Bab 1

Short Story Series 1060

Aku manusia biasa. Aku dilahirkan sebagai seorang yang bukan beragama Muslim. Pernah terlintas untuk memasuki agama islam tetapi belum cukup umur dan tiada sokongan daripada ibu bapa. Boleh dikatakan aku anak yang durhaka. Aku selalu ingin mengikuti kehendak akal, hati dan kemahuan aku tanpa memikirkan apa sumber kebahagiaan mereka. Tiba saatnya aku menamatkan pelajaran SPM, aku terus memulakan pekerjaan di Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC). Selama 4 bulan aku berada di dalam syarikat itu, aku terlalu banyak mengelumang dengan dosa. Semua aku lakukan. Hanya kerana aku ingin bebas dari segala kongkongan keluarga dan mahu merasa situasi punya anak dan sesakit apa melahirkan? Aku melakukan perkara terkutuk itu pada lelaki yang baru aku temui sehingga pada suatu masa aku dinyatakan hamil tanpa perkahwinan. Pada masa itu, aku masih tidak dapat menyatakan perasaan sebenar yang menghantui diriku waktu itu. Mahu bergembira tetapi aku juga berasa takut. Bagaimana aku akan menyatakan kenyataan ini pada keluargaku? Pada malam itu, aku memberitahu keluargaku bahawa aku ingin pulang ke rumah kerana wang simpananku hampir habis memandangkan aku belum bekerja lagi selepas berhenti kerja dari KFC. "Kenapa tiba-tiba mahu pulang? Tidak kerja sudahkah? Tiada mahu hantar dan ambil nanti kalau balik rumah sebab jauh". Kata ibuku. Aku terdiam seribu kata. Hendak beritahu tetapi takut. "Mak, saya mengandung". Aku menaip penyata itu dengan berani walau sedikit bergetar. Aku menutup mataku lama. Akhirnya, perkataan yang aku terima hanya caci maki dari ibuku. Dia belum membuangku walau sudah berniat. Dia hanya menyuruhku pulang dan membantuku menggugurkan kandungan itu dengan segala jenis ubat-ubatan. Pada usia kandungan mencecah 4 bulan lebih, janin aku masih utuh tanpa masalah akibat menelan pelbagai ubat sehingga mereka memutuskan untuk aku tetap melahirkan janin itu dan membawanya menetap di kampung halaman ayah kandungnya selepas kami melangsungkan perkahwinan November 2017.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience