Rate

Bab 2

Romance Series 2133

Aku menarik nafas panjang apabila melihat nombor yang mempunyai 10 angka itu.Dalam hatiku sedang elok berbicara sama ada patutkah aku kongsikan penderitaanku ini dengan orang lain?Tanpa sebarang keraguan lagi aku terus menelefonnya.

"Assalammualaikum,Kak Mia saya rasa saya perlukan bantuan awak."

Keesokannya,
Aku duduk di salah satu bangku berdekatan taman permainan.Aku menghirup udara segar sambil memejamkan mataku.Tenangnya masa itu hanya aku yang tahu.Mana taknya semua kanak2 yang berada di sini hanya leka bermain telefon.Sesekali itu juga aku mengeluh perlahan.

Tiba-tiba seorang wanita menyapa aku dengan mesra.

"Eh mengeluh?Lambat benar kah saya ni datang?Maaflah jalan sesak."

"Erk mana ada.Saya okeylah.Saya mengeluh pun sebab...stress"aku membalas pertanyaanya dengan jujur.

Aku menarik nafas panjang lalu tersenyum ke arah seorang wanita yang berumur lingkungan 40-50 yang duduk di hadapanku.Tanpa membuang masa,wanita itu pun memulakan bicaranya.

"Baiklah Hanis.Lihat sekeliling awak.Dipenuhi oleh pokok-pokok yang indah dan redup.Untuk mengatasi tekanan senang sahaja awak hanya perlu tenangkan diri dan seboleh-bolehnya lupakan masalah yang awak hadapi."

"Iya kak Mia.Tapi untuk melupakan seseorang itu amatlah payah.Hanis tak boleh move on"

"Kamu boleh,Hanis.Kakak yakin hanis boleh tangani dengan baik."

Miasarah binti alias merupakan kawan sekerjaku sewaktu aku masih bergelar doktor.Dia selalu membantu aku.Di saat susah dan senang.Sejujurnya aku sudah menggangap bahawa kak Mia adalah kakak kandungku sendiri.Sudahlah aku ni merupakan anak tunggal dan tak mempunyai adik-beradik.Memanglah bosan.

"Hanis tak dapat tanggung lagi kak.Hari-hari pasti hanis akan teringatkan dia."

"Sabar hanis.Ia adalah dugaan tuhan untuk kamu."

Air mataku mulai bergenang namun segera aku menyekanya.

"Macam nilah Hanis boleh cerita kat akak.Akak boleh simpan rahsia.Tak elok pendam2 ni nanti makin teruk tekanan awak tu Hanis.Lebih baik kongsikan dengan seseorang sekurang-kurangnya ia boleh legakan dan kurangkan sedikit."

"Segalanya bermula dengan satu pertemuan.Di mana hati mulai berputik.Disebabkan dia hanis dapat memahami erti cinta yang sejati dan sebenar"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience