Rate

2

Other Series 1300

Farah duduk dia sofa rumah keluarganya. 'Babysitter ? nak ke umi izinkan? ' Farah termenung dengan idea Nabila yang dibincangkan mereka petang tadi. Datin Sri Aishah umi kepada Farah datang mengahampirinya bersama sama walid Tan Sri Jammie.

''Farah, Farah ...'' panggil umi dua kali. Umi memegang bahu Farah menyebabkan Farah terkejut dan lamunanya terhenti. ''Farah tak apa - apa ke? umi tengok dari tadi Farah termenung jauh. Terfikir pasal apa? ''Umi duduk di sebelah Farah dan membelai lembut kepala Farah. Manakala walid duduk di sebelah Daniel abang kepada Farah. ''Farah tak apa-apa. Farah cuma terfikir tentang idea Nabila petang tadi. ''

''Apa idea Nabila? '' umi masih membelai lembut kepala Farah. ''Idea kerja apa yang Farah boleh buat. Nabila dia bagi idea kalau Farah nak kerja jadi babysitter .'' umi berhenti dari membelai dan memandang wajah Farah. ''Farah nak jadi babysitter ke? '' Farah memandang walid dan abangnya. ''Kalau umi tak kisah Farah ambik kerja tu. ''Farah menudukkan kepalanya. ''Umi tak kisah. ''Farah memandang terus ke arah wajah uminya dengan senyuman lebar.

''Betul ke? '' Farah memegang tangan uminya dengan gembira. ''Tapi, Farah mesti buat kerja babysitter tu dengan betul.'' kata walid. ''Tapi nanti walid dan umi malu kalau Farah kerja jadi babysitter. Lagi pun walid ada gelaran Tan Sri. '' Daniel menggeleng kepala melihat adiknya.'' Adik, walid dan umi tak kisah pun kalau anak mereka kerja jadi apa-apa yang mereka suka. Tengok abang. Abang suka haiwan dan abang boleh buka klinik haiwan sendiri.Walid pun tak kisah. Kan walid? ''

''Betul tu. Walid tak kisah dengan apa pun pekerjaan yang Farah ambik. Tapi satu je yang walid nak tegaskan. Kerja yang Farah nak buat mestilah halal. '' Kata walid kepada Farah dan Daniel. ''Lagi pun adik kan suka budak-budak. Tak salah abang rasa kalau adik nak jadi babysitter. '' Daniel bersetuju dengan idea yang dicadangkan oleh Nabila kepada Farah.

''Dengar tu. Walid dan Daniel pun setuju dengan cadangan Nabila. Umi pun tak kisah kalau Farah nak cari rezeki Farah sendiri. Tapi Farah mesti bersabar dengan perangai budak-budak. '' Kata umi sambil memegang bahu Farah. ''Baiklah umi. Farah akan buat kerja dengan betul-betul. '' Farah mengangkat tangan sebelah kanan tanda dia berjanji dengan kata-katanya.

''Bila adik nak kerja? Dekat mana? ''Tanya Daniel tanda kepastian di mana adiknya bekerja. ''Bila dan dekat mana adik tak tahu.Abang tolonglah adik tanya dekat Nabila.'' Farah melemparkan senyuman yang lebar ke arah Daniel. ''Kenapa pula abang yang mesti tanya? Adik tanyalah sendiri. '' Muka putih Daniel menjadi merah kerana Farah kenakan dia dan nama Nabila.

''Kamu dah kenapa Daniel? '' tanya walid yang menyedari kelakuan Daniel. ''Tak ada apa-apa.'' Daniel memandang Farah yang menahan ketawa. ''Kamu berkenan ke dengan Nabila? '' Umi bertanya kepada Daniel.'' Mana ada umi. Tak minat pun. '' Daniel menundukkan kepalanya. ''Yeke tak minat? Habis tu kenapa mintak nombor telefon Nabila?''Farah masih mengusik Daniel yang semakin malu. ''Abang mestilah risau pasal adik kan jadi abang mintaklah nombor telefon Nabila. Salah ke? '' Daniel mengesat peluh di dahinya.

''Dah lah tu. Kita bincang lagi nanti.'' Umi dan walid berjalan memuju ke tingkat atas untuk menunaikan solat berjemaah. '' Sikit je lagi umi dan walid tahu tadi. ''Daniel mengahampiri Farah dengan perasaan malu. ''Malu ke? Apa salahnya kalau umi dan walid tahu. Nanti boleh lah adik dapat kakak ipar sekepala dengan adik. '' Daniel melangkah laju menuju ke tingkat atas sambil menahan rasa malu. 'Tahu pun malu. hehehe. ' bisik hati Farah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience