Rate

3

Other Series 1300

~kringgg~kringgg~
Jam di bilik tidur Farah berbunyi.Jam menunjukkan tepat 7:00 pagi. Farah bangun dari katil dan terus menuju ke bilik mandi. Selesai mencuci muka dan memberus gigi, Farah terus mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon Nabila.'Dah bangun ke budak ni? ' bisik Farah dalam hati.Farah terus mendail nombor Nabila.

''Asslamualaikum.'' Farah terus mengucapkan salam selepas panggilannya dijawab.''Waalaikumsalam. Kau apahal? pagi-pagi macam ni kau telefon aku?'' Nabila menjawap dengan keadaan masih mengantuk. ''Aku ada berita gembira yang aku nak sampaikan.'' Farah sangat berterima kasih kepada Nabila sebab cadangkan kerja yang sesuai dengan dia. ''Berita gembira? apa dia? '' Nabila tertanya tanya tentang berita gembira yang ingin disampaikan oleh Farah.

''Kalau kau nak tahu, kau pergi mandi dulu. Selepas tu kau bersiap pergi rumah aku. Aku tahu kau belum mandi sebab aku boleh hidu bau busuk dari sini.''Bebel Farah. ''Eleh. Mengejeklah tu. '' Nabila perasan dengan apa yang dikatakan oleh Farah. '' Tahu takpe. Dah jangan banyak cakap. Lepas kau siap, kau pergi rumah aku kita sarapan sama-sama. Boleh?'' Tanya Farah. ''Dengan keluarga kau ke? '' tanya Nabila ragu-ragu. ''Ya.Tak perlu risaulah.Umi dan walid tak makan orang.Lepas makan baru kita pergi bincang pasal berita gembira aku dekat luar. Assalamualaikum. '' Farah mematikan telefon selepas habis sembang dengan Nabila. '' Waalaikumsalam. '' Nabila hanya termenung selepas mematikan telefon. 'harap - harap aku tak jumpa Daniel nanti' bisik Nabila dalam hati.

Farah bergegas ke bilik mandi lalu membersihkan diri. Selesai mandi, Farah memakai pakaian labuh biasa dengan tudung berwarna kelabu.Kemudian dia turun ke tingkat bawah dan menunggu kedatangan Nabila.

40 minit kemudian Nabila sampai di rumah Farah dengan membawa buah tangan. ''Amboi kau. Kau nak bagi ni dekat siapa ni? abang aku ke? atau bakal mak mentua? ''Farah mengusik Nabila sejurus dia sampai di hadapan rumah. ''Sebelum aku jawap semua, tak kan kau tak jemput aku masuk? '' Nabila membebel. ''Lupa pulak. Jemputlah masuk wahai 'bakal kakak iparku'.'' Farah mengusik Nabila. ''Tahu pun. Tumpang lalu, bakal kakak ipar nak lalu. hehehe. '' Nabila membalas balik ejekan Farah.

Tanpa pengetahuan Nabila dan Farah, Daniel telah lama berdiri di belakang mereka. ''Amboi , tahulah adik tak sabar nak dapat kakak ipar baru. '' Daniel memandang Nabila dan Farah. ''Abang ni. Tak baik kata macam tu. Tapi kalau betul,adik okey je.hihihihi. ''

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience