Rate

Bab 3

Romance Series 5379

Dani melangkah masuk ke rumah dengan muka yang masam mencuka. Hatinya masih lagi terkesan dengan apa yang terjadi ketika dia memandu tadi. Rasa bengang pun ada. Tatkala dia melintasi ruang tamu, sempat dia mengerling Datin Mina, iaitu ibunya.
"Hah! Nak ke mana tu Dani? Mama duduk tercongok dekat sini Dani boleh buat tak nampak je?" tanya Datin Mina dalam nada sinis.
"Sorry lah mama, orang penat lah, nak masuk bilik, rehat" jawab Dani.
"Ni apesal muka masam je ni?" tanya Datin Mina.
"Ada something berlaku tadi, it's okay lah, benda kecil je, tak payah kecoh" ujar Dani.
Datin Mina tidak menjawab anaknya kerana dia tahu anaknya itu jenis yang tidak suka kalau ada orang lain yang menyibuk tentang masalah dia.
"Hmm yelah, ni mama nak tanya, bila lagi nak langsungkan majlis perkahwinan dengan si Fatin tu? Takkan lah nak dibiar lama-lama kot, tak elok tau" tanya Datin Mina.
"Alah ma..ni Syaufik Daniel Dato' Muzaffar lah, nanti lah Dani berbincang dengan dia . Lagipun Fatin pernah cakap yang dia tak kisah bila majlis tu nak berlangsung asalkan majlis berjalan dengan lancar so sekarang ni yang tinggal cuma persetujan Mama and Papa and Mak Ayah Fatin" ujar Dani dengan lengkap sekali.
"So esok Mama dengan Papa nak Dani pergi bawa kami ke rumah Fatin, biar kami yang bincang, tu lah, mama dah cakap, rancang awal-awal ,ni tak.."jelas mama sambil marah.
"Okay ma, okay esok Dani bawa mama and papa pergi rumah dia orang, make sure pergi awal, jangan akhir sangat. Dani nak naik atas dulu" beritahu Dani.
Datin Mina cuma mengangkat kening tanda yang dia jawab 'okay'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience