Bab 7 Ugut

Romance Series 4501

Bulan 12 semakin hampir . Cuti sekolah akan bermula . ' Wahh bestnye cuti . boleh rehat rehat hihi ' terpikir dalam hati . Gembira .

Macam biasa aku akan chat dengan miqa . Berbual . Bergurau . Melepas rindu yang tak berpenghujung . Biasalah sayang kan . Tiba tiba ...

" sayang jom gi konvoi a'famosa , melaka " dia tanya aku . Aku malas . Aku minat konvoi tapi tu lah malas .
' em malas lah . biy pergi aje lah dengan kawan biy ' aku membalas bersahaja . Lepastu tiba tiba eh gaduh . Aku layankan .
" kalau macam tu biy bawa perempuan lain lah ! " aku baca . Sumpah rasa nak bunuh dia time tu . Aku tak nak pergi dia ugut ugut pula . Then mula lah perang chat .

Dalam keterpaksaan , aku setuju . ' Kenapa lah aku sayang kau hah ! ' aku berkata dalam hati . Hari semakin tiba . Hati makin nervous . Eceh macam nak kahwin pula ye hahaha . Aku chat abang sepupu aku .
' weh aku serabutlah ' tanpa berkata pendahuluan terus masuk ke inti . Hahaha bedallah .
" hah ? serabut pasal ape pulak " aku membaca dan terus membalas .
' pakwe aku ni hah . aku dah lah malas nak keluar keluar ni . dia pakse pula aku pergi konvoi dia *emoji sad* ' aku menghantar sambil menghempas badan ku di atas katil .
" dia pakse apa ? cakap je lah kau malas pergi " aku baca dan mengeluh .
' dia kata kalau aku tak nak pergi dia bawa perempuan lain pergi . Aku tak nak . aku jeles ! ' air mata aku mengalir . Hahaha tiba tiba rasa nak nangis .
" lak macam tu pula . kalau aku lah , kau tak payah pergi . aku tak sedap hati . tapi terpulang kat kau . kau sayang hubungan kau atau nyawa kau . jauh tu melaka . bukan dekat " dia menasihatkan aku . Aku terdiam . Ada betul juga apa yang dia cakap . Setelah berpikir . Aku pilih hubungan aku . Aku sayang hubungan aku .
' takpe lah weh . aku pergi je lah . aku sayang hubungan aku . tapi kau doakan aku selamat pergi selamat balik ye ' aku melepaskan nafas yang berat . Sesak betul dada sekarang ini . Aku tertekan .
" em baiklah tapi jaga diri kau . ada pape bagitau aku . jangan senyap ajee ye budak kecik . hai dah besar adik sepupu kesayangan aku ni . kejap je masa ni " aku terasa sebak bila dia panggil aku budak kecik . Aku rindu abang sepupu aku tu . Dia lah abang sepupu aku paling aku rapat sejak kecik . Sudah lama tidak bertemu muka .
' okay kalau ada pape aku bagitau yee ' terus tiada balasan dari abang sepupu aku tu . Jadi aku terus tidur .
' Selamat malam semua . Semoga mimpi indah ' berkata dalam hati .


*************************?************************

Hari yang dinanti telah tiba . Dia suruh aku untuk pergi ke tempat dia kerana dia tak sempat untuk ambil aku dirumah . Jadi aku naik bas dan ke tempat dia . Sampai aje disana makcik dia ambil aku dan bawa ke rumah . Dia masih bekerja . Malam aku tidur di rumah nenek dia . Esok paginya baru gerak . Apabila jumpa sahaja dia , aku baru teringat yang ada barang aku tertinggal . Apa lagi dia membebel lah masa atas motor tu . Tapi aku tak dengar pun sebab aku mengantuk . Hahaha ye lah masa tu dah pukul 12 lebih malam . Lepas dah pergi rumah aku . Terus dia bawa aku jumpa kawan kawan dia yang pergi konvoi esok paginya . Wahh aku mengantuk ni . Sampai ajee kat kedai makan itu . Dia suruh aku duduk . Jadi aku duduk dan terus letak kepala atas meja seperti budak kecik yang mengantuk sangat .

Tiba tiba dia hulur sehelai kertas kat aku . Aku pandang dan tengok kertas tu minta butir-butir peribadi . Jadi aku isi lah apa yang dia nak . Nama , alamat , no penjaga , no aku , and sebagainya . Bila miqa semak . Miqa suruh aku padam no aku . Dia suruh letak no dia . ' eleh takut lah tu nanti kawan kawan dia kacau aku hahaha ' sempat lagi aku berkata dalam hati . Aku pun buat aje lah yang disuruh . Dia borak dengan kawan kawan dia . Aku terlelap sekejap kat situ sementara tunggu dia borak . Aku jenis orang tak suka kacau orang tengah lepak . Jadi aku biarkan dia borak . Sampai ada kawan dia suruh dia hantar aku balik sebab kawan dia nampak aku mengantuk sangat . Hahaha memang aku mengantuk pun . Then dia hantar aku dan aku terus masuk dan belayar di alam mimpi . Aku tak tau dia tidur mana . Aku punya mengantuk tu memang aku dah tak boleh dibendung dah .

Pukul 6 pagi bangun sebab kawan kawan dia janji pukul 6:30 pagi berkumpul kat Petronas di pekan . Jadi kami dah tercegat kat Petronas pukul 6:32 pagi . Tapi sorang pun tak nampak . Sempat lah aku gi beli roti , beli air sebab aku lapar . Sampai lah ke pukul 7lebih baru nampak diaorang . Huh janji melayu kan . Itu pun ada yang belum sampai .
Bila dah berkumpul semua . Ada masalah lain . Miqa suruh aku beli roti lagi dan air . Aku pun pergi lah masuk Petronas Mart tu beli apa yang disuruh dia . Tiba tiba ada pakcik ni tegur aku .
" Sambut hari natal ke gatal " pak cik tu ketawa tapi sinis . Aku pandang dan jeling pak cik tu .
' kau ingat aku nak pergi sangat ke konvoi ni . sedap aje kata aku nak menggatal ! ' aku membentak dalam hati .

Bila semua dah sampai . Aku tercengang tengok semua yang ada . Bukan sebab diaorang hensem okay . Aku terperanjat sebab aku sorang je perempuan dalam group konvoi tu . Haih lagi bosan aku tak ada kawan . Semua lelaki . Ingatkan adalah kawan kawan dia bawa awek ke member perempuan ke . Rupanya aku sorang aje perempuan . Haih sabar je lah .Nasib pergi balik hari . Bukan tidur sana . Perjalanan kami mulakan . Cuaca yang baik . Aku menghayati pandangan sepanjang perjalanan . Aku teruja kerana aku memang suka menaiki motor nak nak perjalanan jauh begini . Aku merakam sepanjang perjalanan .

Kami pun sudah tiba ke destinasi iaitu A'Famosa , Melaka . Setelah berhenti di hadapan pintu gerbang A'Famosa . Aku pun mengeliatkan badan aku . Terasa lenguh . Tapi best hehe . Setelah tunggu beberapa minit . Salah seorang dari kawan dia kembali bersama tiket masuk . Baru lah masuk ke dalam perkarangan A'Famosa .

Setelah berada didalam kawasan A'Famosa tersebut . Kami tukar pakaian yang sesuai untuk mandi-manda . Kami selfie . Selepas itu berpecah kerana masing-masing mahu mandi di tempat berlainan . Miqa mengajak aku untuk bermain gelongsor . Jadi aku mengikut Miqa dan bermain di gelongsor . Tak lama kemudian kawan-kawan dia yang lain sampai untuk bermain di gelongsor . Macam-macam aksi yang mereka lakukan . Kereta api lah Superman lah dan macam-macam lagi kerenah . Setelah penat di gelongsor kami pergi pula ke tempat yang santai-santai . Kami berendam . Mereka berenang . Aku tak pandai berenang jadi tengok aje lah dari tepi kolam itu .

Hari beransur petang . Ketika dalam perjalanan balik , hujan turun dengan lebat membuatkan kami membawa perlahan-lahan . Setelah masuk ke highway , hujan reda sedikit . Aku tengok miqa macam kepenatan . Kebetulan juga , ada salah seorang dari kawan miqa tertinggal di Simpang Empat , Negeri Sembilan . Jadi salah seorang dari kawan mereka berpatah balik untuk mengambil kawannya itu . Kami pun mahu berhenti dia rnr Bemban , Melaka .

Ketika masuk ke rnr itu aku perasan miqa ikut belakang bas itu terlalu dekat . Aku hanya melihat kiri kanan . Tiba-tiba aku dengan miqa jatuh sebab miqa terperanjat bas itu masuk parking tak bagi signal . Aku dah jatuh tu tergolek jauh jugak lah dari miqa . Aku terduduk dan pusing belakang , miqa terbaring . Cepat-cepat aku pergi kat dia tanya okay ke tak . Aku tak kisah pasal aku masa tu . Aku tak rasa sakit kat mana-mana . Kawan-kawan dia semua datang tolong , miqa bangun dan ada yang tanya aku okay ke tak . Nasib lah motor tak masuk bawah bas . Kalau tak jahanam motor . Semua okay cuma miqa je lah ade luka sikit kat belakang badan dia sebab terseret . Aku luka-luka biasa aje . Parking aje motor kat tepi , miqa belek tangan kaki aku dan tanya ada sakit dekat mana-mana tak . Aku cuma geleng dan senyum . Setelah itu , aku pergi ke tandas untuk cuci luka-luka ringan itu . Aku sampai aje kat tandas ada makcik tanya aku ' adik okay tak ? ada sakit kat mana ? abang adik okay tak ? ' . aku cakap " okay ajee makcik . luka sikit-sikit aje . abang okay mungkin dia terlelap tadi tu dia terkejut bas tu masuk parking dan bas itu pun tak bagi signal " sambil senyum . Aku check telefon tengok abang sepupu aku chat aku berpuluh-puluh . Aku cuma balas " aku okay aje cuma tadi jatuh motor sebab miqa tak perasan bas masuk parking dan bas tu pun tak bagi signal . Dah dia nak datang ambil aku bagai . Aku chat dia cakap " tak payah lah , aku okay tak ada luka teruk pun , miqa je belakang dia terseret masa jatuh tu " . Aku basuh tangan dan terus keluar dari tandas pergi ke miqa . Setelah semua sudah berkumpul kami terus bergerak pulang .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience