Satu hal lagi, masalah aku masa tu bukan setakat rasa ada kelibat budak kecik lalu lalang dalam kedai tu, lengan aku sebelah kanan asal bangun pagi je mesti sakit tiba-tiba.
Lenguh macam kena tindih, nak kata aku yang tertindih tak mungkin, sebab posisi aku tidur tepi dinding, lengan kiri yang sebelah dinding, patutnya lengan kiri la yang lenguh sebab terhimpit. Lagipun sebelum ni tak pernah kot. Aku memang syak aku kena tindih cuma yang peliknya kena tindih kat lengan je.
Kebiasaan di kedai aku,aku akan pasang ayat-ayat ruqyah malam hari di komputer sampai pagi sebelum aku buka kedai.
Aku pasang memang kuat dekat tandas je la tak sampai nak dengar.
Sejak kemunculan pelanggan tu aku akan pasang awal bacaan ruqyah di komputer. Sebab nak ke maghrib je aku rasa makin rancak pulak budak tu berlari sana sini belakang aku.
Toleh tak ada pulak, sakit la jugak hati ni. Bila pasang awal aku rasa macam sunyi dan tenang sikit suasana tu.
Share this novel
coba bisa sering update, jadi gk usah nunggu lama:(
horor emang gk pernah bikin bosen deh
author kebanggaan ku ini! semangat thor, i love you