(BS 3)

Drama Completed 255396

WAFEEN mengerling ke tempat duduk di belakang,dia melihat mikail masih tekun meneliti telefon ikutkan hatinya hendak Sahaja dia beramah mesra dengan mikail tapi tengok Dari raut wajah pun dah seram sejuk! Rupa tu boleh lah tapi tu lah muka dia tu macam tak Der 'nur' lah senang citer.

Sekian lama memandu akhirnya sampai lah di hadapan rumah,wafeen memandang ke arah belakangnya dia mati kata apabila melihat mikail sedang terlena sambil mendengar earphone.

“haihh penat lah kot ni,err.. macam mana aku nak gerak ni? kan tak pasal-pasal kena maki free” bicara wafeen sendiri. dia memandang wajah mikail lama dia sedang berfikir cara mengejutkan mikail itu.

“err.,anak dato majid anak dato Majid” panggil wafeen. Terpaksa lah dia sebut Nama anak dato Majid sebab dia Tidak tahu Nama anak dato Majid ni.

Suara wafeen itu mengejutkan mikail,sebaik membuka matanya dia melihat wafeen sedang memandang Ke arahnya itu. Dia menguap matanya melilau melihat sekelilinya itu.

“errr,dah sampai errmm boleh turun dah sebab saya nak pergi office dah ni” ujar wafeen sambil tersenyum. wajah mikail hanya ketat lalu turun dari kereta. beg bagasinya yang berada di sebelahnya itu di bawa turun sekali.

Mikail terus meninggalkan wafeen dan masuk ke dalam rumah,tiada langsung ucapan terima kasih! Haihh ingatkan perangai anak dengan ayah sama rupanya anak dia ni haihh tak tahu lah nak describe macam mana? Hurmm.. wafeen terus meninggalkan kawasan perkarangan rumah dato Majid dan segera ke pejabat.

WAFEEN menarik nafasnya perlahan-perlahan lalu di lepas perlahan-perlahan, tangannya menggeletar dia tidak tahu ingin bercakap bagaimana dengan dato majid berkenan tentang maknya itu.

“mika dah sampai rumah ke wafeen?” suara Dato Majid itu mengejutkan wafeen. Dengan pantas wafeen menggangguk perlahan sambil tersenyum.

“ermm wafeen nak cakap apa-apa ke?macam nak cakap apa-apa je ni?”

“err..sa..saya..s...saya” Tergagap-gagap wafeen ingin meneruskan perkataan namun dia tidak boleh Berkata kerana segan!

dato Majid hairan?,apa yang ingin wafeen katakan Sebernanya niey?

“apa kamu nak bagitahu wafeen?”

“errr..tak der pape lah saya sambung kerja dulu” wafeen terus bangun dari kerusinya itu lalu terus meninggalkan dato Majid yang Masih tidak Faham apa yang sedang berlaku itu.

“haihh Kan best kalau wafeen jadi menantu aku mesti sesuai dengan mika” bicara dato majid sendiri.

“MIKA!!” panggil Datin Salina apabila melihat mikail sedang sibuk menonton television. Di rebahkan duduknya di sebelah mikail. Mikail mengeluh perlahan.

dato Majid yang duduk berhadapan dengan mikail sudah dapat membaca apa yang sedang di fikirkan oleh Isterinya itu.

“apa maa?,” soal mikail acuh tak acuh tangannya itu di silangkan sambil mengeluh perlahan.

“ermmm,mana yang mika nak bagitahu je tahu mama nanti mama arrange Kan semua” ujar datin Salina sambil tersenyum lalu di hulurkan beberapa keping gambar kepada mikail.

“maa please lah,haishh ni yang malas mika nak balik rumah tolong lah maa mika tak nak” ujar mikail sambil mengeluh perlahan.

Wajah datin Salina yang tersenyum terus mati tersenyum mendengar kata-kata mikail itu!

“habistu mika nak yang macam mana hah?”

“mika dah ada pilihan mika sendiri,mama tak payah risau”

“pilihan?,sejak bila mika dah ada teman wanita ni?” sampuk dato Majid Yang Dari tadi mendengar perbualan anak-beranak itu.

“ermm,dah lama dah cuma malas nak bagitahu lagipun buat apa bagitahu tapi Mika nak kahwin dah dengan dia sekarang ni dia kat Australia lagi maybe Dalam masa terdekat ni dia balik dan nanti terus Mika kahwin dengan dia” ujar mikail.

“macam mana Rupa dia?,gambar ada tak?” soal datin Salina mulai teruja! mikail menggangguk perlahan Lalu di keluarkan telefon bimbitnya itu lalu di serahkan kepada datin Salina. Datin Salina tersenyum kegembiraan melihat wajah teman wanita mikail. Cantik! Sangat cantik! Handfone itu di serahkan kepada dato Majid Pula. Lain pula pendapat dari dato Majid.

“papa tak suka” ujar Dato Majid lalu di letakkan Handfone di atas meja. Mikail Dan datin Salina berpandangan.

“tak suka?,papa tak jumpa dia lagi tapi papa dah kata tak suka?are you serius?” mikail tak puas Hati.

“Kalau papa kata tak suka mika masih berkenan ke dengan dia ni?” wajah dato Majid serius dia sendiri tidak tahu mengapa dia seperti tidak berkenan dengan perempuan di Dalam gambar ini.

Mikail Berdegus geram, dia bersandar di kerusi sambil menayangkan wajah menyampah.

“abang ni dah kenapa,dulu abang cakap biar mika cari pasangan dia sendiri tapi kenapa sekarang abang Pula nak cari isteri Untuk Mika? Biarlah dia cari sendiri Saya tengok Okey je perempuan Dalam gambar ni” balas datin Salina.

“okey apa?,awak yakin ke perempuan macam ni boleh buat isteri kalau betul dia nak sangat Jadi isteri Mika mesti dia dah ikut mika balik Malaysia papa tak suka full stop!” bantah dato Majid.

“habistu papa nak mika bujang sampai tua ke apa?,” soal mika sambil menayangkan wajah geram!

“papa dah ada calon menantu papa sendiri dan papa tahu dia adalah yang terbaik untuk mika” dato Majid tersenyum ke arah mikail.

“calon? Siapa?” soal datin Salina.

“Wafeen Elaina” ujar dato Majid spontan.

“wafeen Elaina? Siapa dia?” soal mikail dia menggerutkan dahinya seribu.

UHUK..UHUK..UHUK..

TIBA-TIBA sahaja terbatuk wafeen di buatnya, cawab yang berisi air itu di capai lalu di minum.

“siapa pulak sebut nama aku ni?” soal wafeen sendiri lalu dia sambung termenung. Hannah yang dari tadi perasan wafeen termenung terus ke arah wafeen dan melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan wafeen.

“kau kenapa ni wafeen asyik termenung je kau ada masalah ke?” soal Hannah sambil matanya tepat memandang wajah kawann itu.

“aku tak tahu lah nak buat macam mana lagi,aku buntu mak aku punya rawatan kena bayar 100 ribu mana aku nak dapat duit banyak macam tu? ”

“100 ribu?” mulut Hannah terlompong mendengar kata-kata wafeen itu. Sakit apa sampai 100 ribu?

“yer,Mak Aku Kan Ada penyakit hati dan rawatan tu bukan murah Hannah mahal duit simpanan aku pun Masih tak cukup Untuk bayar rawatan mak aku tu” air mata wafeen mula bergenang di kelopak matanya itu.

“aku bukan tak nak tolong kau tapi kalau Dalam 5 ribu tu aku ada lah,aku bagi kau pinjam dulu ehh?” Hannah memegang tangan Wafeen.

“tak per lah,aku dah hantar surat dekat meja dato Majid masa balik tadi aku nak cakap depan-depan takut Tu yang hantar surat”

“hermm,tapi kalau kau nak pinjam duit aku boleh bagi tapi 5 ribu je lah sebab Tu je Yang Aku ada” Hannah tersengih.

wafeen tersenyum sambil menggangguk perlahan, dia berasa beruntung kerana mempunyai kawan seperti Hannah yang ada dalam ketika kesusahan dan senang.

WAFEEN terus membuka pintu pejabat dato Majid dia sudah nekad ingin memberitahu dato Majid berkenaan dia ingin meminjam duit dari dato Majid itu sebaik dia masuk ke Dalam pejabat itu dia hairan apabila melihat dato Majid tiada di dalam pejabat itu.

“aikkk?,dato Majid tak masuk lagi ke?” soal wafeen sendiri sebaik dia memusing Kan badannya ke belakang dia terkejut apabila melihat mikail berada Di hadapannya itu hampir Sahaja dia ingin jatuh.

“aku nak kau bagitahu papa aku yang kau tak setuju” ujar mikail cermin Mata hitamnya itu di tanggalkan jaraknya dengan wafeen amat dekat sekali. Wafeen mengundurkan jaraknya dengan mikail. Semakin di undur semakin dekat mikail ke arah wafeen.

“tak setuju?pasal apa ni?” wafeen hairan Dan tidak Faham apa yang Cuba mikail sampaikan.

“buat bodoh pulak dia ni,kau jangan mimpi lah nak berada kat tempat tu kau tak layak sedar lah sikit” mikail memandang sinis ke arah wafeen.

“apa yang awak cakap ni Saya tak faham langsung ni,setuju apa Pula ni? ”

“saya nak wafeen kahwin dengan mikail” satu suara mula masuk ke Dalam gegendang Telinga mikail Dan wafeen. 

Wafeen terkejut mendengar kata-kata dari dato Majid itu dan dia berharap dia hanya tersalah Dengar. Wajah mikail yang ketat itu di pandang. Dia tahu mikail sendiri tidak setuju dengan cadangan Dato Majid itu.

BERSAMBUNG....

Share this novel

leeyabtrisya_
2021-01-04 22:33:09 

kenapa pendek sngt tk puas laa


NovelPlus Premium

The best ads free experience