Prolog

Horror & Thriller Series 2028

Aku berdiri ditengah padang yang luas. Dihadapan, terbentang sebuah rumah lama yang masih utuh berdiri biarpun ditelan masa. Rumah yang sentiasa menjadi umpatan orang kampung.

Ya! Kata mereka, rumah itu berpenghuni. Rumah itu ada penunggu. Rumah itu menjadi sarang syaitan durjana. Ramai yang sudah terkena. Tapi aku tidak percaya. Sedikit pun aku tidak mempercayai apa yang orang kampung sampaikan.

Aku mendekati rumah lama itu. Diri dibawa kehadapan pintu yang nampak usang. Tetapi masih lagi teguh berdiri.

Kriukkkkk ...

Pintu yang sudah dimakan anai-anai itu, ditolak perlahan. Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Selipar sengaja tidak dibuang. Dalam rumah penuh dengan habuk. Sarang labah-labah di merata-rata.

Aku membuang sarang labah yang ada dihadapan dengan menggunakan tangan. Menganggu saja. Melekat habis pada tangan.

Shhhhhh....

Bunyi sesuatu buat aku sedikit terkejut. Aku jadi lebih berhati-hati. Tidak mahu tergopoh-gapah. Langkah kaki sekali lagi dimulakan.

Sshhhhh .....

Sekali lagi bunyi itu hinggap dipendengaran. Aku pantas menoleh. Satu lembaga yang besar menerkam aku tanpa belas.

'Ular hitam!' jerit batinku.

Ular hitam berjaya membelit aku. Aku meronta-ronta. Cuba melepaskan diri. Ditepis kiri dan kanan, depan dan belakang. Masih lagi seperti tadi.

Huh! liat! Sukar amat dilepaskan.

Arghhh...

Cubaan pertama tidak berjaya. Sekali lagi aku menendang kuat badan ular yang telah membelit kaki. Sedikit tidak berganjak. Sudahnya aku yang mendapat. Letih!

Fikiran pantas mencari helah.

Kali ini deria lain pula memberi kerjasama. Mulut dibuka luas. Menggigit sekuat hati! Biar hancur lumat aku kerjakan. Biar mati ular durjana.

Memancut-mancut darah yang mengalir keluar. Memenuhi segenap ruang lantai yang beralaskan simen berlubang-lubang.

Yeaaahhhhh...

Akhirnya! Aku berjaya!

Terkulai jatuh sang hitam, jatuh menyembah bumi. Tewas ditangan aku kesatria kerdil seperti aku. Kaki menguis. Di sepak kiri dan kanan. Cuba memastikan agar 'dia' tidak lagi bernyawa.

Hmmm ... Layu tanpa nafas.

Aku membuka langkah. Mula meninggalkan 'dia' yang tersadai. Kaki diatur keluar dari rumah usang itu. Semakin lama, semakin pantas larian aku. Sepantas guruh yang berdentum.

Ketakutan mula menguasai denai hati. Seluruh badan terasa menggigil. Seperti disimbah dengan ketulan ais kiub selori.

Tiba di satu persimpangan, langkah dimatikan. Aku melepaskan lelah. Pantas wajah di toleh ke belakang.

Hah! Kelibat Ular Hitam tadi tiada. 'Dia' benar-benar sudah mati. Nafas lega dilepaskan.

Aku kembali mengatur semula langkah. Kepala pantas ditoleh ke hadapan.

Tiba-tiba...

Arghhhhhhhhh...

#edited!

Share this novel

zamharibakti_okt17
2020-12-06 02:06:54 

menarik

itsmeaina
2020-11-15 07:41:30 

sis bila update??


NovelPlus Premium

The best ads free experience