Bab 6 Perjalanan Jauh

Romance Series 4486

Kedua-dua belah keluarga telah kenal siapa aku dan siapa dia . Walaupun keluarga aku tak suka dia . Tapi aku tetap akan pertahankan hubungan ini . Mereka memberi ugutan demi ugutan aga aku meninggalkan dia . Aku tak takut . Masa aku susah diaorang bukan tolong . Jadi buat apa aku nak dengar cakap diaorang . Berlainan pula dengan keluarga dia . Keluarga dia baik sekali dengan aku . Bahagia rasa bila kenal dengan keluarga dia . Keluarga dia sungguh akrab . Rapat . Tak pilih-pilih . Yang kaya disayang . Yang miskin/susah dibuang . Walaupun keluarga dia mempunyai masalah tapi diaorang tak menunjukkan di hadapan orang lain . Itu lah kampung baru aku . Nenek dia seperti nenek aku sendiri . Baik orangnya . Makcik makcik dia pula , ada yang garang , lemah lembut . Hm makcik aku ? sejak dah senang mana pandang keluarga aku . Keluarga aku ni tak susah , tak senang . Sedang sedang .

Aku paling suka kalau ikut dia balik kampung . Boleh tengok makcik makcik dia masak kat dapur ramai ramai . Kalau kat rumah aku , masak sorang sorang aje . Nenek dia layan aku macam aku cucu dia . Ibu dia ? Syukur alhamdulillah baik sangat . Walaupun ramai kata ibu dia garang . Menasihatkan tu biasalah . Semua orang menasihati orang yang lebih muda . Nasihat yang berguna untuk masa depan . Bukan nasihat yang bukan bukan . Hm rindu pula . Sepupu sepupu dia semua baik dengan aku . Boleh masuk kepala juga lah . Sampai dia jeles tengok aku rapat dengan sepupu sepupu dia . Haha sebab sepupu lelaki dia rapat dengan aku . Sepupu perempuan ni kurang lah . Tapi okay ajee . Setakat tegur tegur biasa .

Aku jarang jumpa ibu dengan adik adik dia sebab diaorang tak duduk sekali . Diaorang duduk dia JB sana . Jadi memang jarang jumpa . Kalau adik adik dia cuti sekolah baru jumpa . Cuti cuti diaorang balik kampung . Tetapi kali ini cuti dia ajak aku pergi rumah ibu dia . Katanya rindu dekat adik adiknya . Jadi aku setuju je lah untuk teman dia balik .

Aku ingat aku pergi berdua aje rupanya bertiga . Kawan baik dia , Akmal . Okay lah aku tak kisah lah . Diaorang ambil aku dekat rumah . Lepas semua dah complete kami pun bertolak . Masa nak bertolak , aku tengok ada mata mata yang sibuk ambil tau . ' heh menyibuk aje , pergi lah bagitau ayah aku sana . ayah aku pun bagi ' aku berkata dalam hati . Kenapa aku kata ayah aku bagi ? sebab sebelum ni ayah aku dah tau bila pakcik pakcik aku kata ada sorang budak lelaki ambil aku kat rumah . Ayah aku tak marah pun . Ayah aku tanya dekat diaorang macam ni " selalu ke budak tu ambil sha ? " . Semua terdiam lepastu geleng . Then ayah tanya aku " sebulan berapa kali keluar ? " aku pandang then jawab " kadang 2kali , kadang 3kali tu je " . Ayah aku mengeluh dan kata " budak ni jarang keluar tapi korang kata selalu " Ayah pandang aku dan kata , " nasha boleh keluar dengan miqa . Tapi jaga diri . Ayah balik dulu ayah ada kerja " Hah ape de hal . ayah aku bagi greenlight .


Dah sampai tol nak masuk highway . Aku rasa teruja sangat . Sebab first time masuk highway naik motor . Hahah jakun sekejap . Terasa best sangat . Kitaorang singgah rnr . Beli makanan . Diaorang hisap rokok . Lepak lepak rehatkan badan . Isi minyak . Sejukkan enjin . Setelah setengah jam berlalu . Kami meneruskan perjalanan . Sehingga tiba dia exit masuk ke bandar yang dituju . Aku rasa berdebar . Bukan apa ini kali pertama aku pergi ke rumah ibunya . Lagi satu , aku takut dengan ayah tirinya . Dah nak sampai ke rumah ibunya . Dia berhenti isi minyak di Petronas . Aku pula apa lagi terus meluru ke tandas . Sesudah buat semua benda . Aku pun mencari diaorang yang sedang parkir ditepi .

Kami teruskan perjalanan sampailah ke kedai makan tempat ibunya . Kami disambut baik sekali oleh ibu . Ayah tirinya tiada , kerja . Ibunya suri rumah dan bekerja di kedai makan . Masakan ibunya sedap . Ibunya bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai terletak berhampiran dengan kawasan perumahan mereka . Kami pun singgah di kedai makan ibunya . Perut pun sudah berkeroncong minta diisi . Jadi ibu masakkan untuk kami bertiga . Sedap memang sedap . Berselera kalau mahu makan . Setelah kenyang . Ibu menyuruh kami pulang berehat di rumah . Di rumah ada adik adiknya sahaja . Ayah tirinya belum pulang dari kerja . Jadi kami pulang ke rumah ibunya . Adik adiknya sungguh gembira dengan kehadiran abang mereka iaitu miqa . Aku gembira tengok diaorang gembira . Adik adiknya juga baik dengan aku . Cuma yang bongsu tu macam pemalu sikit huhu . Kami berehat .

Aku diberi satu bilik . Bilik tetamu . Miqa dan Akmal tidur di ruang tamu atas . Malam itu kami tidur nyenyak . Mungkin kepenatan perjalanan jauh . Kenangan paling indah .

************************?**********************

Keesokkan pagi , aku bangun awal sebab dah terbiasa bangun awal . Aku melihat miqa dan akmal masih diulit mimpi . Aku duduk berhampiran tempat mereka tidur . Ayah tirinya pagi pagi lagi sudah keluar . Kerja katanya . Jadi aku jarang jumpa ayah tirinya di rumah . Aku melangkah ke dapur dan melihat ibunya sedang masak sarapan pagi untuk kami . Aku sekadar menolong mana yang aku reti . Aku tau memasak cuma takut nak masakkan untuk orang lain . Setelah semua siap dihidang . Ibu suruh aku mengejutkan si miqa dan akmal untuk bersarapan . Jadi aku berlari ke atas dan kejut diaorang .
' hui bangun bangun . ibu suruh bangun dah pagi nii ' sambil cuit cuit bahu miqa . akmal aku kejut pakai suara aje tak kuasa nak pegang pegang haha . Miqa buka mata dan bertanya ...
" dah pukul berapa ? " aku melihat jam .
' dah pukul 9 pagi dah ' sambil tarik tarik tangannya suruh bangun . dia pun bangun dan aku suruh dia mengejutkan si akmal .

Aku turun lalu mengisi mee bihun goreng kedalam pinggan . Mereka pun bangun basuh muka dan menghampiri meja makan . Lalu mereka duduk . Kami makan bersama . Ibu menyuruh miqa membawa kami berjalan jalan . Alang alang kami pun tak pernah jejak ke sini . Miqa pun bersetuju . Setelah makan , aku membantu ibunya membasuh pinggan mangkuk dan peralatan yang digunakan semasa memasak tadi . Selepas itu ibunya menyuruh aku bersiap . Aku pun mandi dan bersih , siap . Aku membetulkan tudung shawl aku untuk kali terakhir sebelum keluar berjalan .

Miqa membawa kami berjalan jalan . Akhir sekali kami pergi ke Hutan Bandar di tengah bandar . Best melihat ramai orang beriadah di kawasan sekitar . Kami berjalan dan terjumpa palang bar . Mereka berdua apa lagi bersenggayut lah buat aksi aksi ngeri . Aku yang takut tengok hahaha . Aku merakamkan segala kenangan menggunakan kamera fon . Miqa ada membeli makanan ikan . Jadi kami memberi ikan di tasik yang berada di tengah hutan bandar itu makan . Besar besar ikannya . Fuh ada juga labi labi di situ . Comel . Setelah abeskan makanan ikan tersebut . Kami duduk diatas jambatan tasik itu . Melihat ikan ikan makan . Setelah hari pun sudah lewat petang . Kami pun bercadang hendak balik . Risau kalau ibu mencari . Apabila sampai di parkir motor . Akmal sedar yang kunci motornya hilang . Dah kami berpusing mencari kunci motor dia satu hutan bandar itu . Hutan bandar itu tutup pada pukul 7:30 petang . Apabila tak jumpa . Miqa menolak motor akmal keluar dari kawasan hutan bandar tersebut kerana kawasan itu akan ditutup . Mereka mencari jalan hendak start motor itu tanpa menggunakan kunci . Tetapi mereka tak tau macam mana mahu buat . Jadi miqa menolaklah akmal dari bandar sehingga ke bengkel motor yang masih buka . Setelah semua selesai . Kami pun pulang . Ibu kelihatan risau apabila kami pulang lewat . Apabila kami menjelaskan , baru ibu reda dari kerisauan .

Setelah beberapa hari kami duduk di rumah ibu . Kami pun meminta diri untuk pulang memandangkan miqa dan akmal ada kerja . Jadi pagi itu lepas sahaja bersarapan . Kami pulang . Dalam perjalanan balik . Hujan pula turun . Jadi kami bergegas berhenti di bawah jambatan untuk berteduh . Sejuk . Basah . Kasut dah macam kolam . Hahaha . Akhirnya hujan sedikit reda . Kami meneruskan perjalanan . Sampai sahaja dirumah aku , mereka meminta izin untuk tukar baju . Jadi aku biarkan mereka tukar baju . Setelah mereka sudah tukar baju , diaorang pun balik . Aku pula masuk tandas untuk mandi . Terasa melekit . Selepas mandi aku terus tidur .

Penat tapi seronok ...


*teruskan membaca . terima kasih masih setia menunggu bab seterusnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience