Bab 2

Romance Series 3907

" Nashirah ! "

Nashirah berpaling ke belakang apabila merasakan namanya dilaung oleh seseorang . Terukir senyuman di bibir apabila seseorang itu adalah orang yang sangat dirinduinya setelah seminggu dia ambil cuti sakit .

" Eh , Aizat ! Bila sampai ? Bukan kau balik kampung ke ? " tanya Nashirah bila Aizat mendekatinya.


Haruman De' Xandra kini menusuk ke dalam hidung Nashirah . Inilah salah satu faktor dia suka berjalan beriringan dengan Aizat . Sentiasa wangi , kemas dan berdedikasi .


" Malam semalam dah sampai dah . Ingat nak call kau tapi takut mengganggu pula . Hehe ." senyum Aizat sambil menayang barisan giginya yang cantik tersusun dan bersih gayaknya sedang melancarkan iklan colgate .


" Ouh . Takdelah . Mana ada ganggu . Aku tidur pukul 3 semalam . Ada kerja sikid ." Sedangkan memang tunggu kau call . Ujar Nashirah hanya mampu meluahkan dalam hati je .


" Lah yeke . Okay lepasni aku bagitau kau ea . "


" Ha yelah ."


Nashirah menayang senyum kambingnya . Pagi-pagi lagi dah berjumpa dengan kesayangan.Aduhai hati . Lemah semangat , rasa macam nak cair je .

--------------------------------------------------------------------


" Papa ! " laung seorang anak kecil lingkungan 5 tahun itu . Anak kecil itu seolah-olah berpewatakan lelaki dan memakai topi SAG di kepalanya.


"Ye sayang ." tersenyum Dato' Mansor melihat keletah anak kecil itu berlari-lari anak ke dakapannya.


"Boleh tak Ash nak tanya sesuatu ?" ujar anak kecil itu sambil membetulkan topi di kepalanya.


"Boleh je . Tanyalah ."


"Ash nak jadi nurse macam mama boleh tak ? Ash tau mama mesti gembira dekat sana kalau Ash berjaya satu hari nanti . "


Dato' Mansor terkedu seketika . Tak pernah terlintas di fikirannya anak gadisnya ini akan membangkitkan hal ini . Sudah 6 bulan isteri nya meninggalkan mereka 3 beranak .


Anak sulungnya lah yang paling terkesan dengan pemergian ibunya . Oleh itu , beliau mengambil keputusan untuk menghantar anak nya ke sekolah berasrama penuh . Dengan itu , anaknya tidak lah terlalu memikirkan mengenai kehilangan yang dirasai .


"Papa , I'm asking you ! " marah anak kecil yang petah berbahasa Inggeris . Al maklumlah . Memang sudah diajar dari kecil untuk berbahasa Inggeris .

" Yes dear . I hear you . But in case you need to change something about your personality . " ujar Dato' Mansor kepada anak kecil itu sambil tersenyum .


" Ape yang patut Ash buat ? "


" Pertama sekali , your nickname . Not Ash but Nashirah . You've to back to your sense . Nashirah seorang gadis not a boy . Kedua , you've to study hard and study smart . Nak jadi nurse bukan mudah tau . Nashirah akan pingkul tanggungjawab yang besar ." terang Dato' Mansor panjang lebar .

" Tanggungjawab ? Macam mana tu ? " pelik Nashirah .


" One day you'll know dear ." Dato' Mansor baru tersedar . Belum sampai tahapnya lagi untuk menerangkab mengenai tanggungjawab kepada anak kecil yang berumur 5 tahun ini .

" Okay papa . From now my name is Nashirah and not Ash again . " ujar Nashirah seraya mencabut topi SAG di kepala menunjukkan rambutnya yang sedikit kerinting .

--------------------------------------------------------------------

Masih segar di ingatan Dato' Mansor kenangan 18 tahun lalu . Kini umur beliau kian meningkat tua . Cuma masih lagi ada kewarasan akal . Jika tidak sudah nyanyuk agaknya .

" Papa ? Are you okay ? " tanya Nazrin merangkap anak sulung Dato' Mansor .


" Yes , I'm okay . Just papa teringat dekat adik . Sudah lama rasanya kita tak berkumpul sekali kan ? "


" Yalah papa . Abang pun rasa macam tu . Rindu sangat dekat adik . Entah bila lah adik tu dapat cuti . Praktikal lagi tu . "


Tidak lama kemudian kedengaran bunyi panggilan masuk dari telefon bimbit milik Nazrin .


" Panjang umur adik . Baru je cakap pasal dia tadi . Haha ." ujar Nazrin seraya meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan .


Selang beberapa minit , Nazrin muncul dengan senyuman yang lebar seolah- olah memenangi loteri .


" Dah kenapa dengan kamu ni ? Kena sampuk hantu ke ? " pelik Dato' Mansor melihat senyuman Nazrin yang sukar digambarkan itu .


" Nazrin rasa nak buat kenduri lah hujung minggu ni papa . " ujar Nazrin memberi cadangan.


" Kamu nak kahwin ke ? Tiba-tiba je nak buat kenduri ni ." semakin pelik dirasakan dengan anak sulungnya ini .


" Bukanlah . Adik dah start cuti . Esok die suruh Nazrin jemput . Gembira benar dengar suara dia tadi . Apa pendapat papa ?"


" Papa okay je . Nanty cancel semua appoinment . Kosongkan jadual untuk hari Jumaat dan Sabtu ni memandangkan hari Ahad memang cuti umum . Kita balik melaka ." teruja benar kedengaran suara Dato' Mansor itu . Terubat rindu bila anak gadisnya ingin pulang .


" Okay papa . Nazrin minta diri dulu ye . Ada kerja nak dibuat ." pinta Nazrin sebelum hilang dari pandangan Dato' Mansor .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience