DIA YANG KEDUA 2

Drama Completed 686501

SAFEENA memegang pipinya yang di tampar oleh Najwa itu dia hairan mengapa tiba-tiba sahaja dia di tampar tanpa sebab.

  “sakit ke?,alaaa kesiannya kau tak fikir pulak sakitnya hati aku ni! apa masalah kau hah sebenarnya? berapa kali aku nak kena cakap dengan kau jangan dekat dengan Adam!” bahu Safeena itu di tolak dengan kasar.

“a..aku dengan Adam kawan je aku tak der aper hubungan pun dengan dia,” jawab Safeena terketar-ketar.

  “hey kau ingat aku percaya apa yang keluar daripada mulut kau?, kau tahu tak kau tak sesuai langsung dengan Adam kau tu pembunuh tahu tak!” kau bunuh adik kau sendiri! “ ujar Najwa dengan sinis.

air matanya mulai bertakung mendengar kata-kata daripada Najwa itu, tidak tahu ingin katakan apa lagi dia mati kata. mereka tak tahu macam mana dia hidup kerana kesalahan itu.

  ”asal diam?, betul kan apa aku cakap? kesian betul lah jadi kau kan?“ Najwa mendekati Safeena sambil melemparkan senyuman sinis.

Seseorang mulai datang ke arah Najwa dan Safeena dan itu adalah Erin iaitu kawan Najwa, sambil membawa segelung tali,Najwa tersenyum sinis memandang Erin. Sebaik Safeena ingin melangkah pergi kakinya itu Najwa menarik lengan wanita itu hingga langkah wanita itu terhenti.

”kau nak buat apa ni?“ soal Safeena cemas.

”kau rasa?,pegang dia Erin!“ arah Najwa. Erin mengangguk laju terus dia menolak Safeena ke pokok untuk diikat dengan tali.

”tolong lah jangan buat aku macam ni,“rayu Safeena air matanya mengalir perlahan membasahi pipinya.. namun Najwa dan Erin hanya mempedulikan rayuan daripada Safeena itu.

  ”pegang dia Erin!“ arah Najwa. Najwa terus mula mwngikat Safeena di pokok. Safeena meraung-raung minta di lepaskan namun mereka hanya mempedulikan rayuan daripada wanita itu.

Selesai sahaja mengikat di pokok Najwa dan Erin berpandang sambil tersenyum sinis memandang Safeena. Pipi Safeena itu di tepuk sambil tergelak sinis.

”kau duduk lah sini diam-diam tau!, ni akibat sebab kau cari masalah dengan aku bye“ Najwa terus meninggalkan Safeena yang sedang diikat di sepohon pokok.

  ”Najwa! Najwa! lepaskan aku!!!“ jerit Safeena. Namun Najwa dan Erin hanya mempedulikan panggilan daripada Safeena itu. air matanya mengalir perlahan sambil esakkan tangisan. Dia langsung tak minta untuk hidupnya jadi begini tapi kenapa dia selalu di uji?

  ”sampai bila aku kena lalui semua benda ni?, aku tak kuat“ ujarnya sendiri suaranya bergetar. Dia cuba melepaskan dirinya namun gagal. badannya terasa sakit kerana ikatan tali itu terlalu kuat.

  ”t..tolong! Tolong!!!“ jerit Safeena namun tiada sesiapa menyauk. Hujan mulai turun membasahi bumi semakin lebat hujan itu turun dan Safeena masih diikat di sepohon pokok menggeletar kesejukan di bawah pokok itu. dan akhirnya selepas sekian lama berpanas dan sejuk akhirnya Safeena pengsan tidak sedarkan diri. Matanya mulai perlahan-lahan kabur dan akhirnya gelap!

  FRAME gambar yang terletak di atas almari itu di capai wajah Aisy yang berada di gambar itu di tatap, wajah Aisy di foto itu di usap perlahan air matanya mulai bertakung.

”m..macam mana abang nak kuat sayang?,k..e..kenapa sayang tinggalkan abang? abang tak boleh hidup tanpa Aisy abang rindu Aisy“ bergetar suara lelaki itu.

Ya Allah aku tak kuat  macam mana aku nak teruskan hidup kalau dia tak der di sampingku? kenapa kau perlu ambil dia?  air matanya semakin laju mengalir semakin di kesat semakin laju air mata itu mengalir.

Bunyi pintu biliknya itu di ketuk itu menyedarkan Aidan yang sedang termenung itu, Frame gambar Aisy itu terus di letakkan di atas almari semula perlahan-lahan dia bangun daripada Katil dan ke arah pintu. Tombol pintu itu di pulas sebaik pintu di buka kelihatan Puan Sri Zalia berada di hadapannya itu. Aidan melepaskan keluhan perlahan.

”apa maa?“ soal Aidan acuh tak acuh.

”ikut mama keluar sekejap“

”malas lah,Mama nak keluar mama keluar je lah Aidan nak duduk rumah“ jawab Aidan sebaik dia ingin menutup pintu suara garau seseorang mulai kedengaran dan itu adalah Tan Sri Sheikh Ahmad.

”jumpa papa kat ruang tamu sekarang!“ Tegas Tan Sri Sheikh Ahmad lalu terus meneruni tangga dan ke arah ruang tamu.

”sekarang!“ ulang Puan Sri Zalia lalu terus mengikuti Tan Sri Sheikh Ahmad yang sedang meneruni tangga. Aidan melepaskan keluhan kasar!

”hishh! Nak apa lah!“ degus Aidan terpaksa lah dia mengikuti arahan yang di beri oleh papanya itu pintu biliknya itu terus di tutup lalu meneruni anak tangga untuk ke arah sofa.

SUNYI sepi sahaja keadaan ruang tamu itu tanpa sebarang suara, Tan Sri Sheikh Ahmad mengeluh perlahan dia sendiri buntu apa lagi dia harus lakukan terhadap Aidan.

  ”sampai bila nak macam ni hah?“ Suara Tan Sri Sheikh Ahmad itu memecahkan kesunyian yang sedang melanda itu.

”sampai bila-bila“ jawab Aidan pendek.

”sudah-sudah lah tu Aidan, papa penat tahu tak tengok Aidan macam ni, Dah 5 tahun Aisy tinggalkan kita sampai bila Aidan nak jadi macam ni wake up lah Aidan“

Aidan hanya menundukkan wajahnya langsung dia tidak memandang wajah Tan Sri Sheikh Ahmad yang berada di hadapannya itu, segala kata-kata daripada Tan Sri Sheikh Ahmad itu hanya di pedulikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

”are you listen what i say to you?“ ujar Tan Sri Sheikh Ahmad apabila tiada langsung respon yang di beri oleh Aidan.

”Aidan nak masuk bilik“ sebaik ingin melangkah kakinya pergi langkahnya terhenti apabila suara Tan Sri Sheikh Ahmad kedengaran.

”papa akan carikan pengganti Aisy, papa Tahu ada seseorang yang akan dapat gantikan tempat Aisy!“ TegasTan Sri Sheikh Ahmad.

”a..pa?“ perlahan-lahan Aidan mengalihkan pandangannya memandang wajah Tan Sri Sheikh Ahmad. Tan Sri Sheikh Ahmad tahu pasti Aidan tidak setuju dengan cadangan nya itu namun itu sajalah cara untuk menyelesaikan segalanya.

”Aidan tak setuju! dan benda tu takkan pernah terjadi! Full stop!“ Aidan berdegus kasar. Dia tidak pernah langsung terfikir akan mencari pengganti Aisy. Dia amat menyayangi Aisy! Kakinya terus melangkah pergi meninggalkan Tan Sri Sheikh Ahmad dan Puan Sri Zalia di ruang tamu.

”pengganti Aisy?“ soal Puan Sri Zalia sambil memandang wajah suaminya itu.

Tan Sri Sheikh Ahmad mengangguk perlahan,

”abang tahu kan Aidan takkan setuju dia sayangkan Aisy sangat tak mungkin dia nak kahwin sekali lagi“

”Tu je caranya Zalia,awak nak tengok ke Aidan jadi macam tu sampai bila-bila hah? Kalau dia kahwin akan ada seseorang jaga dia“

Puan Sri Zalia mengeluh perlahan, dia masak sangat dengan perangai keras kepala Aidan itu tak mungkin dia akan setuju..

”awak dah ader calon ke?“ soal Puan Sri Zalia.

ADAM mengerutkan dahinya seribu apabila mendengar kata-kata Kak Fatimah, bukan kah Safeena sudah pun pergi sebelum dirinya tetapi kenapa dia masih tiada di sini. Sepatutnya time macam ni dia mengambil Feena pulang kerja.

”biar betul Kak“ Adam masih tidak percaya.

”yer lah buat apa akak nak tipu kau hah?, bukan kau ke yang pergi dengan dia tadi kata sekejap berjam-jam akak tunggu Feena tahu tak dah lah banyak lagi kerja“ 

”memang lah saya pergi dengan dia tapi dia dah balik sebelum saya balik, aduhhh mana lah si Feena pergi ni“ omel Adam sendiri.

”Cuba kau tanya si Najwa sebab tadi dia datang kedai ni lepastu tanya kau, ajak cakap lah kau pergi dengan Feena muka dia kau faham je lah kan muka dia macam mana bila akak cakap kau dengan Feena“ Cerita Kak Fatimah.

”Najwa?“ soal Adam sendiri.

”HAHAHAHAAH kan baru padan muka dia! Geram je aku dia ingat dia bagus sangat? “ Berdekah Najwa ketawa bersama-sama Kawan-kawan nya itu.

”tu lah,tapi kan Najwa kalau Adam tahu kau buat macam tu kat Feena lagi lah dia tak suka kau tau“ sampuk Herlena.

Najwa menjeling tajam ke arah Herlena,

”kau diam lah, hey! perempuan bodoh macam tu bukan lawan aku lah! Acah baik je lebih dah lah bunuh adik sendiri macam tu ke baik sangat?“

Najwa hairan apabila melihat wajah Erin dan Herlena agak berubah, seperti memberikan isyarat ade seseorang berada di belakang Najwa. Najwa hairan terus dia memusingkan badannya ke belakang dan kelihatan Adam berada di belakangnya itu.

”mana Feena?“ soal Adam dingin.

”err..,mana naj tahu“ balas Najwa acuh tak acuh sebaik dia ingin mencapai tangan Adam. Segera Adam menepis dengan kasar!

”baik kau bagitahu, jangan sampai aku berkeras dengan kau! Mana Safeena!“ jerit Adam dengan kuat.

Terkejut Najwa mendengar jeritan daripada lelaki itu,seram di buatnya melihat wajah ketat Adam yang sedang di tayangkan itu.

”mana Safeena!“ ulang Adam ikutkan hatinya hendak saja dia bagi penampar free tapi malas ingin naik tangan dengan perempuan kan nanti di kira dayus pulak.

”d..dekat h..hutan yang dekat kawasan air terjun yang Adam pergi tadi“ tergagap-gagap Najwa berkata.

”hutan?, Kau buat apa dengan Feena hah!“ bahu Najwa itu di tolak dengan kasar.

SEBAIK dengar sahaja maklumat yang di sampaikan oleh Najwa bergegas Adam meluru ke arah kawasan air terjun tadi dia takut kalau dia terlambat. Najwa berdegus geram! Bencinya terhadap Safeena makin bertambah. SAMPAI sahaja di kawasan hutan itu terus Adam meluru masuk ke dalam hutan berulang kali nama Safeena itu di panggil namun tiada sesiapa menjawab.

”safeena! Feena!“ jerit Adam namun masih tiada sesiapa menjawab. Langkahnya terhenti apabila melihat Safeena sedang diikat di pokok.

”ya Allah Feena!“ jerit Adam tergopoh-gopoh Adam melangkah kakinya ke arah  Safeena wajah Safeena itu di tatap jelas wajah wanita itu pucat dengan baju yang basah lencun.

”feena! Feena!“ panggil Adam namun Safeena masih tidak sedarkan diri. Pantas Adam membuka tali ikatan yang di pokok itu.

”Ya Allah Feena kenapa jadi macam ni, Feena bangun! Feena!“ pipi Safeena itu di tepuk berulang-kali dan akhirnya baru lah Safeena sedar.

”A..ad..adam,a..ku..aku takut“ tergagap-gagap Safeena berkata.

”aku dukung kau ehh,cepat naik belakang aku“ Adam menundukkan badannya di hadapan Safeena. Pantas Safeena menggeleng kepalanya.

”tak per a..aku boleh jalan“ perlahan-lahan Safeena bangun sambil di pimpin oleh Adam. Adam memandang wajah Safeena yang berada di sebelahnya itu. Kesian dia melihat gadis itu setiap hari pasti ada je masalah akan datang.

”aku minta maaf Feena sebab aku kau jadi macam ni“ ujar Adam sambil memimpin Feena untuk berjalan.

”bukan salah kau pun,kau tahu kan Najwa tak suka aku..“ balas Safeena.

MAK CIK ZURA berdegus kasar apabila melihat kain jemuran semuanya basah lencun, geram! ni sorang lagi suka sangat buat aku naik angin! Dia yang sedang berdiri di hadapan rumah itu mulai kelihatan Safeena sedang berjalan bersama Adam siap pegang tangan lagi.

”budak tak guna ni! pergi kerja lah konon! Padahal pergi bercinta! menyusahkan aku betul lah budak ni! Patutnya dia yang mati! “ ujar Mak cik Zura.

”ermmm Adam kau balik lah dulu,terima kasih untuk hari ni“ ujar Safeena.

”biar aku teman kau sampai rumah sana lah,kalau mak kau buat apa-apa kat kau aku ada“

”tak per lah kau jangan risau,“ Tolak Safeena dia tidak mahu menyusahkan Adam lagi. Terus kakinya melangkah ke arah pintu kelihatan Mak Cik Zura berada di hadapannya itu wajah ketat di tayangkan.

”kau pergi mana hah? Dengan basah lencun ni?“ soal Mak Cik Zura sambil meneruni tangga memandang Safeena yang berada di hadapannya itu.

”F..Feena..f..fena kerja Mak cik“ tergagap-gagap Safeena berkata.

Rambut Safeena itu di tarik dengan kuat, Safeena mengerang kesakitan pedih!

”sakit Mak cik! Sakit!!“ Safeena mengerang kesakitan.

”hey bodoh!, , kau ingat aku bodoh macam kau ke hah? alasan kau kerja tak habis-habis kan! padahal kau pergi dating dengan si Adam tu kan! Kau ni perempuan jenis apa hah!“ Badan Safeena itu terus di tolak dengan kasar.

”Feena tak tipu Mak cik, Feena kerja“ ujarnya lagi air matanya mulai bertakung di kelopak mata.

Rambut Safeena itu di tarik dengan kuat dia mengheret badan Safeena masuk ke dalam rumah, lalu di tolak wanita itu ke dinding dengan kuat.

”j..jangan Mak cik! Sakit!! Tolong mak cik“ Rayu Safeena apabila melihat Mak cik Zura mengambil Tali pinggang yang sedang tergantung di dinding itu. Wajahnya itu sudah lencun dengan tangisan.

ZAP.. ZAP.. ZAP..

Berkali-kali Mak Cik Zura melibas Safeena,Rayuan gadis itu langsung tidak di pedulikan...,

”arghhh!! Sakit Mak cik!! Jangan!!“ terjerit-jerit Safeena meminta tolong.

”Penipu macam kau ni kena ajar tahu tak!!! Menyusahkan aku tak habis-habis“ semakin kuat libasan itu terkena kulitnya.

Ya Allah sakit! Pedih!

BERSAMBUNG.....

happy reading

Share this novel

Nurul Hasanah
2021-06-14 01:22:33 

cerita yang menarik


NovelPlus Premium

The best ads free experience