Rate

Bab 2

Romance Series 5381

Kereta mewah berwarna biru itu berhenti tepat dihadapan sebuah rumah megah yang kukuh berdiri di bumi-Nya.
"Are you sure you tak nak masuk sekejap? Minum air? Makan ke?" pelawa Fatin.
"Oh it's okay, menyusahkan sahaja nanti, lagipun I ade appointment dengan klien lepas ni so I tak boleh lama-lama" terang Dani dengan terperinci.
"Oh, okay so I nak masuk dulu, drive hati-hati eh, jangan pandu laju sangat, ingat tu" pesan Fatin dengan suara serius.
"I tahulah, you tak payahlah risau sangat, nanti tak fokus you nak buat everything sebab fikirkan I aje" ujar Dani supaya Fatin tidak terlalu risau dengan dirinya.
"Okaylah, I masuk dulu, Assalamualaikum" kata Fatin.
"Waalaikumussalam, sayang".
Terus kereta tersebut pergi meninggalkan rumah itu. Masuk je Fatin dalam rumah, terus dipelawa untuk minum oleh ibunya.
"Kakak, tak nak minum dulu ke?" tanya Datin Jauza. Manalah tahu kalau anak perempuan tunggal dia tu haus. Sebenarnya, Fatin merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Dato' Razaq dan Datin Jauza manakala kedua-dua anak mereka yang lain merupakan lelaki. Sebab itu lah Fatin ditatang bagai minyak yang penuh oleh orang tuanya.
"Eh takpelah mama, tadi baru lepas habis makan dengan Dani, kenyang sangat dah ni, air pun tak dapat nak masuk hehe" ujar Fatin dengan manja.
"Emm yelah, ni mama nak pesan ni, malam nanti jangan keluar pergi mana-mana ye sebab malam ni ade orang yang nak datang ke rumah kita, lama sangat dah tak jumpa dia orang so semalam dia orang baru balik dari New Zealand, mama pun ajak lah dia orang dinner dengan kita" pesan Datin Jauza dengan anak daranya itu.
"Siapa yang datang nanti mama?" tanya Fatin dengan penuh tanda tanya.
"Kawan mama dengan papa dulu, rapat lah and dia orang ade seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan" ujar Datin Jauza dengan bersemangat.
Ni mesti tak lain tak bukanlah ni kalau nak menjodohkan aku dengan anak kawan dia tu haihh mama, Fatin cuma berkata di dalam hati. Jujur Fatin rasa yang dia dah muak, menyampah bila Datin Jauza asyik menjodohkan dia dengan anak kawan dia.
"Oh okaylah ma, kakak nak naik atas, masuk bilit, pergi mandi lepastu rehat, penat sangat dah ni" beritahu Fatin.
"Hmm yelah" kata Datin Jauza sambil mengeluh.
Setelah bayangan Fatin menghilang masuk ke dalam bilik tidur, Datin Jauza mula membebel seorang diri.
"Haihh anak dara aku yang seorang ni memang keras kepala betul! Entah bila lah dia nak kahwin, karang nanti aku sendiri dapat malu sebab anak makin tua tapi belum kahwin, haihh penatlah aku macam ni" bebel Datin Jauza seorang diri lalu berlalu pergi untuk menenangkan hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience