Rate

Prolog

Romance Series 2133

Aku menangis semahu-mahunya.Sedih apabila terkenangkan si dia yang pergi buat selamanya.Bukannya aku mahu menolak takdir daripada ilahi namun jiwa dan ragaku terseksa apabila melihat seorang cahaya mata sedang membesar tanpa kehadiran ayah di sisinya.Aku tumpang simpati.Namun aku bukannya bodoh untuk tunjukkan tangisanku kepada Aiman Rizki,anak tunggal lelaki yang sentiasa berada disampingku.Tambahan lagi,apabila dia tanya di mana ayahnya sedang berada.Aku terdiam seribu bahasa.

Aku juga pernah dipujuk oleh kedua orang tuaku untuk berkahwin lagi.Tetapi malangnya perasaan sayang aku kepada Airil masih menguasai diri.Sejujurnya aku memang tidak mampu menghadapi semua ini.Aku memejamkan mataku untuk cuba melupakan segalanya.Namun,ianya tidak berjaya sebaliknya aku ditelan oleh memori-memori yang indah bersama Airil telah kami harungi bersama.Bila orang lain lihat aku memang dorang akan tabib padaku sebab mereka anggap aku tabah mengharungi cabaran.Mereka tidak tahu betapa sakitnya hati ini dan punahnya impian yang sudah lama terpendam di sebalik senyuman palsu ini.

Aku berasa sangat nyaman dan tenang apabila berada di puncak gunung kinabalu.Sejuknya bukan main kepalang.Aku memakai jaket tebal,Rambut aku biarkan terurai dan kaca mata aku buka lalu menggosokkan kedua-dua belah mataku.Bayangan si dia aku ternampak di sebalik pejaman mata itu.

"aku sangat sayangkan kau,Hanis"

"Airil!"aku tiba-tiba berteriak menyebabkan orang di sekelilingku memandang aku.

Tolonglah.Wahai hati cubalah engkau lupakan seketika semasa kau di sini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience