Rate

Bab 1

Romance Series 2133

Sekembalinya aku dari Kota Kinabalu,Aku terus bergegas ke tempat kediaman di mana pengasuh aiman yang bernama Minah serta anak lelakiku yang menetap di situ.

Tok Tok Tok
Pintu diketuk menandakan kehadiran seseorang yang dirindui oleh cahaya matanya sendiri.Apabila aiman membuka pintu untukku aku terus memeluknya dengan erat sekali.Maklumlah rasa rindu yang mendera hati ini terlerai tetapi hanyalah separuh dari hati dan yang selebihnya pula pada suami tercinta.

"Mama,ada bawa oleh-oleh ke?"

"oleh-oleh?Apa tu?."tanyaku

"HADIAH"

"Hish kamu ni!Mama ingat apalah tadi.Mestilah ada.Nah!"Kataku lalu memberi sebungkus hadiah yang berbalut.

"Terima kasih"

"sama-sama"

Aiman dengan wajahnya yang kelihatan teruja membuka penbungkus hadiah tersebut.Dia merenung seketika tatkala melihat hadiah mainan kereta control tersebut.Aku mengerutkan dahi apabila melihat gelagat aneh aiman.

"kenapa aiman?Tak suka ke?"

Aiman tersenyum lalu berkata.

"Ish mama ni!Mana ada.Aiman suka sangat.Cuma kalau boleh Aiman nak jumpa papa."

"huh.."aku mengeluh kerana terasa tertekan.Cukuplah derita yang aku tanggung selama ini.Namun aku sabarkan hati kerana Aiman masih budak kecil dan tidak tahu apa-apa.

"Aiman...papa ada di atas sana.Di sisi tuhan.Papa tak boleh balik buat selamanya."

"Jadi kenapa papa tak boleh balik sini buat selamanya?Kenapa papa di sisi tuhan?"

"Papa ada kerja nak.Perjalanannya sangat jauh tau..susah nak balik sini."acuh tak acuh aku menjawab.

"Kalau macam tu baik minta pada tuhan supaya tuhan boleh bantu papa.Boleh bagi papa naik kapal terbang!"

Aku tersengih lalu mengangguk kepalaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience