Cerita 2
Toyol. Ya, makhluk kecik yang botak dan suka mencuri duit.
Aku ni pembantu kedai di kedai mak aku sendiri. Aku memang selalu tidur di kedai. Kedai seeprti rumah kedua kerana hobi aku yang suka online mengadap komputer buat aku tak kisah tidur di kedai tu.
Berkaitan dengan pelanggan kedai, kebanyakkan dari mereka aku kenal muka. Ada satu hari ni tiba-tiba ada satu pelanggan baru datang, pelanggan ni aku tengok memang agak pelik.
Dengan tangan yang suka letak kat belakang, lepastu masa nak buat pembayaran dia bayar dengan jumlah RM50, yang peliknya dia bayar macam main-main. Dia hulur duit tu kemudian tarik balik sebelum aku ambil kemudian baru lah dia hulur betul-betul.
Aku nak marah jugak, sebab mempermainkan aku sedangkan dia pelanggan baru. Disebabkan pakcik tu agak mencurigakan, Lepas dia keluar aku intai dia, dia jalan dengan dua tangan dibelakang dan agak membongkok sedikit. Agak pelik cara berjalan tu.
Masa tengok cara berjalan dia tu aku teringat satu babak dalam cerita Indonesia tentang si pembela toyol. Tapi aku nafikan dalam hati, sebab dalam kepala aku masa tu tak mungkin. Lagipun cerita yang aku tengok tu kat kawasan kampung, bukan bandar.
Share this novel
ASLI!merindingnya dapet banget kyk baca "My House of Horrors" ada juga yang ternyata bacanya sama kyk aku :D
kalo baca ini berasa ada yang ngawasin :(