bab 1-10 suku

Romance Series 1282

tahun 2014
semasa dibangku sekolah
darjah 6
waktu rehat

"woi Mat!"terpa khairi mengejutkan zafrul yang sedang mengelamun di anak tangga berhampiran kelasnya..

"woiii..kau ni terkejut aku.nasib tak terkentut!"
Zafrul yang termenung dihujung tangga hampir melatah dengan tempikan tiba tiba rakan sebayannya itu.

"alaa..relex la Mat..aku cari kau tadi merata tau.rupenya dekat sini je kau.,kau buat ape dekat sini?"soal Khairi sambil mengunyah keropok lekor ditangan.

"aku tengah kira semut berkawad satu satu horay horey.."
perli Zafrul malas melayan sapaan Khairi.

"macam takde keje je kau ni..kau tak pegi kantin makan ke?"
soal Khairi..

"aku malas laa.."Zafrul mengeluh..memang dia jarang untuk berbelanja di kantin..dia lebih suka menyimpan dari berbelanja.

"alaa..,kau takde duitkan?"duga khairi dengan bongkak.

"bukan laa..aku tak lapar.."
berkerut dahi Zafrul memandang tepat ke arah Khairi.

"alaa..kalau kau takde duit bagitau je laa.."
khairi mengeluarkan 2keping not Rm1dari kocek seluarnya..
"nah ambik ni..pegi la beli makanan..aku belanja.."hulur Khairi.

"ah..tak nak aku.."Zafrul pantas menolak..
"kau kalau belanja aku ada makne la tu.."
Zafrul menjeling kearah Khairi yang sedang tersenyum senget.

zafrul tahu khairi baik dengannya pasti ada makna yang tersirat..
khairi bukan lah kawan baik kepada Zafrul..
Zafrul hanya dijadikan sebagai kawan apabila perlu sahaja..
itu kerana Zafrul seorang yang boleh dikatakan mempunyai rupa paras yang kacak berbanding Khairi.manakala
khairi pula dikategorikan sebagai anak orang kaya.

"alaa serius sangat la kau ni..betul tak nak?"
Khairi mengumpan lagi sambil mengipas duit itu didepan Zafrul.

"tak nak arr.."Zafrul menolak tangan Khairi yang hampir mengenai wajahnya..
"kau cari aku apehal ni?"
soal Zafrul mengerutkan dahinya.

Khairi yang tadi hanya berdiri,kemudian duduk disisi Zafrul..
"aku ada benda nak share ni.."Khairi seakan berbisik sambil tersengeh..bahu Zafrul dipeluk rapat dengannya..
Zafrul rimas diperlaku begitu..

"hurmmm kann..aku da agak da.."Zafrul tersengeh sumbing.betul tekaannya..
"ape dia?"jeling Zafrul..

"tadi, aku nampak ada budak baru kelas 5Bestari..cun meletop beb!" Khairi memulakan bicara sambil tersengeh menampakkan giginya yang putih melepak..

Zafrul menghela nafas.."aala kau tu semuanya cun laa..Qesya tu kau nak letak mane?"
soal Zafrul dengan niat mengingatkan Khairi bahawa dia sekarang sedang bermain cinta dengan Qesya.

"alaaa..Qesya kau tak payah kesya laa..aku da putus dengan dia.."
dengan selamber Khairi menjawab..

"aiik.,baru minggu lepas couple kan..?"
berkerut dahi Zafrul.pelik dia dengan kawannya yang satu ini.tidak pernah setia pada yang satu..

"hishh..tak payah la cerita pasal dia tu..ni budak baru ni pengawas tau..kau try la adjust untuk aku.."
Khairi cuba menutup mulut Zafrul supaya tidak berbicara tentang Qesya..

"apahal aku pulak..kau nak, kau laa pegi.."
Zafrul seakan marah pada Khairi.bukan sekali tapi sudah 3 kali dia menjadi kambing hitam untuk kenakalan Khairi.

"alaa kau ni..tolong la aku..kau kan hensem...."
ujar Khairi sambil menepuk bahu Zafrul..
memang itulah motif sebenar Khairi berkawan dengan Zafrul.

"kau kan kaya..sape yang tak nak.?."
Zafrul memulangkan paku serpih.

"alaa..masalahnya sekarang ni perempuan tengok hensem dulu baru pandang poket..kau ni..tolong la aku..kali ni je kau try untuk aku.."

"ahhh kau ni tak sudah nak suruh aku tolong try kan.."
Zafrul mengeluh dengan sikap rakannya itu..

"kali ni je..kalau kau dapat,aku belanja kau.."
Khairi tidak putus merayu..

"aku tak nak laa..aku ade je duit.cume aku tak suke belanja.aku nak simpan.."bidas Zafrul.malas dia untuk mengikut arahan Khairi.

"ok macam ni.."Khairi memikirkan sesuatu cara yang lain..
Khairi menyeluk koceknya.."aku bagi kau ni nak tak?"
Khairi menunjukkan permainan yang viral ketika itu.
game boy sebesar tapak tangan menarik perhatian Zafrul..

"wey..game boy..mane kau tahu aku suka ni?"
terbeliak mata Zafrul melihat habuan yang bakal dia perolehi.

"ada laaa..rahsia.kau nak ke tak nak benda ni?."
kali ini khairi tahu cara untuk mengumpan Zafrul.

Mata Zafrul meliar.."kalau benda tu aku nak laa.kau ni selamber je kan bawak sekolah.."
memang telah lama diimpikan Zafrul untuk memiliki game boy sendiri.tidak dapat dia menolak permintaan Khairi kali ini.

"alaa..pandai pandai la aku sorok..kalau macam tu deal ye.."Khairi menghulurkan tangan untuk persetujuan.

"ok aku try..tapi janji ye kau bagi aku benda tu.."
Zafrul menyambut tangan Khairi tanpa berfikir panjang.

"ye aku janji.."
kini zafrul dan Khairi mengikat janji..

*************

mereka menuju ketingkat atas kelas 5Bestari.

"yang mana satu beb?"soal Zafrul..
mereka mengintip 3orang pelajar perempuan kelas 5 Bestari yang bersidai dicoridor.

"tu tu.."Khairi menunjuk ke arah seorang pengawas..
"yang kau nampak paling cun tu laa.."Khairi menambah perasa.

"masalahnya aku tengok same je tak nampak pun yang paling cun.."perli Zafrul..

"hishh kau ni."Khairi menepuk bahu Zafrul.
"tu ha..yang pengawas tu.."tegas Khairi apabila Zafrul lupa yang dia telah memaklumkan perempuan itu adalah seorang pengawas.

"ooo ye..yang pengawas tu.."
Zafrul tersengeh mengakui salahnya..

"hishh kan aku da bagitau kau tadi,tak ingat ke?"dia memandang Zafrul sekilas yang hanya mencebik..
"tu la banyak sangat kira semut!"perli Khairi lagi..

"tak penting untuk aku ingat.."Zafrul membidas kata kata Khairi..

melihat 2 orang dari pelajar itu berlalu meninggalkan pengawas itu seorang diri,segera mereka mendekat..

"haii.assalamualaikum."Zafrul membuka bicara.
Khairi disebalik Zafrul tersengeh sengeh konon macho.

"waalaikumussalam.."pengawas itu menjawap kasar..

"kasarnya.."bisik Zafrul didalam hati..
"boleh kenalan?"Zafrul menyuarakan tujuannya..

"orang datang sekolah nak belajar bukan nak mengatal!"
jergah pengawas itu sambil menjeling tajam dan ingin berlalu..

"perghhh..poyonya..nasib bukan taste aku.."bisik hati Zafrul.
sambil menjeling Khairi disebelah.
"eh..,kitorang nak kenal je.tak boleh ke?"Zafrul membidas kata pengawas itu semula..

"sorry,korang not my taste.."pengawas itu berkata sombong perasan terpaling cantik.

"eh,hello..kau pun not my taste laa!"Zafrul hampir bengang ditolak begitu..Khairi disebelah merah padam menahan malu..

"haa da tu,apa lagi..blah laa.."jergah pengawas perempuan itu kepada Zafrul dan Khairi..

"perghhh..berlagak!"mereka serentak meluahkan rasa sebelum sama sama berlalu.

"not my taste.."ejek khairi mengayakan cara pengawas itu..

"kau la ni..buat malu je.." Zafrul menyiku khairi..

"alaa sorry la,tak sangka pulak poyo..nampak je ayu..porahhh!"
Khairi akhirnya menolak untuk terus ingin berkenalan dengan pengawas poyo itu.

Zafrul membuat muka.."ayu apenya macam tu..macam kayu ade laa.keras.."
bidas Zafrul.memang tak berkenan dia dengan perempuan begitu..

"ermmm.. baik lagi si Qesya tu walaupun tergedik gedik.."
Khairi tersengeh sendiri teringatkan layanan Qesya padanya..

"haa tau pun. yang kau putus dengan dia kenapa?"
soal Zafrul sambil menjeling..

"ntah..boring asyik dengan dia je.."jawapan yang keluar dari mulut Khairi tidak dapat diterima akal Zafrul.

"baru seminggu da boring..?cuba la belajar jadi setia.."
nasihat Zafrul sambil menuruni anak anak tangga.

khairi berhenti menapak.."ape natang setia tu?,aku ni mane la reti..".pelik dengan perkataan yang didengar..tidak pernah dia cuba untuk praktiskan perkataan itu dalam kehidupannya.

"sebab tak reti la belajar..pandang je Qesya tu.baik buruk dia terima la. tak payah pandang orang lain.."
jelas Zafrul mengharap Khairi memahami maksudnya..

"perghh..kau bercakap macam mak aku laa.."Khairi memerli Zafrul.."alaa kau cakap macam senang..macam la kau tu setia.."

"ni aku cakap pasal kau,bukan aku..macam mane aku nak setia kalau takde yang aku kenan pun.."Zafrul meneruskan langkahnya.

"wey kejap..,taste kau yang macam mane?"soal Khairi membuatkan langkah Zafrul berhenti melangkah.

"entah..aku tak terpikir la macam mane.."Zafrul seakan berfikir taste yang macam mane perlu ada untuk menambat hatinya..

"cehh..poyo.. cakap orang.."khairi menjeling Zafrul yang sedang membuat muka seposen..
"macam ni laa..aku nak cabar kau.."
Khairi tiba tiba mendapat idea..

"ahhh..kau tak payah la nak cabar cabar aku..aku tak kenan la.."
Zafrul mempercepatkan langkah..malas untuk mendengar perkataan yang keluar dari mulut Khairi.

"aku nak kau ngorat seseorang tapi kali ni bukan untuk aku.tapi untuk kau!"
khairi turut mempercepatkan langkah seiring Zafrul.

langkah Zafrul berhenti lagi..kali ni dia menatap mata Khairi..
"eh kau ni.jangan merepek boleh tak?"

"alaaa kali ni je.untuk kau!"Khairi memandang tepat mata Zafrul untuk mendapatkan jawapan 'ya'..

"hisshh..aku taknak la main permainan kau ni.."
Zafrul menolak untuk terus 'bermain'.

"alaa..kali ni je..aku janji last.."
Khairi merayu sambil memaksa..

"ok fine..aku tau kau ni selagi tak dapat apa yang kau nak memang sampai lubang cacing kau paksa aku kan.."
sergah Zafrul yang terpaksa menyerah.

"haa macam tu la..deal ok..?"
khairi akhirnya tersengeh..

"ok..tapi seperti yang kau janjikan..last ok?"
Zafrul menegaskan untuk kali terakhir..

"ok aku janji..ni yang last...dan ini habuan kau.."
Khairi masih mengumpan dengan menunjukkan game boy itu.

"janji ye kau bagi aku benda tu"
Zafrul sungguh berharap game boy itu akan menjadi miliknya..

"ye..aku janji.."janji Khairi pada Zafrul.

"ok..fine!..sape?"
Zafrul terpaksa untuk 'bermain'..dan berharap ia adalah kali yang terakhir..

Khairi memegang badan Zafrul lalu memusing badan Zafrul ke arah pintu pagar sekolah.."kau berdiri dekat sini..kau tunggu sesape yang masuk dekat pagar tu..dia la kau kene ngorat.."
Khairi menunjukkan arah pagar sekolah..

Zafrul tercegang.."wey agak laa..pukul 10 suku ni.sape yang nak datang sekolah waktu rehat ni?"Zafrul memalingkan semula badannya ke arah Khairi..

"alaa.kau tunggu je laa.."arah Khairi tersengeh.

"habistu,kalau cikgu macam mane..?"keluh Zafrul..tiba tiba jantungnya laju berdetak memikirkan kemungkinan itu.

"nasib kau laa.."sengeh Khairi dapat mengenakan Zafrul.

"hishhh..tak nak la aku main.."Zafrul seakan cuak dengan keadaan yang bakal berlaku..dia ingin menarik diri..

"ok ok..aku gurau je..takkan aku ni kejam sangat.."
khairi hampir ketawa melihat wajah Zafrul yang cuak..

Zafrul menjeling..lega dirinya seketika.."wey..nak habis waktu rehat ni.."Zafrul sebolehnya mahu segera akhiri permainan itu..namun tiba tiba..

"haa tu..tu.."Khairi membeliakkan matanya kearah Zafrul agar Zafrul bersedia untuk bertindak..

Zafrul menoleh dengan jantung yang laju..
"alamak...asal kau lalu situ..."bisik hati Zafrul memarahi empunya diri.

Khairi tersengeh lagi.."nasib kau bukan cikgu..,tapi.memang jodoh kau la sebab keajaiban ni.."Khairi berbisik ketelinga Zafrul..

"sape tu?"Berkerut dahi Zafrul merenung gerangan siapakah itu.

"ntah..budak baru kot..?"Khairi juga tidak pasti siapakah perempuan itu..

"lagi?"soal Zafrul pelik dengan kehadiran pelajar baru ditengah tahun..

"eh kau jangan nak tukar topik..pegi laa.."Khairi tiba tiba teringat tujuan asal mereka disitu..

"ehh..kau ni biar betul..kulup macam tu kau nak suruh aku ngorat.bukan taste aku laa."

"ni cabaran kau..apa kata kalau kau ayat je..aku terus bagi kau benda ni..ngam tak ngam.."Khairi mengumpan dengan lebih dekat..

"ehh betul ke ni?"Zafrul teruja hingga terlupa tastenya..

"ye..cepat laa.."arah khairi lagi namun belum sempat Zafrul melangkah..
"ehh...kau tak payah pegi,dia datang sendiri laa.."
Khairi menarik lengan Zafrul untuk terus stay disitu..

perempuan itu menapak dihadapan mereka dan berhenti..
"ermmm...encik..boleh tunjukkan saya bilik guru?"
soal perempuan itu tanpa memandang wajah mereka berdua..

"encik..?"mereka berpandangan sambil menahan ketawa..

"ermmm..haa!bilik guru.boleh boleh..jom.."khairi seakan mendapat idea untuk mengenakan perempuan itu..
dia menarik tangan Zafrul untuk mengikut rentaknya..
sambil melangkah mereka ketawa sesama sendiri..
perempuan itu hanya mengekor dari belakang..

"haaa...ni bilik guru.."mereka menunjukkan bilik perpustakaan kemudian ketawa sambil berlalu..
budak perempuan itu dibiarkan sendirian disitu dengan terpinga pinga.

"encik wey..!"mereka ketawa terbahak bahak..

"wey,aku rasa macam bercakap dengan cendawan la..nampak kepala je.."Zafrul tertawa mengingatkan tingkah perempuan itu..sambil bercerita dia ketawa geli hati..

"kan..tapi suara lembut la..muka tak jelas tapi nampak putih gebu wey..ngam la dengan kau.."Khairi sempat menilik perempuan itu.

"kau ni khai,serius ke nak aku ngayat dia.takde orang lain ke?"
soal Zafrul tiba tiba..terasa berat permainan Khairi kali ini..

"kau nak pompuan yang poyo macam tadi tu ke?"
soal Khairi mengingatkan pengawas tadi.

"eh,memang tak laa..aku bukan jenis yang suka pompuan macam tu.berlagak!"
pantas Zafrul menepis untuk dipadankan dengan perempuan seperti itu.

"haa tau pun..da tu ngam la kan dengan kau dengan yang tadi tu..,"
Khairi menahan ketawanya..sungguh geli hatinya apabila mengenangkan situasi itu.

"kulup beb.!"Zafrul ingin berputus asa.

"alaa..yang tu kau boleh adjust..ajar la dia buat tutorial pakai tudung.." Khairi ketawa lagi..

"ok kalau kulup boleh adjust tapi dia macam senget oii.."
Zafrul mula menilai keperibadian perempuan itu.

"senget..?"Khairi tidak mengerti maksud Zafrul.

"haaa..macam minah senget.."jawap Zafrul mencebik.

"ooo.ok la tu..ngam kan dengan kau..kau mamat sengal,dia minah senget.."Khairi tertawa dengan perkataannya sendiri.

"eh sekati je kan kau kata aku!"Zafrul menyergah Khairi.

"betullah kan..kau ikut je aku suruh.."

"da tu,kau janjikan nak bagi aku benda tu..aku memang kenan lama da..tu yang aku ikut cakap kau.."

"tengok..tu la namanya sengal..ikut je orang suruh.."

"argh..!!da la kau..mane janji kau!"
Zafrul menghulurkan tangan meminta game boy itu..

"eh..belum berjayakan..buat la supaya dia suke kan kau dulu.baru la aku bagi."

"hurmm..aku rasa memang takde harapan la nak benda tu.. "
ujar Zafrul dengan nada yang berputus asa.

"relex laa..esok esok kan masih ada..kau cuba lagi ok.."
Khairi mengosok belakang badan Zafrul sambil tersengeh..
"aku cau dulu.."Khairi mula menapak menuju ke kelas 6 cemerlang..manakala Zafrul kelas 6 Bestari.

"kurang asam punye kawan.da la sengalkan aku.."Zafrul menjeling sambil merungut..keluhan perlahan dilepaskan..

fikiran tersesat sesaat dua..
"apa cite la minah senget tadi tu..jumpa ke tidak bilik guru.."
Zafrul tersenyum sendiri sebelum dia turut sama beredar masuk kedalam kelas..

bersambung...

perempuan itu mengekori Zafrul dan Khairi ke bilik guru..namun dia keliru..apabila membaca perkataan pada pintu bilik itu.. "perpustakaan?"perempuan itu membaca perkataan yang tertulis.."budak baru jugak ke dua orang tu.?bilik guru pun tak tahu.." perempuan itu mengaru kepalanya yang tidak gatal sambil memandang Zafrul dan Khairi yang pergi meninggalkannya sambil ketawa geli hati.. "apa yang seronok sangat ntah laa.."dia merungut sendiri sambil menghembus nafas berat.kakinya melangkah mencari sendiri bilik guru namun tidak jugak ditemui..,akhirnya dia mengambil keputusan untuk melepaskan lelah di anak tangga seketika..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience