Nama Aku

Horror & Thriller Series 2028

Nama aku Nur Izzi Elyani binti Abdul Hadi. Aku merupakan anak tunggal pasangan Abdul Hadi bin Abdul Manaf dan Nur Izzah binti Syarifuddin.

Ya..arwah abah aku pemilik Elyani Texstile. Syarikat yang kini dibawah pimpinan sepupu aku merangkap abang saudara aku. Muhammad Irfan Hanif bin Dato Ali Ismail.

Dan ya juga, Dato Ali Ismail adalah pemilik Irfans Industries, kilang yang terbesar di Malaysia memproses minyak kelapa sawit yang terletak di KHTP.

Mempunyai branch-branch di setiap negeri. Berkolaberasi juga bersama syarikat-syarikat besar luar negara termasuk Jepun, UAE, Abu Dhabi dan seangkatan dengannya.

Wow..sangat hebat!

Sedihnya, kedua orang tua aku telah meninggal dunia tanpa aku tahu puncanya. Dan mereka mati di sini! Di banglo yang aku duduki sekarang! Mati dengan penuh tragis. Penuh misteri. Darah memenuhi ruang tamu rumah. Tiap lantai, tiap dinding. Semuanya dipenuhi darah.

Dan kerana itulah aku telah dihantar keluar negara. Kata Uncle Ali, aku perlukan ketenangan. Aku perlukan suasana baru untuk lupakan detik hitam dalam hidup aku. Waktu tu aku cuma berusia 17 tahun. Masih mentah.

Selepas pengebumian arwah abah dan mama, terus aku diterbangkan ke Jepun untuk sambung belajar. Dan bidang yang ditentukan adalah perniagaan. Siapa suka? Aku langsung tidak minat berniaga.

Sehingga hari ini aku masih tak tahu punca kejadian menyanyat hati itu. Masih jadi misteri yang belum terungkai. Aku sendiri tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa aku tidak mengingati itu semua?

Aku pulang ke tanah ari setelah 6 tahun di perantauan. Pulang ke rumah ini. Pulang ke tempat yang sama keluarga aku dibunuh! Pembunuha yang oenuh tragis.

Ya! melalui siasatan seseorang yang aku percaya, setelah diselidiki, rupanya arwah abah dan mama mati di bunuh! Di bunuh dengan kejam. Dan aku tak tahu angkara siapa.

selamat membaca!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience