BAB 1

Romance Series 9790

"FINALLY, kita freedom!!!!" Laila Qistina dan dua orang kawan baiknya berpelukan di belakang bangunan sekolah selepas mengambil slip keputusan peperiksaan mereka.   Hari ni, tepat jam 12 tengah hari, mereka sah bergelar bekas pelajar SMK Crystal ( jangan di search.  Tak wujud pon... )  yang terletak di Kuala Lumpur itu. 

"Eh, bukan kita dah freedom lama dah ke?  Semenjak last exam?" tanya Amira Zurain dan dibalas anggukan oleh Tina Atilia.   Laila mencebik. 

"Sister, masa tu, kita belum sepenuhnya tahu tak?  Time tu, kita still nervous about our result tahu tak?  Jangan kasi aku bebel panjang.   Jom selfie.  Aku nak post dekat IG," Amira Zurain hanya menggeleng. 

Bukannya dia tidak tahu siapa kawannya di mata dunia.  Laila Qistina.  Salah seorang daripada penulis novel terkenal yang menerima banyak sambutan daripada peminat.  Boleh dikatakan, novelnya, dalam masa tiga bulan, novelnya sudah mencecah 300 000 naskhah yang terjual. 

Selain itu, dia juga merupakan penulis lirik lagu dan skrip drama.  Sering kali Laila menerima tawaran untuk berlakon dalam dramanya sendiri tapi dia menolak.  Dia ingin meneruskan cita-citanya sebagai doktor di suatu hari nanti.  Tapi, dia sering cover lagu di dalam Youtube dan sudah tentu, dia mempunyai beratus-ratus ribu peminat.  Dia juga antara model yang terkenal.

Dia juga antara orang yang amat baik budi pekertinya.  Setiap bulan, dia akan mencari sama ada rumah anak yatim, anak anak tahfiz, masjid, surau, rumah orang tua tua atau pun sesiapa saja yang memerlukan pertolongan untuk diberikan wang untuk menampung kehidupan mereka. 

Dia juga business woman tau! Dia banyak design baju dan tudung yang cantik.  Kainnya diambil daripada setiap negara.  Ukraine, Filipina, Turki, India, China dan negara lain lagi. 

Mereka terus bergambar dengan lama sehinggakan tidak sedar bahawa masa telah berlalu dengan cepat.  Tina Atilia memandang jam Ice Watchnya.   Dia memandang Laila yang masih fokus dengan telefonnya.  Comment meluncur masuk and of course dia kena la reply.  Nanti kang peminat cakap dia sombong. 

"Laila, sekarang dah pukul berapa?" Laila memandang jam IPhone miliknya.

"Pukul 3:30.  Kenapa?" Amira membuntangkan matanya. 

"Kau ada lupa something lagi ke, sayang?" Laila cuba mengingatkan kembali jadual masanya.  Setelah beberapa minit berfikir, dia terus terkedu. Halamak!  

"Alamak!!!! Wey!  Aku pergi dulu!  Habislah aku kena bebel!" kata Laila dengan cemas.  Tangannya mula bergerak pantas untuk simpan kamera polaroid ke dalam beg. 

"Eh, kau nak aku hantar tak?" Laila menggeleng.

"Tak apa! Tak payah susah-susah!  Aku pergi dulu, bye!  Pasal gambar yang ada dalam phone, aku send balik nanti eh? Bye, assalamualaikum!" Laila terus berjalan dengan laju untuk keluar dari perkarangan sekolah.  Setelah beberapa minit menunggu Grab, akhirnya, Grab pun tiba. 

SLURP... BURP! Darwish Ikram menutup mulutnya selepas sendawa dengan agak kuat.  Semua orang mula memandangnya dengan pelik.  Darwish hanya tersenyum.  Malu pulak rasa.

Ini, Darwish Ikram.  Dia merupakan antara penulis novel yang terkenal.  Kalau ditanya rankingnya dalam senarai penulis novel terkenal, dia yang nombor lima.   Laila nombor 6.  Dia juga merupakan business man.  Mempunyai restoran, gallery art dan gambar fotografinya sendiri.   Duit yang dia kumpul selama menjadi penulis novel, dia buka business sendiri.   Nak berdikari katanya.   Tak nak bergantung dengan parents walaupun usia masih muda. 

Dia juga antara orang yang amat disegani.  Selalu menolong orang tidak kira masa.  Mungkin disebabkan itulah rezeki sering melimpah ruah.  Alhamdulillah.  Berbekalkan dengan wajah yang amat kacak dan hot, dia juga mempunyai badan mengalahkan pembina badan.  Dia antara model yang terkenal.  Almaklumlah, setiap hujung minggu, tak sah kalau tak jejak gim.  By the way, nanti dia nak buka gim sendiri eh.  Jangan lupa datang! Boleh la usyar trainer dia yang hensem!  Eh, gurau.

Dia mempunyai kawan baik yang amat rapat semenjak dia terlibat dalam industri penulisan.  Laila Qistina yang jelita ler... Gadis itu sering bersama dengannya.  24 hours always together.   Memang tak boleh pisah.  Nak katakan couple, tapi gaduh macam adik beradik. Tarik rambut sana, tarik tudung sini.  Rosak awning dan trim rambut! 

Darwish memandang gelas airnya yang kelima itu.  Hampir 1 jam dia menunggu Laila di dalam restoran miliknya ini, belum nampak lagi batang hidung tinggi milik gadis itu.  Darwish mengeluh.  Menyesal pulak sebab tak ambil Laila dekat sekolah tadi. 

"Hai, manalah minah ni?  Boleh kembung perut aku." jejaka itu menggeleng.  Dia mula menyahut bagi memanggil adik bongsunya, "Wina, kau bawakan abang satu lagi gelas air." Sebaik saja Darwina mendengar arahan abangnya, dia terus mulakan kerja. 

Darwish memandang telefon IPhone 11 pro.  Rasanya, nak dekat 100 kali dah dia call Laila tapi tidak diangkat.  Whatsapp?   Rasanya, dah 10 000  kali dia spam.  Sampai naik lenguh tangannya.  Tiba-tiba, fikiran Darwish mula berfikir negatif.

"Ke... Dia kena culik!  Wina, kau..."

"Assalamualaikum!"

"Allahurabbi!" Darwish terus jatuh dari kerusinya apabila Laila mengejutkan dirinya.  Laila terus ketawa dengan kuat.  Apabila orang ramai mula memandangnya sambil tersenyum, dia terus berhenti ketawa.  Aduh...jatuh reputasi. 

"Kau ni, kan, kalau sehari tak kasi aku melatah, memang tak sah!" Laila hanya ketawa perlahan.  Dia memandang Darwish yang masih lagi memakai T-Shirt sekolah berwarna putih lengan pendek.   Nampak seperti T-Shirt putih biasa tapi di bahagian lengan, ada logo sekolah.  Kerusi yang diduduki oleh Darwish sekarang, dia sangkutkan jaket sekolah.  Sungguh Laila suka memandang wajah tampan kawan baiknya itu. 

"Puas dah ke renung muka aku?" Darwish mengangkat keningnya. 

"Eh, sapa renung kau?  Aku renung orang lain okay!  By the way..." Darwish memotong kata-kata gadis itu.

"Sebelum kau cakap, aku nak cakap sikit," Laila menelan air liurnya.   Sikit?  Bukannya dia tidak tahu maksud sikit oleh jejaka berkulit kuning langsat itu.  Sikit bersama satu buah novel.

"Kau pergi mana? Aku call tak diangkat. Aku whatsaap tak dibalas.  Aku tahulah selfie dengan kawan kawan kau pun tapi kalau ye pun, tengoklah fon tu kalau kalau ada emergency!  Kau tahu tak yang aku ni, risau macam orang gila! Nasib baik aku belum suruh Wina call polis!  Kalau fon tu tak nak sangat angkat, baik tak payah ada fon!  Baik kau flush je fon tu dalam jamban pun lebih baik!  Aku nak ambik kau dekat sekolah kau tak nak.  Aku ajak kau belajar naik kereta kau tak nak.  Nak jugak belajar lepas habis universiti.  Nak jugak belajar bawa moto kau yang serupa macam pelumba dunia tu.   Selama ni pun, aku yang asyik bawa kau kehulu ke hilir macam dengan anak aku je!" Darwish terus berhenti untuk minum. Aduh. Penat pulak membebel.

"Oi! Dah dah!  Naik nanah telinga aku!  Mengalahkan nenek aku je!" Darwish mengangkat keningnya.  Baru dia tahu.  Laila memandang kertas yang berada pada tangan Darwish.  "Macam mana result?  Okay?" Darwish hanya mengangkat bahu dan menyerahkan slip itu pada Laila dengan selamba.  Dia meletakkan jari telunjuknya atas bibir tebal delimanya sebagai tanda diam. 

Laila terus buka sampul itu.  Dia terus terkedu dan tersenyum sampai ke telinga. "Result aku, kau tak payah tengok.  Result kita sama.  Alhamdulillah!" Darwish terus tersenyum.

Dia memandang gadis jelita di hadapannya itu. Hari ini, gadis itu menggayakan baju kurung berwarna ungu yang padan dengan kulit putih miliknya.  Tudungnya berwarna hitam sama warna dengan high heelsnya.  Jujur dia katakan, gadis itu, sangat jelita.  Seperti bidadari baru turun dari langit. 

TO BE CONTINUE

Okay tak?

[NOOR ADNIN]
[17/09/20]
[1188 WORDS]

Thank you to all the supporters.  Don't forget to hit the vote button and write some comment

#copypastefrommyown

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience