bab 3-Aina Athirah

Romance Series 1282

keesokkannya...

"ermm encik..,!"perempuan itu menyapa Zafrul di anak tangga..

Zafrul menoleh apabila dirinya ditegur..
terpaku seketika apabila dirinya ditegur oleh perempuan itu..
"nah."dia menghulurkan sekotak kecil kismis kepada Zafrul sambil tersenyum sekilas..Zafrul yang terleka kemudian menyambutnya.."..Aina Athirah.."perempuan itu menyambung lagi.

"haa.."Zafrul tercegang.."ni namanya Aina Athirah?"
soal Zafrul berkerut sambil menunjukkan kotak kismis itu.

"bukan..,ermm..itu nama saya.."jawap Aina sambil menundukkan pandangannya.

"ooo.."Zafrul tersengeh.."Aina Athirah..ermmm sedap name kau.tapi untuk apa ni.kenapa bagi aku?"soal Zafrul inginkan jawapan.

"ermmm..sebab encik tolong saya semalam."jelas Aina sebelum undur diri.."ok..bye.."Aina terus melangkah pergi tidak menoleh..

"ehhh..kau!..,"Zafrul belum habis bertanya..
"adui..suke belah macam tu je..aku nak panggil dia sape ni?Aina ke Tira?"dia berteka teki dengan dirinya..
"oiii..tunggu.."Zafrul ingin mengejar tapi dirinya tiba tiba ditegur..

"woi Mat..,kau panggil sape tu?"Khairi menyapa keras..sambil menjengulkan kepalanya kearah yang dipandang Zafrul..

"arrr.ni..apa ni...aaku.apa name,"Zafrul tergagap gagap menyusun kata..
"ni haa..aku lalu sini tadi,lepastu nampak benda ni dekat tangga.."Zafrul mereka cerita sambil menunjukkan kotak kismis itu.."aku ambik laa kot nak cari tuannya..kau tahu tak sape punye ni?"Zafrul menghela nafas.bagaikan berlari 100kilometer ketika itu..sesak nafasnya seketika..

"mane la aku tahu..bagi je la aku.."Khairi menghulurkan tangan meminta kismis itu.

"eh..kau ni tak baik la khai.."berat hatinya untuk berikan kismis itu kepada Khairi kerana itu adalah pemberian dari Aina untuknya.

"ala rezeki kan.,bak la sini!"Khairi meminta lagi..
terpaksa Zafrul melepaskan.sedikit kecewa hatinya dengan tingkah Khairi yang suka memaksa..
"eh ni..ape macam kau dengan minah senget tu?"soal Khairi tiba tiba membuatkan jantung Zafrul kembali laju..kismis ditangan laju dikunyahnya tanpa menghiraukan perasaan Zafrul yang hanya merenung kosong pada kismis ditangannya..

Zafrul menghela nafas mencari ketenangan..
"kan aku cakap takde harapan.."ntah kenapa dia tidak mahu meneruskan permainan itu..

"rugilah kau ni,aku ingat nak bagi da benda ni dekat kau..nampaknya bukan rezeki kau kan.."Khairi masih mengumpan dengan objek yang berada didalam kocek seluarnya..

"ermmm takpe la macam tu..bukan rezeki aku.."
Zafrul akhirnya mengalah..tidak mahu terlibat lagi dengan permainan itu..

"sooo..kau taknak la ye..?"

"ermmm..taknak la aku.." dia ingin berlalu namun dihalang..

"eh kau nak kemane tu.?"Khairi menyoal.

"aku nak ke tandas kejap"jawap Zafrul bernada kecewa.

"ha pegi la..eh jap jap.." Khairi menuang semua kismis kedalam mulutnya.."tolong buangkan ni sekali.."
khairi tersengeh sumbing sambil menghulurkan kotak kismis yang kini menjadi sampah sebelum berlalu meninggalkan Zafrul.

Zafrul mengenggam kotak kismis itu kuat..
melepaskan perasaan pada kotak itu..

"hishh mentang mentang orang kaya,berlagak..nasib aku la dapat kawan macam tu.."Zafrul menapak mencari tong sampah sebelum mencampakkan kotak itu kedalam tong sampah secara kasar..

tanpa sedar Aina memerhati dengan perasaan kecewa disebalik tembok..
Zafrul tersentak apabila dia menoleh melihat Aina disitu yang telah berlari membawa diri ke kelas.

"eh..,aduii..mesti dia ingat aku buang kismis dia.."Zafrul stress dengan apa yang dihadapi ketika itu..
"semua ni salah Khairi..aduii.."rasa bengang dirinya dengan Khairi..

"eh asal aku nak stress sangat ni.."tiba tiba Zafrul mengingatkan dirinya.."biarlah dia bukan makwe aku pun.."
Zafrul kemudiannya menarik nafas..cuba membuang perasaan yang menganggunya.

"haa..kamu Mat,.."tiba tiba dirinya ditegur..Zafrul menoleh..

"ye saya cikgu.."dirinya ditegur oleh cikgu Amin yang sedang lalu disitu..

"ni cikgu nak mintak tolong kejap.kamu ambikkan mic atas meja cikgu.."arah cikgu Amin.

"haa ok..boleh cikgu.."jawap Zafrul tersengeh dengan tabik.

"lepastu kamu hantar dekat kelas 6 Amanah ye. "arah cikgu Amin sebelum berlalu..

"ok cikgu,boleh.."

Zafrul melangkah kaki ke bilik guru..
mencari kelibat microphone diatas meja guru cikgu Amin..
"hish..mane la pulak mic cikgu ni.."jenuh dia mencari namun tidak juga temui..
"hishh..baik aku bagitau cikgu.."
Zafrul mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada Cikgu Amin..kakinya menapak menuju ke kelas 6Amanah..
pintu bilik darjah diketuk..

"masuk..,"terdengar suara cikgu Amin membenarkan masuk.cikgu Amin yang ketika itu hanya duduk membelek buku menurunkan sedikit kacamatanya..

"cikgu..mic takde..Mat ade laa.."Zafrul tersengeh memaklumkan sebelum dia terpandang seseorang yang tiba tiba menoleh kearahnya sambil memadam papan putih..sengehannya tiba tiba mati,yang ada hanya perasaan gugup.."dia..?"

"ermmm takpe la Mat.nanti cikgu cari sendiri.."
ujar cikgu Amin ingin bangun dari tempat duduk.
namun tiba tiba....

"ermm..cikgu..biar saya tolong carikan ye.."Aina cuba untuk membantu..

"boleh ke awak carikan Aina..?"berkerut dahi cikgu Amin untuk melepaskan Aina pergi mencari microphone.

"saya cuba cikgu.."
Aina segera ingin melangkah keluar dari berhadapan situasi itu..

"haa ok..pergilah.."Cikgu Amin mengizinkan Aina untuk keluar..Laju langkah Aina seperti ingin melarikan diri..

"ermm cikgu..saya masuk kekelas ye.."Zafrul meminta izin untuk keluar, cikgu Amin mengangguk tanda mengizinkan..

laju langkah Zafrul mengejar kelibat Aina..
dia tahu,Aina cuba melarikan diri darinya..

"ehh..kau.."panggil Zafrul memintas Aina namun Aina tidak menghiraukan..langkahnya laju meninggalkan Zafrul seakan tiada kewujudan Zafrul disitu.

"Aina..!"tegas Zafrul membuat langkah Aina terhenti..

"ye..encik nak apa,saya nak cepat ni..?"jelas Aina agar Zafrul tidak salah faham dengannya..langkah kakinya diteruskan tanpa menunggu butir bicara Zafrul..

"hishh..dengar la dulu.."tanpa sengaja Zafrul telah menarik tudung Aina hingga menampakkan serkupnya..

"hishhh..encik buat ape ni..?"
Aina menarik tudungnya semula ke hadapan..

"sory sory..!"pantas Zafrul memohon maaf..cuak dia dengan situasi itu..merah padam mukanya.sempat dia melihat wajah Aina sekilas yang seakan ingin menagis..
"kau marah aku ke?"soal Zafrul dengan nada memujuk.

"tak la.."jawap Aina ringkas sambil meneruskan langkah.

"kalau tak marah senyum la sikit.."Zafrul masih mengejar Aina.

"maaf..saya tak suka senyum.."bidas Aina meneruskan langkah..

"ermmm..aku mintak maaf pasal tadi.."
Zafrul bersaing sambil bercakap..

"ok.."

"ok je..?"Zafrul tidak puashati dengan jawapan yang diterima.berkerut dahinya..dia cuba membela diri.
"khairi da makan kismis tu.lepastu dia suruh aku buang kotak tu..tu yang aku buang sampah..bukan kismis kau..!"

"ok.."jawapan Aina tetap sama..

langkah Zafrul terhenti.."eh..,tu je.."
Zafrul seakan hilang kata..Aina berlalu meninggalkan dirinya..Zafrul tercegang ditinggalkan tanpa 'bye'..
"Aina..!"panggil Zafrul lagi..namun Aina tidak berpaling lagi..

"hishh..kenapa dengan aku ni.kenapa pulak nak rasa macam ni..bukan aku suke dia pun..da la kulup,senget pulak tu..arghhh..bukan taste aku laaa..!"jerit Zafrul dalam hati..bengang dengan perasaannya sendiri..

zafrul melangkah masuk ke dalam kelas..
fikirannya seakan melayang..ntah apa yang difikirkan sehingga dia tidak dapat menjawap soalan yang ditulis dipapan putih..

"hishhh!"keluh Zafrul sehingga kedegaran ditelinga cikgu Fatimah yang ketika itu sedang bercakap.

"kenapa tu Zafrul?awak tak boleh join ke?"soal Cikgu Fatimah yang melihat Zafrul seperti sesuatu.

Zafrul tersedar dari lamunan.."haaa..aa..aa..apa cikgu..?"tergagap dia menjawap..

"ape yang awak fikirkan tu.."Cikgu Fatimah merenung Zafrul seketika sebelum menyambung.."cikgu tanya,sabtu ni awak boleh join atau tak lawatan ke Klcc tu?"

berkerut dahi Zafrul.."haaa?eh..kita ade nak buat lawatan ke?"soal dia lagi..

"hishhh..kamu ni..baru je cikgu terangkan dekat depan ni tadi..fikiran kamu ke mane?"soal cikgu Fatimah yang kelihatan pelik dengan respon Zafrul..

"ma..maaf cikgu..saya sakit kepala ni.."Zafrul memegang kepalanya..."tak berapa nak bagi tumpuan.."

"ermmm..kamu ni la.."Cikgu Fatimah mencapai satu helai pamplet di atas mejanya.."Haikal.., tolong paskan pamplet ni dekat dia.."arah Cikgu Fatimah pada Haikal yang duduk dihadapannya..

Zafrul membelek seketika.."semua pergi ke cikgu..?"soal Zafrul lagi.

"ye..digalakkan semua pelajar darjah 6 untuk pergi..tak kene bayar pun..free je.."jawap Cikgu Fatimah berharap semua murid darjah 6 dapat mengikuti lawatan itu..

"kita bukan pergi Klcc je tau..kita nak ke taman rama rama.."
Cikgu Fatimah kemudiannya melanjutkan bicaranya..

"waaa...!"terdengar suara murid yang lain memberi respon terutamanya pelajar perempuan..

"oo..kalau macam tu saya ikutlah cikgu.."Zafrul tiba tiba mencelah..

"haa tu yang cikgu pelik tadi bile cikgu terangkan kamu cakap 'hishhh'..macam taknak pergi je.."

"tak cikgu..saya marahkan kepala saya yang pening ni.."
Zafrul tersengeh memberi alasan..
tiba tiba senyuman terukir dibibir..seperti ada sesuatu yang bermain dipikirannya.."semua pergi ye..yes..!"

*********

jam 1.20 pm.

basikal yang bergari ditiang letrik menarik perhatian Zafrul..dia tersengeh.."mendegar kata rupanya.."bisik hatinya sendiri dari jauh..

melihat kelibat empunya basikal keluar dari kedai runcit berhampiran membuat senyumannya terpadam.
terasa bahang wajahnya tiba tiba.
debar jantungnya pula apabila melihat langkah empunya diri menghampirinya..Zafrul menelan liur cuba menyibukkan diri dengan membelek tayar basikalnya..

"nah...,"Aina menghulurkan kismis.."saya gantikan semula.."
sambung Aina mengharap kali ini Zafrul tidak memberi lagi kepada Khairi.
. Zafrul tercegang memandang kosong pada kismis yang dihulur.

"ambik laa..jangan bagi Khairi lagi.."tegas Aina mengoyangkan kotak kismis itu.

Zafrul pantas mengambil.."eh tak,bukan aku bagi..dia yang ambik.."Zafrul cepat cepat membetulkan ayat Aina yang seakan menyalahkannya..

"sama je kan?"Aina berpaling ingin pergi..

"eh,jap..!"Zafrul ingin menarik tudung Aina namun tragedi tadi membuat dia menarik semula tangannya lalu disorokkan kebelakang badan.."ermmm kau pegi tak sabtu ni..?"soal Zafrul teruja ingin mendapatkan jawapan 'ya'..

"pegi.saya kan darjah 6.."Aina berlalu pergi tanpa 'bye'..

"yes!"Zafrul tersengeh melihat kismis ditangan..dipandang lagi pemergian Aina.."bye.." bisik hatinya sendiri..

terasa indah perjalanannya pulang kerumah tak sabar menunggu hari sabtu yang bakal tiba 3hari lagi..

bersambung....

"hish..mana encik ni.."Aina menunggu Zafrul dinak tangga.di tangannya ada sekotak kismis yang dibawa dari rumah pagi tadi..melihat kelibat Zafrul cepat cepat Aina memanggilnya.. menghulurkan kismis lalu dia pergi tersenyum.. dia dengar Zafrul memanggilnya namun perasaannya ketika itu malu untuk berlama.. dia mengambil keputusan untuk pergi dan kemudian mengintip.. tiba tiba senyumannya mati tatkala terpandang Zafrul mencampakkan kismis yang diberi kedalam tong sampah.. "sampai hati encik,buang kismis yang saya bagi." tanpa sedar Zafrul tertoleh melihatnya disitu dan Aina kaget kerana kantoi mengintip lalu dia berlari menuju ke kelas.. "aduii..malu la, dia nampak aku tengok dia tadi.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience