BAB 1

Romance Completed 6128

Liara sudah hampir menyerah. Sejak tadi dia meneran namun si dia yang sudah lama ditunggu belum juga mahu meninggalkan kantung rahimnya. Paras tenaganya sudah semakin berkurang. Dia takut kalau tenaganya sudah tidak mencukupi untuk dia meneran.

“Sayang? Hei, jangan tidur sayang. Stay awake please,” suara Hakim menyerap jauh ke dalam otaknya.

“I dah tak larat,” Liara merengek. Manja.

“No sayang. Look at me. Just look at me,” Hakim memegang lembut wajah isterinya yang semakin pucat. Memang dia kesian melihatnya namun dia perlu terus membantu Liara supaya proses kelahiran menjadi lebih cepat. Dia sendiri sebenarnya sudah tidak sanggup melihat belahan jiwanya itu berada dalam keadaan seperti ini.

Liara memaksa matanya untuk celik setelah merasakan pegangan lembut pada wajahnya. Semangat yang tadinya hilang entah ke mana kembali bernyala setelah pandangannya mendarat pada raut wajah jejaka yang memiliki keseluruhan hatinya ini. Liara mengangkat sebelah tangannya lantas mengelus wajah itu dan dibalas dengan belaian pada tangannya.

“You can do this, sayang. I know you can. You are my strong queen, remember? Don’t worry. I’m here with you. Till the end,” Hakim membawa jemari runcing Liara ke bibir lantas satu kucupan penguat semangat singgah.

Mendengar kata-kata Hakim, Liara mula mengumpul tenaganya semula. Dia tidak mahu mengecewakan suaminya itu. Anak ini sudah lama ditunggu kemunculannya. Dia tidak boleh berhenti separuh jalan saja!

Liara mula meneran semula. Sebelah tangan dibiarkan dipegang Hakim manakala sebelah lagi memegang palang sisi katil. Bibirnya diketap kuat-kuat. Arahan daripada doktor diikut satu-satu supaya semuanya cepat berlalu.

“Come on, sayang. Sikit lagi!” Hakim turut memberi semangat. Pegangan erat Liara dibalas dengan penuh sayang supaya Liara tahu dia tidak keseorangan.

“Okay Liara. One big push and it’s over, okay? Okay, on my count. One, two, three, push!”

Semerta, Liara meneran sekuat hati sehingga badannya turut tersorong ke depan.

“Good job Liara! Dah keluar!” suara Dr Gina membuat Liara sedar anaknya sudah selamat dilahirkan.

“Alhamdulillah,” ucap Liara. Dia berpaling pada Hakim yang berwajah muram.

“Sayang, our baby is here. We did it!”

Hakim mengukir senyum lirih. Rambut Liara dielus perlahan.

“Thank you, sayang. You’ve done a great job. I’m proud of you. I love you so much, sayang,” sebuah kucupan singgah pada dahi Liara yang sedikit basah dek peluh namun tidak dihirau oleh Hakim. Matanya dipejam erat-erat.

‘Ya Tuhan. Kuatkan isteri hamba!’

Liara tersenyum senang apabila Hakim melafazkan kata keramat itu. Meski ini sudah kali keberapa entah Hakim melafazkan kata-kata itu namun setiap kalinya ia berbeza untuk Liara. Hanya Hakim saja yang punya keistimewaan untuk menjadikan setiap patah keramat itu mempunyai makna yang signifikan.

Kemudian, sesuatu melintasi fikiran Liara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience