BAB 6

Thriller Completed 2743

Mereka berbaju melayu warna putih lusuh bercorak petak besar dan memakai kain songket berbunga halus. Kopiah tinggi bertenggek di atas kepala masing-masing.

Seorang duduk di hujung sebelah kanannya dan seorang lagi duduk bersila di hadapannya.

Dia mengandaikan tentulah mereka itu bilal dan iman atau tenaga pengajar di situ yang sedang beramal.

Mungkin juga mereka sedang menunggu waktu, mahu melakukan solat sunat Tahajud dan Qiamullail.

Selesai solat dan berdoa, Dahlan menghampiri jemaah di hadapannya. Dia menghulurkan tangan mahu bersalaman. Namun alangkah terperanjatnya dia bila dilihat manusia di hadapannya itu lain dari manusia biasa.

Hampir sahaja dia menjerit. Lelaki itu berwajah putih pucat namun perkara yang paling tidak dapat diterima akalnya ialah lelaki itu tidak mempunyai mulut.

Daging bibir atas dan bawah bercantum rata!. Dia merenung tajam ke arah Dahlan menyebabkan Dahlan menarik balik tangan yang dihulur.

Dahlan bergerak menghampiri seorang lagi lelaki di hujung sebelah kanannya. Cuba mahu bertanya apakah yang terjadi terhadap lelaki yang tidak mempunyai mulut itu.

Belum sempat dia menghampiri, perlahan lelaki di hadapannya itu menoleh ke arahnya. Sekali lagi Dahlan terkejut. Bulu tengkuknya mengeremang. Lututnya longgar. Dia hampir pitam.

Ya Allah!, Dahlan beristighfar sambil mengurut dadanya. Manusia itu juga sama. Dia tidak mempunyai mulut!.

Lekas-lekas dia beredar, berlari mahu menuruni anak tangga. Ya Allah! ada seorang lagi yang sedang duduk di anak tangga seperti sedang menantinya. Hati Dahlan kecut.

Dia tidak mahu menegur lagi. Sudah pasti makhluk itu juga berwajah sama!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience