BAB 2

Romance Series 9790

"SO, kau nak singgah mana-mana tak sebelum balik rumah?  Kalau kau nak balik sembang dengan umi, umi tak ada.   Dia pergi Pavillion.  Katanya, dia nak beli apa tah.  Sampai ke Pavillion dia pergi," kata Darwish kepada Laila yang sedang khusyuk bermain telefon itu.  

Laila menutup telefonnya sebentar dan diletakkan ke dalam beg tangan silang tepi miliknya.  Dia mengetuk dagu runcingnya.    Dia memandang Darwish yang masih khusyuk memandu kereta Almera yang baru saja dibeli oleh Darwish baru-baru ini.  Bak kata Darwish, dia malas nak beli kereta mahal meskipun dalam bank ada banyak duit.   Lagipun, dia baru berusia 18 tahun dan baru saja dapat lesen kereta tahun lepas.   Takkan tiba-tiba nak beli kereta Ferrari kot? 

"Erm, kau tahu Watsons yang baru buka dekat jalan nak dekat dengan rumah kita?  Kita singgah Watson jap boleh?" kata Laila kepada Darwish. 

Darwish mengerut dahi. Hampir 2 tahun Laila menjadi orang seni, tidak pernah lagi dia jejak ke Watsons untuk beli barang makeup kecuali beli barang peribadi.  Semenjak jadi artislah.  Sebelum jadi artis, selalu jugaklah Laila jejak kaki ke Watson tapi semenjak jadi artis ni, dia selalu pergi Sasa, Mac, Sephora dan kedai makeup yang ternama di Malaydia.    Nak beli barang makeup.

"Wait.  Since when kau beli barang makeup dekat drugstore?  Bukan kau selalu pergi tempat memahal ke?  Setahu aku, gaji baru je masukkan?  Takkan dah habis?  Sebab kau memang jenis berjimat cermat kecuali fashion sale," kata Darwish dengan aneh.  

"Baru je beberapa minit lepas, ada fans request dalam comment Youtube. Minta aku tunjukkan diorang tutorial makeup dari drugstore.   Sebab tulah.  Takkan aku tak buat apa yang fans nak kan?" kata Laila. 

Darwish mengangguk.   Dia hanya teruskan memandu. 

"WISH, kau tolong record aku jap," kata Laila sambil menghulurkan kamera kepada Darwish sebelum memasuki kedai Watsons.   Darwish hanya mencapai lalu ditekan record.    Dia terus rakam Laila yang sedang membetulkan tudung itu.  Dengan mulut memuncung semasa membetulkan tudumg.  Darwish ketawa sendirian.   Comel pulak dia tengok. 

"Wish!  Jangan lah record!  Hodoh lah muka aku!" kata Laila sambil menutup mukanya. 

"Halah!  Relax lah!  This is behind the scenes.  Dengar cakap aku.  Sapa tukang camera?  Aku kan?  So, dengar cakap aku," kata Darwish.

Laila mencebik sambil menunjukkan penumbuk.   Dia hanya teruskan membetulkan tudungnya.  

"Tudung okay tak?" tanya Laila kepada Darwish.  Darwish hanya tunjuk ibu jari. 

"Ready?  Action,"

Akhirnya, mereka terus mulakan recording.   Darwish hanya menjadi tukang merakam gambar manakala Laila pula hanya meneruskan perbualannya dengan kamera.   Laila berbual dalam bahasa inggeris kerana ada beberapa orang dari luar negara akan menonton makeup tutorialnya.   Kekadang tu, kalau tak berbual bahasa inggeris, dia akan letak subtitle dan tepi tajuk vlog dia akan tulis 'In Malay'. 

Hampir beberapa minit mereka record, Darwish terus berhenti.   Dia menunjukkan video itu kepada Laila.

"Okay!  Thank you, Wish!  You're the best!" kata Laila sambil menonjolkan senyuman manisnya kepada Darwish.  Darwish hanya menunjukkan wajah yang riak.   Almaklumlah, dia puji.   Sapa je tak hidung kembang? 

"Kau ambik makeup apa je?" tanya Darwish sambil memanjangkan leher. 

"Aku ambik dalam beberapa jenama je.   Jenama yang disarankan fans.   Essence, Maybelilline, Fit Me, Silky Girl and macam-macam.   Brush dah cukup dekat rumah.  Jomlah balik," kata Laila selepas menunjukkan semua barang makeupnya kepada Darwish.

Darwish hanya mengangguk.  Dia lelaki.   Manalah nak ambik tahu pasal benda alah ni.  Bukannya dia student Aswara.  

"OKAY, guys.  I just bought all this makeup.  Actually, all this makeup, I took the brands that all of you recommends me.  Such as, Maybelline, Silky Girl, Essence.  Oh, hey by the way.  Look this 5 seasons eyeshadow pallete.  Isn't it beautiful?  I like it so much!  Thank you to the person who suggest me this brands.   I really like it!   I also bought so many Essence makeup.  All of them are so beautiful.  All of this, I spent about RM300 because I bought full face makeup," kata Laila sambil merakam gambar makeupnya yang baru di beli tadi. 

Kemudian, Laila menghalakan kamera kepada Darwish yang sedang memandu.   "Hey, guess whose that?  Of course, he is your crush. Not my crush.  Hahahaahah.  Sorry, Wish," kata Laila. 

Darwish hanya menjeling matanya ke atas.  Layan jela.  Perempuan dengan kamera memang tak boleh pisah eh? 

"FINALLY, we are here," Darwish memarkirkan kereta ke dalam garaj rumah semi-dnya yang baru diubah suai itu.  Pertama kali Darwish beli, dia ada 5 buah bilik dan 3 buah tandas.   Semenjak dia habis SPM, dia terus keluarkan duit untuk mengubah suai rumah Semi-Dnya itu.  Laila juga turut begitu.   Mereka buat begitu supaya keluarga mereka jauh lebih selesa untuk tinggal di rumah mereka.  Darwish dan Laila berjiran. 

Mereka berdua memang suka simpan duit tapi kalau bab keluarga, mereka sanggup keluarkan duit. 

"Darwish, aku balik rumah terus eh.  Nak kena bagi makan kucing aku dekat rumah.  Kau macam tak tahu perangai Cici tu.  Lewat sejam makanan sampai, habis makeup aku pecah!" kata Laila.  Entah berapa kali la makeup mahal dia pecah disebabkan kucing parsi yang temban mengalahkan anak lembu itu.  Makan 5 kali sehari.  Sekali dia naik atas perut Laila, fuh!  Pedih! 

"Okay, okay.  Aku faham.  Kau baliklah.   Nak aku hantar sampai depan pagar?" tanya Darwish.  Tidak sempat Laila nak berkata-kata, "Kau tak jawab pon tak apa. Aku tetap nak hantar.  Jom," kata Darwish.  Laila mencebik bibir.

'Ceh, tak guna.   Dia tanya, dia yang jawab.  Sabarlah, Laila oi,' pujuk Laila kepada hatinya.

Tidak sempat Laila dan Darwish melangkah ke arah pagar Darwish, tiba-tiba mereka dengar suara bayi menangis sayu. 

"Uwek!  Uwek!" bunyi tangisan itu bergema di dalam perkarangan rumah Darwish. 

Laila dan Darwish mula menelan air liur.  Laila mula ketakutan sehingga dia sendiri memeluk lengan Darwish.  Darwish mula memandang ke sekeliling.  Akhirnya, dia dapat kenal pasti dari mana suara bayi itu datang.  Darwish membisikkan kepada Laila,

"Ada bawah balkoni," bisik Darwish kepada Laila.  Laila menelan air liur.  Tangannya berketar sambil memeluk lengan Darwish dengan kuat. 

Beberapa saat kemudian, bunyi tangisan itu mula hilang tetapi itu tidak membatalkan niat dua orang sahabat itu untuk mencari punca suara.  Mereka berdua mula berpecah. 

Darwish memandang Laila dari jauh.  Gadis itu memang nampak ketakutan.   Dia tersenyum kerana di dalam fikirannya, muncul idea nakal.  Dia mula mendekatkan dirinya dengan Laila.  Kakinya melangkah ke arah Laila dengan senyap.  

Apabila dia sampai kepada Laila, dia terus membisikkan sesuatu pada telinga Laila.  Dia turut membuat suara wanita pontianak menangis, "HEEE!!!  BAGI BALIK ANAK AKU!!!!" kata Darwish. 

Adreanalin Laila terus tegak.  Sebaik saja telinganya menangkap suara itu, dia terus melompat sambil menjerit,. "ARGH!  WISH!  TOLONG!  ADA PONTIANAK!" jerit Laila. 

Sebaik saja Laila melompat tinggi, Darwish terus tangkap Laila ke dalam cempungannya.  Kelihatan gadis itu memeluk erat lehernya sambil menangis.   "Shh..  ni akulah.  Bukan pontianak.  Hahah," ketawa Darwish pada akhir kata-katanya. 

Laila terus melepaskan leher Darwish dan menampar dada bidang lelaki itu dengan kuat tetapi lelaki itu hanya ketawa besar. "Wish!  It's not funny at all!  Kau buat aku hampir sakit jantung!  Turunkan aku!" kata Laila dengan kasar. 

"Ouh, boleh. Tapi, andai kata ada pontianak betul, aku tak tolong kau lari dah eh.  Kau duduklah sensorang dengan pontianak tu.  Aku cabut awal boleh?" ugut Darwish kepada Laila. 

Serta merta, gadis itu menggeleng laju.  Kena tinggal dengan pontianak di siang hari?  Tak nak!   Darwish hanya menggeleng.  Darwish mula melangkah ke arah balkoni sambil mencempung tubuh genit Laila.   Apabila mereka sampai di hadapan balkoni, Darwish menurunkan Laila ke tanah. 

Darwish terus menghendap di bawah balkoni rumahnya yang berwarna putih itu.  Laila menutup mata.  Takut kalau pontianak muncul!   Darwish mengeluh apabila dia menangkap entiti di bawah balkoni itu. 

"Laila, bukan hantu." kata Darwish sambil menunduk ke bawah bagi mencapai entiti itu. 

"Habis tu?  Benda apa?  Cakaplah!  Jangan buat aku cuak!" jerkah Laila. 

Darwish mendukung entiti itu lalu ditunjukkan kepada Laila.  Laila membuka matanya apabila hidungnya menangkap bau darah.   Dia terkedu apabila memandang sesuatu yang berbalut dengan kain batik itu.

"It's a baby," kata Darwish sambil menenangkan bayi yang mula menangis di dalam dakapannya itu.  Laila terkedu. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience