Rate

Bab 2

Romance Series 4875

"Alya, dengan keputusan macam ni, saya tak jamin awak boleh lulus. Awak ada masalah ke Alya? Tak pernah keputusan awak turun mendadak macam ni." Kedengaran keluhan dari Cikgu Borhan. Bukan dia tidak berusaha untuk mengajar Alya, tetapi Alya sememangnya pelajar yang pandai. Entah kenapa keputusan peperiksaannya turun mendadak.

"Maaf cikgu, saya akan berusaha lagi." "Kalau kamu tak faham, kamu boleh jumpa guru yang mengajar di bilik guru waktu yang telah dibenarkan. Jangan senyap macam ni sahaja ya Alya. Saya tak nak impian dan harapan ibu dan ayah kamu terkubur macam tu sahaja."

"Baik cikgu, terima kasih kerana mengingatkan saya." Ucap Alya. "Baiklah, kamu boleh duduk sekarang."

Sesi pembelajaran berlangsung seperti biasa. Namun, pandangan Alya tetap kosong. Apa yang di ajar oleh Cikgu Borhan di hadapan seperti angin lalu. Rindu yang menebal di dalam jiwa terhadap ibunya menyebabkan Alya terkapai dalam kenangan silam.

------------------

Angin yang dingin di taman menyapa lembut muka Alya. Cuaca sungguh tenang petang itu.

"Ibu, Alya sayang ibu," terus Alya berikan ibunya, Puan Aida pelukan yang kemas.

     "Atika pun sayang ibu!" Atika turut memeluk ibunya. "Lah, ibu pun sayang anak-anak ibu. Sayang dengan papa jugak." Puan Aida menyambut pelukan anaknya dan tersenyum memandang Encik Johari.

       "Merajuklah kalau macam ni. Sorang pun tak nak peluk papa," ketawa meletus apabila Encik Johari memuncungkan mulutnya tanda merajuk. "Abang ni, tua-tua pun nak merajuk." kata Puan Aida.

    "Papa janganlah merajuk, Alya, Tika dan ibu sayang ayah. Sampai bila-bila." tersenyum Encik Johari mendengar kata-kata Alya. Dia bersyukur kerana hasil didikan Puan Aida dan dirinya kepada anak-anaknya membuatkan kedua orang anaknya taat dan menghormati orang yang lebih dewasa.

"Lah, sampai bila nak peluk ni? Makanan dah nak sejuk tu. Jum lah makan, Tika dah lapar ni." Atika mengusap perutnya tanda lapar.

    Mereka berempat terus duduk di atas kain yang dihampar oleh Encik Johari dan menikmati makanan yang dimasak oleh Puan Aida dari rumah. Petang itu, mereka sekeluarga berkelah ditepi pantai untuk meluangkan masa bersama.

    Berkongsi cerita dan gelak ketawa bersama keluarga tersayang. Itulah impian Alya.  Dia berasa keluarganya adalah yang paling bahagia di dunia.

-----------------------

"Alya? Nur Alya Binti Johari!" Cikgu Borhan meninggikan suaranya. "Eh, jawapannya A cikgu!" Bingkas Alya dari kerusi setelah tersedar dari angannya. Cikgu Borhan terkejut apabila Alya tiba-tiba berdiri dan pelajar yang lain mula ketawa melihat Alya yang kebingungan.

"A? Saya tak suruh pun kamu jawab soalan. Saya cakap kamu faham ke tidak dengan topik ni." Alya tersipu malu dan meminta maaf kerana tidak menumpukan perhatian terhadap topik yang diajar oleh Cikgu Borhan.

   "Baiklah, saya nak kamu baca perenggan ketiga sampai perenggan kelima, saya nak kamu betul-betul faham dengan topik ni. Saya tak mahu kamu tertinggal atau gagal dalam subjek saya." Kedengaran serius sahaja suara Cikgu Borhan. Alya menelan air liurnya dan mula baca.

Krinnggggg!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.

     Pelajar berpusu-pusu pergi ke kantin. Keadaan kantin sekolah seperti pasar ikan, hiruk-pikuk sahaja. Namun, pelajar tetap berbaris, sabar menunggu giliran.

   "Alya, macam mana kau dengan mak tiri kau? Dah ok tak?" tanya Jessica. "Ok apanya. Adik dan papa aku ikut jer cakap dia. Entah apa yang dia bagi kat mereka berdua tu sampai dengar cakap dia." Alya berpeluk tubuh. Geramnya dengan Puan Izara masih belum luntur lagi. Encik Johari sama sekali tidak memikirkan perasaannya.  Takkan rasa sayang dekat ibu dah hilang, senang jer kahwin baru tanpa tanya persetujuan darinya.

    "Woi! Tepilah sikit. Lambatlah kau ni." Mira dan Adriana melagakan bahu mereka dengan Alya. Sengaja tanda protes.

"Hoi! Takde adab ke hah? Suka hati kau jer nak potong barisan kita orang! Kau ingat kantin ni mak kau punya ke?!" Tengking Alya.

   "Mak mak kau jangan main hah. Kalau tak bapak kau yang kenja nak kahwin dengan mama aku, mama aku masih dengan papa aku tau!" Mira terus menarik tudung Alya.

   Sesi tarik menarik dan tampar-menampar menjadi hangat dengan sorakan para pelajar di kantin tersebut. Jessica cuba menghalang Alya dari terus menyerang Mira. Manakala, Adriana hanya bersorak untuk Mira untuk menghangatkan lagi pergaduhan tersebut.

"Hei! Pelajar perempuan berhenti sekarang!" Cikgu Kamarul iaitu cikgu disiplin datang dengan membawa rotan setelah ada pelajar yang mengadu ada pergaduhan di kantin.

-----------------------

Alya dan Mira sudah berada didalam bilik Cikgu Kamarul. Mereka berdua masih lagi memandang sesama sendiri menunjuk ketidakpuasan hati.

Cikgu Kamarul hanya menggelengkan kepala. Seperti anjing dengan kucing sahaja. "Saya dah maklumkan kepada ibu bapa awak. Mereka akan sampai tak lama lagi. Jadi saya nak kamu berdua duduk dulu, tunggu sehingga ibu bapa kamu datang."

   Tidak lama kemudian, tokkkk tokkk tokkkk!!!

   "Assalammualaikum Cikgu Kamarul." Sapa Encik Johari kepada Cikgu Kamarul.

Alya menjeling sebaik sahaja dia ternampak Puan Izara. Puan Izara dan Encik Johari duduk setelah salam disambut dan dipelawa duduk oleh Cikgu Kamarul.

   Cikgu Kamarul menerangkan kejadian yang berlaku di kantin. Kedengaran keluhan dari Encik Johari.

    "Baiklah Cikgu Kamarul. Nanti saya ajar mereka berdua ni. Terima kasih sebab maklumkan kepada saya. Saya janji, perkara macam ni takkan berlaku lagi." Encik Johari memberi salam kepada Cikgu Kamarul dan berlalu keluar dari bilik diikuti Puan Izara. Puan Izara tidak banyak bercakap, dia hanya mendengar sahaja. Namun jauh di dasar hatinya, dia kesal akan perangai Mira. Kalau Mira yang tidak memulakan dahulu, perkara ini tidak akan terjadi.

   "Alya, Mira. Papa nak kamu berdua ambil beg dalam kelas. Papa dan mama tunggu dekat luar gate. Nanti papa call uncle Arjit tunggu Atika jer nanti." Encik Johari dan Puan Izara berlalu meninggalkan mereka berdua.

   "Apa macam best tak kena tampar dengan aku?" Mira ketawa sambil berlalu pergi. Dalam hati mahu sahaja menumbuk muka Amira Binti Bakhtiar tu. Tetapi dia tahu, keadaan akan menjadi lebih keruh kalau papanya tahu. Keluhan dilepaskan. Alya pasrah menunggu nasib yang bakal diterimanya di rumah nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience