Bab 3

Romance Series 3907

"Uishh . Handsome nyer mamat tu . Muke ala-ala korea wey !" ujar salah seorang penuntut .


Nashirah dan Amoi berjalan beriringan ke arah kekecohan tersebut . Tertarik juga hati mereka apabila Sofea tergopoh-gapah menyampaikan berita mengenai seorang lelaki kacak ala-ala mamat korea . Kalau dah sampai berita bergerak tu sudah semestinya bahan sensasi .


Terkedu seketika apabila melihat pemilik wajah yang kacak itu . Belum sempat Nashirah membuka mulut , si kacak terlebih dahulu bersuara.


" Nur Nashirah binti Dato' Mansor . My beloved girlfriend . " ujar si kacak sambil berjalan dengan penuh bergaya ke arah Nashirah sebelum memeluknya dengan erat . Nampak sungguh mesra gayanya .


Kelihatan mata-mata yang memandang merenung dengan rasa tidak puas hati . Amoi turut terkejut melihat kejadian tersebut . Setahu dia , Nashirah bukanlah orang yang sembarangan tapi bagaimana dengan mudahnya lelaki ini mendakapnya ?


" Abang , orang pandanglah . Malulah adik !" kata Nashirah separuh berbisik .

" Biarlah . Biar adik kena serang kejap lagi . Abang tak tahu . Hahhaha . " ujar Nazrin sebelum melepaskan pelukannya .

" I tunggu you kat depan ea . Jangan lama-lama tau , nanti I rindu . Bye ." sambung Nazrin lagi sambil mencuit hidung adiknya itu .

Bertambah terkejut Nashirah . Kalau Nashirah sudah terkejut mata di sekeliling apatah lagi . Belum sempat Nashirah diserang dengan soalan bertubi-tubi , dia sudah melarikan diri ke asrama puteri untuk mengemas pakaian miliknya . Cuti semester sudah bermula banyaklah perkara yang ingin di ceritakan nanti . Terasa rindu sangat dengan abang dan ayahnya itu .

--------------------------------------------------------------------


"Ouh abang . Aku ingatkan siapalah tadi . Handsome juga abang kau kan . Single ke taken ? " soal Amoi . Lega bila dengar penjelasan dari sahabatnya ini.


Balik sahaja dari kerja cepat-cepat dia mendail nombor Nashirah . Mana tidaknya , selepas kejadian petang tadi kawannya itu lesap bagai asap terbang mengikut angin . Belum sempat mahu disoal dan menyoal .


" Jangan nak mengada ea . Abang aku tu . Entah-entah dia dah ada pilihan hati sendiri . " ujar Nashirah sambil merenung abangnya yang sudah tersengih-sengih di seat pemandu.


" Saja je nak test market . Ala kau ni . Bukannya tak tau . Lepasni mesti bilik aku ni penuh dengan wartawan tak bertauliah . Jahat kau ni !" rajuk Amoi . Tetibe nak jadi sentimental pula .


" Alaa kau ni . Kau kan bestfriend aku . Bukan selalu kau di wawancarakan ann . So for the first time in forever kau jadi lah artis tak bertauliah . " ujar Nashirah disambung dengan gelak tawa .


" Ha yelah . Aku nak tidur . Penat tadi tak hilang lagi . Kirim salam dekat abang handsome kau ea ? "


" InsyaAllah . Okay bye . " terus saja dimatikan talian .


Belum sempat Nazrin berbicara Nashirah terlebih dahulu menceritakan setiap latar belakang Amoi kepada Nazrin . Perlakuan Nashirah itu disambut dengan gelak ketawa dari Nazrin . Tidak sangka adiknya sudah masak benar dengan sikapnya .


" Dah besar dah adik abang ye . " ujar Nazrin sambil mengusap lembut kepala Nashirah yang dilitupi dengan tudung bawal crepe berwarna hijau .


" Memang arr . Abang je yang selalu anggap adik ni masih kecil . Tak matanglah , baby lah ape lah itulah inilah . Semua bendalah tak kena ." rajuk Nashirah sambil memuncungkan bibirnya .


" Lah merajuk ke . Ya Allah gediknya . Muncung tu . Eii tak seleralah kalau lelaki tengok . Silap-silap takde siapa nak masuk minang nanti ." kutuk Nazrin disambung dengan gelal ketawa . Geli hatinya dapat mengenakan Nashirah .


" Eh mana ada merajuk . Ni fesyen terbaru bile bercakaplah . Main muncung- muncung . Tak kuasa nak merajuk ." nafi Nashirah .


" Haha . Yelah dik . Ambillah menang tu . Kesian sangat abang tengok adik ni . " gelak Nazrin lagi .


Malas nak melayan Nashirah hanya membiarkan kata-kata Nazrin berlalu pergi begitu sahaja . Baik dia tidur . Penat pulak terasa badannya setelah seharian menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar praktikal .


Nazrin hanya tersenyum . Sudah masak sangat dengan sikap Nashirah . Walau apa pun yang terjadi , tidur adalah suatu keutamaan .Dia terus menfokuskan pandangannya ke jalan sambil ditemani carta lagu hot sekarang ini.

--------------------------------------------------------------------


" Abang berhentilah cepat . Adik dah tak tahan ni . " desak Nashirah .


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka yang agak jauh itu membuatkan perutnya berada dalam kedaan yang tidak selesa . Mahu dikatakan dia salah makan dia hanya makan sandwich je tadi .


" Kejaplah abang berhenti dekat Petronas depan tu . Sabarlah kejap . Aduh adik ni ." gesa Nazrin . Risau pulak tengok Nashirah ni .


Seberhentinya kereta Honda Civic milik Nazrin itu , cepat-cepat Nashirah turun ke tandas . Pecutnya boleh mengalahkan Usin Bolt .

' HARAP MAAF TANDAS SEDANG DISELENGGARA '


" Adumak , masa nilah nak selenggara . Arghh , aku dah tak tahan serbu jelah ." ujar Nashirah seraya memasuki tandas lelaki .

--------------------------------------------------------------------


" Alamak sakit perut lah pula ! " ujar Syafiq .


Kebetulan Petronas tidak jauh , dia memberhentikan kereta di tempat parkir .Baru sahaja dia ingin memasuki tandas , kelihatan kelibat seorang perempuan medahuluinya.Berulang kali dia menggosok mata jikalau ini hanya khayalan tapi malangnya tidak .


Rasa geram mula menebal dalam diri . Sesuka hati je masuk tandas orang lain . Dah lupa daratan agaknya . Nabi pun tak mengaku umat bagi manusia yang bertukar-tukar jantina ini . Dengan langkah yang pantas dia terpacak di depan pintu tandas . Pintu yang mengasingkan keadaan luar dan dalam diketuk bertalu-talu dengan rasa geram .


" Woi , cepatlah . Ni tandas lelaki bukannyer perempuan . Sesuka hati je masuk . Dah lupa daratan ke ? Takpun kau nak aku ajar kau soal aga..... " belum sempat Syafiq menghabiskan kata-kata pintu tandas dibuka dengan kasar .


" Apa kau nak ? Kecoh betullah . Orang nak membuang pun tak senang ." ujar si gadis tersebut dengan riak wajah yang begitu marah .


Belum sempat Syafiq berkata apa-apa , gadis tersebut berlalu meninggalkan nya yang masih terpinga-pinga .


" Siapa yang salah pula ni ? Aku ke dia ? " soal Syafiq sendirian . " Comel juga minah tu . Dahlah pendek . Eh yang pasti comel lah . Hilang sakit perut aku . " sambung Syafiq lagi sambil tersenyum sendirian .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience