Aku melahirkan seorang anak perempuan yang berusia 28 minggu. Aku melahirkan dia secara pembedahan dengan kondisinya yang tidak cukup bulan kerana tekanan yang aku terima dari pihak suami. Pada mulanya, ibuku ingin memberi haj penjagaan anak itu kepada ayahnya. Namun, memandangkan keadaan rumah tangga kami yang sudah tidak sehaluan, ibuku memutuskan untuk menjaga anak itu sepenuhnya walau ayahku sendiri sangat kecewa saat mengetahui cucunya dilahirkan sebelum kami sempat berkahwin. Aku juga seorang manusia. Apabila dihina oleh ayah sendiri itu bukan yang aku inginkan dan bukan yang diimpikan setiap anak. Aku tahu. Aku sedar. Aku keras kepala, diberitahu berapa kali juga aku tetap degil. Tetapi, selayak itukah aku harus dihina oleh ayah sendiri? Tempat aku bergantung harapan tetapi dia juga yang menghancurkan harapanku. Aku berulang kali meminta maaf kepada ibuku. Ibuku juga hanya mengiyakan permintaanku. Namun, tanpa sengaja aku memeriksa telefon ibuku. Aku diberitahu bahawa mereka sudah tidak membuat kumpulan keluarga sebab tidak mahu bapa tahu cerita kita. Tetapi, aku menemukan kumpulan keluarga di dalam telefon ibuku tanpa aku dan tanpa ayahku. Perbincangan mereka yang terakhir menarik perhatianku. "Mama pun malas sudah mahu peduli. Sama bodoh dia dengan laki dia. Anak tidak pandai juga jaga. Marah saja. Malas mama mau peduli kalau anak sudah tidak pandai dengar cakap". Aku terdiam, aku juga menangis. Perlahan aku meletakkan telefon itu kembali ke tempatnya. Aku menatap wajah ibuku dari jauh. Lama. Sekecewa itukah engkau kepadaku mak? Aku positif sehingga aku memutuskan untuk keluar bekerja. Awalnya ibu membenarkan. Tetapi setelah lama aku bekerja, dia menyuruhku untuk berhenti kerja dan menjaga anakku. Aku ingin pulang tetapi aku juga tidak ingin dihina ayahku terus menerus tiada penghasilan, balik sini hanya untuk menyusahkan orang tua. Sehancur aku waktu itu tiada siapa peduli! Tiada siapa yang bertanya, apa yang aku mahu! Ini juga bukan jalan yang aku inginkan! Jika aku seteruk itu, aku juga tidak ingin dilahirkan. Aku juga tidak mengharapkan kehidupan setelah melahirkan. Bukan tidak bersyukur, tetapi hidupku tiada artinya.
Share this novel