Kerap Datang

Horror & Thriller Series 2028

Arghhhh ....

Jeritan aku memenuhi ruang kamar yang menjadi tempat pembaringan. Lantas 2 biji mata terbuka seluasnya. Seakan melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera kasar.

Badan aku diselaputi peluh dingin. Tangan dibawa mengesat cecair yang galak membasahi dahi. Walhal bilik ini sudah sejuk tahap beku seperti ketulan ais. Suhu aircon di naikkan lagi pada tahap terakhir.

Sungguh..

Seluruh tubuh seolah mendidih. Kepanasan yang teramat! Yang aku rasakan sekarang ini adalah bahang kepanasan yang tiada tolok banding. Seolah berada di neraka jahannam!

Huh! mimpi tadi buat aku terjaga. Peluh??Habis basah tempat pembaringan. Bagai banjir melanda. Sebutir jam diatas meja, aku kerling dengan hujung mata. Jarum pendek menginjak ke angka 3, jarum panjang pula berada tepat pada angka 12.

3.00 pagi!

Masih terlalu awal. Tapi suasana panas makin terasa. Penghawa dingin hanya tinggal nama. Selimut di selak ke tepi. Kaki dibawa menghala ke ruang balkoni.

Skriittttt....

Sliding door ditolak perlahan. Terbentang luas pemandangan di hadapan. Kelam melatari pandangan. Desiran pokok kelapa kedengaran. Menghantar rasa nyaman.

Arghhh...

Nyaman?? Ya nyaman! Sedikit! Tapi hanya seketika cuma. Sebelum mimpi tadi kembali terlayar diruang mata.

Sebuah rumah usang yang tidak berpenghuni. Mana mungkin aku ke sana atas kemahuan aku sendiri. Rumah itu bagai menarik-narik diri aku untuk terus, mengingati 'dia'.

'Dia' Ular Hitam ...

Satu entiti yang aku anggap paranormal. Kehadiran dia yang sering mengganggu tidur aku saban malam. Mengejutkan aku dari lena yang panjang. Seringkali menganggu gugat kehidupan aku sehingga terbawa-bawa dalam jaga.

Kenapa??!! Mengapa?!!

Tidur ... Tidak lagi bermimpi indah-indah.

Lena ... Tidak lagi setenang pantai di lautan.

Tubuh ... Tidak lagi bermaya.

Lemah seolah-olah jiwa dibenam ke dasar bumi. Terusan dibawa ke laut dalam, hanyut hingga lemas. Tiada yang indah, seperti dunia khayalan.

Hanya yang kerap menemani adalah 'dia'! 'Dia' Ular Hitam!

Pantang mata terlelap. Pasti dia muncul! Pasti dia mendekat! Siapa dia? Kenapa dia perlu muncul dalam lena? Kenapa dia perlu wujud dalam tidur yang sepatutnya bermimpi indah??

Huh..aku buntu! Aku serabut!

Allah ... Allah ... Allah ... Allah ...

Nama Sang Pencipta meniti bibir. Diulang seberapa banyak yang mungkin. Biar menjadi manisan di mulut. Biar menjadi halwa di telinga.

Perlahan ...

Lembut ...

Lemah ...

Dan terasa ada getaran. Ya Allah... aku hampir terlupa bahawa Engkau yang mencipta kami. Bahawa Engkau yang mengatur segala perancangan. Engkau yang menentukan qada dan qadar kami.

Kami hanya merancang keinginan duniaMu. Dan sebaik-baik perancangan adalah perangan Engkau Ya Allah.

Engkau datangkan ujian pada kami. Kau jualah datangkan khabar gembira pada kami. Sesungguhnya kami alpa ya Rahman. Sesunggulnya kami lalai dengan nikmatMu.

Wahai Pemilik semesta alam. Pencipta langit dan bumi. Kami terpesona dengan nikmat dunia. Kami memuja segala isi dunia.

Tingggg...

Bunyi seolah sepakan tin buat aku tersentak. Pandangan terhala ke ruang laman. Ada kelibat sesuatu yang tidak aku duga! Tapi apa?

Mata kembali liar mencari, saat kelibat itu hilang. Dipusing kiri dan kanan. Cemas! Dilihat dengan penuh teliti. Anak mata terbuntang luas.

Shhhhh...

Mata cuba dilebarkan lagi pandangan. Meliar sekitar ruang halaman. Mencari sesuatu yang aku nampak tadi. Persis mimpi aku. Sama!

"Itu dia!" hati menjerit kuat bila mata terpandang kelibat sesuatu. Hanya sebentar kemudian hilang dari pandangan.

Hahhh?!! Ular Hitam??!

2nd novel dari ainRAZAK. Jemput baca dan komen ye semua readers and athours. Edited on going.. please support karya-karya ainRAZAK okeyhh.. ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience