BAB 3

Romance Series 9790

"MANUSIA mana tak ada hati perut sampai sanggup buang anak dalam keadaan macam ni!   Geram betul aku dengan manusia zaman sekarang!" bebel Darwish dengan amarah.   Laila semenjak tadi sedang asyik memujuk bayi itu agar berhenti menangis.

"Woi, apa kata kau tolong aku?  Baby ni daripada tadi asyik menangis je!" adu Laila kepada Darwish yang sedang membebel. 

Darwish berjalan ke arah Laila yang sedang menggendong bayi itu.  Dia adalah mempunyai pengalaman serba sedikit sebab dia pernah menjaga adiknya masih bayi semasa dia berusia 10 tahun.   Laila?  Laila anak bongsu.  Anak saudara ada lima orang tapi itulah.  Disebabkan dia tiada pengalaman, jadi keluarganya tidak mengharapkan Laila menjaga tambahan pula, dia ada ramai kakak-kakak lain yang mampu menjaga bayi baru dalam rumah mereka.  Tapi, anak saudara dia mula rapat dengan Laila apabila mereka sudah besar. 

Almaklumlah, sudah menjadi adat, anak saudara yang masih kecil selalu rapat dengan ibu saudara mereka yang suka melayan dan paling muda. 

"Tangan tu, jangan pegang belakang kepala macam tu.  Kepala dia, bagi dia baring atas lipatan siku kau.  Pastu, backup dengan satu lagi tangan.  Make sure dia tak jatuh.  Buat perlahan-perlahan sikit.  Dia kecil lagi," terang Darwish kepada Laila. 

Laila mengangguk.  Patutlah bayi itu menangis.  Sebab tak selesa.  Heheheh, apalah kau ni Laila. 

Laila berfikir.   Kenapa bayi ini diletakkan di rumah Darwish tapi bukan orang lain?   Laila memandang Darwish yang sedang mencari sesuatu di dalam raga bayi itu.  Mungkin mencari nota daripada ibu.  Halah, macam drama melayu tu.

Otak Laila berfikir lagi.   Tiba-tiba, otaknya menangkap sesuatu.   Dengan spontan, dia menampar lengan sasa Darwish.  Serta merta, Darwish mengaduh kesakitan di tampar kuat oleh cucu guru silatnya itu.  

"Hadoi!   Kau dah kenapa!" Darwish memandang Laila dengan amarah.   Laila menundingkan jari telunjuknya tepat pada wajah Darwish. 

"Kau bagitau aku sekarang!  Anak dara sapa kau buntingkan?  Ni anak kau kan? Ouh, patutlah muka budak ni hampir sama macam kau," tanya Laila dengan melulu.  Mata dark brownnya membulat besar.  Sapa je tak marah kalau kawan baiknya melakukan maksiat? 

"Hoi, agak-agak lah.  Kau lupa ke aku yang selalu dengan kau?  Kau lah dengan aku 24 jam sepanjang 2 tahun ni.  Kau cuba bagitau, macam mana aku nak tidur dengan perempuan tu kalau kau ada dengan aku 24 jam?   Kalau macam tu, mesti kau pun tahu siapa perempuan tu!" kata Darwish.   Tiada angin tiada ribut, dia jugak yang kena tuduh.  Hoi hoi, dia tak sedia jadi bapak oi!  Tak sanggup nak spend duit dalam bank untuk bini lagi... huhuhu.  Itu pasallah dia suka single mingle kayak gini.  Spend untuk Laila pun okay.

"Bohong!   Kalau macam tu, kenapa mak budak ni, letak dekat rumah kau?  Mesti dia tahu kau bapak dia sebab tulah minah tu letak dekat rumah kau.  Kalau tidak, boleh je dia letak dekat rumah aku yang sebelah kau ni je!" kata Laila, tidak mahu mengalah.  

Darwish menampar dahi.   Dia memandang bayi itu sekilas.   Memang betul bayi itu mempunyai wajah yang hampir seiras dengannya.  Hidung, mata tapi bibir... eh macam kenal... Mata Darwish terus membulat besar.  Dia memandang Laila.  

"INI ANAK KAU!  Bibir korang sama!  Tanda lahir dekat tangan pon sama ni!" kata Darwish sebelum mulut terbuka luas.  Siapa sangka, kawannya... ish-ish. 

"Eh tipu!  Bibir je sama!   Berjuta lagi orang ada bibir munggil Angelina Jolie aku ni!  Kau agak-agak lah anak aku!  Aku dengan kau 24 jam kot!" kata Laila.  Nak balas dendam ke apa mamat ni?

"Pembongak!  Pembohong!" kata Darwish sambil memeluk dadanya.  Laila mencerlung memandang ke arah Darwish.  Dia meletakkan bayi itu semula ke dalam raga. 

"Kau cuba fikir balik.  Ada ke orang mengandung, lepas bersalin badan macam aku?  Hah?" kata Laila sambil pusing.

"Tak!  Ini anak kau!  Bibir korang sama!"

"Tak, aku kata muktamad!  Ini anak kau!   Hidung tinggi pakistan korang sama!"

Maka dengan ini, berlakulah peperangan tarik rambut dan tudung antara dua sahabat itu.  Masing-masing tak nak mengalah. 

Beberapa minit kemudian, mereka menangkap bunyi enjin kereta dari luar pagar rumah Darwish. Darwish dan Laila memandang antara satu sama lain sebelum memandang bayi kecil itu serentak selepas berhenti bergaduh. 

Hajah Fatimah keluar dari kereta dan berlari ke arah anak daranya, Laila.  Mereka, yang berada di dalam kereta turut berlari ke arah mereka. 

"Ya Allah, anak sapa ni?" tanya Hajah Fatimah. 

Dia memandang Laila atas bawah.  Dia turut memegang kain baju kurung Laila.  Tiada darah.

"Mama cari apa?" tanya Laila kepada Hajah Fatimah.

"Darah bersalin.  Mana?  Pandai kamu basuh eh?" kata-kata Hajah Fatimah membuatkan Laila tercengang.

"I told you!  Ini anak kau lah, Lai..," tidak sempat Darwish menghabiskan ayatnya, Hajah Aisyah pula memotong.  

"Hai, muka macam kamu ni!  Sejak bila korang berdua tidur berdua?" tanya Hajah Aisyah pula.

"TAK INI ANAK DIA!" sekali lagi, sahabat berdua itu bergaduh.  Masing-masing menunding jari ke arah diri sendiri.

"Tak.  Kami tak rasa ini anak Darwish..," serta merta Darwish melompat teruja. Laila memeluk tubuhnya. 

"Ataupun anak Laila.." kata Haji Amin. Laila turut tersenyum bangga ke arah Darwish tapi dibalas jelingan oleh Darwish.

"Tapi, ini anak kamu berdua. Ha hambik!" kata Hajah Fatimah, Hajah Aisyah dan Haji Amin serentak.

Serta merta, Darwish dan Laila tercengang. Dengan serentak,

"INI BUKAN ANAK KAMI!"

"UWERK! UWERK!"

Laila dan Darwish menutup mulut satu sama lain selepas menjerit. Siapa sangka, jeritan mereka menyebabkan bayi kecil itu menangis.

Laila terus mengambil bayi itu lalu didodoikan. Hajah Fatimah cuba mengambil bayi itu tapi bayi itu menggenggam erat jari telunjuk Laila.

"BILA difikirkan balik, tidak mungkin anak ni anak Darwish dan Laila. Sebab, darah langsung tak ada dekat badan Laila. Sebab, badan baby tu, berdarah lagi. Basah! Tak mungkin Laila sempat cuci badan dia sebelum kita balik. Tambahan lagi, tak mungkin dia boleh berjalan normal macam ni," kata Hajah Fatimah sambil berbincang dengan pasangan suami isteri didepannya itu iaitu ibu bapa Darwish. Disebelahnya, turut ada Haji Ismail, ayah Laila. Mereka baru saja selesai bantu Laila memandikan bayi kecil itu.

Laila mengangguk laju sambil mendodoikan bayi kecil itu. Bayi kecil itu hanya mahu didodoikan oleh Laila. Sebentar tadi, ketika Hajah Fatimah ingin mengambil bayi itu, bayi itu serta merta menangis kuat. Kalau Laila yang tenangkan, bayi itu malah memandang Laila lama seperti dia pertama kali nampak ibunya. Laila hanya bermain dengan hidung tinggi si kecil itu.

"Kalau kita nak cakap anak Darwish, ada betul jugak kata dia. Takkan dia boleh bersama dengan perempuan lain sedangkan dia selalu sangat bersama dengan Laila. Betul tak, Wish?" kata Haji Amin kepada Darwish. Darwish mengangguk setuju.

"Wish rasa, better kita bergerak ke hospital. Pasal susu ibu, kita bincang nanti," mereka semua terus mengangguk setuju dan terus bergerak ke hospital swasta.

?? TO BE CONTINUE ??

?? [18 MAY 2021] ??
?? [1089 WORDS] ??
?? [NOOR ADNIN] ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience