ANGIN pada malam itu membuatkan suasana nyaman,terasa angin yang sejuk menyentuhi kulitnya itu. satu suara mengejutkan dirinya dan itu adalah hafiz teman lelakinya itu.
“wafeen janganlah sedih-sedih insyallah kita cari penyelesaian dia nanti” hafiz menyedapkan hati wafeen yang sedang kemurungan. wafeen menghela nafas perlahan-perlahan.
“mana saya nak dapat duit banyak macam tu?,simpanan duit saya pun tak sebanyak tu barang kemas kalau Saya gadai pun Masih tak cukup” air mata mula bergenang di kelopak matanya itu.
“saya akan cuba tolong awak ya?,nanti Saya minta pinjam duit ke dengan boss saya ehh”
Wafeen pantas menggelengkan kepalanya dia Tidak setuju dengan cadangan yang di beri oleh Hafiz dia kalau boleh tidak mahu menyusahkan Hafiz sebab dia sudah banyak kali menyusahkan Hafiz.
“ehh tak payah, ermm nanti saya minta tolong boss saya ke sebab boss saya baik dia baik dengan saya dengar ya jangan pinjam dekat boss awak tau?” wafeen memandang tepat ke arah Hafiz.
Sebab dia kenal sangat dengan Hafiz ni lagi di larang,Lagi di buat! hafiz hanya menggangguk perlahan wajah wafeen itu di tenung lama. Wafeen mengangkat keningnya itu tanda mengapa. Hafiz tersenyum kecil.
“awak sayang saya tak?” soal hafiz sambil tersenyum.
“soalan apa awak Tanya saya ni, mestilah sayang kenapa tiba-tiba Tanya ni?”
“saya nak lamar awak jadi isteri saya wafeen elaina”. Hafiz menyerahkan kotak cincin kepada wafeen.
Wafeen tergamam!
“awak setuju tak?”hafiz mula berdebar.
Air Mata terharu mula mengalir perlahan membasahi pipinya itu,di kesat sedikit. Wafeen mencapai kotak cincin di tangan Hafiz itu sambil menggangguk perlahan.
Hafiz tersenyum kegembiraan, akhirnya wafeen Dan dirinya akan menikah tidak lama lagi.
“terima kasih wafeen,terima kasih sangat saya janji saya akan sayang awak sampai bila-bila dan saya janji saya takkan sia-sia kan awak” Hafiz tersenyum.
Wafeen membalas senyuman dari Hafiz itu,cincin itu di tatap yang sedang di sarungkan di jari manisnya itu.
“ermm esok saya kena balik,saya minta sangat dengan awak ya tolong Jaga mak pasal Kita nanti tunggu semuanya settle dulu boleh?”
“ermm saya tak kisah pun,awak jangan risau saya akan jaga Mak ya” Hafiz tersenyum ke arah wafeen.
MIKAIL mencapai semua bajunya yang berada di dalam almari itu lalu di masukkan ke dalam beg bagasinya itu, Telefonnya itu di capai untuk menelefon kawan baiknya itu untuk menyuruh kawannya mengambil dirinya di airport. kalau boleh dia Tidak mahu menyuruh dato Majid Dan Datin Salina mengambil dirinya itu malas kena bebel!
“hello daiyan,kau kat mana tu” mikail memulakan bicara. Tangannya Yang sebelah lagi Masih sibuk mengemas baju-baju nya itu.
“elehh kau time susah baru nak telefon aku kalau tak kau asyik Melekat dengan Tasha kan” daiyan seakkan merajuk.
Mikail mengeluh! Kadang² dia Rasa dia seperti berkawan dengan perempuan sikit² nak merajuk! Dah macam perempuan jadian dah!
“kau tak payah nak merajuk lah,kalau Tasha merajuk nampak comel tapi sumpah kalau kau merajuk nampak buruk” kata mikail Tanpa memikirkan perasaan kawan baiknya itu.
“amboii melebih kau kan, kau nak apa sebernanya telefon aku ni” balas daiyan.
“heheh,aku nak balik Malaysia lusa ni dan aku nak kau ambik aku! Tapi please ehh kau jangan bagitahu mama dengan papa aku ehh kau bagitahu siap lah kau” mikail memberi amaran.
DAIYAN Tersengih memandang dato Majid yang berada di sebelahnya itu,bukan dia bagitahu Tapi dato Majid yang dengar sendiri sebab Di loud speaker!
“hello” suara itu mengejutkan mikail. Tak Salahnya dia sedang bercakap dengan daiyan dah kenapa pulak suara Dato Majid Pula Yang di dengarnya itu.
“hey! Daiyan!” panggil mikail.
“lusa ni tunggu kat airport, PA papa ambil jangan pergi mana-mana ehh! kalau kamu lari siap kamu faham tak!” tegas dato Majid.
Mikail menelan air liur, tangannya Di gengam kuat! Geram dia dengan si daiyan ni!
'si daiyan ni pun satu lah Yang tak bagitahu papa Ada kat sebelah Tu kenapa! Siaplah dia aku balik Malaysia memang aku hempuk-hempuk muka dia!'
“err.. Okey papa ermm,Mika nak sambung kemas baju ni bye Assalamualaikum” dengan cepat mikail menutup panggilan Telefon bimbitnya itu.
Badannya itu di rebahkan di katil sambil mengeluh. Dalam Hatinya sudah menyumpah macam² pada daiyan! Terpaksa lah dia kena tunggu personal assistant papa nya itu mengambil dirinya itu.
TANGAN hajah zubaidah itu di salam sebelum pergi,sambil di peluk erat ikutkan hatinya hendak Saja dia tinggal lama sikit di kampung tapi tu lah dia baru dapat pesanan dari dato Majid untuk ambik anak lelakinya itu Yang baru pulang dari Australia.
“mak Jaga diri baik² ya,kalau wafeen call angkat tau” ujar wafeen serak suaranya itu.
“ya wafeen janganlah risau Sangat,Hafiz Ada Kan dia boleh Jaga mak kamu tu jaga diri jugak” balas hajah zubaidah.
Wafeen menggangguk perlahan sambil tersenyum,dia mengalihkan pandangannya memandang Hafiz yang berada di sebelah hajah zubaidah.
“awak Jaga diri awak baik-baik ya,dan tolong jaga Mak saya tau”
“yer awak jangan risau lah,awak fokus kerja yer”
Wafeen tersenyum, “wafeen pergi dulu ya mak Hafiz, Assalamualaikum” ujar wafeen lalu terus meluru Masuk Ke dalam keretanya itu dan terus berlalu pergi.
Sit miror kereta itu di lihat,dia tersenyum nipis memandang wajah hajah zubaidah dia harus cari jalan penyelesaian untuk menyembuhkan penyakit hajah Zubaidah itu.
SAMPAI sahaja wafeen terus merebahkan badannya di katil kerana keletihan memandu jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam. Hannah mesti sudah tidur sebab tu tak sedar dia balik. esok dah lah nak kena bangun awal Untuk ambik anak dato Majid! Selesai Sahaja Membersihkan badan dan semuanya wafeen terus terlena kerana terlalu keletihan.
“ya allah aku harap,aku dapat mencari jalan penyelesaian nya” bisik Hati wafeen sebelum melelapkan matanya itu.
MIKAIL melihat sekelilinya itu dia mencari Kelibat PA dato Majid. tapi tidak kelihatan sebernanya dia tak tahu pun macam mana wajah personal assistant papanya itu cuma papanya kata nanti Ada seseorang datang kepada dirinya itu. Beg bagasinya itu di heret sambil matanya melilau melihat sekelilinya itu.
Mikail terus melabuhkan punggungnya di kerusi,kaca mata hitam yang di pakainya itu di buka dan di sangkutkan di Bajunya itu topi yang di pakai kepalanya itu di tangga dan Di letakkan di Tepi rambut yang agak serabai itu di perbetulkan semula.
“mana lah pulak PA papa ni tak reti on time betul lah!” degus mikail sendiri jam yang berada di pergelengan tangannya itu di lihat. sambil mengeluh.
WAFEEN menutup pintu keretanya dengan kelam-kabut,jam di pergelengan tangannya itu di lihat banyak Kali dia tahu dia sudah lewat sebab Lepas solat subuh terus tidur kerana kepenatan memandu sebab itu dia terlewat. Wafeen terus berlari masuk ke dalam lapangan terbang itu handfone nya itu di keluarkan dan dia melihat gambar yang di hantar oleh Dato Majid untuk melihat bagaimana wajah anak dato Majid itu.
“kat mana dia ni?” bicara wafeen sendiri lalu terus mencari anak dato Majid di seluruh tempat.
Mata wafeen terhenti apabila melihat sekujur tubuh seseorang yang sedang duduk di bangku dan dia pasti itu adalah anak dato Majid kerana wajahnya Sama dengan gambar yang di hantar oleh Dato Majid.
“assalamualaikum,errr anak dato Majid Kan?maaf saya lambat” tegur wafeen. Mikail yang sedang meneliti Telefonnya itu terus mengalihkan pandangannya memandang wajah wafeen.
“habistu anak sapa lagi?,lain Kali boleh tak kau on time! aku dah lah penat Hishh! pagi-pagi dah buat aku naik angin!” jawab mikail dengan kasar.
“err... Maafkan saya,” wafeen memohon maaf. Mikail Berdegus kasar beg bagasinya itu di tolak dengan kasar ke arah wafeen.
“dah angkat!” ujar mikail dengan kasar lalu terus meninggalkan wafeen terkulat-kulat Di belakang. Wafeen hanya mampu mengeluh perlahan jauh betul persamaan dato Majid dengan anaknya itu.
“betul ke dia ni anak dato Majid?,ataupun maybe dia ni anak angkat lah kot” omel wafeen sendiri lalu terus mengheret beg mikail yang berat serupa letak Batu itu.
BERSAMBUNG.....
Share this novel