Bab 3

Short Story Series 1060

Aku tetap bekerja walau mereka sudah tidak lagi meminta aku untuk kembali ke rumah. Aku memulakan hidupku dengan tujuan yang lain dari sebelumnya. Tanpa pengetahuan mereka, aku diam-diam mendalami tentang agama islam selama 3 bulan. Bukan waktu yang singkat untuk aku mendalami agama ini namun aku tetap memutuskan untuk masuk tanpa terpaksa dan memang kemahuan aku. Aku mengangkat syukur setelah aku melafazkan dua kalimah syahadah. "Seandainya dalam tempoh 3 bulan selepas kamu mualaf, suami kamu tidak menemui kami untuk membantah soal ini, secara hukum kamu sudah bercerai dengan dia" kata Ustaz Halim. Aku hanya mengangguk mengiyakan penyatanya kerana sudah 2 tahun lebih tidak ada khabar. Selama aku hidup di luar tanpa keluargaku, aku juga bersama dengan seorang lelaki yang sedang terluka juga waktu itu. Bezanya, dia ditinggalkan oleh tunangnya untuk orang baru sedangkan aku dibuang keluarga kerana aku dianggap pembawa malang di dalam hidup mereka dan anak yang tidak berfungsi untuk mereka. Aku memulakan hidup di luar, susah senang, jatuh bangun bersama dengan lelaki yang mengajarkanku soal islam. Dia tidak terlalu alim tetapi dia berusaha untuk menjadi imam yang soleh untuk dunia dan akhiratku. Kami bekerjasama, mencari penghasilan untuk segera menghalalkan hubungan ini walau tanpa restu dari pihak keluargaku namun kami menerima restu yang kuat dari belah keluarganya. Aku tidak menceritakan separuh tetapi aku menceritakan dan menjelaskan segala yang terjadi di antara aku dan keluargaku. Dia menerimaku apa adanya. Aku tau dia memerlukan waktu yang lama untuk menerimaku tetapi hal yang membuat kami saling bertahan adalah waktu sulit mahupun senang kami sentiasa bersama dan berhadapinya bersama. Bismillahi rahman nir rahim. Dengan sekali lafaz, aku kini sah bergelar isterinya yang sah dan kami dikurniakan seorang anak lelaki yang comel dan insyallah sesuai didikan, dia akan kami didik untuk menjadi seorang lelaki yang tidak akan mudah menyerah. Setahun lebih aku menjalani hidupku sebagai seorang mualaf, keluargaku masih tidak mengharapkan kepulanganku bersama mereka. Aku menerima takdir sebenar kehidupan aku.

Share this novel

Amirjan Razid
2022-07-21 15:55:14 

Sangat terharu bila baca cerita pasal hidup dia


NovelPlus Premium

The best ads free experience