“Andai waktu itu dapat di putar,aku takkan sesekali pun menyebut perkataan keramat itu" wafeen Elaina.
******************
WAFEEN membetulkan sedikit tudungnya yang agak renyuk di tiup angin, jam di pergelengan tangannya itu di lihat lagi beberapa minit sahaja lagi dia akan terlewat untuk menghadiri mensyuarat. Dengan pantas wafeen mengatur langkah kakinya Naik ke pejabat. Wafeen terus menekan butang lif dan masuk ke dalam perut lif.
SELESAI sahaja mesyuarat,wafeen terus ke arah dato Majid,buku cacatanya itu di lihat satu persatu untuk melihat aktiviti dato Majid pada hari ini.
”so wafeen ada apa-apa yang penting hari ni?“ soal dato Majid sambil memandang tepat ke arah wafeen.
”ermm,Hari ni dato ada meeting dengan tan sri hashim petang pulak dato kena jumpa encik Haziq dekat tempat goft hermm tu je lah untuk hari ni“ wafeen terus menutup buku cacatanya itu.
”kalau tak der aper² lagi saya minta diri dulu ya“ wafeen meminta diri untuk beredar. Lalu dia terus keluar dari pejabat dato Majid nanti kan duduk lama-lama dalam pejabat tu mula lah mulut Mak cik bawang beraksi.
Wafeen melabuhkan punggungnya di kerusi,sebaik ingin di capai air kopi yang berada di dalam cawannya itu dia terkejut tiba-tiba Sahaja kak salwa memanggil namanya agak kuat. wafeen terus mengurut Dadanya itu.
”haihshh,kak salwa terkejut wafeen cer bagi salam haihh nasib wafeen tak Der heart attack tau! haishh“ ngeluh wafeen lalu membetulkan duduknya itu.
kak salwa hanya tersengih seperti kerang busuk,lalu di tarik kerusi di meja sebelahnya dan melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan dengan wafeen.
”kenapa nak jumpa wafeen? ni mesti nak ajak wafeen gosip kan“
”haishh,wafeen ni suka Salah sangka dengan kak salwa ,kak salwa bukan nak bergosip cuma kak salwa nak tanya sikit ni tapi wafeen janganlah terasa ehh“
”tanya je lah,“ balas wafeen cawan yang berisi kopi itu di capai Untuk di minum. Sambil mendengar kata-kata kak salwa. Wafeen mulai minum air kopi itu.
”wafeen dengan dato Majid ada hubungan ehh?“ soal kak salwa.
Dengar sahaja kata-kata dari kak salwa itu kopi yang di minum oleh wafeen terus tersembur habis terkena wajah kak salwa. Kak salwa pasrah! Tu lah Tanya soalan pelik-pelik Kan dah kena semburan kopi wafeen elaina!
”ya allah kak salwa apa punya soalan kak salwa tanya wafeen ni,takkan wafeen nak ada hubungan dengan boss wafeen sendiri? Kalau rasa nak kena kapak dengan datin Salina boleh lah ada hubungan dengan dato Majid tu“ Wafeen menggelengkan kepalanya soalan merepek! Sangat merepek!
”alaa kak salwa tanya je,wafeen janganlah terasa sorry wafeen kalau kak salwa buat wafeen terasa“ kak salwa mula rasa bersalah. Niatnya cuma ingin bertanya.
”tak per lah wafeen tak terasa atau marah pun bukan wafeen tak biasa dengan soalan pelik dari kak salwa baik kak salwa pergi sambung kerja Kan tak pasal-pasal Hari ni Hari terakhir kak salwa dengan wafeen kerja nanti“
”choiii! mulut wafeen ni kan janganlah macam tu tak per lah kak salwa sambung kerja dulu ehh“ kak salwa terus bangun dari kerusi dan terus ingin sambung kerjanya itu.
wafeen ketawa kecil tahu takut kalau kena berhenti kerja,tapi gaya memang Minta kena berhenti kerja!
AUSTRALIA,
MIKAIL termenung seketika, natasya yang lama perasan mikail dari tadi asyik termenung mula hairan tangan mikail di pegang. membuat kan mikail tersedar dari lamunannya itu.
”you kenapa ni sayang?,you tak sihat ke?“ soal Natasya hairan.
”tak Der lah,ermm minggu depan I Akan balik Malaysia tau Jadi I nak you ikut I balik Malaysia I nak perkenalkan you dekat my parents“ jujur mikail.
Wajah Natasya terus berubah,tangannya yang sedang memegang tangan mikail di leraikan secara perlahan-perlahan, mikail mulai perasan wajah Natasya agak berubah apabila di sebut tentang kahwin.
”errr I busy lah kat sini sayang,lagipun modelling i belum settle lagi you balik dulu malaysia ehh I akan pergi tapi kemudian boleh?“ Natasya tersenyum ke arah mikail itu.
”ni lah i menyampah kalau cakap dengan you ni tahu tak?, you jangan terkejut nanti masa you balik Malaysia nanti I dah kahwin Dan masa tu you jangan nak Menyesal pulak!“ degus mikail lalu bangun dari kerusi dan terus meninggalkan Natasya terkulat-kulat di situ.
”mika!“ panggil Natasya lalu Mengikut jejak langkah mikail.
KRING ! KRING ! KRING !
BUNYI telefon bimbitnya mengejutkan wafeen yang terlena sebentar di sofa kerana kepenatan,dia menggosok kedua belah matanya dia melihat nama yang tertera Hafiz perlahan-perlahan wafeen mengukir senyuman memang Nama itu yang Di tunggu oleh wafeen sejak tadi.
”assalamualaikum,wafeen“ Hafiz menyapa dahulu.
”waalaikumussalam,“ balas wafeen.
”ermm wafeen saya nak bagitahu ni mak tak sihat sejak kebelakangan ni asyik tak berhenti batuk..katanya dadanya sakit mungkin batuk kuat sangat saya risau lah tengok mak ni“ ujar Hafiz matanya mengerling ke arah Mak cik zubaidah yang sedang terbaring di atas katil.
”hah?,ya allah mak okey tak tu nak wafeen balik ke? ataupun macam ni lah lusa wafeen balik ehh awak tolong jaga kan Mak saya dulu ehh“ wafeen mula risau.
”ermm yer lah,errr wafeen saya rindu awak lah“ hafiz perlahan-perlahan mengukir senyuman.
wafeen tersenyum sendiri,dia pun turut merindui Hafiz sudah lama dia Tidak ketemu teman lelakinya itu.
”awak rindu saya tak?“
”yer saya rindu,kita jumpa lusa ni ehh“
”hermm, okey awak Jaga diri baik² ya Assalamualaikum“ Hafiz menamatkan panggilan.
”waalaikumussalam,awak pun“ balas wafeen lalu mematikan panggilan telefon bimbitnya itu. sedang dia tersenyum sendiri satu suara nyaring mula masuk ke dalam gegendang Telinganya itu Dan siapa lagi kalau bukan Hannah kawan baik wafeen kalau tak menjerit memang tak sah!
”wafeen! aku ada bawak balik Makanan ni!!!“ jerit Hannah dengan Kuat lalu melabuhkan punggungnya di sebelah wafeen. bawak balik Makanan je tapi suara mengalahkan pengetua kat sekolah.
”kau ni hannah, kuat betul lah suara masa kecik-kecik kau tertelan mikrofon ke apa hah? Haihh“ wafeen menggelengkan kepalanya itu.
Hannah tersengih, kuat sangat ke suara dia jerit tadi? Setahunya tak kuat Kan? Hehehe
”ermm hannah, lusa ni aku balik kampung tau sebab mak aku sakit. “ wajah wafeen terus berubah kesedihan.
”ohhh mak kau Okey tak?,tak per lah aku Okey je duduk sorang aku nak ikut kau sebernanya tapi tu lah aku kerja Kan? nanti kau kirim salam kat mak kau ehh“ Hannah tersenyum.
”ermm biasalah dah berumur Kan sakit ii sikit“
”okey jom makan? Aku dah lapar ni“ Hannah mencapai tangan Wafeen lalu di bawa ke Dapur Untuk menjamu selera. wafeen hanya iikuti.
DATIN SALINA melabuhkan punggungnya di sebelah Dato majid yang sedang menonton television, gambar-gambar yang berada di tangannya itu di tunjukkan kepada dato Majid. dato majid menggerutkan dahinya seribu dia Tidak Faham apa yang Cuba Isterinya itu lakukan. Sebernanya dia faham cuma Saja je buat-buat tak faham!
”so abang Yang mana Okey?“ soal datin Salina sambil menunjukkan gambar-gambar perempuan untuk di jodohkan bersama anak tunggalnya iaitu mikail.
”untuk saya ke?,“ usik dato majid. wajah datin Salina terus berubah lengan dato Majid di tepuk sakit hatinya!
”cepatlah yang mana sesuai dengan mika? saya nak dia balik je malaysia saya nak kenalkan dia dengan perempuan ni“
”awak ni tak payah lah jodohkan dia dengan siapa-siapa biarlah dia cari pasangan dia sendiri,Kita tak payah lah masuk campur ataupun biar saya carikan. awak carikan Yang pelik-pelik semuanya“
”ehhh mana boleh,kalau dia cari yang pelik-pelik macam mana? saya tak nak ehh... isteri dia biar saya tentukan faham!“
”haihhh,malas saya nak cakap dengan awak ni asyik awak je nak menang“ dato Majid terus bangun dari sofa Dan Naik ke tingkat atas.
”hishhh orang suruh pilih pun susah!“ degus datin Salina.
SAMPAI sahaja di hadapan rumah,wafeen dengan segera keluar dari perut kereta dan menuju ke rumahnya itu. Hafiz terkejut melihat wafeen sudah sampai tidak Pula dia mendengar bunyi kereta. mungkin dia Tidak dengar lah tu.
”mak? wafeen ni mak Okey tak ni?“ soal wafeen tangan hajah zubaidah di pegang. dia cemas melihat keadaan maknya itu.
”mak okey,haishh Mak dah suruh dah Hafiz jangan telefon wafeen maaf ehh kalau mak kacau wafeen kerja“ ujar hajah zubaidah berselang batuk.
”mak ni apa cakap macam tu, wafeen kan anak mak takkan wafeen nak biarkan mak sakit macam ni wafeen akan Jaga mak wafeen sayang mak tau“ air mata wafeen bergenang.
”saya ada benda nak cakap dengan awak ni,tapi Kita cakap kat luar boleh?“ soal Hafiz sambil memandang wafeen. wafeen mengesat air matanya sambil menggangguk perlahan pegangan tangan hajah zubaidah Di leraikan.
”mak tunggu Jap ehh wafeen nak cakap dengan Hafiz sekejap“ dahi hajah zubaidah di cium sebelum pergi. Hajah zubaidah menggangguk perlahan sambil tersenyum nipis.
”APA awak nak cakap?“ soal wafeen dia melabuhkan duduknya di tangga kayu itu. Manakala Hafiz Pula berdiri di hadapan wafeen dia serba Salah ingin bercakap.
”mak menghidap penyakit hati, dan memerlukan penderma“
Air mata wafeen terus mengalir membasahi pipinya itu,apabila mendengar kata-kata dari Hafiz itu.
”ya allah, ermm s..saya boleh derma kan,t..tapi harga dia mesti Mahal Kan?“
Hafiz menggangguk.
”doktor bagitahu saya Dalam 100 k ?,saya nak tolong awak tapi saya pun tak Der banyak duit sebanyak tu Maafkan saya“ Hafiz Rasa bersalah.
100 ribu?,mana wafeen ingin dapat duit sebanyak itu? Nak dapatkan 10 ribu pun susah ni pulak 100 ribu? Dia buntu sangat buntu.
Wafeen meraup wajahnya itu.
”ya allah bantulah aku,beri aku jalan untuk Di permudahkan semua ini" wafeen memejam kedua belah matanya itu.
BERSAMBUNG.....
Share this novel