Bab 2 Merindui

Romance Series 4486

Dua bulan berlalu tanpa berita tentang abang miqa . pemergian akak syah adalah paling sakit pernah aku rasa selain kehilangan ahli keluarga aku . hari demi hari semakin rindu akan abang miqa . aku buka buku diari aku untuk mencari semula nombor milik abang miqa . setelah dapat kembali aku save dalam phone aku dan melihat di aplikasi WhatsApp jika nombor abang miqa masih aktif mahupun tidak . setelah aku melihat ' last seen ' pada nombor tersebut baru sahaja tamat online sebentar tadi , aku teragak-agak hendak memulakan chat . sesudahnya aku hanya memerhatikan nombor itu tanpa memulakan chat .

aku terpikir ingin membuka kembali akaun WeChat aku setelah sekian lama aku tak mengelog masuk . akhirnya aku download semula aplikasi itu dan mengelog masuk semula akaun lama aku . dan aku stalk akaun milik abang miqa , masih ade moment terbaharu . jadi aku yakin abang miqa sudah okay sahaja . tetapi aku ingin menegurnya kerana rindu yang aku tanggung selama ini .


***********************?**************************

Keesokkannya ...
aku melihat lagi di WhatsApp dan menekan nombor abang miqa . aku menghantar chat untuk memastikan itu ialah abang miqa dan bukan orang lain .
' haii ni abang miqa ke ? ' aku hantar dan berdebar menunggu balasan dari nombor abang miqa . setelah beberapa minit kemudian chat aku dibaca dan dibalas . aku melihat dia typing....
" hai ni adik hana ye . abang miqa ade kat wad hospital ni . ni kawan dia " em aku pelik buat ape pulak dia kat wad takkan tak sihat lagi kot .
' ou nape abang kat wad ? sakit ape ? ' aku menghantar dan menunggu balasan dari kawannya (berasa risau) ...
" semalam dia cari adik kat tempat adik , dah seminggu juga abang cari adik tapi tak jumpa . dia terlalu tertekan dan semalam pengsan kat dataran tempat adik " aku macam terperanjat lah sebab dia cari aku bhaii . aku pikir dia dah lupakan aku sebab lepas akak syah tinggalkan kami berdua . aku terus hilangkan diri . nombor ape semua aku tukar . akaun WeChat pun aku terus tak aktif . mana tak nya kecewa , sedih , geram semua ada .
' ou takpe lah gitu nanti dia dah sihat . kirim salam kat dia ea . saje je chat nak tanya khabar ' aku kecewa sebab takdapat chat dia malam tu .
" okay dia kata dia chat adik esok sebab malam ni dia tak larat " aku mengangguk tanpa membalas chat dari kawan abang .



*************************?***********************


Esoknya aku pegi ke mall bersama sepupu sepupu aku kerana hendak berjalan-jalan . sedang sibuk membeli belah , aku mendapat chat dari nombor abang miqa . berbunga-bunga hati aku masa tu . aku terus read chat abang miqa ...
" hai adik , abang miqa ni . adik pergi mana hilangkan diri . sampai hati adik kan tinggalkan abang *emoji sad* " alahai abang aku ni .
' hai abang . i miss you . adik tak pergi manamana pun , ade je kat tempat adik ni . maaflah tinggalkan abang . masa tu adik sedih sangat akak tinggalkan kita ' aku membalas dan menunggu jawapan dari abang miqa .
" abang pun rindu adik . ye je rindu abang . takpe abang maafkan adik " aku lega lah dia dah maafkan aku .
' rindu lah adik cari semalam , kalau tak rindu adik taknak chat abang huh ! ' aku saje nak menyakat abang miqa .
" eleh yelahyelah . adik dekat mana ni ? tengah buat ape ? " abang membalas . aku rindu sangat nak dapat soalan tu dari akak hm .
' adik ade dekat mall tengah jalanjalan ni . abang macam mana okay ? abang dah makan ? ' mood aku lari sekejap bila teringat arwah akak syah .
" ou gi mall dengan siapa ? abang dah okay dah ni baru aje balik rumah . abang dah makan dah tadi kawan abang belikan makanan . adik tu jalan hatihati " dia ingatkan aku seperti selalu dia dan arwah akak buat dahulu .
' ou baguslah kalau dah makan . banyakkan berehat ye . adik dengan sepupu sepupu adik ajee ni . kejap lagi dah nak balik dah . iye jangan risau ' aku mengajak sepupu sepupu aku balik .
" okay adik . abang rindu adik dgn arwah akak *emoji heartbreak and sad* " aku berasa sebak bila teringatkan arwah akak syah .
' adik pun sama abang . kejap lagi chat lagi ye . adik nak bayar barang kejap " aku menyimpan phone dalam poket dan membayar barang yang aku nak beli . sampai aje dirumah aku chat abang seperti biasa . hubungan kami baik semula seperti dahulu .


***********************?**************************

Seminggu sudah berlalu ...
aku selesa kembali bersama abang miqa . kami makin rapat . selalu on the phone (otp) , video call (vc) macam pasangan bercinta cuma kami ni berangkat . tibatiba abang miqa bagi satu gambar seperti nota jadi aku download dan baca pada gambar tu . rupanya itu nota terakhir arwah akak sebelum akak tinggalkan kami berdua . tarikh disitu terpampang dan hari yang sama arwah akak tinggalkan kami .

Hai sayangsayang saya . kekasihku Miqa dan adik kesayanganku Nasya . saya ingin meminta maaf kerana tak dapat nak kuatkan diri untuk hidup bersama kamu berdua .

Pertama sekali , Miqa . Kau Kekasihku yang membuat hidup aku berarti sekali . terima kasih kerana menerima semua kekuranganku . Selalu bersabar untuk memahami perangaiku . selalu memberi nasihat kepadaku . halalkan segala benda yang telah kau berikan kepadaku sepanjang kita kenal ini . maafkan saya sebab takdapat nak tunaikan janji kita untuk naik pelamin bersama . Miqa , tolong jagakan Nasha untuk aku ye . tolong anggap dia lebih dari seorang adik . aku nak dia ganti tempat aku disisi kau . untuk kali terakhir satu yang ingin aku katakan . Miqa , Kau Kekasihku terakhir di dunia dan paling aku sayang .

Kedua , kepada adik kesayanganku , Nasha . terima kasih kerana menjadi peneman setia diharihari akak . Nasha satu-satunya adik paling akak sayang . terima kasih menjadi cahaya dalam hidup akak . terima kasih sebab terima akak jadi akak Nasha . akak sayang sangat kat Nasha . tapi Nasha ingat tak akak pernah minta Nasha janji sesuatu untuk akak? akak nak Nasha janji dengan akak yang Nasha kena gantikan tempat akak . walaupun kita tak pernah jumpa , tapi akak yakin yang Nasha boleh jadi yang terbaik untuk Abang Miqa . Nasha satu-satunya harta akak dan abang . tolong ye Nasha . jagakan abang macam mana Nasha pernah jaga akak . dia satu-satunya cinta hati akak , sayang . akak taknak dia sedih atas pemergian akak .

yang ikhlas ,

syah
nota disimpan
28.Januari.2016
*************************?************************

Setelah habis baca nota tu , aku terkedu bila permintaan arwah akak terlalu berat untuk aku . memang aku sayangkan abang tapi tak bermakna aku nak rampas kekasih akak syah . aku terdiam dan menangis kerana nota itu lah nota terakhir ditinggalkan didalam phone abang . aku tak membalas chat itu dan abang call aku untuk mengetahui keadaan aku . aku mengangkat tapi aku menangis tak bercakap . lemah betul hati aku ni . dia memujuk aku di hujung talian menenangkan aku . setelah 20minit aku menangis aku mula tenang dan dengar apa yang abang aku cakap .
" sayang ganti tempat arwah akak boleh ? abang dah takde siapasiapa dah sayang . abang ade adik sahaja . arwah akak minta kita bersama . kita bersama ye " aku diamkan diri dan abang suruh tidur . " okay lah adik pergi tidur dulu ye . esok abang call lagi " dia matikan dan aku baringkan badan atas katil dan rehatkan kepala yang pening .

*************************?************************

Aku terima abang aku walaupun pada mulanya aku taknak sebab aku takot kalau aku kena tinggalkan lagi . harihari aku macam biasa cuma macam terikat sedikit sebab abang tu kuat jeles jadi aku jaga sedikit pergaulan aku dengan orang lain sebab taknak abang aku tu sedih .



* komen dan teruskan membaca ye semua . terima kasih kerana sudi membaca .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience