Rate

Bab 3

Romance Series 4875

Atika gelisah. Sepatutnya Alya sudah keluar dari kelas.

   "Uncle Arjit, tunggu sekejap ya. Kak Alya belum keluar lagi tu."

   Atika mula menggigit kukunya tanda gelisah. Memang sudah menjadi habitnya menggigit kuku kalau ada sesuatu yang tidak kena.

   "Ayoyooo. Uncle lupalah Atika. Papa kamu sudah call uncle, Alya balik sama papa tadi. Tidak perlu tunggu Alya lah dia cakap." Uncle Arjit menepuk dahinya kerana baru teringat pesanan Encik Johari.

"Lah, ye ker uncle? Awalnya akak balik. Ok lah uncle. Yang lain pun dah masuk bas, jum balik." kata Atika. Uncle Arjit menganggukkan kepalanya dan bas sekolah mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah.

-----------------------------------------

"Tak boleh ke anak-anak papa ikut cakap papa? Untuk satu hari jer? Kamu berdua dah jadi adik beradik. Papa tak suka kalau anak-anak papa bergaduh macam ni."

    Encik Johari menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Pening dengan perangai anaknya yang semakin hari semakin menjadi sahaja perangai mereka. Dia terpaksa memberitahu setiausahanya untuk membatalkan semua mesyuarat dan hanya bekerja setengah hari sahaja pada hari itu.

Mira menjeling tajam ke arah Alya. "Please... Papa tak nak dengar korang gaduh lagi. Kalau papa tengok kamu bergaduh lagi, papa potong duit belanja kamu berdua."

  "Apa?! Mana adil macam ni joha... Eh, papa. Alya yang salah, sebab dia yang pukul Mira dulu." Mira geram. Dia sudah berpeluk tubuh dan gelisah. "Kalau potong duit belanja nanti macam mana nak belanja Adriana? Nanti tak dapat lah shopping hari weekend. Tak boleh jadi ni," Mira bermonolog sambil menjeling ke arah Alya.

"Hei, tolong sikit ya. Kau yang potong barisan aku, lepastu tarik tudung aku. Cakap aku pulak yang pukul kau. Mulut kau tu jaga sikit ya!" Alya sedari tadi diam membidas Mira.

"Alya! Mira! Sudah! Papa tak nak dengar lagi. Sekarang papa nak kamu berdua peluk dan minta maaf. Kalau tak minta maaf, papa potong allowances kamu berdua!"

Mira terkejut dengan ugutan Encik Johari. Mahu tidak mahu dia terpaksa memeluk Alya. Alya terkejut dengan tindakan Mira. Dia masih berdiri kaku tanpa membalas pelukan Mira.

"Alya, tolong jangan buat kepala papa pening. Cepat minta maaf sekarang!"

Mereka berdua saling meminta maaf walaupun bukan dengan kerelaan hati. Encik Johari dan Puan Izara tersenyum. Mereka berdua berharap selepas ni tidak ada lagi perbalahan antara Alya dan Mira.

--------------------------------------------

"Akak, semalam Zafri tanya adik, dia tanya akak sekolah ke tak, sebab dia macam tak nampak akak jer semalam."

Alya berhenti membelek majalah fesyen apabila Atika menyebut nama Zafri. Zafri seorang pelajar yang disukai ramai pelajar perempuan. Segak, selalu nampak kemas dan pandai menyebabkan diri Zafri di gilai. Namun tidak bagi Alya.

Dia mahu fokus dengan pelajarannya. Bagi Alya, cinta zaman sekolah adalah cinta monyet. Dia tidak mahu mensia-siakan zaman sekolah dengan pecintaan yang belum pasti lagi hujungnya.

"Dahlah dik. Tak perlu sebut nama dia. Mual akak." Alya mengayakan seperti hendak muntah tanda dirinya tidak berminat dengan cerita Atika.

"Ish akak ni. Cuba lah akak kenal-kenal dengan dia dulu. Tak semua cinta zaman sekolah ni cinta zaman monyet tau. Adik tengok dekat fac banyak jer orang kongsi pengalaman dia orang kawan sampai ke jinjang pelamin."

Alya menutup telinga. Dia sudah muak mendengar cerita adiknya.

"Kita ni masih budak sekolah Atika sayang. Akak takde masa nak bercinta. Akak nak fokus belajar, lepastu nak sambung belajar nak jadi doktor. Bukan nak hadap cinta-cintun ni semua. Buang masa!" kata Alya sambil melemparkan majalah ke arah adiknya.

Mira terkejut lalu menggeletek Alya. Alya ketawa tidak berhenti dan terus membalas tindakan Mira. Sudahnya mereka berdua terlentang di atas katil Alya kerana keletihan.

"Adik, akak rindu ibu. Rindu nak peluk ibu. Rindu nak salam dengan ibu."

"Akak, adik pun rindu ibu jugak. Tapi semua ni ada hikmahnya. Kita mesti teruskan hidup kita walaupun orang yang kita sayang dah takda lagi. Tak guna kita meratapi dan sedih tak sudah, nanti arwah sedih kalau tengok kita macam ni." suara Atika kedengaran sayu.

Atika menggenggam tangan Alya. Dia tahu kakaknya masih tidak dapat menerima kenyataan yang ibu mereka sudah tiada lagi.

"Tapi kakak, mama kan ada sekarang. Akak boleh bermanja dengan dia. Dia selalu tanya pasal akak tau. Akak janganlah dingin sangat dengan mama. Kesian mama. Akak perlu beri peluang dengan mama."

"Atika, soal cinta dengan pasal Izara akak paling tak suka ya. Dah lah dik. Akak nak tidur."

Alya mengheret tangan dan menolak belakang badan Atika supaya keluar dari biliknya.

"Eh akak, Zafri kirim salam rindu dengan akak." Atika terus ketawa sambil berlari menuju ke biliknya.

"Adik!!!" Alya geram dan menutup pintu biliknya. Dia alergik mendengar nama lelaki itu.

Alya menguap. Baru sahaja hendak melelapkan matanya, pintu biliknya diketuk. Alya bingkas bangun dan membuka pintu.

"Alya, mama nak minta maaf pasal Mira. Mama harap Alya maafkan Mira ya sayang." Puan Izara mahu mengusap kepala Alya namun Alya sempat mengelak dari kepalanya diusap oleh Puan Izara.

"Tak payah tunjuk baik sangat lah Izara. Kau mesti nak duit papa aku kan? Dah lah aku malas nak gaduh malam-malam ni. Aku nak tidur."

Puan Izara terkedu dengan kata-kata Alya. Apa yang dikatakan oleh Alya tidak benar sama sekali. Dia memang mencintai Encik Johari. Selepas dia bercerai dengan bekas suaminya, Encik Faiq, Encik Johari hadir dalam hidupnya.

Encik Johari berjaya memikat hatinya ketika dia sedang minum kopi di cafe. Di situlah permulaan cinta mereka berdua. Perwatakan Encik Johari yang suka membuat jenaka dan bersahaja membuat Puan Izara menyenangi sikapnya.

"Kacau jer orang nak tidur!" Alya terus menghempaskan badannya di atas katil. Selang beberapa minit, Alya terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience