BAB 2 ( MALU TAPI MAHU )

Romance Completed 53166

Aku sudah dua minggu berada di rumah Hajah Badariah. Aku dilayan dengan baik oleh Hajah Badariah walaupun kadang-kadang mencabar aku dari segi mental dan emosi. Selama seminggu yang pertama aku hanya menerima bebelan Hajah Badariah. Nasib baiklah aku dah terbiasa sangat dengan keadaan sebegini. Telinga aku dah naik kebal mendengar setiap bebelan Hajah Badariah yang berlangsung selama seminggu itu.

Tak pasal-pasal jurulatih Akira Sasuke aku tu pun disekolahkan sama oleh Hajah Badariah di dalam panggilan telefon. Tidak berakhir di situ sahaja, bahkan, sehingga membuatkan cikgu Daniel bersama jurulatih Akira Sasuke terheret sekali lagi terpaksa menghadap Hajah Badariah di rumah ini pula untuk memohon kemaafan. Siapa yang tak kenal dengan Hajah Badariah, Mami paling cengeh terpopular satu bandar kecil Simpang Ampat ni!.

"Nek Badar sudah-sudahlah tu. Kaki Farah ni bukannya tercabut pun yang Nek Badar nak kecoh sangat..."
Aku cuba memujuk Hajah Badariah yang sedang bercekak pinggang sambil mengibas-ngibas kipas tangannya yang berwarna biru di dalam pegangan kemas tangan kanannya.

"Habis tu nak tunggu sampai tercabut kaki tu baru nak bertindak. Cikgu-cikgu hang tu kena bagi pelajaran sikit. Nak-nak cikgu hang hat budak Jepun tu...sakit hati aku... tengok hang jalan terenjut-enjut macamni.. nasib baik tak kena katok pala dia tu dengan kipas aku ni.."
Hajah Badariah sudah menghayunkan tangan kanannya lebih kuat untuk meningkatkan lagi kelajuan gerakan kipas tangannya itu. Marah sangat nampaknya dia di situ.

"Alaa.. relakslah..chill lah Nek Badar.. tak cool lah macamni...dah tu awat Nek tak katok je pala cikgu Akira tu tadi.."
Aku memprovok Hajah Badariah yang masih lagi belum surut tampak kemarahannya. Aku picit perlahan bahu Nek Badar yang sudah tegang di sofa kulit tiga serangkai berwarna coklat gelap di ruang tamu itu.

"Chill pala hotak hang...Aku ni bukannya apa takut dia bertabuq lari balik Jepun satgi... datang tempat oqang nak tunjuk lagak.. ni dah jadi lagu ni ada ka dioqang nak tanggung.. setakat tanya khabaq.. buatnya hang tu cacat.. dah tak laku cucu aku ni.."

"Nek... janganlah cakap lagu tu.. doa yang baik-baik jelah ye.. semoga cucu kesayangan Nek Badar ni cepat sembuh.."

"Itu aku tahulah... jangan kau nak mengajaq aku pulak.. dah pergi berehat.. dah makan ubat ke
belum ni.."

"Dah.. Nek Badar.. Farah masuk bilik satgi..cheq nak ambil angin sat.."

"Ermm.. yelah tu.. hang tu jangan nak buat ketegaq.. aku suruh hang pi rehat.. hang pi lekaih.."

"Ye.. ye Farah pi la ni..."
Satgi pala aku pula yang kena katok. Naya anak pak Omer yang comei ni...dahlah kaki sakit. Lebih baik aku berlalu sekarang sebelum terjadi apa-apa yang tidak diigini berlaku di sini.

Baru aku mula menapak nak masuk bilik aku dengar ada bunyi deruman motosikal berkuasa tinggi di luar rumah. Deruman enjinnya semakin membingit apabila motosikal superbike itu terus meluncur masuk melepasi pagar automatik kediaman Hajah Badariah.

Tertegun aku melihat figura di balik pintu yang sudah terbuka separuh itu. Apatah lagi ketika dia melepaskan full face helmet merah putih jenama ARAI Counter X itu dari kepalanya. Terus hilang rasa seluruh kesakitan yang aku rasakan. Tak sangka dia sudi jenguk aku. Ingatkan dia dah lupa dekat aku yang menantikan kehadirannya saban waktu. Kedatangannya itu pun sudah bosan aku nantikan bagaikan sedang menantikan bulan jatuh ke riba je lagaknya.

Yang datang pun asyik-asyik Abang Shahril tu. Naik jemu aku nak layan mulut murai dia. Ada juga aku kenen-kenenkan dengan bbf aku tu tapi macam mengelak pulak dia. Pelbagai alasan pula yang dia cipta bila aku cakap pasal Hidayah. Lantak kaulah Abang Shahril, tapi aku kesian pula kalau dia tolak cinta Hidayah mentah-mentah dahlah kawan aku tu suka separuh mati dekat abang sepupu aku ni.

Lupakanlah pasal Abang Shahril ni dulu, aku nak fokus kat Abang Panjang aku pula. Aku masih mengintai dia di balik pintu sambil tersenyum -senyum. Aku lihat penampilan diriku. Erm.. cantik dan kemas seperti selalu. Aku pakai dress labuh warna ungu bercorak bunga-bunga kecil warna putih pada hari ini. Rambut panjang ikal di bahagian bawah aku biarkan lepas dan aku pakai cekak rambut warna putih sebagai hiasan di kepala.

"Assalamualaikum...."
Alahai suara Abang Panjang merdunya, bagaikan buluh perindu. Nak gugur jantung aku.

"Waalaikumusalam...."
Jawabku sopan yang masih berdiri di muka pintu. Aku langkahkan kaki aku satu persatu anak tangga dengan berhati-hati. Entah mana silapnya, kaki yang baru ingin memijak anak tangga kedua terakhir itu, boleh pula aku tergelincir di situ mujur ada lengan kekar sudah menyambut tubuhku yang sudahnya tubuh rampingku selamat mendarat kemas di dalam dakapannya. Matanya menatap tepat wajahku yang sudah merona kemerahan.

"Ermmm.. hmmm.. amboi hang datang ghumah anak daqa oqang duk lagu ni ka.. Awat tak terus ja bawak masuk bilik.. Farah! hang sini jangan duk menqhela la hai.."
Ambik kau Hajah Badariah dah sound baik punya. Langsung terlepas pautan tangannya di pinggang rampingku. Kami menjarakkan diri hampir sedepa tangan akibat ketakutan dengan Hajah Badariah. Aku nampak tangannya terketar-ketar nak salam tangan Hajah Badariah. Langsung dia tundukkan kepalanya.

"Awat hang hat lagu ni... ketaq ka..? Aku tak makan oqang hai.. ni pa hajat hang mai sini.."
Hajah Badariah berbicara semula setelah masing-masing mendiamkan diri.

"Saya nak jumpa Nur..Tok Wan, cikgu-cikgu ada kirimkan kerja sekolah. Cikgu Daniel suruh saya hantarkan ke sini bagi kat Nur..Erm.. saya minta diri ye dulu Tok Wan.."

"Awat... pasepa...lekaih sangat nak pi.. minum-minum la sat.. tak payahlah nak takut.. tapi tadi awat lagu tu.. tak berkenan aku.. tu yang aku duk teguq.."

"Takpelah Tok Wan.. lain kali cheq mai lagi na.. tadi tu Nur ni nak jatuh tu yang cheq sambut. Takkan nak biaq lagu tu.. kebetulan cheq dah ada dekat dengan dia tadi tu yang cheq tolong.."

"La awat tak habaq... Tok Wan dah fikir lain... mai lah minum sat... mai jauh-jauh singgah sat minum ayaq oren ka..sirap ka..mai.."

Nak tak nak Abang Panjang aku tu mengikut sahaja pelawaan daripada Hajah Badariah tadi. Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... Aku apa lagi dah tersenyumlah kat situ dapat menatap puas-puas wajah tampan Abang Panjang. Rasa sang bulan tu betul-betul dah jatuh dekat riba aku.

Sebentar kemudian, Abang Panjang aku tu pun meminta diri untuk pulang. Aku dan Hajah Badariah pula buat hal kami masing-masing. Aku di dalam bilik aku manakala Hajah Badariah sambung menonton televisyen layan filem Hindustan, Amitabh Bachchan hero pujaan hatinya itu.

Aku bawa buku-buku yang dikirimkan Abang Panjang tadi ke meja belajarku. Aku tarik kerusi dan segera melabuhkan punggung di situ. Boleh tahan juga kerja-kerja sekolah yang harus segera aku selesaikan. Aku mula menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. Ada juga di antaranya aku tidak beberapa faham lantas aku biarkan dahulu soalan Matematik itu dengan menjawab soalan-soalan yang agak mudah terlebih dahulu. Subjek Biologi, Fizik dan Kimia masih menanti di hujung sana. Aduhai.. banyak gila tak menang tangan aku dibuatnya.

Seketika, telefon pintar aku berbunyi nyaring minta diangkat. Telefon pintar ini hadiah daripada mak su sewaktu ulang tahun aku yang ke enam belas tahun.
Aku lihat di skrin yang tertera di situ hanya sebaris nombor yang tidak dikenali. Mula-mula aku berasa sedikit keraguan di situ, namun deringan yang sudah mencecah buat kali ketiga memutuskan untuk aku menjawab sahaja panggilan itu.

Salam dihulurkan terlebih dahulu di seberang sana dan aku jawab dengan sopan dan lembut. Seminit.. dua minit.. tiga minit...

"Woi...kalau setakat nak bagi salam je tak payah call la woi... buat buang prepaid ja.. sekali lagi kau tak bercakap...aku akan block terus nombor kau ni.."

"Sabaq sat.. amboi garangnya dia.. Ni saya Panjang.. sorry kacau.. nak tanya ada kerja sekolah tu mana-mana subjek yang tak faham tak..?"

Alamak... sekali aku pergi maki pula Abang Panjang aku tu.. Aku dah serba salah..tangan dah menepuk dahi.Tersengih-sengih aku sendirian. Nasib baik Abang Panjang tak nampak..!

"Hello... Hello....!"
Suara merdu di hujung sana sudah agak tinggi nadanya.

"Ada ni... sorry pasal tadi.. Abang lah.. duk biarkan Adik Nur tertunggu-tunggu.. Adik Nur ingat scammer mana duk kacau Adik Nur.."

Alahai beradik berabanglah pulak...Aah lantaklah memang dah pangkat yang lebih muda menghormati orang yang lebih tua... takkan nak panggil Panjang je kot.. khuang ajaq namanya tu..!

"Oh.. sorry lagi sekali.. yelah tiba-tiba je call siapa yang tak terkejut kan..betul ke nak panggil saya ni Abang.. kalau saya panggil awak ni Nur je boleh tak?"

"Ermm.. boleh ja.. tak payahlah nak beradik- adik sangat kan.. awat suara Abang jadi lagu tu.. tadi ok ja.. la ni ketaq habis.. awat..."

"Takde apalah Nur... nanti Abang call lagi ye.. esok Abang datang..ajaq Nur subjek yang tak faham tu.. Abang letak phone dulu ye..Assalamualaikum.."

" Waalaikumussalam.."

Berbunga-bunga jadinya hati aku ni. Dah boleh jadi taman bunga dek banyaknya bunga memekar di hati. Jangan cuba-cuba petik ya.. biarkan ia berkembang dengan cantik di situ. Aku mula berangan jadinya membayangkan aku bersama dengannya berjalan bergandingan tangan di sebuah taman bunga yang penuh dengan kesegaran wangian mawar merah memenuhi kesegenap inci taman tersebut. Sambil di tiup angin yang sepoi-sepoi bahasa dan kicauan burung berlagu merdu menghidupkan suasana romantis di kala mentari mahu mengundurkan dirinya.

Tangan kekar kiri itu masih utuh memimpin jari-jemariku. Berjalan berduaan begitu buat aku hilang arah. Dah macam video klip filem hindustan pula lagaknya. Siap dengan lagu latar sekali. Hahaha..baik betul punya berangan..! Tengah syok aku berjalan-jalan dengan Abang Panjang aku tu ada pula aku nampak seorang nenek duk buat roadblock kat tengah-tengah jalan.

Nenek tu bukan sebarang nenek tau. Nenek diva wei... Siap dengan berkebaya nyonya dan berkain batik ketat. Rambutnya hitam pekat disanggul rapi dan ada bunga mawar merah terselit di tepi cuping telinga kirinya sambil memegang kipas tangan di tangan kanannya. Pakai kaca mata hitam lagi. Baik punya dia jerkah kami berdua. Tak cukup tanah kami melarikan diri di situ. Aduhai baru nak feeling-feeling jadi Rani Mukherjee dengan Aarbazz Khan kan Abang Panjang... kacau daun betullah nenek tu...!

"Farah... FARAH... woi..!!! hang ni buat kerja sekolah ka duk berangan...aku ni dah lama berdiri kat sini.. duk dari tadi perhatikan hang tersenyum soqhang-soqhang... hang dah gila bayang ka kat budak panjang tu tadi.."

"Hah...! awat Nek Badar ni... janganlah kacau cheq.. cheq buat kerja sekolah cheq la ni.. aduh.. potong la Nek Badar ni..."

"Ni aku panggil hang makan.. dari tadi duk berkurung dalam bilik ni.. hang tak lapaq ka.. kenyang duk berangan budak panjang tu..lantaq pi kat hang la.. aku kebuluq la ni...satgi aku tau hang pi makan na.. hang jangan bagi aku mai sini balik..!"

"Yelah Nek Badar.. jom kita pi makan la ni..perut cheq ni pun dah buat konsert dah ni.."

Aku tutup kembali buku yang aku buka tadi. Baik punya berangan sekali kena sergah dekat Hajah Badariah, terbang melayang angan-angan aku tu tadi.
Aku masih tersenyum di belakang tubuh Hajah Badariah. Laju betul langkah yang dihayunkannya tadi tak tunggu aku langsung yang terkedek-kedek menapak satu persatu langkah kaki aku yang terbatas. Lapar sangat nampaknya tu. Nak kata tak sarapan pagi tadi, dah sepinggan mee hoon goreng di bedalnya, tambah lagi dengan kuih karipap dan cucur jawa buatan Mak Som. Nenek aku tu memang kuat makan orangnya tapi badan dia maintain je macam kerengga. Sebab tu, dia suka pakai kebaya nyonya. Nak tayang body la tu... nyampah..!

Erm....Patutlah laju langkahnya, ada lauk kesukaannya di situ yang dimasak oleh Mak Som merupakan satu-satunya pembantu rumah yang masih setia melayan pelbagai karenah Hajah Badariah ini. Nenek aku ni cerewet sikit orangnya. Tak kiralah dari segala aspek dia cerewet. Dari segi penampilan, susun atur di setiap penjuru rumah sehinggalah bab makanan. Aduh cerewet betul. Sebab itulah, aku sentiasa menjaga penampilan dan serba-serbi teratur sebab Hajah Badariah akan pantau setiap inci pergerakkan aku. Mujur aku bebas menentukan hidup aku di hostel. Rasa tak sabar nak balik hostel semula. Cepatlah kaki aku ni sembuh.. tinggal lagi seminggu ni rasanya macam setahun..!

"Awat...hang dah tak lalu makan ka...duk ramas-ramas nasi ja dari tadi.. aku dah nak bertambah lagi ni..hang sejemput nasi pun susah nak perqhabish... jangan membaziq..tak baik..!"
Terhenti suapannya melihat aku masih lagi tidak menjamah nasi di pinggan ku itu.

"Takdelah Nek Badar.. Farah makan lah ni..kari kepala ikan Mak Som siapa yang boleh tolak.. rugi.."

"Tau pun..dah makan lekaih... lepas tu makan ubat.. buat kerja sekolah hang tu..tepat pukui sepuluh hang tidoq...!"

Aku menundukkan kepala. Tinggal bersama dengan Hajah Badariah macam duduk dalam penjara aku rasa. Mungkin Nek Badar aku ni dulu ahli kongsi gelap mana entah yang ambil dia jadi anak angkat. Fikirkan itu buat aku tersenyum sendiri, namun cepat-cepat aku lupakan hasrat tu, lantas dengan kadar segera aku habiskan nasi aku di dalam pinggan itu. Masakan Mak Som selalunya sedap, kenapa hari ini aku rasa lain. Macam ada yang kurang, mungkin tekak aku yang rasa begitu agaknya. Nak telan seperti berpasir je aku rasa tekak ini.Nak tak nak aku telan jelah macam ular sawa dengan bantuan air jus oren perahan asli hasil buatan Bibik Melati seorang lagi pembantu rumah di rumah mewah Hajah Badariah.

Selepas makan malam aku terus membawa diri ke bilik tidur aku semula. Ubat sudah aku telan awal-awal lagi. Aku gapai telefon bimbit aku semula di atas meja belajar itu dan aku sudah berbaring di atas katil empuk bercadar biru laut itu. Nombor telefon Abang Panjang sudah aku simpan dengan gantian nama 'Mr SN' nak tahu sebab apa.. hihihi biarlah jadi rahsia aku. Tersenyum-senyum aku kembali menatap skrin telefon aku yang berlatar belakangkan gambar aku sendiri sambil memegang sejambak bunga ros putih. Jari aku leka duk menggesel benda pipih ini yang berada di pegangan tangan kanan. Aku tekan aplikasi What Apps menggunakan jari telunjuk kiri.Tak semena-mena aku terhantar ikon emoji love pada nombor si dia, walhal aku nak hantar pada Hidayah.

Tidak sampai beberapa minit aku dapat stiker daripada Abang Panjang.Tangan aku menggigil nak buka tapi aku gagahkan juga apabila otak mengarahkan aku berbuat demikian.Terkejut sampai terlepas pegangan tangan aku dibuatnya. Agak-agak sticker apa yang dapat malam ni dari Abang Panjang aku tu..??? Aduh... kau buat hati aku tak keruan
'Mr SN' ku...Aku mohon...jangan rampas ketenangan tidur malamku...!!!

Assalamualaikum dan hai semua... Alhamdulillah...done update bab baru.. Terimalah seadanya.. Tq for views Tq for drop comment Tq for follow.. Tq very much...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience