senior di sekolah ini.
Kami sealiran dari tingkatan satu sehinggalah kami berada di tingkatan lima. Aku tak pernah berpisah dari Hidayah. Hidayah seperti bayang-bayang aku. Hidayah bukan sahaja menjadi teman yang baik, tapi aku dah anggap dia sebahagian dari hidup aku. Ramai orang menganggap kami ini adik beradik kembar. Mak taknya, ke hulu ke hilir mesti ada Hidayah di samping aku.

"Farah... kau ada hutang aku satu cerita kan.."
Tanya Hidayah yang sedang berbaring di katil double decker kami. Dia di tingkat atas.

"Kau ni Aya.. boleh tak jangan terkejutkan aku macam tu.. turunlah tak kan nak borak dengan kau menonggeng macam tu... satgi kau jatuh naya aku nak jawab kat pak hang yang macam singa tu..."
Aku dah mengurut dada akibat terkejut dengan tindakan Hidayah menundukkan kepalanya sebegitu.
Dahlah rambut panjang sebiji macam hantu Nang Nak, Thailand tu.

Hidayah sudah tersenggih macam kerang busuk. Tahulah dia ni atlet gimnas tapi tak payahlah nak tunjuk skill tu depan aku. Dia dah baring di sebelah aku sambil peluk pinggang ramping aku. Memang dia suka buat macamtu kat aku. Aku melerakan jelah walhal aku tak sanggup diperlakukan seperti itu.

"Cepatlah Farah.. story kat aku pasal budak renjong tu... hang dengan dia tu ada apa-apa ka...?"

Aku saja berjeda. Pura-pura buat tidur namun aku rasa jari-jemari Hidayah dah menari-nari dekat pinggang aku. Menjerit kecil aku kegelian. Cepat-cepat Hidayah menekup mulut aku. Dia dah buntangkan matanya. Aku pula sudahnya tercunggap -cunggap tak cukup oksigen. Segera aku rentap kuat lengan Hidayah supaya dia melepaskan tangannya itu.

"Woi... Aya awat.. hang nak bunuh cheq ka...!"
Hah! Sekali terkeluar ayat Penang aku.

"Sorrylah... cheq tak sengaja... yang hang pi tidoq lagu tu pasepa..!"
Marah Hidayah kembali kepadaku. Wajahnya sudah cemberut di situ. Muncung dia dah boleh gantung hanger dah aku rasa.

"Alamak cakap KL lah...berapa kali aku nak ulang.. yelah aku cerita pasal budak panjang tu.. apa yang kau nak tahu.."

"Awat... tadi kemain kau cakap Penang.. sekarang suruh aku cakap KL pulak... Apa-apa jelah cerita je aku dengar.."

"Tadi tu lain.. aku tengah marah..kalau kau cakap Penang aku tak fahamlah ngok.. ok aku cerita.. sinilah rapat sikit.. nak dengar story ke tak..."

"Naklah... tak sabaq dah ni.."
Hidayah berbaring semula seperti tadi. Pinggang aku dipeluknya semula. Muka dia excited habis..! Macamlah cerita yang bakal aku sampaikan ni gempak sangat...!

"Ok...macamni..menurut sumber yang aku percayai.. budak panjang ni sebenarnya senior kitalah Aya..dia budak upper sixth so lepas ni tak boleh nak gelar budak dah.. kena panggil Abang Panjang... dia budak takraw lah wei... kau mesti kerap jumpa dia lepas ni sebab tempat training kau bersebelahan dengan gelanggang takraw kan.."

"Yelah... tapi aku tak pernah pula nampak dia.. mungkin time training kita orang bukan waktu yang sama.. Nanti aku cuba usha.. kalau aku jumpa dia aku story kat kau... ni kenapa duk senyum-senyum macam ni.."

"Aya... kau rasa aku dengan dia ni padan tak kalau kita orang bersatu..."

"Wait a minute... jangan cakap kau dah love at first sight kat Abang Panjang la ni..."


Aku cuma tersenyum di situ. Hidayah pandang aku lain macam. Aku tahu dia tak berpuas hati di situ. Jangan cakap dia juga punya perasaan yang sama dengan aku dekat Abang Panjang... minta jauhkanlah.. cari orang lain ya Hidayah... Abang Panjang hanya untuk aku.

"Dahlah... Farah.. aku nak tidoq la ni.. Hang jangan dok pikiaq sangat Abang Panjang hang tu... SPM dah nak dekat ni.. baik hang ulang kaji.. tapi aku suka kalau hang berdua bersatu..sebab...hang berdua ni macam pinang dibelah dua... aku pulak suka kat kawan lelaki hang tu.. dah lama aku syok kat dia..nanti boleh kita naik pelamin sama-sama.."
Hidayah malu-malu nak mengaku isi hatinya itu.

"Sapa... Shahril... la awat tak habaq awai-awai..
nanti aku tolong adjust dia untuk hang.. ok..satgi aku tidoq.. hang tidoq dulu na..."

Aku masih lagi tersenyum di situ. Akhirnya aku terlena sehinggalah jam loceng tepat berbunyi angka lima pagi. Aku sengaja bangun awal sebab malas nak berebut bilik air dengan budak-budak hostel ni. Walaupun aku ni senior, tak naklah budaya buli-membuli tu berleluasa secara turun-temurun dekat sekolah berasrama macamni.

Aku sebagai senior mestilah nak tunjuk contoh teladan yang baik pada adik-adik junior aku ni. Ada juga segelintir daripada mereka takutkan aku sehinggakan aku rasa diri ini macam tuan pulak.Tak kanlah pulak aku nak gunakan kuasa yang dah diberikan pada aku ni sewenang-wenangnya, aku bukan gila kuasa dan pangkat, sebolehnya aku galas tanggung jawab yang besar ini seikhlas dan sebaik mungkin.Itu adalah misi dan visi aku sebagai pelajar di sekolah ini.

Aku nak sambung balik cerita pasal Abang Panjang ku ini. Nak dijadikan cerita, Abang Panjang ni bukan sahaja pemain sepak takraw, dia juga sprinter seperti aku. Aku dan dia berkongsi jurulatih. Lagi senanglah aku nak jumpa dia. Dia sekarang ni merupakan atlet harapan sekolah ini, merupakan pelajar tingkatan enam atas dan tahun ini tahun terakhir dia melanjutkan pelajarannya di sekolah ini. Sedih pula aku terpaksa berpisah dengannya tahun ini jika aku masih lagi bersekolah di sini. Mestilah aku sedih sebab aku dah crush dengan dia ni. Sampai sekarang aku tak tahu nama sebenar dia. Yang aku tahu jurulatih akan panggil 'Panjang' sebagai nama komersial dia. Seakan-akan nama Panjang ni nama sebenar dia pula. Aku pun tak pernah tanya sebab aku takut nak tegur. Tak pernah nak senyum, apatah lagi nak berbual-bual. Sombong... menyampah aku..!

Sehinggalah pada suatu hari ni.. ketika tu waktu latihan dijalankan di trek perlumbaan. Hari yang mendung seakan-akan hujan akan turun sebentar lagi. Awan dah mendung dek kerana sang mentari malu nak tunjukkan diri tapi jurulatih aku tu seperti tak mengendahkan. Memang hati batu ke apa dia ni tak tahulah aku. Rintik-rintik kasar sudah aku rasa, namun jurulatih aku yang diimport dari negara Jepun ni nak juga kami teruskan latihan. Latihan bagi acara larian 100 meter lelaki sudah tamat kira-kira lima belas minit tadi. Ketika itu langit masih lagi cerah. Kiranya, Abang Panjang aku ni terselamatlah dari terkena hujan. Dia siap berehat dah dekat bangku barisan penonton di balapan itu.

Dia aku lihat tengah seronok berbual dengan rakan-rakan sebayanya yang lain. Huh..! Boleh pula dia bercakap siap terlegak-gelak lagi. Sakit pula hati aku tengok dia dekat situ. Aku fokus semula dengan latihan aku sambil buat renggangan sedikit. Sekejap lagi dah nak mulakan larian. Jurulatih aku yang bernama Akira Sasuke tu dahlah macam komunis. Ish..tak boleh salah sikit tercabut kepala kau kalau dengar dia membebel. Sarkastik sungguh ayat yang akan meluncur di bibir merah dia tu. Nasib baik muka handsome macam Ryo Nishikido itu buat aku lebih bersemangat selain ditemani oleh Abang Panjang aku di situ.

Coach Akira sudah mengarahkan kami semua untuk mengambil tempat masing-masing. Kami seramai lapan orang dari umur lima belas tahun sehinggalah berumur sembilan belas tahun. Aku mengambil tempat di lorong berangka tujuh.Lorong kegemaran aku dan aku anggap sebagai lorong yang membawa tuah juga kepada aku. Segala tunjuk ajar daripada jurulatih Akira sudah tersemat di jiwa.

Aku bermula dengan baik. Sebaik sahaja wisel yang ditiup oleh jurulatih Akira berbunyi dengan nyaring bagi memulakan acara latihan larian 100 meter kategori perempuan. Namun di dua meter terakhir, entah mana silapnya kaki aku terpelecok langsung aku terjatuh di situ. Mungkin kasut yang aku pakai tidak bersesuaian dengan cuaca sekarang. Aku rasa trek ini terlalu licin dan aku terjatuh akibat tidak mampu untuk mengawal keseimbangan badanku dengan baik. Mengerang aku menahan kesakitan di pergelangan kakiku.

Jurulatih Akira sudah mendapatkan aku, namun ada yang lagi pantas daripadanya. Abang Panjang aku dah berada di situ dengan kotak first aid di tangan kirinya. Dia meminta keizinan daripada aku untuk melihat kecederaan yang aku alami, namun dihalang keras oleh jurulatih Akira. Dia suruh Safura yang merawat aku. Aku mengerang lagi apabila Safura cuba menarik seluar aku ke atas. Air mata aku sudah bercucuran di situ. Akhirnya, tubuhku sudah selamat dicempung oleh Abang Panjang. Segera dibawanya aku ke tempat yang lebih selesa untuk berteduh akibat hujan makin lebat. Jaket yang tersarung di tubuhnya di buka dan segera dia menghulur kepadaku. Aku nampak wajahnya dah memerah.

"Ambil dan pakai sekarang... aku tak nak budak-budak jantan lain duk syok jamah tubuh kau ni.."
Dia menghulurkan jaket birunya kepada aku. Seperti biasa tiada sebarang senyuman daripadanya. Muka ketat itu juga yang dia tunjuk dekat aku.

Aku ambil dan terus pakai tanpa banyak bicara. Memang dah seksa habis. Melekap terus baju jersi warna putih tu di tubuh rampingku, sampai menampakkan baju dalam aku yang berwarna merah jambu pekat itu. Aku sendiri tak sanggup nak lihat ni kan pulak dia. Ya Allah... malunya aku. Dahlah berduaan dengannya dalam ambulan sekarang ni. Entah bagaimana aku boleh tak perasan dengan keadaan aku tadi. Patutlah aku lihat semua budak lelaki tadi dah senyum-senyum, mujur jurulatih Akira dah halau mereka tu cepat-cepat.

Baik juga coach aku ni.. alert juga dia dengan keadaan itu. Patutlah dia tak bagi pelajar lelaki mendekati aku tadi. Abang Panjang nak tolong tadi pun dia tak mengizinkannya. Tapi dah takde siapa yang terus bertahan dengan keadaan hujan yang semakin lebat semua bertempiaran melarikan diri. Nasib Abang Panjang masih setia berada di situ.
Dialah yang tolong aku untuk menaiki ambulan tadi.

Lima belas minit kemudian, kami sampai di Hospital Bukit Mertajam. Aku menerima rawatan di sini. Abang Panjang masih setia menyorong kerusi roda aku ke hulu ke hilir disebabkan pelbagai prosedur pemeriksaan yang harus aku jalani. Setelah setengah jam berlalu, barulah selesai rawatan yang diberikan terhadap aku. Kami pulang semula ke sekolah dengan menaiki kereta guru sukan kami iaitu cikgu Daniel.

"Farah...macam mana kaki hang tu dah ok ka..?"
Cikgu Daniel menanyakan keadaan aku. Nampak dia sedikit risau dengan keadaan kaki aku yang berbalut itu.

"Sakit... cikgu Daniel.. doktor cakap tadi tulang kaki saya ni ada sedikit retak..ni gambar x-ray tadi..."
Aku serahkan gambar x-ray kaki aku tadi pada cikgu Daniel. Cikgu Daniel mengambil kemudian dia menggelengkan kepala.

"Kamu rehat dulu dekat hostel nanti boleh rehat dekat rumah. Surat cuti kamu ni pun lama ni tiga minggu..nanti saya suruh Panjang hantarkan kerja sekolah dan nota-nota ringkas untuk kamu..."

"Terima kasih cikgu.. baiklah.. terima kasih sekali lagi..."
Aku dah simpan senyum tapi di dalam hati aku dah berbunga-bunga. Lepas ni bolehlah jumpa Abang Panjang setiap minggu.

Assalamualaikum dan hai semua.. Alhamdulillah...done update chapter baru.. Terimalah seadanya.. Sudi-sudi ye tinggalkan komen... Tq for view.. Tq yg sudi follow author..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience