DIA YANG KEDUA 3

Drama Completed 686362

PERLAHAN-LAHAN Safeena melabuhkan punggungnya di katil terasa sakit satu badannya kerana di pukul oleh Mak Cik Zura. Tangannya, kakinya semua sudah berbekas kerana di pukul ada yang sampai berdarah.

“arghh!” Safeena mengerang kesakitan sambil menyapu ubat. air matanya mulai mengalir di tubir matanya itu. Ya Allah sampai bila aku kena bertahan? aku tak kuat..

Selesai sahaja menyapu ubat di lengannya dan kakinya yang terkena libasan tali pinggang daripada Mak Cik Zura itu terus Perlahan-lahan Safeena merebahkan badannya sakit satu badannya hendak baring pun terasa sakit!

TAN SRI SYEIKH AHMAD yang sedang bersiap-siap itu membuatkan Puan Sri Zalia pelik ke mana pula suaminya itu ingin pergi? Terus Puan Sri Zalia itu bangun lalu ke arah suaminya itu tali lehernya itu di kemaskan lagi..

“abang nak ke mana ni?,abang tu dah lah tak sihat sangat” ujar Puan Sri Zalia tangannya itu masih berada di tali leher suaminya itu.

“saya ada kerja dekat Kedah,nak harapkan Aidan memang tak lah! sepatutnya saya yang dah tua ni duduk rumah rehat! Ni yang muda pula bersenang lenang dekat rumah!” Ujar Tan Sri Sheikh Ahmad dengan tegas kisah apa dia Anaknya itu terasa.

“abang tahu kan keadaan Aidan tu macam mana”

“sebab saya tahu keadaan dia macam tu lah saya suruh dia cari pengganti! sampai bila nak macam ni hah?”

“abang pun garang sangat dengan dia, abang tahu kan Aidan tu keras kepala”

“memang keras pun!, Dah lah saya nak pergi dah ni cakap pasal Aidan buat saya pening kepala je” balas Tan Sri Sheikh Ahmad acuh tak acuh kepalanya itu di picit.

Puan Sri Zalia mengeluh perlahan tangannya itu di hulurkan untuk bersalaman, Tan Sri Sheikh Ahmad menyambut salaman daripada Isterinya itu lalu bergegas keluar dari rumah itu. Hilang sahaja Suaminya itu dari pandangannya itu terus dia melangkah kakinya ke tingkat atas untuk berjumpa dengan Aidan dia perlu bincangkan perkara ini dengan cepat! 

TOK TOK TOK

PINTU bilik itu di ketuk berulang-ulang dan akhirnya di buka juga pintu seperti wajah sembap Aidan di tayangkan. Aidan memandang wajah Puan Sri Zalia di hadapannya itu dia pelik! apa ingin mamanya itu darinya?

“Mama nak apa lagi ni? , kalau nak cakap pasal pengganti Aisy Aidan tak nak dengar sebab Aidan takkan kahwin lagi” ujar Aidan terlebih dahulu.

Keluhan kasar di lepaskan macam tahu-tahu aje memang itu yang ingin di katakan! itu lah dia Aidan!

“Aidan tak kesian dekat papa ke?,sampai bila nak terperuk dalam bilik tak habis-habis?”

“Maa please lah jangan masuk campur hal Aidan! , Aidan tahu apa yang Aidan buat Aidan bukan budak kecik lah!”

“Ohhh Aidan tahu apa yang Aidan buat? ,Jadi apa yang Aidan buat ni bagus lah! Hey kalau Aisy tahu pun dia tak suka lah tengok Aidan macam ni ! ” suara puan Sri Zalia mulai meninggi.

Aidan terdiam seketika,sebaik dia ingin menutup pintu terus di halang oleh Puan Sri Zalia.

“dengar sini Aidan! , mama buat semua ni untuk Aidan. buka lah pintu hati tu untuk berlajar terima seseorang dalam hidup Aidan”

“Aidan tak mampu maa” terus pintu bilik itu di tutup dengan kuat. Terkejut di buatnya Puan Sri Zalia dia sudah tidak tahu lagi ingin buat apa lagi dengan anaknya itu dia sudah buntu! Benar-benar buntu! 

“SAFEENA! FEENA!!!” Jerit Mak Cik Zura dengan kuat yang sedang berada di ruang tamu itu. Safeena yang sedang berada di dalam bilik itu terus tergopoh-gopoh datang ke ruang tamu dengan kaki yang masih terhincut-hincut.

“y..yer Mak Cik” Ujar Safeena tergagap-gagap kerana masih ketakutan kejadian dia di pukul teruk semalam.

“kau ni pekak ke apa hah!, sakit tekak aku ni panggil kau!”

“f..fe..feena tidur Mak cik, F..feena d..de..demam”

Mak cik Zura yang sedang di sofa itu bangun dia mendekati Safeena yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“ohh,jadi kau nak cakap dengan aku yang punca kau demam sebab aku lah? ehh”

Pantas Safeena menggeleng kepalanya itu,

“bukan sebab Mak cik,”

Kepala Safeena itu terus di tunjal oleh Mak Cik Zura dengan kuat, Rambut wanita itu di tarik dengan kuat ke belakang hampir sahaja dia jatuh. 

“Kenapa lah yang tak mati tu kau! kenapa Feeya hah! apa salah dia sampai kau bunuh dia hah!” Jerit Mak Cik Zura dengan kuat.

“feena minta maaf Mak Cik, t..tapi bukan Feena yang buat tolong lah percayakan Feena” Rayu wanita itu air matanya mulai mengalir perlahan membasahi pipinya itu.

“Kau suruh aku percaya kau! Hah! Kau bunuh anak aku! dan kau suruh aku percaya kau!” pekik Mak Cik Zura.

Lengan Safeena itu di tarik di bawa ke dapur, Feena hanya mampu minta di lepaskan sahaja. Namun Hanya di endahkan saja rayuan daripada Safeena itu.

“sakit Mak Cik” Ujar Safeena apabila lengannya itu mulai kemerahan kerana di tarik dengan kuat oleh Mak Cik Zura itu.

Bunyi air cerek yang baru sahaja siap di jerang menyedarkan Mak Cik Zura, tangan Safeena itu terus di letakkan di atas cerek air panas itu.

“arghhh!!! Sakit!!!!” Jerit Safeena.

Semakin Safeena menjerit semakin kuat Mak Cik Zura menekan tangannya di cerek. Ya Allah sakit!!!

“sakit Mak cik! Sakit!!!” teresak-esak Safeena menangis minta di lepaskan.

“kau dengar sini ehh! ,sampai bila-bila pun aku takkan maafkan kau apa yang kau dah buat dengan Feeya! Bodoh!” Jerit Mak Cik Zura dengan kuat lalu meninggalkan Safeena sendirian di situ.

Pantas Safeena mengangkat tangannya yang sedang berada di cerek panas itu, melecur tangannya bersama kemerah-merahan dengan pantas Safeena membuka paip air lalu di basuh tangannya itu. Teresak-esak Safeena menangis semakin terasa sakit dan pedih di tangannya itu.

HUJAN yang sedang mengalir di corong bumbung itu di perhatikan, tangannya itu di lihat masih tidak baik lagi kesan melecur itu. Macam mana dia ingin pulang pun dia tidak tahu kerana masih hujan tapi kalau dia balik lambat lagilah dia akan di pukul oleh Mak cik zura kerana membawa barang yang hendak di beli terlalu lama.

“Oii! Nak payung ke” Tegur Najwa yang sedang berada di  depan Safeena itu. Safeena mengangkat wajahnya memandang Najwa yang berada di hadapannya itu. Dia pelik tiba-tiba sahaja wanita itu menghulurkan payung kepadanya itu.

“t..terima kasih” ujar Safeena sebaik dia ingin mencapai payung yang berada di tangan Najwa itu. Najwa terus membaling Payung itu ke tempat lain.

Najwa tersenyum sinis ke arah Safeena,kepala Safeena itu di tunjal.

“kau ni memang bodoh betul lah!, kesian tahu tak kadang-kadang aku tengok kau ni” Najwa tergelak sinis memandang Safeena. Badan Safeena itu terus di tolak ke tempat hujan tersungkur wanita itu bersama dengan barang-barang yang dia beli itu habis berterabur kesemuanya.

Safeena hanya diam tidak bersuara dia terus mengutip satu persatu barang-barang yang jatuh itu , Najwa hanya tersenyum sinis tangan Safeena itu terus di pijak.

“arghh!!”

Najwa menundukkan badannya sambil memandang Safeena yang sedang mengutip barang-barang yang jatuh itu kepala wanita itu di tunjal beberapa kali.

“bodoh!” ujar Najwa lalu terus meninggalkan Safeena yang sedang mengutip barang-barang yang di belinya itu. air matanya bertakung di kelopak mata dia dah penat sangat menangis! terlalu penat! Dia berharap satu hari nanti dia akan dapat rasai kebahagiaan seperti orang lain.

TAN SRI SYEIKH AHMAD yang sedang memandu kereta itu mengeluh perlahan dari tadi lagi hujan tidak berhenti turun semakin lebat adalah! Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.

“Bila lah aku dapat berehat ni?, sepatutnya si Aidan tu dah boleh tolong aku dah haishh” ngeluh Tan Sri Sheikh Ahmad sendiri.

Dia meraba-raba di tempat duduk sebelah untuk mencari telefon,namun masih tiada di manakah telefon bimbit itu berada tak silapnya dia letak situ. Tangannya itu masih sedang memandu satu tangan lagi meraba-raba di bawah. Tanpa dia sedar satu pokok tumbang di hadapannya itu dan...

BUM!

Pokok yang besar itu jatuh ke kereta yang di naiki Oleh Tan Sri Sheikh Ahmad itu, Kepalanya terhantuk di stereng kereta perlahan-lahan darah mulai mengalir di kepalanya itu.

PRANG...

“Astaghfirullahalazim” ucap Puan Sri Zalia apabila cawan yang di pegang olehnya itu jatuh berderai kaca itu. Hatinya mulai rasa tidak sedap.

“Kenapa dengan aku ni?, ” ujarnya sendiri.

KAKINYA melangkah satu persatu tidak henti-henti Safeena memandang barang yang sedang berada di dalam plastik nya itu. Ikutkan hatinya dia tak nak balik dia takut kalau dia di pukul lagi akibat badan yang di beli olehnya itu basah. Pasti dia akan di pukul teruk oleh Mak Cik Zura lagi.

“apa aku nak jawab dengan Mak cik, kalau aku cerita perkara sebenar pun mesti dia takkan percaya” ujarnya sendiri.

langkahnya terhenti apabila melihat sebuah kereta berada di hadapannya itu, sambil terhimpap pokok yang besar. Plastik  yang  berisi barang itu terus di lepaskan dengan bergegas Safeena ke arah kereta itu.

“Ya allah” ucapannya sebaik dia melihat seseorang berada di dalam kereta itu yang tidak sedarkan diri itu. Safeena terus menyeluk poket seluar nya itu lalu mengeluarkan telefon bimbit nya itu lalu mendail nombor telefon Ambulans..

BERSAMBUNG....

happy reading

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-04-04 17:00:37 

hi, dear. evening. best citer ni. i baru baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience