bab 2-basikal

Romance Series 1282

baru beberapa minit habis waktu rehat...

"cikgu..saya nak mintak izin ke tandas sekejap.."
Zafrul agak tergesa gesa meminta izin seperti tidak tertahan lagi.

"aikk baru je habis waktu rehatkan..kenapa tak buang siap siap je tadi..?"soal cikgu Fatimah yang baru sahaja siap menulis di papan putih..

Zafrul hanya tersengeh tanpa jawapan..

"haa..pegilah..jangan nak melencong ke lain pulak.."
pesan cikgu Fatimah.

Zafrul mengangguk sambil tersengeh "baik cikgu.."

selepas diizinkan Zafrul segera melangkah keluar kelas.
laju dia menuruni anak tangga untuk ke tandas.
namun langkahnya terhenti..
langkahnya mahu diatur ke kiri atau kanan..

"pin..pin...tumpang lalu.."sergah Zafrul dengan nada yang agak tinggi.menegur gerangan yang termenung ditengah anak tangga..

tersentak bahu orang itu dan dia mengesot sedikit ketepi untuk memberi laluan..

"takde tempat lain ke nak duduk..?"
soal Zafrul sambil memandang sekilas..
zup..!dia menoleh kali kedua..
"eh..kau..!"Zafrul tersengeh..

perempuan itu turut memandangnya..
"oo.encik.."kemudian dia menundukkan pandangannya semula..terkulat kulat memerhatikan kuku jarinya..

"da jumpa bilik guru..?"soal Zafrul..
perempuan itu mengeleng..
"kau tunggu kejap..aku nak terkencing sangat ni..kejap lagi aku datang balik..tunggu tau.."Zafrul memberi arahan..perempuan itu hanya mengangguk tanpa paham.

5minit kemudian Zafrul datang kembali..
lega hatinya melihat perempuan itu masih disitu.

"ermmm nama kau sape,kau tinggal sini ke?"
Zafrul terus bertanya sebaik menghampiri perempuan itu..

"ayah saya cakap jangan bagitau nama dekat orang yang kita tak kenal.."jawap perempuan itu memandang Zafrul sekilas.

"ooo..kalau macam tu kita kenal kenal la dulu..nak?"
Zafrul berbuat baik dengan perempuan itu kerana teringatkan game boy sebagai habuannya..

"maaf.ayah saya tak bagi kawan dengan lelaki.."

"eh kenapa pulak?"berkerut dahi Zafrul namun kemudian dia tersengeh sendiri "cendawan.." geli hatinya melihat posisi perempuan itu yang hanya menunduk tanpa memandangnya..

"sebab saya kan perempuan..kene kawan dengan perempuan je. " dia masih lagi membelek kuku jarinya.

"oo..macam tu.."Zafrul mengambil tempat bersebelahan namun belum sempat dia melabuh punggungnya disisi,perempuan itu segera berdiri..cuba menjarakkan diri.
"eh..nak ke mana ni?"soal Zafrul tercengang.

"ermm..tadi encik kate nak bawak saya pegi bilik guru kan..?"
soal perempuan itu untuk kepastian..

"eh,ha'a la..aku terlupa..jom laa."Zafrul kemudiannya melangkah membawa diri mereka ke arah bilik guru..

"encik makanlah kismis.."
tiba tiba perempuan itu bersuara perlahan..

"haaa ape dia.?"Zafrul kurang jelas lalu mendekatkan telinganya dengan perempuan itu..hampir sahaja kepala mereka bertembung..perempuan itu cepat mengelak membuat Zafrul sedar dirinya terlalu rapat dekat perempuan itu..
"sory.." ujar Zafrul tidak sengaja dengan tingkahnya.
entah kenapa dirinya tiba tiba berdebar..

"makan kismis..nanti daya ingatan encik kuat.."
ulang perempuan itu berserta alasan.

"ooo ye ke..dekat mane ye kedai yang jual kismis."soal Zafrul sengaja ingin berbicara.

"kedai runcit la..takkan kedai basikal pulak.."
berkerut perempuan itu dengan soalan yang diaju Zafrul.

"oo ade ye..?"Zafrul masih berpura pura tidak tahu..memang sengaja dia 'memperbodohkan' diri.

"ye..encik ni tak tahu ke?"jeling perempuan itu sekilas sambil berkerut didahi..

"ha,a aku baru tahu.."Zafrul tidak perasan dirinya di pandang sekilas.."haa tu bilik guru.."Zafrul menunjukkan kedudukan bilik guru itu.

"kenapa tadi encik tunjuk perpustakaan tu bilik guru..?"
soal perempuan itu membuat Zafrul tersentak..

dia tersengeh.."oo..sory la aku gurau je tadi dengan kau.."Zafrul mengarukan kepalanya.."ermm..kau kelas mane?"Zafrul cuba menukar topik.

"ermm..takpe la encik, pegi la masuk kelas dulu..ok bye.."
arah perempuan itu lalu meninggalkan Zafrul terpinga.

"eh..dia bye kan kite macam tu je..bukan nak cakap terima kasih ke.."rungut Zafrul memerhati gerak langkah perempuan itu menuju ke bilik guru..

Zafrul menghembuskan nafas.."relex..esok kan masih ade..kalau bukan sebab game boy jangan harap la aku layan kau baik baik.."zafrul merungut di angin lalu..

****************

waktu pulang dari sekolah..
Zafrul meletakkan basikalnya diluar kawasan sekolah bersama beberapa pelajar yang lain.

dia memandang pelik dengan kedudukan basikalnya..
"aduhaii..basikal sape la bersandar dekat basikal aku ni."
Zafrul mendekati basikalnya..
"sesuka hati makcik kantin dia je nak bersandar dekat sini.."Zafrul berang bila dia tidak dapat mengerakkan basikalnya..
"Astafirullah.."mengucap dia apabila mendapati basikal yang bersandar padanya di kunci bersama..
"apa masalah manusia ni. dengan basikal aku sekali digarinya..macam mane aku nak balik ni woiii.."
bising Zafrul sehingga ada seorang pelajar yang ada disitu menegurnya..

"kenapa tu?"soal rakan sebayanya yang turut memarkir basikal disitu.

"tak tau la basikal sape ni..boleh pulak dia rantai dengan aku punye basikal sekali.."luah Zafrul kepada yang bertanya..

"sabar la..tunggu je la sampai orang tu datang.."
dia kemudian memberi solusi yang mencabar kesabaran Zafrul.

"memang cari pasal la orang ni.takpe..,takpe aku tunggu..memang aku nak tengok keje sape?"
Zafrul bertengek diatas batu besar yang berhampiran.

"ok..saya balik dulu tau.."ujar rakan sebayanya sambil tersengeh..

"haa..balik laa.."ujar Zafrul kasar,tension dengan situasi yang dihadapi sekarang..
"siap la tuan punya basikal ni..aku gari dia seumur hidup.biar padan muka dia.."Zafrul marah sendiri..

5minit dia menunggu disitu masih tidak kelihatan empunya basikal.."haisshh..hilang sabar aku ni.."Zafrul mula menapak memundar mandir disitu menanti kehadiran empunya basikal dengan perut yang mula menari caca..

tiba tiba matanya tertangkap pada kelibat seseorang yang sedang duduk termenung di sebalik pokok pelam..
dia menghampiri kelibat itu.

Zafrul berkerut seperti kenal.."eh..!kau lagi.."Zafrul sempat membilang tiga kali pertemuan mereka dihari ini..
perempuan itu menoleh..
"kau termenung apa dekat sini..tak nak balik ke?"soal Zafrul pelik melihat laku perempuan itu yang seakan bersantai disitu..

"ermm..nak balik tapi rantai basikal saya lucut.."
murung wajahnya sambil mengesat peluh didahi..

"kenapa tak betulkan..?"soal Zafrul dengan kerutan didahi..

"ermm.. nanti tangan saya kotor.mak saya marah ."perempuan itu memberi alasan yang membuatkan Zafrul mengeluh seketika..

"laaa..marilah aku tolong betulkan..mana basikal kau?"
Zafrul ingin membantu namun dirasakan seperti halilintar memanah diri apabila perempuan itu menunjukkan arah basikalnya yang dirantai bersama basikal kepunyaannya..
"heyyy...akulaa...!"dia bisik sendiri sambil mengenggam penembuk menahan geram..keluhan berat dilepaskan..

"bak sini kuncinya.."Zafrul menghulurkan tapak tangannya..
lalu kunci diterima.."kau tahu tak,kau kunci basikal kau dengan basikal sape?"Zafrul merungut sambil meleraikan ikatan..perempuan itu mengeleng laju..
"ni basikal aku tau!"

"alamak..maaf la encik..saya tak sengaja.."
perempuan itu menunduk sambil menahan ketaran.

"nasib baik basikal aku,kalau kau gari dengan basikal orang jahat tadi macam mane?tak pasal pasal dia pukul kau..nak ke?"Zafrul membetulkan pula rantai basikal perempuan itu yang terlucut..

"takkan sampai dia nak pukul saya..?"
kecut perut perempuan itu diugut begitu.

"da nama pun orang jahatkan.."tegas zafrul menambah perasa.

"nasib baik encik baik kan?"perempuan itu seakan memujuk Zafrul supaya tidak memarahinya..

"haa nasib kau laa.lepasni jangan nak kunci dekat basikal orang.tak payah kunci pun takpe.."
tegas Zafrul lagi.

"tapi..."perempuan itu tidak dapat meneruskan katanya..

"apa tapinya..?"soal Zafrul dengan dahi berkerut cuba mencari anak mata yang sedang menunduk..

"nanti mak saya marah.takut hilang.."jawap perempuan itu sedih takut dimarahi maknya..

"takde orang nak curi pun basikal kau ni..kalau nak jugak kunci,pegi gari dekat tiang sane tu.."Zafrul menunjukkan tiang letrik yang berdekatan kawasan itu..

perempuan itu lantas menoleh melihat arah yang ditunjuk..
"ooo dekat situ boleh ye..?"

"sekati kau laa.."Zafrul mengesat ngesat jarinya yang hitam dengan daun kering setelah selesai membetulkan rantai.

lakunya diperhati.."nah ambik lah tisu ni.."perempuan itu menghulurkan sehelai tisu kepada Zafrul..Zafrul mengambil dan dia kemudian mengesat jarinya.

"tak mahu hilang pun hitam ni.."Zafrul cuba lagi mengelap namun tak berhasil..
"bagi aku air kau.."Zafrul terpandang botol air yang terselit ditepi beg perempuan itu..

"eh..ni air saya mane boleh kongsi.."perempuan itu cepat cepat memegang botol airnya mengelak dari pandangan Zafrul.

"aku nak sikit je.."Zafrul memaksa tangannya untuk mengapai botol air ditepi beg perempuan itu,perempuan itu cuba mengelak agar botolnya tidak diambil oleh Zafrul..
namun pergerakkannya hilang imbangan dan kemudian dia tergelecek..

"ehh,ehh.!"dia hampir terjatuh namun sempat tangannya memaut lengan Zafrul dan Zafrul turut menahan dirinya agar tidak terjatuh..mereka bertentang mata seketika..terkejut dengan situasi itu..

Zafrul kemudian menegakkan diri mereka semula..
"hishh kau ni..aku nak basuh tangan la..bukan nak minum.." pantas tangan Zafrul menarik terus botol air dari tepi beg perempuan itu..rasa hatinya yang berdebar cepat cepat ditepis..

"ooo..ok ok..sikit je tau.."gugup perempuan itu..terpaksa dia mengalah.

"nah,tolong bukak.."Zafrul memulangkan semula botol air itu kerana tangannya hitam untuk memusingkan penutupnya..
perempuan itu menurut arahan lalu dihulurkan semula botol itu setelah penutupnya dibuka.

"hishh kau ni tolong la jiruskan.aku da tolong kau kan.."
Zafrul menghulurkan kedua tangannya minta dijirus..
perempuan itu segera menuangkan air ketangan Zafrul..

"aduhai..sikit sangat ni..macam mane aku nak gosok.."
rungut Zafrul sambil mengosok..

"boleh..gosoklah kuat sikit.."arah perempuan itu tudak mahu menuang lebih air ketangan Zafrul.

"hishhh..kedekut la kau ni.."Zafrul menjeling..
"cepatlah..aku lapar ni nak balik makan.."masih mengharap perempuan itu memberi lebih..

"alaaa..habis laa air saya. "rungut perempuan itu.risau airnya habis digunakan..

"nanti aku ganti la.."pantas Zafrul memberi solusi..

"ermmm..ye laa..."perempuan itu kemudianya menuang kesemua air yang ada..kemudian dia termenung sendiri melihat botol air yang telah kosong.

Zafrul memandang laku perempuan itu..
"tunggu sini aku beli air kejap.."tegas Zafrul mematikan lamunan perempuan itu..Zafrul kekedai berhampiran tempat letak basikal..

tak sampai 2minit dia kembali semula "nah air kau..!" hulur Zafrul setelah membuka penutup air mineral itu.konon konon gentleman.

"terima kasih tau,tolong saya.."perempuan itu tersengeh melihat air yang baru dibeli..diteguk seteguk dua lalu diselik ketepi beg..

"ermmm sama sama..,"Zafrul mengambil basikalnya bersedia untuk gerak.."jom la aku teman kau.rumah kau dekat mana?.."

"eh. takpe takpe..saya balik dulu bye.."
pantas perempuan itu mula mengayuh meninggalkan Zafrul yang terpinga pinga..

antara ingin mengejar atau terus memanggil..
"ooiii..kau..oiii.."dia keliru..
"hissshh...minah senget betul laa.."
mulutnya terkumat kamit sendiri sebelum dia juga turut bergerak..

bersambung...

dahinya berkerut seribu.. "boleh kot letak dekat sini..?" bicaranya sendiri.. dia resah kerana basikalnya tidak punya tongkat untuk ditegakkan jadi dia membuat keputusan untuk menyandarkan basikalnya pada basikal orang lain.. dilihat jam ditangan sekilas.. "adui.. lambat da ni.."tanpa sengaja dia telah merantai basikal disebelahnya. ."aikk..."matanya terpandang pada rantai basikal miliknya.."bile masa lucut ni..?"dia ingin membetulkan tapi.. "arghh..nanti mak marah,tangan hitam"dia mencebik seketika.. "hurmm nanti la pikir..nak cepat nak cepat.." dia meninggalkan basikal disitu. dia memasuki pagar sekolah terburu buru. "adui..dekat mane bilik guru ye.?." matanya meliar sebelum tertangkap dua kelibat lelaki di situ.. "haaa tanya diorang laa."kakinya diaturkan ke arah dua orang yang tercegat memandangnya .. "ermmm nak panggil ape ye..?" dia sempat berfikir sebelum mulutnya lancar menyebut "encik .."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience