Bab 1

Romance Series 3907

Jam loceng digital yang mengumandangkan lagu Feels nyanyian Calvin Haris dan Pherryl Williams feathuring Katty Perry mampu memecahkan gegendang telinga sesiapa yang mendengarnya tetapi bukan Nashirah . Gadis yang baru menginjak 23 tahun itu merupakan penuntut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang kini sudah masuk bulan ketiga dia praktikal di hospital kerjaan tersebut.


" Nur Nashirah binti Dato Mansor ! " terdengar satu jeritan yang memecahkan keheningan pada pagi itu .


Sudah menjadi kebiasaan Aina atau lebih mesra digelar Amoi kerana rupa parasnya yang ada iras-iras orang berbangsa cina untuk mengejutkan Nashirah ke tempat kerja .


" Yes madam . Saya dah bersedia untuk berkhidmat ! " terpacak Nashirah bila mendengar jeritan Amoi .

Aina yang tadinya terkedu kini gelak berguling-guling kerana aksi luar kawal Nashirah . Bukan selalu dapat mengenakan sahabatnya yang mereng ini .

Nashirah yang agak terkejut dengan gelak tawa Amoi terus membuntangkan matanya . Mukanya berona kemerahan kerana menjadi bahan gelak tawa sahabatnya itu .

" Amoi ! Apa ni ? Sukalah kacau aku .Kau tau tak aku penat. " ujar Nashirah dengan nada sedih .

" Hey minah . Kau patut berterima kasih dekat aku tau . Aku sanggup datang sini semata-mata nak kejut kau . Yes madam konon . " ajuk Amoi yang kemudian menyambung gelaknya .


" Ha ? Dah pukul berapa ea ? "


" 15 minute before 930 . " ujar Amoi selamba .


Nashirah kelam kabut mengemas tempat tidurnya sebelum bekejar ke tandas untuk mengemaskan dirinya . Sebagai seorang jururawat , dia perlu menunjukkan disiplin yang baik dan kekemasan diri . Setakat kekemasan diri boleh lagi diuruskan olehnya tetapi belum cukup untuk disiplin diri .

Amoi hanya mampu menggelengkan kepala sebelum Nashirah hilang dari pandangan matanya . Tempat tidur Nashirah diperkemaskan dengan lebih teratur .

"Bilalah kau nak berubah ? " tersenyum Amoi bila mngenangkan sahabatnya itu .

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience