BAB 2

Horror & Thriller Completed 13928

Berkongsi pengalamannya, seorang penduduk, Semah mendakwa suaminya pernah terlihat toyol menyelinap keluar dari ruang pintu rumahnya.

“Suami saya pernah nampak, makhluk itu berwarna hijau dan berketinggian lebih kurang sekaki 12 inci. Mulanya ia menceroboh masuk rumah jiran, lepas tu ia menghala ke rumah kami. Tapi ia melarikan diri kerana terkejut melihat suami saya,” kata Semah.

Bagi Che Wan yang pernah kehilangan wang RM500 ringgit, dia mengakui kehadiran toyol di kampung itu mengganggu ketenteraman penduduk.

“Pintu terkunci dan tidak ada tanda orang luar cuba pecah masuk. Rumah juga sentiasa berkunci,” ujarnya.

Mereka turut merayu supaya pengamal perubatan yang mempunyai pengetahuan menangkap toyol supaya tampil membantu.

Setakat ini, penduduk mendakwa sudah lebih 10 kejadian kecurian yang dikaitkan dengan kemunculan toyol berlaku di kampung tersebut, dalam tempoh sebulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience