Rate

Bab 4

Romance Series 5381

Makanan yang dimasak oleh Mak Milah sudah dihidangkan dengan sempurna di atas meja. Baunya sahaja sudah boleh buat orang teringin untuk makan.
Fatin yang tiba dahulu di meja makan, terbeliak mata melihat begitu banyak makanan yang terhidang atas meja.
"Mak Milah, siapa yang datang malam ni sebenarnya? Special sangat ke?" tanya Fatin.
"Mak Milah pun tak tahulah, Datin Jauza yang suruh masak banyak-banyak tadi, Mak Milah pun ikut aje lah" ujar Mak Milah.
Datin Jauza , Dato' Razaq, abang Fatin dan adik Fatin juga baru tiba di dapur setelah menghidu bau yang enak memenuhi ruang rumah.
"Hah! Abang, kakak, adik, jangan makan dulu eh. Tunggu tetamu kita sampai dulu" pesan Datin Jauza.
Tepat pada waktunya, loceng rumah berbunyi tanda ada orang yang sedang menunggu di hadapan pagar.
"Datin, Dato', tetamu dah sampai" ujar Mak Milah.
"Okay Mak Milah, suruh dia orang masuk" arah Datin Jauza.
Mak Milah cuma menggangguk dan pergi meninggalkan mereka di dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience