Rate

1

Other Series 1300

Farah bagai cacing kepanasan. Dia mundar mandir di hadapan Nabila yang memerhatinya dari mula. 'Kenapa dengan budak?Tak ada punggung ke nak duduk?
Pening aku tengok dia ni .' bisik Nabila dalam hati sambil memerhati sahabatnya.

Nabila senyap - senyap berdiri di belakang Farah lalu menerjah Farah. ''Oii mak kau! '' Farah terkejut lalu mencampakkan telefonnya.Nasib telefon dia mendarat selamat atas sofa.

''Terkejut ke? Hahaha...kesian.'' Nabila menahan perutnya yang sakit kerana ketawa terbahak bahak. ''Kau ni cubalah bagi salam dulu. Nasib aku tak ada sakit jantung. '' Farah mengambil telefonnya lalu berjalan ke arah kolam ikan rumahnya.

''Alaa... Janganlah marah. Aku gurau je tadi tu.Maaflah.'' Nabila menghampiri Farah dan berdiri di sebelahnya. ''Mana ada aku marah. Aku terkejut sebab kau terjah aku dari belakang tiba - tiba.Kau tahukan yang aku memang tak suka orang buat macam tu dekat aku. '' Farah memandang wajah sahabatnya.

''Maaflah aku lupa pulak yang kau tak suka orang buat macam tu. Tapi, kenapa aku tengok kau dari tadi macam tetekan je. Ada apa-apa masalah ke? ''Nabila berasa curiga dengan Farah yang dari tadi mundar mandir di ruang tamu. ''Aku tak ada masalah. Aku biasa - biasa je.'' Farah duduk di pondok di sebelah kolam ikan.

''Betul ke kau tak apa-apa? '' Nabila berdiri di hadapan Farah. ''Aku tak tahulah macam mana aku nak bagi tahu kau.Macam ni, sebenarnya, aku... aku nak kerja tapi tak tahu kerja apa yang sesuai dekat aku. Sebab tu tadi aku tak tentu arah. '' Farah menundukkan kepalanya. ''Tu ke masalah kau? '' Tanya Nabila kehairanan.

''Ya. Tulah masalah aku sekarang ni. '' Farah masih menundukkan kepalanya.''Tenanglah. Buat apa kau nak cari kerja? Kau kan kaya anak Tan Sri lagi tu. Tapi kalau kau cari kerja, aku rasa kau akan kena kacau terutama pekerja lelaki .Tengoklah kau sekarang ni siapa tak nak Farah Qistina binti Tan Sri Jammie. Lagi pun kau cantik, anak mat saleh, sopan santun dan kau suka budak - budak. '' Nabila menamatkan ucapannya dengan usikan.

Farah memandang Nabila. ''Ke situ pulak. Kau tak faham apa yang belaku sebenarnya. Kau tak apalah sebab kau dah ada kerja. '' Farah mengalihkan pandanganya ke ikan di dalam kolam. ''Jadi, apa yang berlaku? Bagitahu je semua dekat aku. '' Nabila mendesak Farah memberitahunya. Farah mengalihkan lagi pandanganya ke arah Nabila. ''Mak aku...dia.. '' Farah menudukkan kepalanya. ''Kenapa dengan mak kau? dia sakit ke? sakit apa? '' Nabila mencelah percakapan Farah. ''Man ada mak aku sakit. Mak aku tu... dia suruh aku cari kerja. ''

''Hahaha... tu ke sebab dia? aku ingat apalah tadi .'' Nabila ketawa di hadapan Farah. '' Kau ni tahu ketawa je kerja. Memanglah bagus aku kerja, tapi aku tak tahu kerja apa yang aku boleh buat.'' Nabila berhenti ketawa lalu dia terfikir sesuatu. ''Farah. Kau suka budak kecik kan? '' Farah mengangguk. ''Apa kata, kau jadi babysitter .'' Nabila tersenyum dengan idea dia.

''Babysitter? nak ke mak aku terima kerja macam tu? ''Farah memandang wajah Nabila. ''Alahai kau ni. Kau yang kerja bukan mak kau. ''Nabila mencubit pipi kanan Farah. ''Tapi kalau mak aku tak setuju aku kerja jadi babysitter? macam mana? '' Nabila mengeluh dengan pertanyaan Farah. ''Mak kau akan setuju.Kau mesti percaya dekat aku. Tengok abang kau si Daniel tu.Sekarang dia dah ada klinik haiwan sendiri. Mak ayah kau pun tak melarang dia. Lagi pun aku jarang dengar anak Tan Sri kerja macam orang biasa. '' Farah mengangguk dengan jawapan Nabila.

''Kau ni selalu nak puji abang aku. Kau ada apa-apa ke dengan dia? atau kau suka abang aku? '' Farah mengusik Nabila dengan abangnya Daniel. ''Mana ada. Aku cuma nak jadikan ab... abang kau sebagai colo... eh contoh untuk kau dapat kerja. '' Nabila menjawab dengan gagap dengan perasaan yang cemas. Farah hanya tersenyum dengan jawapan Nabila. 'kalaulah Nabila ni jadi kakak ipar aku, bagus jugak. Ada kakak ipar yang sekepala dengan aku. '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience