BAB 9

Romance Completed 6128

Tiada apa yang berubah. Hangatnya tubuh itu masih sama. Masih seperti dulu. Liara tahu hati lelakinya itu. Dia tahu siapa dia buat lelakinya. Dia bukan sekadar seorang isteri. Dia adalah nyawa bagi Hakim.

Pemergian Hamilyn memberi satu nafas baru dalam hubungan mereka. Adanya dugaan sebegini barulah mereka tahu tinggi atau rendahnya bumi yang mereka pijak. Tidak selalunya awan yang cerah akan berkekalan selamanya. Akan pasti ribut dan taufan melanda, mengocak keselamatan diri. Seperti rumahtangga mereka. Tidak selamanya bahagia akan selalu berada di dalam lingkaran hidup mereka. Sekali sekala, realiti sepahit hempedu perlu ditelan untuk menyedari bahawa setiap yang bernyawa tidak mungkin terlepas daripada sebarang kesusahan.

“I tak pernah salahkan you atas pemergian arwah Hamilyn. Semua yang jadi, bukan aturan kita. Tapi I terima dengan ikhlas. I tak salahkan Tuhan sebab Dia dah bagi kita Haidi and Hafleen. The most precious gems that I’ve ever had including you. And kita pun masih muda, sayang. Losing one can’t mean that we can’t have more. And kalau sampai hujung nyawa pun kita tak dapat lagi rezeki tu, takpe sayang. Because we already have Haidi and Hafleen. We love them both,”

Liara pandang mata Hakim. Naluri keibuannya kembali bergelora apabila terdengar nama anak-anaknya. Dunianya!

“You are the greatest mama, sayang. And we love you for being one. I love you for being the greatest mother to my children. Wasting my time looking for someone who might not even say our children’s name correctly will not be my favourite thing to do.

“Perempuan lain tak pernah sekabut, sebising, seceria, secantik you pada mata I. It’s hard to believe that first loves don’t last. Because with you, everything seems to fall into the right place and timing. Your perfect imperfections like what John Legend always said is what that shapes you to be the love of my life. You complete me, sayang,”

Pelukannya tambah mengerat. Kepalanya berlabuh di atas dada Hakim. Dibiarkan matanya basah.

“Sorry to keep you waiting. I’ve lost my way. And now, I’ve found you. You’re here. You’re here all along. Thank you,”

“Always had, always have and always will be. I love you!”

“I love you, too,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience